Tuesday, 11 September 2018

Cuti-cuti Perth : Day 1 : Arrival Perth, Freemantle Market dan Busselton Jetty

Percutian kami ke Perth ini sebenarnya adalah pada tahun lepas, 24 February 2017 bersama keluarga. Blog ini dilahirkan semula kerana blog aku yang dulu berkisar takdepekdah. Jadi, suka untuk aku kumpulkan kesemua travelog aku yang dulu-dulu. Percutian ke Perth ni amat bermakna bagi aku. Ianya sebenarnya dimulakan dengan rasa mustahil untuk ke bumi kangaroo kerana tiada bajet yang besar untuk ke negara orang putih. Tapi rupanya aku dapat capai juga angan-angan tu. Tak sangka. Lawatan ke Perth ini juga telah membuka kembali cita-cita aku yang dulu untuk migrate.

Busselton Jetty
Flight kami dari KLIA2 ke Perth amat meletihkan. Anak aku meragam nangis jer most of the time. Tak tau macam mana lagi nak tenangkan dia. Nak touch down baru dia syok lena. Jenuh aku dukung dan beratur untuk masuk border. Kami dipanggil untuk ke express lane. Lega rasanya. Kalau tak, kami kena beratur panjang-panjang sama dengan yang lain.

Arrival form perlu diisi dengan betul. Pengalaman kami, ada beberapa perkara yang ditegaskan oleh pegawai untuk diisi dengan lengkap. Aku sangkut kat arrival card anak. Email dan nombor telefon aku biarkan kosong. Rupanya kena isi. Kami melepasi imigresen dengan pantas dan lancar.

Lepas ambil bag, kami terus ke surau. Agak hujung waktu jugaklah. Haih.

Kami menyewa kereta dengan Avis Car rental. Masa aku booking kereta ni, aku ada email diorang tanya boleh bayar cash ke? Tapi bila sampai sana, dia kata mustahil. Hanya kad kredit sahaja. Tak puas hati pulak aku. Jadi, kami pun akur. Sebelah kaunter Avis ni, kami beli simkad siap-siap.

Tiba di Perth International Airport
Kami dapatkan kereta sewa dan terus menuju ke Blue Boat House. Gila. Aku rasa menyesal gila. Kenapalah aku atur itinerary macam ni. Sungguh tak profession. Sebenarnya ini antara tempat terawal aku kumpul pengalaman travel. Selepas trip Perth ni memang aku susun itinerary dengan lebih selesa perjalanan.

Kami tercari-cari Blue Boat House menggunakan waze. Dari dalam kereta (van sebenarnya), kami dah nampak dari kejauhan. Jalan agak sibuk dan kami tercari-cari mana tempat untuk berhenti. Akhirnya kami terlajak hingga ke hujung jalan. Masa tu kakak ipar aku drive sebab husband aku letih sangat anak aku cranky. Ingatkan dapatlah suami aku lelapkan mata sekejap di dalam kereta. Memang time tu aku macam plan nak ubah itinerary. Tapi aku dah book and bayar semua accomodation. Apabila kami terlajak dan terlepas ke Blue Boat House, di hujung jalan ada roundabout, aku tak pasti macam mana insiden boleh berlaku. Ada kereta lain menghentam belah kanan van kami. Pang! Terkejut kami semua. Kaget! Lepas tu kami terkial-kial nak berhenti ke taknak sebab jalan tu memang sesak. Takde tempat untuk berhenti.

Terus kami ikut saja jalan yang ada membawa kami masuk ke area city. Kakak ipar aku driver perlahan-lahan kalau-kalau ada kereta tu nak patah balik cari kami. Tak ada. Dengan pengalaman yang tak seberapa, tak pasti tindakan apa yang perlu diambil. Masing-masing diam seribu bahasa. Van terus menuju ke Freemantle Market dan mencari parking. Kami tidak berkesempatan ke Blue Boat House. Umpama night mare. Tiba di kawasan parking untuk ke Freemantle Market, kami tercari-cari coin untuk bayar parking. Kami kan baru sahaja sampai. Duit semua besar-besar lagi. Nasib baik ada local yang baik hati kat situ belanja parking kami. Dalam masa yang sama, kami meratapi kesan kemalangan tadi. Kemek dan tercabut some part of body van tu.

