Sunday, 13 December 2020

Kos / Modal Berhijrah ke Luar Negara

Untuk menetap di luar negara, korang perlu ada visa yang sah yang membenarkan korang stay dan bekerja . Biasanya seseorang dapat berhijrah ke luar negara atas 3 cara iaitu berkahwin dengan warga negara tersebut, mendapat tawaran pekerjaan di luar negara dan belajar di luar negara.

Jika korang tidak berkahwin dengan warga di negara tersebut, tidak juga mendapat mana-mana tawaran pekerjaan di luar negara, 

saya sarankan anda menggunakan student visa.

 


Student visa pula biasanya terdapat dua cara. Pertama, anda mendapat tajaan biasiswa, pinjaman pelajaran ataupun separa pinjaman di mana ada organisasi yang menaja yuran pengajian korang. Cara kedua pula ialah anda tanggung sendiri yuran pengajian (self-funded). Honestly, saya tak mampu untuk self-funded jika belajar di UK. Saya juga tidak mampu untuk self-funded ke peringkat pengajian  seterusnya. Jadi, atas sebab itulah saya hanya ke Australia dengan cara student visa belajar di kolej biasa, self-funded dan bukan meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu master.

Saya tidak berjodoh dengan warga asing luar dari Malaysia. Saya juga tidak mendapat tawaran pekerjaan dari mana-mana syarikat di luar negara. Oleh itu, student visa adalah yang terbaik bagi saya sekeluarga memulakan langkah untuk tinggal di luar negara secara sah. Dengan student visa, kami boleh tinggal di negara tersebut dan juga boleh bekerja secara sah. Dengan student visa, kami sekeluarga dapat merasai pengalaman tinggal di luar negara. Dengan student visa, kami dapat memahami perjalanan penghijrahan kami, adakah terus tinggal di luar negara atau pulang ke Malaysia for good. Dengan student visa, kami dapat nilai adakah kami sesuai untuk tinggal di luar negara atau tidak. Ianya dianggap sebagai tempoh percubaan sebelum benar-benar buat keputusan untuk terus menetap di luar negara atau tinggal di Malaysia.

Bukan saya sahaja yang menggunakan cara ini. Malah ramai lagi orang lain dari pelbagai negara sangat popular menggunakan cara ini. Tetapi ianya kurang popular di kalangan rakyat Malaysia. Jika kalian berada di sini dan terjumpa orang sini, jika ditanya cara bagaimana diorang datang ke Australia, rata-rata pasti akan menjawab, segalanya bermula dengan STUDENT VISA. Dari student visa lah mereka mendapat PERMANENT RESIDENT (PR). Dari student visa lah mereka mengenali rakyat tempatan dan berkahwin dengan citizen Australia seterusnya mendapat PR. Dari student visa jugalah mereka mendapat tawaran pekerjaan dan mendapat PR. 

 

Ok. Sekarang kita masuk topik berapakah kos atau modal untuk memulakan langkah berhijrah ke luar negara menggunakan STUDENT VISA? Specifically student visa di Australia.

Saya bahagikan kos kepada dua situasi. Onshore atau Offshore. Kedua-dua situasi ini pernah saya lalui sebab itulah saya berani kongsikan. Melalui pengalaman sendiri. Kos seseorang pula berlainan dari segi kapasiti, single ataupun berkeluarga. Untung bagi yang single kerana kos tidaklah begitu membebankan. Bagi yang berkeluarga, tak tidur malam juga korek tabung ayam.


OFFSHORE: Permohonan visa ketika berada di luar dari Australia iaitu permohonan semasa kita berada di Malaysia.

Ini adalah cara paling awal sebelum kami melangkah ke Australia. Sememangnya ketika itu, jika visa granted barulah kami ke luar negara. Jika visa kena reject, memang kami terus tinggal di Malaysia.

Sekarang saya breakdown all the cost di tahun 2018 di mana ianya adalah harga pada tahun tersebut. Harga berubah dan semakin naik.

 

IELTS = RM845

Translate dokumen di mahkamah = RM30 per page

 

*Deposit yuran kolej, in total = $1650 = RM4950

·         Yuran satu term $1400

·         Application fee $150

·         Material fee $100

 

Student visa in total = $1145 = RM3515.15

·         Visa aku (primary) $575

·         Visa suami (dependant) $430

·         Visa anak (dependant) $140

 

**Insuran family untuk satu tahun pengajian : $4164 = RM12,813.04

 

Medical check-up: RM786

·         Aku RM298

·         Suami RM298

·         Anak RM190 (without xray and urine test)

 

Biometrics untuk kami bertiga : RM117 x 3 orang = RM351

 


ONSHORE: Permohonan visa ketika kita berada di dalam Australia di mana ketika itu visa yang sedia ada hampir tamat dan kami ingin terus tinggal di Australia.

