Saturday, 23 September 2023

Berhijrah ke Luar Negara : Sepatah Dua Kata : Part 1

Walaupun korang mostly confident dengan aku, sebenarnya ada jer golongan yang underestimate terhadap aku. Aku siap dapat pakej lagi, orang tu suruh aku gerakkkk ke negara lain, apa tunggu lagi di Aussie? PR tak dapat-dapat even dah duduk di Australia lama dah.

Terima kasih menunjukkan "ketidaktahuan" korang tu dekat aku. Kenapa tak simpan ajer "ketidaktahuan" korang tu. Kenapa harus ditunjukkan kat aku?

Bagi aku, bila orang cakap macam tu kat aku, diorang tak tahu pun proses visa ni macam mana. Tahu tapi sebenarnya tak tahu. Pastu pandai-pandai jadi bijak pandai akan kehidupan orang lain. So sad.


Well, actually. Ok, let me explain here. Permanent Resident (PR) Australia ni, kita boleh dapat ketika kita di Malaysia lagi. Korang yang di Malaysia tu, yang baca blog aku ni, korang boleh dapatkan PR semasa korang tinggal di Malaysia lagi. Korang tak perlu masuk Australia pun, tak perlu duduk Australia beberapa tahun pun untuk dapat PR. Duduk kat Malaysia pun boleh dapat PR Australia.

DENGAN SYARAT!

Dengan syarat, POINT kau cukup, kau dapat invitation from immi untuk apply PR. That's it! Done. Itu ajer syaratnya. POINT mesti cukup, dan kita dapat invitation.


What happened to me is.......


Aku bawak korang ke kehidupan aku tahun 2018 dulu.

Tahun 2018, aku mulakan langkah nak migrate ke Australia. Aku ambil tahu jenis visa apa yang layak aku apply. Dekat website, ada tools yang match kan background criteria kita then dia akan keluarkan senarai jenis-jenis visa yang layak kita mohon.

Ketika tu, ada work skill visa dan student visa. Ok, pegang ya dua ni. Both visa ni pun memerlukan IELTS.

So, in May, aku pun pergilah ke IDP Penang, ambil IELTS. Aku cakap kat husband, kalau aku dapat IELTS ni band 8, kita go to work skill visa. Kalau IELTS aku lower than that, kita proceed jer dengan student visa. That's it!

Nak dijadikan cerita, seperti yang aku jangka, IELTS aku band 6 sahaja. Makanya, kena pangkah work skill visa tersebut. Oleh itu, kami proceed jer dengan student visa, datang ke Australia. Dengan tekad, aku kena improve IELTS aku tu to get higher band selepas aku sampai di Australia nanti.


Rakan-rakan,

Tahun pertama aku di Australia adalah tahun sepatutnya aku dapatkan band 8 and above. BUT, it not happened. Why?

Because, tahun pertama sampai, 3 bulan awal, kita akan sibuk cari rumah sewa. Ke sana ke sini inspection rumah. Then kita pindah rumah sewa, set up. Selesai bab rumah, bila dah setel, kita mula ada rasa homesick. Nak balik Malaysia. Kita ambil masa nak sesuaikan diri dengan cuaca. Kita baru nak stabilkan income. Elok jer income baru dapat stabil sikit, visa kita setahun tu dah nak habis. Setengah tahun dah habiskan masa cari rumah nak stabilkan income, sedar-sedar visa dah nak habis, berbaki 5 bulan lagi visa dah nak habis, kita kena fikirkan next visa pulak. Duit yang kita rasa nak guna untuk ambil IELTS, tapi duit tu kita kena simpan untuk next visa kita.

Tahun pertama aku tak berjaya selesaikan IELTS. Well, actually aku ada ambil sekali, exam IELTS selepas 5 bulan sampai Australia. Tapi aku tak berjaya dapatkan band yang aku nak. Aku stop kan kejap. Beri laluan nak hidupkan visa baru. Duit nak kena simpan untuk visa baru.

Aku luahkan dekat **e, 

"**e, I rasa i memang tak boleh ni IELTS. To get band 8 and above memerlukan jangka masa yang panjang dan menuntut penggunaan bahasa inggeris yang bagus. I know i cannot do it. Tak boleh ni. Tak mampu.


"**e jawab, u try PTE dear. Orang yang nk PR biasanya amik PTE. Lagi mudah. U try."


Dalam hati aku, aduhaimak... nak kena tukar pulak ke PTE. Nak kene start over pulak. Ya Allah. Malasnya. Tak kuasa aku. Awal-awal memang aku pangkah PTE.


Pastu aku duduk diam berfikir rasional. Aku search apa tu PTE. Then, I decide, ok lah. Give a try. Aku nak cuba PTE. Aku pegi class PTE. Sehari aku dalam kelas PTE tu, automatic pandangan aku bersetuju yang PTE ni mudah. Dan bukan aku sorang jer tekejut. Semua yang dalam kelas tu pun terkejut. Yeah. Aku tekad PTE. PTE is my only way.


Lepas attend class, aku practise. Then, aku amik exam PTE buat pertama kali.

Lagi sekali aku gagal. Gagal kat Speaking aku dapat 49 sahaja. Tak cukup untuk aku buat apa-apa langsung. 

For your information, untuk buat skill assesment dengan Engineer Australia, each module kena at least 50. Tapi speaking aku 49. Aduh!

So, dengan speaking aku 49, i cannot do anything. Skill assesment dengan Engineer Australia tak boleh buat, apatah lagi untuk PR. Dua-dua pun aku takleh buat dengan Speaking 49. Writing ok, aku dapat 71.

p/s : aku rasa kenapa aku dapat aku speaking 49 ialah aku get nervous easily. Dan aku belum matang lagi selok belok PTE. Mentah lagi.


Then, aku kembali practise sekali lagi for PTE. Tupp tup! lock down weh...Covid. Ya rabbi. Test center tutup. Aku punya Advanced Diploma course time tu pun dah start study online jer. Setahun lagi aku cannot anything. Tak boleh nak pi amik PTE. Test Center dah bukak pun, susah aku nak selit dapatkan date. Dan ketika tu, visa study aku dah nak habis. Kena kumpul sekali lagi duit untuk visa baru.

Kali ni, husband aku pulak study.

Masa covid tu, semua aktiviti dilumpuhkan. Kami merancang untuk ada second baby. Aku mengandungkan Wafiq. Aku plan nak buat PTE semula selepas Wafiq lahir sebab husband aku yang study. Bukan aku. Aku nak focus jer kat PTE masa husband aku study dan Wafiq dilahirkan.

Nak dijadikan cerita, time aku nak buat surat beranak Wafiq, aku dapat tajaan (sponsorship) untuk sambung master. Ah pulakkkk!

Ok. Ok. Aku pendekkan cerita. Sebab post ni berkaitan dengan "orang pandai atur hidup aku suruh gerakk ke negara lain".

Aku pendekkan cerita, before aku start study master, aku amik PTE sekali lagi. Sebab nanti bila aku dah start study master, aku susah nak ada masa lapang dan otak yang bebas. Jadi, sebelum start master, aku ambik lagi sekali PTE.

Aku lepas syarat untuk skill assesment sahaja which is lebih 50. Tapi aku belum lagi berjaya sepenuhnya. Aku belum dapat claim any point for PR. Hanya lepas dan cukup untuk skill assesment with Engineer Australia sahaja.