Nak bayar parking
Masing-masing cuba melupakan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Kami terus enjoy dan explore Freemantle Market. Semua excited jumpa buah-buahan yang segar dan besar-besar. Murah pulak tu. Kakak aku macam taknak balik. Nak repeat lagi. Tapi kami tak punya masa yang panjang. Memang aku selalu diselubungi rasa bersalah sebab susun itinerary macam ni. Ni semua pengalaman semasa aku baru nak travel. Even aku sebelum ni dah ke Jakarta, Bali dan Bandung, tapi itu semua supir yang bawakkan. Kerja aku masa tu mudah. Cari supir jer.

presentation coffee shop ini menarik
Freemantle Market ditinggalkan dengan seribu harapan agar dapat kembali lagi. Kami mula mencari kedai makan. Pada mulanya, ikut iti aku ni nak ke Kailis Fish & Chip. Tapi ada local kat situ tak sarankan untuk kami makan di situ kerana tiada pengesahan halal. Mak aku pun berat rasa nak pergi. Akhirnya kami makan kebab di deretan kedai berhadapan dengan Freemantle Market. Not bad. Portion agak besar. Rehatlah kami di situ dengan kenyang.

Just in case kalau korang lapar sangat boleh ke Ali kebab berhampiran Freemantle

Peramah betul dia ni
Perjalanan diteruskan ke Augusta. ohMakAi! Baru turun flight dah terus drive ke Augusta. Rasa bersalahnya aku. Minta maaf ya semua ahli group. Maaf atas ketidaktahuan aku dalam hal ini. Tapi kami singgah di Busselton Jetty dulu. Sampai di jetty, dia punya hangatlah. Tak tahan aku. Kami lepak kat tempat orang naik train tu jer. Pastu kami makan aiskrim dan masuk ke kereta semula. Kami singgal di Woolworth Busselton Jetty untuk shopping groceries.

Groceris shopping di Woolies
Telur, minyak, mineral water, semua kami beli di Woolworth. Seronok pengalaman shopping groceries di sini. Rasa macam ambil banyak, tapi bayar sikit. Kemudian kami terus ke penginapan pertama kami, Baywatch Manor Augusta. Turun jer dari van, angin sejuk mencengkam jiwa. Rupanya suhu ke bawah Western Australia makin sejuk. Terletak di tepi laut pulak tu.

Augusta terletak lebih kurang 5 jam dari Perth CBD. Kami dihidangkan dengan pemandangan menarik sepanjang perjalanan. Terdapat banyak ladang-ladang wine, cow farm dan kampung-kampung kecil yang menarik perhatian kami.

Baywatch Manor, Augusta adalah satu penginapan yang menarik, dekat dengan Cape Leeuwin Lighthouse. Owner sangat ramah. Isterinya merupakan warga Thailand. Beliau ada tanam pokok cili kalau kita rasa nak makan pedas, petik jer. Penginapan ini jenis dorm. Ada dorm untuk family. Tandas shared dan terletak di luar. Berkaki ayam lah kami yang mana tak da bawa selipar tu. Nak ke kitchen pun kena keluar dari bilik. Sungguhpun begitu, kami feeling ok. Mungkin sebab owner dia friendly kot.

Baywatch Manor Augusta berkonsepkan hostel
Masa makan di dining area, kami dipertemukan dengan seorang lelaki chinese malaysian yang migrate sebagai chef di sini. Orang Kuantan. Petang tu kami dah sembang dengan dia. Dia minum kopi di taman. Malam tu masa kami makan pun terjumpa dia lagi. Dia menginap sama penginapan dengan kami. Suami aku banyak topik sembang dengan dia. Lebih kepada pertanyaan macam mana dia boleh pergi sejauh tu sampai ke bumi Australia  ni. Nampaknya memang menarik minat suami aku.

Selesai makan, kami berehat santai di living room dengan owner ni. Sembang-sembang. Sambil tunggu kakak aku iron tudung. Oh ya. Kitchen kat sini dah lengkap semua. Minyak, garam, gula, periuk belanga. Kami menggunakan sabun thaharah untuk basuh semua perkakas. Malam tu kami siap-siap masak nasi impit untuk bawa bekalan esok pagi.

Masing-masing masuk tidur selepas makan dan berehat di living room. Masalah juga bila tandas di luar. Jadi kes macam mak aku, takut nak keluar ke tandas tengah malam. Habis dia kejutkan besan dia ajak teman ke tandas. Dahla takde selipar tandas. Lawak betul. Masa book accomodation ni, aku kurang peka soal-soal ni. Bila dah jadi macam ni, memang aku dapat belajar sesuatu dari pengalaman trip ni.


1 comment:

  1. It is great to be able to read your holiday experiences while in Perth. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentscanggu.com

    ReplyDelete

My PTE Exam Journey : PTE Practice Website with AI Scoring

Dear PTE exam candidates, I would love to share some website I used to practice for my PTE examination. On my test day last year, 2021 PTE T...