Immigration tidak membuat keputusan sejurus selepas kita hantar permohonan. Ianya mengambil masa. Jika visa yang sedia ada tamat, dan kita sudah buat permohonan visa yang baru, sementara menunggu keputusan visa baru diberi kata putus oleh pihak immigration, kita diberikan Bridging Visa A sebagai pass sementara menunggu keputusan immigration akan keputusan visa yang baru.

Cara ini juga boleh jadi pada situasi di mana anda masuk ke Australia menggunakan visitor visa dan ambil keputusan untuk belajar di Australia. Tempoh tinggal menggunakan visitor visa ialah 3 bulan dan sebelum tempoh itu tamat, anda memohon student visa. Immigration akan beri Bridging Visa A sejurus selepas permohonan baru dilakukan. Bridging Visa A automatically diaktifkan sebaik sahaja visitor visa itu tamat dan pass ini adalah dokumen yang menunjukkan bahawa anda menetap secara sah sementara menunggu keputusan permohonan baru dikeluarkan.

Sekarang, saya breakdown all the cost pada tahun 2019 di Sydney, Australia.

 

*Deposit yuran kolej in total = $720

·         Tuition fee $550

·         Enrolment fee $220

 

Student visa in total = $1230

·         Visa aku (primary) $620

·         Visa suami (dependant) $460

·         Visa anak (dependant) $150

 

**Insuran family untuk setahun pengajian = $3497

 

Medical check up in total including tax = $874.80

·         Aku $321.20

·         Suami $321.20

·         Anak $232.40 (without Xray and urine test)

 

NOTA:

*Yuran pengajian bergantung kepada jurusan yang kita pilih. Jika pilih jurusan yang popular dan lead to PR, biasanya harga yuran lebih mahal sedikit. Saya sarankan pilih jurusan Child Care, Aged Care, Cookery jika ada keinginan untuk memohon Permanent Resident. Kalau tak ada keinginan untuk mohon PR pun saya sarankan jurusan ini sebab jika anda sudah tinggal di sini, anda akan rasa berat nak balik. Rasa nak lagi tinggal di sini. Paling koman pun 5 tahun baru bosan. Saya juga nak sarankan supaya anda ambil jurusan 2 tahun kerana you will be entitled for 5 point if want to apply PR. Jika jurusan tersebut lead to PR, anda dapat lanjutkan stay selepas tamat study dengan Temporary Graduate Visa subclass 485. Tempoh 2 tahun tersebut juga memadai untuk anda rasa tinggal di luar negara dan tidak perlu bersusah payah nak renew visa selepas setahun jika ambil jurusan setahun.

**Insuran akan berbeza harganya bergantung kepada berapa lama tempoh pengajian dan juga kapasiti individu. Single lebih murah, sekitar $600 setahun. Manakala yang bekeluarga sekitar $3000 setahun bagi satu keluarga, tak kira berapa ramai anak sekalipun.

Biometric tidak diperlukan jika permohonan dilakukan secara Onshore.

 


BERAPA BANYAK MODAL YANG PERLU ADA SEMENTARA MENAMPUNG HIDUP SEBELUM DAPAT PEKERJAAN?

Soalan ini susah juga saya nak jawab. Berbeza dengan situasi kami sekeluarga dulu, berapa yang kami ada, sebanyak itulah yang kami bawa. Kebetulan semasa kami menunggu keputusan visa, kilang tempat kami berbakti selama 8 tahun akan ditutup dan pekerja diberi pampasan. Pampasan itulah kami mulakan hidup baru di Australia. Ianya juga berbeza bagi yang single ataupun berkeluarga. Bagi yang single, boleh sewa bilik sekitar $150 seminggu manakala yang berkeluarga sewa satu rumah sekitar $380 seminggu. Sebenarnya, agak sukar mendapatkan rumah sewa jika kita berada di Malaysia. Kami dulu pernah booking Airbnb tetapi kami batalkan kerana kami dikenalkan kepada seorang uncle Chinese Malaysian yang sudi sewakan bilik buat kami sekeluarga.

Belanja makan seminggu sekitar $50 – $100. Internet boleh dapat sekitar $30 sebulan.

 

BAKAR SEMANGAT

Honestly, pada mula urusan tu, aku hanya ada RM5k jer dalam saving. Itupun sekelip mata habis bayar deposit yuran. Kami sekeluarga tidak mempunyai modal sejelepuk sebelum decide untuk berhijrah. Kami mulakan dengan tidak berduit. Setiap satu persatu proses itu kami usaha untuk sediakan modal. Percayalah, kalau korang tunggu RM20k dalam akaun sekalipun, pasti duit itu akan dikeluarkan pada urusan lain.


Yang TAK BEST dengan STUDENT VISA.