Makanya, aku pun buatlah skill assesment dengan Engineer Australia. Alhamdulillah dapat positive feedback. Dan aku pun masuk EOI. register my interest in skill select. Walaupun tak cukup untuk semua visa PR, tapi ada SATU visa pre-pr yang aku boleh letak harapan. Ada sattu tu aku dah cukup point. Dalam masa yang sama, aku pegang tanggungjawab aku sebagai seorang postgraduate student. Aku kena letak fokus aku kat study.

Berbalik kat orang yang cakap kat aku tu, dia actually dah pindah ke negara lain. So, dia cakap kat aku, "kalau rasa takde harapan kat oz tu, gerak jer weh. Jangan buang masa"

😒😒😒😒😒

Ko cakap kat aku macam ni, ko tahu ke ape yang aku lalui? Aku tinggal nk dptkan PTE 79+ jer weh. satu benda tu jer lagi.  Aku dah siapkan skill assesment dah weh. AKu dah masuk EOI dah weh. After semua yang aku  buat ni, ko kata macam tu kat aku?

Yes, ada jer people underestimate me. Diorang ingat aku takde masalah. Diorang ingat aku duduk goyang kaki tunggu langit jatuh ke riba. Diorang ingat aku takde harapan. Even apa yang aku dah buat dah 80% jalan. 

Yes, mana ada orang faham pun kan jalan kita. Tapi tak perlu cakap apa-apa kut. Kasi jer sokongan kat aku tengah study master ni beb. Nak gerak pun memang tak boleh. Tengah study master ni beb.


Selagi kita tak PR, orang tak akan percaya dengan kita. Kita recommend trusted agent pun diorang tak nak go for it. Diorang lebih rela amik agent yang diorang kenal di tepi jalan atau social media. 

Selagi kita tak berjaya dapatkan PR, orang tak akan percaya dengan kita. Orang tak akan dengar pandangan kita. Kita suggest suruh mai Australia pun, diorang tak pandang. Semua pandang negara lain. Bila tersontot takde visa, diorang senyap-senyap sorok -sorok dari aku mai Australia. Hahhaha. Yerlah, sape nak dengar cakap kita kan.


Dioang tak tahu, the reason kenapa aku belum dapat PR. Diorang fikir, eleh, kau pun lom berjaya dapat PR, nak nasihatkan orang. Diorang tak tahu kenapa. The reason behind. Diorang tak faham.


Berbalik pada niat asal aku berhijrah ke luar negara, aku hanya ingin merasa pengalaman nak duduk luar negara. All the experienced yang I dah lalui dari awal, nak adapt dengan cuaca, nak stabilkan income, lepas tu covid pulak, lepas tu aku mengandung pulak, lepas tu aku TERdapat tajaan sambung master pulak, people never understand. People just wanna know, u berjaya atau tidak dapat PR. If belum, you loser. Thats it.


From this experience, I learn something. Banyak perkara yang mewarnai hidup aku. Memang nak dapatkan PR, adalah impian semua orang yang duduk sini. Tahukah kamu, betapa bersyukurnya kami Allah kasi kami zuriat kedua. Allah bagi ketika kami memang nak anak kedua. Time Wafiya mula buka mulut nak adik. Masa tu covid, nak balik pun tak boleh. Study pun online. Nak buat PTE, test center tutup. Mengandung lah dulu. Bagi ada progress.. Ada perkara untuk mengisi masa. Bersyukur sangat. 

Dan tahukah kamu, dalam pada aku belum berjaya setelkan PTE untuk dapatkan PR, aku dapat tajaan untuk sambung master. Walaupun aku dah 5 kali apply tajaan tak pernah berjaya. Tapi kali ni direzekikan dapat sambung belajar. Tahu tak, PR tu bukan the only rezeki untuk manusia. Perkara-perkara lain pun rezeki. Allah bagi aku peluang semua itu, Allah bagi aku rasa semua itu. Allah belum bagi itu, tapi Allah bagi dulu yang ni. 

Kita hanya mampu merancang. Allah yang mengaturkan. Aku plan nk buat IELTS sebaik tiba di Australia, tapi tak berjaya dapat score yang tinggi. Aku plan nak buat PTE selepas bersalinkan Wafiq, tapi aku dapat sambung master. Kita boleh plan sahaja. Tapi Allah boleh twist semua tu sekelip mata. Hanya dia jer yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bersyukur. Masanya akan tiba tak lama lagi. Dia kasi aku merasa perkara lain dulu, sebelum dia menganugerahkan aku perkara yang aku usahakan sejak dari tahun 2018 lagi.

Terima kasih Allah.

Monday, 18 September 2023

Berhijrah ke Australia : Soalan Lazim Part 1

Malam tadi ada nampak satu soalan dari anonymous in one group.

Berumur 38 tahun, berkeluarga (berlima), nak migrate ke Australia. Boleh atau tidak?


Jawapan aku:

Macam yang aku cakap dalam post sebelum ni, kalau berkemahiran professional, tak kisah lah dari carpenter hingga ke engineer, jika ada kemahiran yang diperlukan Australia, boleh ikut cara di sini. 

Kalau takde apa-apa kemahiran, kena start over, menggunakan student visa, caranya di sini.

Aku tak suka ulas BOLEH ke tidak nak migrate.

As for me, what I have learned from my experience, BOLEH atau tidak itu atas kita sendiri sejauh mana kuat berusaha dan tekad untuk ke luar negara. Selain usaha, kita perlu ada MODAL. 

Ada MODAL, ada USAHA = BOLEH... itu jer formula nya. and of course atas izin Allah. Takde modal pun, kalau Allah izinkan, atas usaha kita, datanglah MODAL tu.

Berbalik tadi, aku tak suka ulas BOLEH ke tidak. Bear in mind, kalau ada anak ramai bersekolah, jika menggunakan student visa, haaaaa.... SAKIT bro....

Sebab, pemegang student visa kena bayar yuran sekolah anak sebanyak $10,000 setahun especially in NSW and VIC. Jika study diploma or cert or any course in VET sector (vocational)

Unless, u datang ambil master, yuran sekolah anak sekitar $7000. Or else, you amik PHD, yuran sekolah anak is FREE. OR OR ELSE, you amik master in WA, yuran sekolah anak is FREE.

I'm sure anonymous itu tadi tak mempunyai degree untuk ambil master, atau ada degree, nak ambil master, tapi yuran master sangat mahal. Macam mana nak self funded yuran master... Semuanya duit. Main dengan duit, nak berhijrah ni.

And one more thing, kalau dah umur 38, to start over again with student visa, bear in mind that limit umur for PR ialah 44 tahun. Kena cepat bertindak kalau nak migrate ke Australia. Paling-paling 2 tahun study. Strategikan your pathway. Tengok balik berapa lama study, berapa lama nak buat PTE, skill assessment, tunggu invitation untuk PR. semua tu kena fikir dah. That's why kena cepat bertindak sebelum umur 44 tahun.


Berbalik ke soalan asal. Kalau ada USAHA dan MODAL, boleh aja sih berhijrah ke Australia.

Selalunya aku jumpa orang yang ada IMPIAN, CITA-CITA, NIAT, tapi bila dengar jer MODAL nak kena banyak, hanyut terus impian tu dan langsung tak ambil langkah untuk berUSAHA. Tanya diri sendiri sejauh mana kita bertekad.

Andai takdir kita ke luar negara, pasti Allah dorongkan. Allah akan temukan kita setiap titik demi titik.Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Jumpa pembakar semangat. Jumpa orang share jalan nak berhijrah. Jumpa cara nak berhijrah. Tinggal kita jer nak gunakan dan manfaatkan.

Jangan berhenti berdoa.

Saturday, 1 July 2023

Bagaimana Cara Nak Berhijrah ke Australia?

