Thursday 26 January 2023

Renew Passport di Pejabat Consulate, Melbourne

Tahun baru, pengalaman baru.

Passport Wafiya and daddy nyer expired bulan ni. Jadi selaku setiausaha keluarga aku kena ambil tahu cara bagaimana nak renew passport di Australia.

Memang sebelum ni aku ada pengalaman renew passport di Australia, tapi aku renew passport melalui program mobile office (Melbourne office datang ke Sydney). Aku belum ada pengalaman bagaimana selalunya Malaysian renew passport di Australia.

Aku mula tanya kawan. Kawan aku kasi link boleh renew by online. Aku pun bukak lah website dan isi detail secara online. Tengah duk isi, alamak, gambar ukuran passport takde lah pulak. Terbantut progress. Stop dan pergi ke Officework ambil gambar ukuran passport. Nak ambil gambar kat AusPost pun boleh tapi aku rasa gambar tak cantik.

Selesai ambil gambar daddy nyer dan gambar Wafiya, aku pun kembali isi online. Tup tup! Tengok tengok kanak-kanak bawah umur 18 tahun perlu renew di kaunter. Aiseyhmen... Kalau tau dari awal, takde lah buang masa pergi ambil gambar di Officework. 

Note: link website renew passport online tu sama jer link nyer yang Malaysian di Malaysia pakai untuk renew passport online. Beza cuma pick up collection tu kat mana. Kalau tinggal di Australia, nak pick up passport kat Australia kena sertakan visa

Aku hold dulu renew passport daddy nyer (walaupun passport daddynyer boleh renew online) sebab aku nak date Wafiya and her dad sama. Senang kira.

Bermulalah aku hunting slot appointment untuk renew passport di pejabat konsulat. Tak kisahlah di mana-mana either Canbera atau Melbourne, asalkan ada slot appointment. 

Aku tengok kat website, both office pun takde slot sehingga tahun 2022. Masa aku usha tarikh tu pun dah December 2022, so sampai ke 31 December pun takde slot). Aku email pejabat konsulat Melbourne. Surprisingly, diorang reply email aku dengan pantas. Aku dikehendaki menyemak website from time to time sebab akan ada slot dibuka bagi tahun 2023.

Hari-hari lah aku check website pagi dan petang. Hunting slot.

Kawan husband aku ajak pergi Melbourne, jalan-jalan. Husband aku cakap, korang pergi lah. Aku takde duit.

Time diorang sembang ajak mengajak nak pergi Melbourne, aku kat rumah tengah hunting slot appointment. 

Tiba-tiba aku bukak website, banyak gila slot dibuka sepanjang January 2023 untuk renew passport. Tapi pejabat Melbourne lah. Canbera takde. Tanpa beritahu suami aku, aku book jer slot ikut kepala aku. Sebab aku selalu digemburkan, slot appointment macam pisang goreng panas. Laris. Cepat jer full. Aku pun ligat lah book.

Habis book, baru aku bagitau suami aku. Nah... slot appointment. Melbourne jer ada. Canberra takde. Nak taknak, kita kena ke Melbourne. Bersedia atau tidak, kena juga pergi sebab nak renew passport.

Kami takde perancangan pun nak travel jauh memandangkan financial status cukup untuk hidup jer. Tapi kalau tak renew passport, risau akan ada masalah lain pula nanti. Kalau ada passport, boleh lah balik Malaysia, kan. Husband aku pun boleh seat PTE exam. Kalau-kalau ada kaitan dengan next visa, kan senang kalau passport sentiasa hidup.

Sementara tunggu sampai date nak ke Melbourne, aku sentiasa buka website Canberra. Mana tau, kalau-kalau ada slot di Canberra, boleh lah renew dekat sikit. Canberra jer. Jimat duit dan tak perlu travel jauh ke Melbourne.

Semua dokumen aku siapkan. Surat beranak Wafiya, IC daddy, passport lama, application form, duit cash $80 adult, $40 kanak-kanak, status visa, siap semua aku print.

Kitorang bertolak ke Melbourne untuk renew passport. Parking street berbayar. Naik tingkat 1. Sampai office, ramai tunggu di luar pintu pejabat. Kita kena tunggu dulu di luar. Tunggu sehingga nama dipanggil. Oh ya sebelum tu, sebelum bertolak ke Melbourne, aku dah buat pengesahan kehadiran di website menyatakan yang aku confirm hadir.

Bila nama dipanggil barulah boleh masuk ke dalam office. Hanya yang berurusan jer boleh masuk. Ahli keluarga lain kena tunggu di luar. So, Wafiya and daddy jer masuk office. Berikan dokumen, bayar, ambil gambar di kaunter, then balik. Pukul 3 petang pula dikehendaki datang semula untuk ambil passport yang dah siap.


Pegawai yang menguruskan passport sangat ramah. Baik dan berikan layanan mesra. Urusan sangat pantas. Overall, kami sekeluarga puas hati. Tak seperti apa yang kami baca di facebook. Ini pengalaman kami. Malah di pejabat konsulat Canberra pun sama. I have no complaint. All good and great. Selang seminggu date aku, kawan aku pun pergi renew passport. Sama jugak, kawan aku cakap all good. Staff sangat baik dan mesra.

Jam 3 petang kami datang semula untuk ambil passport yang dah siap. Sekali lagi Wafiya and her dad naik office untuk tandatangan dan collect passport. Wafiya pun dah boleh sign sendiri passport dia. Hehe comel jer. 


Alhamdulillah. Semua dah selesai. Dapatlah kami jalan-jalan sekitar Melbourna,. Kalau tak kerana passport, memang entah bila lah kami berpeluang untuk melihat sisi lain bumi Australia. Asyik pusing dalam Sydney jer. Tak pernah keluar dari NSW. 

Lepas sampai Sydney, aku mula berkira-kira untuk balik Malaysia. Pasang niat. Nak balik kejap. Nak jumpa mak ayah. Wafiq pun dah 2 tahun. Belum pernah didukung atok dan opah. Sebak pula rasa. 

Takpe lah.. Duit boleh dicari. Masa berlalu tak terbeli. Lebih baik kita curi peluang untuk balik kejap. Balik mencari kekuatan. 

Moga Allah tunaikan hasrat untuk kami sekeluarga pulang menjenguk mak ayah tahun ini malah untuk setiap tahun akan datang. Amin..

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...