Yang tak seronoknya student visa di Australia ini ialah yuran sekolah anak bukan percuma melainkan anda belajar peringkat PHD. Jika ambil master, yuran sekolah anak berbeza mengikut state. Jika Western Australia, yuran sekolah anak adalah percuma jika anda belajar peringkat master. Jika di New South Wales, yuran sekolah anak percuma jika Master by Research. Depends pada state. Jika belajar di kolej murah (vocational sector) macam saya ni, of course yuran sekolah anak kena bayar. Yuran sekolah berbeza mengikut state. Ianya bermula dari $9800 bagi Kindygarten di New South Wales.

Jika anda belajar peringkat Master dan PHD, anda tidak mempunyai restriction hour untuk bekerja. Jika belajar di kolej murah (vocational sector) macam saya ni, hanya dibenarkan bekerja selama 20 jam seminggu. Kalau menggunakan cara saya ni, pandai-pandailah cari duit secara casual atau gaji dibayar secara tunai.

 

Rasanya setakat ini dulu cerita tentang modal jika mahu berhijrah ke luar negara. Tahniah, bertambah pengetahuan korang. Jawapan untuk bagi sesiapa yang tak tahu cara untuk berhijrah, senang jer. Macam yang dah saya cerita berpuluh kali, kalau bukan berkahwin dengan warga negara tersebut, kalau tak dapat tawaran pekerjaan, STUDENT VISA lah caranya.


Terima kasih kerana sudi membaca blog post ini.

 

Semoga dipermudahkan urusan kalian.

Saturday, 12 December 2020

Cerita Persekolahan Wafiya di Australia : Semester Kedua

Post kali ni nak cerita kisah persekolahan Wafiya di semester kedua pula, sambungan dari cerita Semester Pertama.


Satu semester ada dua term. Satu term ada 3 bulan. 
Jadi, satu semester bersamaan dengan 6 bulan.

 

Wafiya telah selesai semester pertama iaitu pada bulan February hingga July.

Sekarang, nak cerita pula semester kedua iaitu dari bulan July hingga December.



Wafiya ber kindygarten pada tahun 2020 sewaktu usianya bermula 4 tahun lebih hingga 5 tahun lebih.

Tahun 2020 lebih berkisarkan tentang situasi pandemic Covid-19.

Kes Covid-19 di Australia tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan negara lain. Wafiya hanya melalui pengalaman online learning selama 1 bulan lebih bermula pada pertengahan 6 April hingga 10 Mei. Bermula pada 12 Mei, sesi persekolahan di New South Wales adalah seperti biasa tetapi masih mematuhi norma baharu.

Basically, sesi semester kedua persekolahan berjalan dengan lancar. Tidak seperti di Semester Pertama, banyak aktiviti tergendala kerana Covid-19.

Masuk semester kedua, apa yang aku perasan adalah jadual mereka bertukar. Contoh, semester pertama mereka akan ke library pada hari Rabu, tetapi pada semester kedua, mereka akan ke library pada hari Jumaat. Menarik.

Jom, kita tengok apa yang ada di semester kedua.


1. Kerja sekolah buat di rumah mula dipraktikkan.

Dari mula Wafiya sekolah, aku heran juga kenapa tak ada kerja sekolah. Hari-hari aku check BEE Folder dia. Takde yang berkaitan kerja sekolah. Bila tanya pergi sekolah buat apa, dia kata tak tahu buat apa. Lupa. Nergh.. senang jawapan dia. So, start semester kedua baru ada kerja sekolah. Macam ni lah kerja sekolah dia. Simple macam ni. Mungkin sebab baru kindygarten. Wafiya kindygarten di primary school. Kalau di sekolah tu macam sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan.


Kerja sekolah Wafiya. Ada Camera Words, rhyme, making sentence dan matematik.

Kerja sekolah Wafiya satu muka surat jer. Atas sekeping kertas yang ditampal oleh cikgu dalam buku. Cikgu akan masukkan ke dalam BEE Folder setiap hari Isnin. Buat di rumah dan submit pada hari Jumaat. Flexible time untuk buat bila-bila jer. Jumaat, kami masukkan kerja sekolah yang dah siap ke dalam BEE Folder semula. Cikgu akan check dan tanda dengan sticker-sticker yang comel. Actually, kalau tak buat pun takde ape tindakan. Takde paksaan.


2. Speaking and Listening

Ini satu benda yang mengejutkan aku. Very interesting. Cikgu bagi siap-siap tajuk speech setiap minggu. Wafiya kena prepare di rumah speech dia berkaitan dengan tajuk tersebut. Satu hari, akan ada 4 orang murid yang akan beri speech, manakala yang lain pula cikgu akan memerhatikan kemahiran mendengar. Wafiya punya turn setiap hari Selasa. Biasanya hari Isnin malam tu kami akan prepare.