Memandangkan border dah buka, ramai cari jalan keluar. 

Aku tau korang bukan rajin membaca sangat kan. So, aku ringkaskan macam mana nak guna blog aku. 
Nanti aku free baru aku try buat video. Walau aku segan, tapi aku mempunyai passion dalam berkongsi bab nak migrate ni sebab aku melaluinya sendiri. Bukanlah nak pancing followers. Benda ni impian aku, aku dah lalui dan aku suka berkongsi. Aku nak beri-TAHU korang yang kita ni ada jalan untuk kejar impian nak duduk OVERSEA. At least korang jumpa jalan yang betul untuk berhijrah.

Tanpa melalut panjang, ringkasan dia begini, 

Untuk panduan korang.

Kalau korang jumpa blog ni semasa korang search in google, aku harap korang baca dulu blog ni habis-habis sebelum korang pergi mesej aku kat IG atau FB. If korang dah ada some knowledge, ada effort on doing research macam mana nk ke luar negara, i feel glad and happy to help IF you have further questions.



1. Kalau korang dah ada ijazah in some special skills like Engineer or Arkitek dan having some work experience bekerja di Malaysia, korang boleh apply terus PERMANENT RESIDENT melalui Migration Skill Visa atau korang boleh panggil WORKING VISA. Visa ni tak perlu dapatkan job at the first place (independent), korang boleh apply VISA ni from Malaysia, korang boleh bekerja, dan boleh stay in Australia secara TETAP. 

Caranya, korang boleh tengok post yang aku ceritakan di sini. Please do more research, berapa point korang entitled, dan cara nak buat skill assesment.


2. Kalau korang takde apa-apa. Belajar pun takat SPM jer, atau diploma jer atau sijil. Don't worry, masih ada jalan untuk korang merasa duduk di luar negara. You need to start over with Education Pathway. Korang kena study di Australia. Cara ni dapat banyak sangat advantage untuk korang. Sambil tengah study, korang boleh bekerja, boleh cari kerja dan dapatkan sponsor job from company (sponsor visa dan dapat kerja), dan korang boleh apply Permanent Resident lepas belajar nanti.




Ok. Itu saja yang korang perlu fikirkan. Tak perlu runsing-runsing. Yang mana dapat tawaran kerja, biasanya takde masalah. Company yang uruskan tempat kerja dan visa.

Yang mana independent, takde sponsor sesiapa, tak berkahwin dengan Australian PR or citizen, korang guna either way di atas ni.

Australia takde permit kerja macam Indonesia datang bekerja di Malaysia. Kena ingat yang tu. Nak bekerja di Australia, perlu ada Visa bekerja. Perlu ambil English Test either PTE or IELTS. 

Lain-lain hal korang boleh explore blog aku:



3. Macam mana kalau mengandung dan mahu bersalin di Australia.

4. Macam mana nak renew passport dan daftar kelahiran anak di Australia.

5. Macam mana nak ambil PTE english test.


Akan datang banyak lagi proses yang aku nak ceritakan. InshaaAllah aku akan update from time to time. Semoga bermanfaat hendaknya.

Moga catatan pengalaman ini dapat feed some knowledge to you and ada ganjaran pahala buat aku.

Post ni nanti aku tulis elok-elok. Rushing sebab busy.

Saturday, 25 March 2023

Melayu di Luar Negara

Topic ni agak sensitif. Tapi aku tau, haters takkan rajin mai blog aku untuk baca. Aku menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang terjadi sepanjang aku tinggal di luar negara.

Jika di Malaysia, kita dibeza-bezakan taraf hidup dengan tangga gaji, pendapatan, kasta sesebuah kelaurga. Sadly, di luar negara pun kita masih hidup berkasta. Kasta apa? Kasta VISA.

Benda ni kau tak akan rasa kalau kau datang as a student yang ditaja MARA/Petronas/JPA sebab hidup kau hanya about study dan duit masuk. That's it. Tapi bila kau hidup as local, bercampur dengan melayu yang lain, kau akan rasa.


Melayu yang tinggal di Sydney, dan based on pengalaman kawan aku di Brisbane, dan aku percaya yang tinggal di UK pun macam tu, kita membezakan orang, mengkastakan orang melalui jenis visa. Hidup masih berpuak dan tak terbuka untuk bercampur gaul dengan orang lain. Bagi aku, kalau tak mau bercampur pun it's ok. Tapi jangan sampai orang terasa dihina. Kesian kat orang.

Student biasanya tak rasa sangat. Tambah lagi kalau ade Malaysian Hall, mereka hidup dalam komuniti diorang jer. (tapi lain hal pulak kalau dalam Malaysian Hall, still ada gosip-gosip memeriahkan suasana).

Kalau yang datang dengan work sponsor visa, mula-mula diorang takde kawan biasanya. Kalau ade pun, kawan sesama kerja. Lama-lama baru diorang akan bercampur dengan geng PR sebab dah mula build kenalan. Of course geng2 yang PR akan sudi menyambut persahabatan sebab kau kerja hebat, selalunya skill professional ni kerja hebat la kan tu sebab dapat sponsor from company dan yang disponsor company ni pun tak lama nanti akan PR jugak. 

Geng-geng PR ni pulak, of course sesama diorang hebat, that's why dapat PR. English mantap, kerja gaji lebat. Diorang akan berkawan sesama diorang sahaja. Kalau kau bilis, baik kau elakkan dan undur diri dari geng PR untuk selamatkan hati kau. Kalau muka tu kau nampak sesama diorang, haa.. memang muka tu jer lah sampai kiamat. Kalau bilis, memang kau akan ditinggalkan. Ada satu lagi geng yang geng PR suka berkawan, which is.. geng gomen.

Tak dinafikan, geng gomen Malaysia ramai jer kena transfer ke luar negara mewakili bidang masing-masing either tourism, education, agriculture, kedutaan. Diorang ni akan disambut baik oleh geng PR. Walaupun aku ada dengar diorang cemburu each other, sebab geng gomen tak boleh stay lama di luar negara, kena balik semula ke Malaysia sebab tanggungjawab penjawat awam, yeah, it happened. Geng gomen ni biasanya diorang ala-ala datin. High standard and loaded skit. 

Ok, now puak mana yang paling tertinggal?

Puak illegal! Dari segi perwatakan, memang sangat mudah nak cam puak illegal ni. Biasanya puak illegal akan rasa segan nak bercampur dengan puak-puak atasan. Ada juga aku selalu dengar dari kawan-kawan yang illegal, masa diorang baru-baru sampai ke Sydney, diorang ada kawan dengan geng PR. Tapi lama-kelamaan, hubungan tu putus macam tu sahaja sebaik tahu jalan yang dia pilih adalah salah. 

Aku? Aku di tengah-tengah. Aku berhijrah ke Australia independently, without any sponsorship, without job offer. Memang aku datang as student pada awalnya, tapi bukan student tajaan dan bukan study kat universiti hebat-hebat.

Aku dan suami banyak bergaul dengan puak illegal pada awalnya. Dan disebabkan aku menulis blog, aku build network dengan orang baru yang dapat job sponsor yang akan memulakan langkah di luar negara. Dan aku kenal ramai geng PR through IG. Aku pada awalnya sangat memilih to accept friend. Tapi most of the time ig aku public, aku tak dapat nak tapis kalau orang follow aku. Seriously aku segan berkawan dengan geng PR. But most of them yang aku kenal, diorang baik dengana aku. Baik sangat. Tapi tidak adil pulak aku cakap begitu di hadapan puak illegal. Sebab geng PR not treat them nicely like they treat me kan.

Aku suka bergaul dengan puak illegal. Dengan diorang, tak pernah tak meriah. Kalau merewang tu, periuk belanga semua besar-besar. Kenduri kalah di Malaysia. Diorang sudi and selalu jemput kami sekeluarga bergaul dengan diorang. Makan-makan, bawa anak-anak playdate. Dan kami saling menyelami kesusahan masing-masing. Ada juga puak illegal yang kaya-raya, itupun aku segan juga. Aku pulak yang terasa seperti bilis.

Bila aku start amik master kat UNSW, since border aussie buka for international students, aku dapat bina lagi kawan baru among student. Biasanya diorang akan contact aku untuk tanya about Sydney, about visa dan about tajaan, jugak rumah sewa. Selalunya takde masalah dengan diorang. Diorang menghargai dan selalu contact me and catch up kalau jumpa di campus. Sadly, pernah terjadi ya.. pernah terjadi one of my follower, ketika tu sedang prepare nak datang ke Australia, tengah cari jalan nak pakai visa ape. Sampai sanggup zoom meeting dengan aku. Aku waktu tu sedap lena, tengah preggy Wafiq time tu, sanggup aku bangun melayan meeting dengan diorang because they seeking for some advice and opinion untuk datang ke Australia. Finally dia datang with student visa, landed in Adelaide. Terkejut aku satu hari, dia trigger ig stories aku and reply benda yang menyakitkan hati aku. Dia pertikai apa yang aku share. Dia kata dia datang Australia pun ramai orang tanya cara dia, tapi dia taknak cerita. Dah tu? kau nak stop aku from sharing?

Kecewa aku. Dia datang, ask me for some help. Tapi bila dia dah datang, dia marah aku from sharing. Selama dia di Malaysia dah lah hidup dengan apa yang aku share. Dah berjaya, dengan bongkaknya nak suruh aku stop? What the...*&*^&%& Tak sangka aku. Terkejut. Ada juga manusia berhati macam tu.

Ada juga yang masa baru-baru sampai Sydney, rajin baca blog aku. Masa awal-awal sampai takde kawan. Aku pun rajin la berkawan dengan dia. Simpati sebab aku pernah melalui fasa tu. Fasa di masa awal sampai, takde kawan. Aku risau kalau dia nangis sunyi takde kawan nanti dia claim duk luar negara tak best. Lama-lama dah berkawan, dia pun dah pandai bina networking, lama-lama hubungan aku dengan dia pun lenyap. 

Kecewa.


Hidup ini tiada paksaan nak berkawan dengan siapa. Aku pun tak kisah kau nak kawan dengan sape. Aku nak kawan dengan sape. Tapi cukuplah sekali sekala bertanya khabar/sampaikan salam. Sebab mutual friends terlalu ramai di sini. Aku pun malas nak fikir sangat sebab life aku pun too pack memikirkan due date assignment dan exam. Takde masa nak fikir about hubungan. But, inti patinya, korang buat aku kenal siapa korang. Budi pekerti korang.

Aku nasihatkan kat korang, yang mana yang baru sampai, letak kategori korang di atas ni, korang akan tahu macam mana layanan yang korang akan dapat. Tapi... aku pohon, korang treat other people nicely. Tak kira dia visa apa pun. Setiap orang ada struggle masing-masing. Diorang datang kat kita nak berkawan tu nak release tension diorang. Please.. please.. please... treat other people dengan rasa tinggi empati dan belas ihsan.


Moga hidup kita di luar negara diberkati Ilahi.

Moga penghijrahan kita ke luar negara diredhai Allah.

Friday, 10 February 2023

Mencari Rumah Sewa di Sydney

Mencari rumah sewa di Sydney adalah bukan mudah, tapi tak susah. Depends on situation korang. Korang berada di Malaysia atau di Sydney ketika mencari rumah sewa tu. Korang datang Sydney untuk belajar atau bekerja? Atau macam aku, bebas dan independant. Bukan datang sebab belajar ataupun dapat tawaran kerja. 

Kalau datang sebab dapat tawaran kerja, biasanya company berikan accomodation sementara. Masa tu korang boleh cari rumah sewa. Lega lah kalau macam tu. 

Tapi kalau student yang datang, memang susah. Nak pulak time cari rumah sewa tu korang masih berada di Malaysia. Bukan senang, beb.

Sistem rumah sewa di Sydney ni ialah bayaran sewa dibayar secara MINGGUAN. Jadi, amat susah kalau korang berada di Malaysia, nak cari rumah sewa yang korang akan masuk BULAN DEPAN. Impossible. 

Biasanya kami kat sini, bila dah dapat rumah sewa, kami terus masuk minggu berikutnya. Maksud aku, aku ambil masa berminggu-minggu untuk buat inspection dan survey-survey. Then bila dah dapat rumah sewa yang aku berkenan, dan agent setuju untuk sewakan dekat aku, haa.. minggu tu jugak, atau minggu depan tu aku masuk rumah baru. Takdenyer tunggu bulan depan. Yerlah, siapa nak simpan rumah tu untuk kau selama sebulan untuk tunggu kau sampai, yer tak. Melainkan korang ada duit yang banyak, korang boleh bayar duit sewa rumah dua tiga minggu tapi korang masih belum sampai Sydney.

Tapi sebelum tu, sebelum kita sampai cerita dah dapat rumah sewa, kita kena fikir dulu macam mana nak cari dan apa proses nak sewa rumah.

Trust me, aktiviti mencari rumah sewa sangat menyeronokkan. Dan meletihkan. 

Oh ya sebelum tu, kita pergi ke topik location nak cari rumah sewa. Kat mana location dan sub urb yang sesuai?

Location dan sub urb yang sesuai pun depends on korang jugak.


Kalau datang sini sebab dapat tawaran kerja, biasanya diorang nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja then barulah cari sekolah anak-anak.

Kalau datang sini sebab belajar, satu masalah orang Malaysia yang datang sini, diorang kalau boleh nak rumah sewa yang boleh nampak BUMBUNG university, tapi nak harga murah. Hurm.. aku selalu geleng kepala ja lah. Bear in mind, kalau korang berhijrah ke luar negara, sila tinggalkan KEKAYANGAN tu kat airport KLIA. Jangan bawa ke luar negara. Di luar negara, nak nak pulak awal-awal sampai ni, baru nak hidup di tempat orang, kalau boleh, cut cost dan cuba cari alternative yang murah selagi mampu. Bila korang dah lama duduk sini, dah stabil, dah tau selok belok each sub urb, haa... itu jam, kalau korang nak duduk tepi SYDNEY HARBOUR BRIDGE pun lantak korang lah. 

Dia macam ni, kalau sewa dekat area university, dekat train, dekat public transport, itu semua MAHAL. Pastu gaduh la claim rumah sewa kat Sydney ni mahal. HAAA la mahal, dah korang nak duduk tepi pagar university. Mestilah mahal. logic tak?

Sydney ni ada banyak sub urb. Dan setiap sub urb ada ciri-ciri tersendiri. Ada sub urb kawasan orang putih. Ada sub urb kawasan orang ABORIGINAL. Ada sub urb kawasan Vietnam. Ada sub urb orang ARAB, LEBANON, SYRIA. Ada sub urb CHINA, INDIA, Korea. Australia kan negara multi nationality. Bukannya korang leh jumpa pure omputeh pun kat Sydney ni. Mostly semua immigrant.