Feedback dari cikgu about Wafiya punya speech. 

Speech Wafiya perlu menjawab 5W dalam masa 2 minit (What, Where, Why, Who, When). Bagi aku, aktiviti ni sangat menarik dilakukan di dalam kelas. Kecik-kecik lagi diorang dah berlatih speech bercakap di hadapan kelas. Aku ada tanya Wafiya, ada sesiapa ketawakan tak? Wafiya cakap tak ada. Memang budaya kat sini takde ketawakan orang lain yang bagi speech di hadapan.

Aku yang dah tua-tua ni pun malu nak bercakap di hadapan. Malu nak tampil ke hadapan kelas untuk bercakap. Diorang ni kecik lagi dah praktis. Asah kemahiran bercakap, cungkil confident level. Aku cemburu dengan Wafiya.  


3. Book Week

Book Week mereka disambut dengan meriah. Bukan setakat bising kempen mari membaca jer. Ada aktiviti menarik dan ada Book Week Parade. Pada hari terakhir, murid-murid serta guru memakai costume yang disukai mengikut tema watak dalam buku. Diorang akan berarak di perkarangan sekolah. Walaupun kami sebagai ibu bapa tak dapat tengok, tapi dalam suasana pagi nak hantar anak ke sekolah pun dah cukup meriah nampaknya. Macam-macam costume dan hiasan, sangat kreatif. Aku pulak yang teruja. Sangat menarik. Semua sempoi dan sporting belaka.

Wafiya dress up ala-ala unicorn


4. School Photo

Setiap tahun pasti ada sesi photo di sekolah kan? Kat sini lebih proper. Ada surat untuk makluman ibu bapa berserta tarikh sesi school photo. Pakaian yang perlu dipakai. Siap borang tertera harga dan saiz gambar yang kita nak. Ada juga sesi family photo. Ini pun menarik juga. Tapi bukan family photo sekali mak pak bergambar kat sekolah. Ni family photo kalau ada adik beradik di satu sekolah yang sama. Kalau nak ambil gambar dengan adik beradik, ada harga special.

*aku tak berani nak post school photo kat sini, kena hormat privacy kanak2 lain. Bahaya pulak aku rasa. Yang mana follow aku di ig, dapatlah tengok sekejap kat ig story. 

School photo diorang diadakan lebih bersistematik. Ada photo individu. Gambar dari kepala hingga paras dada, which is benda ni tak ada pun di sekolah di Malaysia kan? Lagi satu ialah gambar bersama rakan satu kelas berserta guru kelas. Yang ini biasa kita wat kat sekolah. Ada gambar satu kelas jer. Gamabr individu tak ada kecuali, biasanya pengawas jer.

Aku banyak kali pesan kat Wafiya. Please, please, please take care yourself. Jangan demam. Jangan selsema. Aku nak sangat Wafiya ada school photo kat sekolah ni. Sangat bermakna bagi aku. Mana tahu kalau-kalau kami akan pulang ke Malaysia very soon atau Wafiya akan tukar ke sekolah lain. 

Wafiya dengar cakap. Dekat-dekat tarikh nak school photo tu, kami betul-betul sangat particular jaga kesihatan. Taknak terlepas peluang. Bayaran pun telah dibuat. Hasilnya memang buat kami gembira walaupun ianya hanya sekeping gambar. Tak sangka, penghijrahan ini bukan rezeki dan impian aku semata, malah ianya rezeki Wafiya. Wafiya berpeluang dapat merasa sekolah di luar negara di mana persekitaran, sistem dan pendekatan amat berbeza dari kebiasaan kita.


Balik dari hantar Wafiya ke sekolah


Lain-lain tu sama jer dengan semester pertama. Menggunakan sistem BEE Folder, pakai apps, library day, sistem buddies, bawa lunchbox, pakaian sukan (atau di Malaysia kita panggil baju PJ) tak perlu ditukar, tiada masalah bag berat, dan tiada whatsapp group atau nombor telefon guru didedahkan.

Sesi sekolah Wafiya tamat pada 16 December 2020. Cuti sekolah tak sama di Malaysia. Sini lewat sebab nak sampai ke cuti krismas. Hujung tahun sangat meriah dengan krismas, boxing day dan New Year. 

Sepanjang satu tahun ni, online school hanya pada April hingga Mei sebab Covid-19. Lain-lain sesi sekolah macam biasa. 

Gitulah sedikit sebanyak sepanjang setahun persekolahan Wafiya kat sini. Banyak dah aku ceritakan dan perincikan di facebook dan juga instagram aku. 

Boleh follow aku di instagram : @diyanasahariman

ataupun di Facebook : Diyana Farhana Sahariman

Kita jumpa lagi di lain post.

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...