Kalau korang duduk kawasan Asean, senang dapat barang asean. Kalau duduk kawasan Arab, mewahnya makanan halal dah serupa macam duduk kat Turki. Kalau korang duduk kawasan org putih, kawasan dia memang senyap, bersih. Tapi haaa siaplah, silap-silap bunyi tolak kerusi meja pun dah kena ketuk pintu. Tambah pulak kita yang ada anak ni, boleh bergaduh ooo dengan jiran-jiran sebab anak kita bising. Mana nak kawalnya. Kalau duduk kawasan Asean ni, kita boleh lawan tempik dengan mak mak orang lain.

Kalau duduk kawasan Arab-arab, ada banyak pilihan untuk hantar anak korang ke kelas agama. Sekolah private islamic pun ada banyak. Kelas mengaji pun ada banyak. Malah, sekolah public pun dimonopoli oleh orang Islam, jadinya, kalau sekolah public ada buat aktiviti, pihak sekolah pun sediakan makanan halal. 

Jadi, pilihlah sub urb yang sesuai supaya hidup korang aman damai. Bukan apa, nanti korang claim kata duduk luar negara ni lagi teruk dari duduk Malaysia. Padahal korang salah pilih sub urb jer. Habis, satu luar negara korang claim teruk. 

Macam mana nak pilih sub urb yang sesuai? Caranya ialah melalui PEMERHATIAN. Maksudnya korang kena ada penginapan sementara dulu, selepas sampai Sydney untuk cari rumah sewa.

Masalahnya, Malaysian Hall selalu penuh untuk menempatkan pelajar baru sampai. Aku pun tak faham lah kenapa setiap kali pun penuh. Ni based on new students baru sampai, mengadu kat aku, MH penuh. Jadi susahlah kat new students ni nak cari rumah sewa. Kesian tau. Dahlah student baru. Baru sampai ke luar negara pulak tu. Takde accomodation sementara untuk diorang mencari rumah sewa. Dah lah rumah sewa kat Australia ni bayaran weekly.

Ok, berbalik pada location tu tadi.

Kalau korang student degree, masih bujang, aku sarankan korang duduk jer tepi pagar university. Nampak bumbung university takpe. Sebab korang bujang, ambil degree pulak tu. Korang perlu kan kawan-kawan untuk kelangsungan hidup di Sydney. Dan, lagi satu, degree kena selalu pergi kelas, pergi uni. Time study week, mesti korang study dan pergi library. Dan, korang bukan cari satu rumah untuk disewa, korang hanyalah cari bilik untuk disewa. Jadi, aku sarankan adik-adik yang datang Sydney sambung degree, carilah rumah sewa dekat university. Boleh cari area Kingsford dan juga Randwick. Kensington ni aku tak berapa recommend sangat sebab takde apa. Jauh sikit korang kena menapak kalau rumah sewa di Kensington. Memang ada light rail from Kensington untuk ke kampus. Tapi bila dah jadi student ni, automatik korang akan jadi kedekut nak topup kad Opal untuk naik light rail ke kampus. Kalau korang duduk Kingsford atau Randwick, dekat kedai Asean, dekat restoran halal, jalan kaki jer untuk ke kampus. Tapi jauh sikit lah kalau korang nak cari ayam or daging halal. Tapi takpelah. Yang bujang-bujan ni bukannya hari-hari nak masak pun. Yer tak? Korang banyak di kampus jer. Rate bilik sewa pulak dalam $150 - $200 per week. Still ok bagi si bujang untuk bayor.

Bagi yang student bawa keluarga, biasanya diorang ni ambil master atau PHD. Untuk yang master ni jarang pun pergi kelas. Kelas aku pun seminggu sekali jer pergi kampus. Buat apa korang duduk tepi pagar university? Rate sebuah rumah sewa di kawasan university ialah $550 - $700. Sebuah rumah beb. Bukan macam adik-adik degree yang bayar sewa bilik $200 seminggu. Ater, korang kan bawa keluarga datang sini. Mestilah korang cari sebuah rumah untuk disewa. Satu aku nak pesan, korang jangan positif sangat dan merasakan $500 tu ok dan tak apa. Lepas sebulan dua, pasti korang akan terasa berat nak bazirkan $500 seminggu kat rumah sewa. Sedangkan korang jarang pergi kampus. Kalau cuti term macam summer term, lagi rugi. Cuti lama, tak pergi kelas, bayar sewa rumah mahal. 1 term ada 10 minggu jer. Dan aku rasa tak sesuai pun yang berkeluarga duduk area university. Satu sebab mahal. Satu lagi, bila berkeluarga ni, pasti korang nak masak hari-hari, nak beli ayam daging halal. Kalau duduk area uni, korang kena naik turun bas kalau nak dapat ayam daging halal. Let say, kalau suami yang pergi belajar, at least si isteri boleh pergi jalan kaki, cuci mata pergi kedai-kedai dan beli ayam daging halal. Ha... korang cari lah sub urb yang macam tu. Yang isteri korang boleh jalan kaki pergi kedai beli ayam daging halal dan sayur dan juga bawang-bawang. Bukan mudah untuk wife kita tinggal di rumah, baru sampai from Malaysia. Mentally tough tahu tak. Carilah area rumah yang best pergi walking. Sebab walking tu terapi untuk kita yang bakal homesick ni.

Korang tak perlu cari rumah fully furnished pun takpe. Membazir jer kalau cari rumah fully furnished. Sebab rumah sewa kat Australia ni memang siap ada dah kitchen cabinet. Tak seperti di Malaysia, rumah sewa ada sinki zink tu semata. Kat sini rumah sewa memang ada dah kitchen cabinet, cooking top, overn, dishwasher, dryer, bilik pulak biasanya ada bath tub, sinki toilet tu siap ada cabinet, laundry pun ada dengan sinki tinggi untuk washing. Dalam bilik plak, memang ada almari baju pintu cermin. Rumah pun lantai elok, ada yang fully carpet. Jadi, tak payah lah bazirkan duit setiap minggu untuk dapatkan rumah fully furnished. Ingat, tinggalkan KAYANGAN anda di airport KLIA. Jadilah marhaen for early start up. Kalau korang nak cari perabot rumah, korang boleh cari kat fb marketplace. Korang sewalah satu hari, CAR NEXT DOOR ke. dan kutip semua barang-barang from FB marketplace. Biasanya TV, sofa, meja study, meja makan, katil korang boleh dapat percuma. Kalau bayar pun dalam $10- $50. Tak payahlah korang bebankan diri korang setiap minggu extra $200 sebab nak rumah fully furnished. $200 seminggu tu boleh buat macam-macam ooo kalau di sini. Kalau korang duk sini amik master setahun jer pun, aku rasa still tak berbaloi duduk rumah fully furnished. Barang-barang tu boleh dapat free.

Dulu, masa aku di Malaysia, aku dah stick to satu rumah sewa ni, seminggu $550. Aku rasa macam ok. Tapi bila aku tanya Malaysian yang duduk Sydney, ok tak rumah ni, diorang cakap mahal weh... Then, bila aku duduk Sydney, baru aku faham maksud diorang. Ya, $550 per week untuk sebuah rumah sewa, memang aku rasa mahal. Even kawan-kawan yang duduk Sydney dah lama dan bekerja, diorang cari rumah sewa paling mahal pun $400 untuk tiga bilik. Janganlah korang bazirkan rumah sewa sampai seminggu $550 per week. Membazir aku rasa. Baik korang simpan duit tu pergi jalan-jalan pusing Australia.

Kalau cari rumah sewa, rumah yg fully carpet pun ok jugak. Taklah sejuk sangat time winter nanti. Dan boleh protect bunyi supaya jiran-jiran tak komplen bising. Kalau korang sewa apartment, rumah paling atas lah rumah paling sejuk masa winter dan rumah paling panas di musim panas. Sebab rumah paling atas kan. Sejuk ke panas ke, kita yang kena dulu. Nak cantik, cari rumah yang ada dapat matahari. Janganlah terik sangat, nanti kang summer korang rentung pulak. Matahari tu penting time winter. Dan jangan cari rumah yang gelap sangat, nanti ada mould naik banyak.

Ok, setel bab location.

Bab proses nak sewa ni, korang boleh baca post aku yang lama ni. Kalau korang berada di Malaysia, almost impossible untuk dapatkan rumah sewa. Sebab, siapa yang datang buat inspection rumah? Aku dulu pun penat mencari rumah sewa di Sydney masa berada di Malaysia. Satu, sebab number phone orang sini tak reveal, kedua, sebab takde sape nak pergi inspection, ketiga kita belum cukup dokumen yang agent nak nak seperi akaun bank. Korang kena berada di Sydney untuk cari rumah sewa. Korang carilah cara untuk dapatkan penginapan sementara.

Kalau adik-adik degree cari bilik sewa, boleh tengok kat FB marketplace. Kalau nak cari rumah sewa boleh install apps Rent, Realestate, Domain. Hati-hati jangan keluarkan duit untuk rumah sewa kalau korang berada di Malaysia. Risau kena scam. Ada kes dah macam ni. Diorang tau student baru sampai Sydney, diorang mintak deposit, sampai-sampai, rumah tak ada. Better ape2 hal sekalipun, korang sampai dulu Sydney, sebelum nak buat apa2 bayaran.

Aku doakan urusan korang dipermudahkan dalam pencarian rumah sewa. Tinggal di luar negara ni seronok kalau kena gaya dan lokasinya.

Thursday, 26 January 2023

Renew Passport di Pejabat Consulate, Melbourne

Tahun baru, pengalaman baru.

Passport Wafiya and daddy nyer expired bulan ni. Jadi selaku setiausaha keluarga aku kena ambil tahu cara bagaimana nak renew passport di Australia.

Memang sebelum ni aku ada pengalaman renew passport di Australia, tapi aku renew passport melalui program mobile office (Melbourne office datang ke Sydney). Aku belum ada pengalaman bagaimana selalunya Malaysian renew passport di Australia.

Aku mula tanya kawan. Kawan aku kasi link boleh renew by online. Aku pun bukak lah website dan isi detail secara online. Tengah duk isi, alamak, gambar ukuran passport takde lah pulak. Terbantut progress. Stop dan pergi ke Officework ambil gambar ukuran passport. Nak ambil gambar kat AusPost pun boleh tapi aku rasa gambar tak cantik.

Selesai ambil gambar daddy nyer dan gambar Wafiya, aku pun kembali isi online. Tup tup! Tengok tengok kanak-kanak bawah umur 18 tahun perlu renew di kaunter. Aiseyhmen... Kalau tau dari awal, takde lah buang masa pergi ambil gambar di Officework. 

Note: link website renew passport online tu sama jer link nyer yang Malaysian di Malaysia pakai untuk renew passport online. Beza cuma pick up collection tu kat mana. Kalau tinggal di Australia, nak pick up passport kat Australia kena sertakan visa

Aku hold dulu renew passport daddy nyer (walaupun passport daddynyer boleh renew online) sebab aku nak date Wafiya and her dad sama. Senang kira.

Bermulalah aku hunting slot appointment untuk renew passport di pejabat konsulat. Tak kisahlah di mana-mana either Canbera atau Melbourne, asalkan ada slot appointment. 

Aku tengok kat website, both office pun takde slot sehingga tahun 2022. Masa aku usha tarikh tu pun dah December 2022, so sampai ke 31 December pun takde slot). Aku email pejabat konsulat Melbourne. Surprisingly, diorang reply email aku dengan pantas. Aku dikehendaki menyemak website from time to time sebab akan ada slot dibuka bagi tahun 2023.

Hari-hari lah aku check website pagi dan petang. Hunting slot.

Kawan husband aku ajak pergi Melbourne, jalan-jalan. Husband aku cakap, korang pergi lah. Aku takde duit.

Time diorang sembang ajak mengajak nak pergi Melbourne, aku kat rumah tengah hunting slot appointment. 

Tiba-tiba aku bukak website, banyak gila slot dibuka sepanjang January 2023 untuk renew passport. Tapi pejabat Melbourne lah. Canbera takde. Tanpa beritahu suami aku, aku book jer slot ikut kepala aku. Sebab aku selalu digemburkan, slot appointment macam pisang goreng panas. Laris. Cepat jer full. Aku pun ligat lah book.

Habis book, baru aku bagitau suami aku. Nah... slot appointment. Melbourne jer ada. Canberra takde. Nak taknak, kita kena ke Melbourne. Bersedia atau tidak, kena juga pergi sebab nak renew passport.

Kami takde perancangan pun nak travel jauh memandangkan financial status cukup untuk hidup jer. Tapi kalau tak renew passport, risau akan ada masalah lain pula nanti. Kalau ada passport, boleh lah balik Malaysia, kan. Husband aku pun boleh seat PTE exam. Kalau-kalau ada kaitan dengan next visa, kan senang kalau passport sentiasa hidup.

Sementara tunggu sampai date nak ke Melbourne, aku sentiasa buka website Canberra. Mana tau, kalau-kalau ada slot di Canberra, boleh lah renew dekat sikit. Canberra jer. Jimat duit dan tak perlu travel jauh ke Melbourne.

Semua dokumen aku siapkan. Surat beranak Wafiya, IC daddy, passport lama, application form, duit cash $80 adult, $40 kanak-kanak, status visa, siap semua aku print.

Kitorang bertolak ke Melbourne untuk renew passport. Parking street berbayar. Naik tingkat 1. Sampai office, ramai tunggu di luar pintu pejabat. Kita kena tunggu dulu di luar. Tunggu sehingga nama dipanggil. Oh ya sebelum tu, sebelum bertolak ke Melbourne, aku dah buat pengesahan kehadiran di website menyatakan yang aku confirm hadir.

Bila nama dipanggil barulah boleh masuk ke dalam office. Hanya yang berurusan jer boleh masuk. Ahli keluarga lain kena tunggu di luar. So, Wafiya and daddy jer masuk office. Berikan dokumen, bayar, ambil gambar di kaunter, then balik. Pukul 3 petang pula dikehendaki datang semula untuk ambil passport yang dah siap.


Pegawai yang menguruskan passport sangat ramah. Baik dan berikan layanan mesra. Urusan sangat pantas. Overall, kami sekeluarga puas hati. Tak seperti apa yang kami baca di facebook. Ini pengalaman kami. Malah di pejabat konsulat Canberra pun sama. I have no complaint. All good and great. Selang seminggu date aku, kawan aku pun pergi renew passport. Sama jugak, kawan aku cakap all good. Staff sangat baik dan mesra.

Jam 3 petang kami datang semula untuk ambil passport yang dah siap. Sekali lagi Wafiya and her dad naik office untuk tandatangan dan collect passport. Wafiya pun dah boleh sign sendiri passport dia. Hehe comel jer. 


Alhamdulillah. Semua dah selesai. Dapatlah kami jalan-jalan sekitar Melbourna,. Kalau tak kerana passport, memang entah bila lah kami berpeluang untuk melihat sisi lain bumi Australia. Asyik pusing dalam Sydney jer. Tak pernah keluar dari NSW. 

Lepas sampai Sydney, aku mula berkira-kira untuk balik Malaysia. Pasang niat. Nak balik kejap. Nak jumpa mak ayah. Wafiq pun dah 2 tahun. Belum pernah didukung atok dan opah. Sebak pula rasa. 

Takpe lah.. Duit boleh dicari. Masa berlalu tak terbeli. Lebih baik kita curi peluang untuk balik kejap. Balik mencari kekuatan. 

Moga Allah tunaikan hasrat untuk kami sekeluarga pulang menjenguk mak ayah tahun ini malah untuk setiap tahun akan datang. Amin..

Tuesday, 13 December 2022

Macam Mana Aku Dapat Motivasi Untuk Teruskan Study Master

Kalau korang baca post sebelum ni, aku ada banyak alasan kenapa aku nak tolak rancangan sambung study ke peringkat master. Rasa MALAS tu adalah TOP Reason.

Post kali ni aku nak cerita, 

macam mana aku boleh dapat motivasi untuk teruskan jugak pengajian ni.

How I get motivation? After once I decided to accept this offer both from uni and sponsorship. 

Apa yang membuatkan aku rasa, "YES! My decision is RIGHT."

Apa yang membuatkan aku rasa, "Aku TAK menyesal buat keputusan ni walaupun ianya satu jalan yang sukar."



1. Mula-mula sekali, masa nak pergi collect student ID, masuk jer uni area, aku tengok suasana, environment, vibes, itu jer pun dah BANGKITKAN semangat aku. Sentiasa bersyukur akan sekecil-kecil perkara dan nikmat. Aku rasa lain tau, bila masuk dan lihat environment dalam uni. PLUS, ada sentimental value lagi sebab tahun 2018 dulu, aku duduk dekat-dekat dengan area uni, aku selalu jalan-jalan petang kat area uni. Masa aku jalan-jalan dulu, aku selalu rasa bestnya kalau dapat study kat sini. Aku rasa impossible aku boleh study kat universiti ni. TAPI harini aku datang untuk collect student ID, which is aku berjaya dapat study kat sini. Ada value kan? Mix feeling. Sayu, sebak, happy semua ada.


2. Masa aku nak start pilih subject in that term, aku a bit shock jugak la dengan sistem study kat sini. Sebab kat sini study by term punya sistem, bukan semester. Satu term ada 10 weeks jer dan hanya boleh study maximum 3 subjects. Minimum 2 subject. Kiranya, satu term 2 atau 3 subjects jer. Which is aku rasa boleh la. Mampu buat dan tak lama. Suffer pun sekejap jer. 10 weeks. So, aku rasa this one is ok. Subject tu kat sini panggil "course". Jurusan yang kita ambil tu, dipanggil "program".


3. First subject (course) yang aku ambil masa first term ialah Network Architecture. Langsung takde calculation. Sembang-sembang jer dalam kelas. Lecturer sangat encourage and motivate kita. Dia selalu cakap, ambil course Telecommunication ni sangat bagus for future job. Di situ lah aku sekali lagi dapat motivation. Dah la aku asalnya malas nak study, pastu kebetulan first term aku pilih subject ni dan lecturer sangat membantu dalam menaikkan semangat aku untuk teruskan perjuangan mencari ilmu. 


4. Subject Network Architecture ni jugak banyak dedahkan aku dengan job market di luar sana. Disebabkan lecturer ni memang ada kerja luar, dia banyak iklankan kerja kosong dari company-company yang ada kaitan dengan dia kat kami semua. Dari situ dah nampak halatuju ke mana masa tahun akhir nak habis study nanti. Last year nanti boleh try apply kerja.


5. Aku dah off job market about 4 tahun lebih dan bidang kerja aku sebelum ni tak banyak ada di Australia sebab Australia bukan manufacturing country. So, bila aku accept and make decision to further studies, bidang lain dari pengalaman aku (from solar to telecommunication), aku dapat catch up balik skill yang diperlukan di luar sana. Contoh Python, Matlab. Terasa cool! bila dapat experience belajar skill baru. Dapat lagi satu motivation.💚


6. Bila dah masuk universiti ni, aku dapat banyak access to job market. Universiti ada provide satu website untuk cari kerja. Ada juga kerja kosong untuk bekerja dalam universiti tu jugak. Ade jer kerja kosong position Engineer dalam universiti. Sebelum ni aku tak tau pun. Ingatkan kerja engineer ni kat company luar sana jer. Rupanya dalam uni pun ada. Anggap ini sebagai satu batu loncatan. Pintu lebih banyak terbuka kalau kita study di sini dan nak kerja pun di sini.


7. Ada macam-macam program dan aktiviti di universiti. Kita dapat kawan baru, bina network. Ada rasa contentment in life. Dapat alihkan kebosanan rutin harian yang berulang. Dalam 10 weeks per term tu, ada stress less week, ada flexi week, dan juga study week. Rasa lega banyak daripada keadaan tegang kejar due date.


8. Kalau macam aku, aku rasa aku boleh buat dengan structure sistem kalendar akademik per term ni. Kalau korang nak tahu, UNSW lain dari universiti lain dari segi sistem kalendar akademik. UNSW, satu term 10 weeks of learning, pastu study week seminggu dan study week 2 minggu. Manakala, universiti lain contohnya Uni Queensland dan University of Sydney, diorang punya sistem satu term ada 12 weeks of learning. Let say aku stress dengan one of subject in that term, at least aku suffer 10 weeks jer. After that, I'm free. Ability aku macam tu. Tak nak lah hadap lama-lama macam sistem semester. Struggle pun, hanya 10 weeks. Dalam 10 weeks tu ada stress less week, ada flexi week. See.. memang study master ni susah bagi kita yang dah berkeluarga ni, tapi ada jer jalan yang kita boleh tarik nafas lega seketika. Balance dan kita dapat manage our stress.


9. Satu benda yang aku rasa best lah jugak. Dulu masa aku kerja, bila nak read some article, ada limited access. Tapi bila dah masuk alam universiti, dapat freedom untuk access reading material. Terasa hyper sekejap. Hahhaa.


10. By doing master, aku dapat asah balik confident level. Sebab aku dah duduk rumah dalam tempoh yang lama. After habis degree dulu pun aku ada pengalaman kerja di satu company jer. Pulak tu, company aku kerja tu sangat selesa. Terasa like "homey". Aku tak hadapi lagi cabaran di company lain yang macam-macam kerenah. Dah la aku merantau ke luar negara, macam mana aku nak adapt job environment dengan international people. So, by doing master, aku mix with macam-macam orang dan InshaAllah aku boleh adapt dengan aussie culture. Aku nak asah balik confident level, asah balik communications skills. Bukan bermaksud speaking English cair. Bukan tu saje. Ianya merangkumi dari segi academic writing, how to speak with people, listening and writing. 


11. Bila kita dah build network, bina kawan baru, kita didedahkan dengan pengalaman pelajar lain yang pernah berada di tempat kita skrg ni. And see how they grow and where they are now. 


12. Lecturer sangat supportive. Korang boleh menitik ayaq mata ooooo bila dapat layanan baik dari lecturer korang. Walaupun berlainan bangsa dan agama, diorang sangat baik dengan kita. Aku tak boleh part ni. Aku sebak 😭. Aku tau part yang aku tak mampu. Kita kenal diri kita. Bila kita be honest, beritahu kita tak reti, lecturer sangat membantu, laju jer reply email. Lecturer-lecturer yang aku akan kenang sampai bila-bila, Vijay, Minzhao, Derrick, Erik, Rodica. Semua sangat friendly. Sangat membantu. Memang silap la kalau tolak study master sebab takut tak boleh buat. Alhamdulillah sebuah pengalaman yang sangat berharga.


13. Aku tak nak compare beza study di Malaysia dan luar negara. Bagi aku, sangat unfair to do comparison. Sebab aku study di Malaysia dulu buat degree sekitar tahun 2008- 2011. Time tu Whatsapp pun belum ada lagi. Duk pakai USB lagi. Email pun takde sape nak pandang. Sekarang yang aku study master ni, nak say Hai pun ada Microsoft Team. Sejak covid ni, kelas pun online. Mana adil nak compare-compare. Tak boleh la. Memang la different study di Malaysia dan Australia. Tapi they are not apple to apple. Ini based on pengalaman aku. Masa Dr. Ron ajar kan. Aku impressive gila wei. Time tu klo lemah semangat pun, tiba-tiba ada satu semangat meresap naik. Contoh Dr Erik. Dia mengajar suara jelas gila, kita faham apa dia sebut, dia tunjuk satu persatu dalam excel file. Dia letak komen, kenapa jadi macam ni, macam ni macam ni. Dia guna high technology tools. Internet pun laju. Duduk sejam tercongok apa dia buat pun tak jadi hal. Sampaikan aku email kat dia ucap terima kasih sangat-sangat dengan tunjuk ajar dia. Aku tak sangka benda-benda macam ni aku akan lalui sepanjang pengajian aku which is pernah aku nak tolak haritu. Derrick pun sama. Dia produce video dah macam Vloggers pulak. Sampai aku lupa yang aku tengah duduk dalam kelas yang ada lecturer dan student.


14. Lecturer sangat belas ihsan kat kita. Dia tau kita allergic mathematics. Memahami yang kebiasaannya student tak suka calculation. So, bila dia termasuk topik yg kena ajar kira-kira, dia bagitau siap-siap, "I'm sorry.. Kira sikit jer.. Sikit jer. Simple jer.. Simple jer calculation ni..." psiko betul kan.. Haha.  Macam doctor nak cucuk kita. Ok.. jangan takut adik.. Jangan takut.. Sikit jer.. Sikit jer.


15. Lecturer tak strict. Bukan bermaksud kita bleh main-main. Contoh mcm Derrick. Dia selalu tanya, "do u need extra time to submit homework? Can you do that? Please let me know if you dont, i can extend the deadline for you". Aku macam, haaa.. melopong. Sama juga dengan Minzhao, "as for you, I dont care when you can submit. Up to you. Take your time.". Gila lah... Aku banyak teqiak sebab ramai lecturer baik-baik sepanjang aku study kat sini. Bila diorang layan kita cam ni, aku punya semangat nak buat kerja and submit jer ikut due date asal. Even diorang kasi kelonggaran, kita pula naik semangat untuk buat kerja awal. See, dapat lagi motivation 💚 


16. Zaman sekarang dah canggih. Even tak perlu travel pergi kelas. Duduk jer rumah asal ada internet. Kalau tak dapat fokus in class pun, kita boleh dengar balik recording. Youtube pun ada banyak tutorial shared yang sama macam lecturer kita ajar kita. Kalau rasa lecturer kita tu tak pandai ajar, cari jer kat youtube. Standard soalan jer. Apa yang lecturer ajar, itu jugak lah yang ada di youtube.


17. Uni di luar negara sgt pentingkan mental illness. If u stress, u are not alone. Always ada yg membantu. Tu sebab adanya STRESS LESS WEEK. Lepas kita dapat email result kita on that term, kat bawah email tu ada tulis siap-siap. Kalau down dengan result, rasa mental kacau bilau, sila hubungi sekian sekian. Diorang sangat jaga kita.


18. Build network. Kenal orang baru. Get inspired and inspiring others. Dari situ juga kita belajar bersyukur melalui ibrah yg disampaikan oleh kenalan baru kita. Contoh aku dikelilingi ramai student master yang self funded. Aku ni student tajaan. Dari situ naik rasa kesyukuran. Diorang lagi struggle dari aku.


19. Dikelilingi orang-orang hebat buat kita rasa motivated. Kita rasa terinspirasi. Contoh ada sorang guess lecture yang Vijay selitkan dalam kelas dia. Guess tu asalnya dari student sini jugak. Dia cerita dia punya career pathway. Dulu pun dia tak ketahuan jugak. Now dia kerja dengan google. Bila aku tengok LinkedIn dia, dia banyak kerja-kerja empowering women in industrial. Bagi aku, dia wanita hebat. Aku terinspirasi dengan dia. 


20. Aku suka travel ke universiti. Aku suka berjalan dalam perkarangan universiti. Aku suka tengok environment dalam library, student sesak-sesak dalam train nak ke universiti, aku suka tengok semuanya berjalan menuju ke destinasi masing-masing lepas turun train dan masuk dalam universiti. Semua ni, depan mata aku, meresap ke dalam hati. Dan aku dapat hembus nafas semangat.


_

Semua-semua ni sangat membahagiakan kita sebagai student. Semua ni berbaloi dan terbalas rasa stress terkejar due date dan exam anxiety. Aku dapati ada balance by doing master yang kita rasa berat tak boleh nak buat. Aku yg dulu mentah-mentah nak tolak, Sekarang selalu cakap bersyukur aku tak tolak.


Buat jer dulu. Motivation comes later. It will come along through your struggle journey.


Allah tak akan bagi melainkan kita mampu. Dia lebih tahu apa yang terkemudian.


Setiap kesulitan, pasti ada jalannya. Sama ada memudahkan atau menyelesaikannya.


Tak cuba, kita tak tahu. Kena cuba dulu baru tahu. Kita hanya takut sangkaan-sangkaan kita sahaja.


Kena keluar dari zon selesa. From there, you grow. 


Overall. Aku tak menyesal dgn keputusan ni. I feel grateful i accept jugak at the last minit. 


I was in your shoes before. "taknak study, otak dah berkarat, giler la. Taknak stress" . But now, apa yang aku terima, melebihi dari ketakutan aku sebelum ni.


Kerja pun stress. Study pun stress. Duk rumah pun stress. Duit takde pun stress. Berniaga pun stress. Apa yang penting ialah how we manage our stress. Selalunya akan ada kemudahan disebalik kesukaran. InshaAllah. Allah dah aturkan jalan kita.


Takyah stress nk kejar markah tinggi-tinggi. Asalkan ada motivation, the rest you akn matang. U know what u should do. No one care ur results. Kita dah ada degree, dah ada pengalaman kerja. Nk tunjuk kt sape pointer tu. Anggap jer master ni new exciting journey. Kalau mampu dan rasa enjoy dapat pointer tinggi, silakan. Tapi kalau jadi macam aku ni, yang bukan student gilang gemilang terbilang ni, enjoy saja the journey. Anggap jer study dan exam ni satu sub sub perkara. Anggap jer jalan-jalan area uni adalah contribution terbesar.


Who am i? Seorang pelajar biasa yg pernah hampir tolak tawaran untuk sambung pengajian sbb kata tak mampu nk buat.


Fikiran hanya menakutkan kita. Menjadi penghalang untuk kita melangkah ke hadapan.


Moga terkesan di hati dan minda korang. Aku doakan impian korang tercapai. Aku taknak cakap, moga korang berjaya sambung master. Sebab lain orang, lain definisi kejayaan. Aku cuma nak doakan impian korang tercapai jer. 


Terima kasih korang kerana sudi baca pengalaman aku di sini.


Berhijrah ke Luar Negara : Sepatah Dua Kata : Part 1

Walaupun korang mostly confident dengan aku, sebenarnya ada jer golongan yang underestimate terhadap aku. Aku siap dapat pakej lagi, orang t...