Saturday, 29 September 2018

Hatyai Trip : Makan-makan di Kaitod decha

Lain orang, lain rating nyer kan. Bagi aku, Kaitod de cha is the best place to eat dalam pencarian makanan di Hatyai. Apa yang tak sedap? Semuanya sedap di sini,

Biasanya kami akan ke Kaitod de Cha awal sebab nak makan daging bakar harimau menangis. Kalau lambat, mesti habis. Jadi, sebelum buka lagi kami dah tiba. Duduk menunggu sambil layan wifi. Kat sini ada disediakan wifi yer. Ruang makan yang besar untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Peak hour akan selalunya ada orang beratur tunggu giliran nak makan. Memang tak boleh lepak lama lepas makan. Bertolak ansur beri laluan untuk orang lain pula menjamu selera. Sian diorang masa beratur dah meleleh air liur tengok hidangan atas meja korang.

rasa Daging Bakar Harimau Menangis tak dapat dilupakan. Lemak tu sedapnya oi
Kami menaiki tuk tuk untuk ke Kaitod decha dari Grand Plaza Hotel. Jaraknya tidak jauh. Jalan kaki pun boleh sampai sebenarnya. Tapi marilah sama-sama rasa naik tuk tuk macam mana kan.

Kedai dibuka seawal 9pagi. Jadi kita boleh makan nasi awal-awal dan jalan jalan Hatyai tak ingat dunia. Perut kenyang, senang nak berjalan-jalan. Setakat pengalaman aku, memang aku susun pergi Kaitod decha awal pagi. Selain boleh menikmati Daging Bakar Harimau Menangis, kita boleh jalan-jalan dan isi perut dengan menu lain pula.

Menu wajib. Tapi hanya dapat rasa jika berkunjung awal pagi
Bagi aku, semua sedap. Tak ada yang tak sedap. Jom tengok apa yang kami order apabila makan di sini. Gambar-gambar ini termasuk beberapa kali berkunjung santapan di sini.

Restaurant Kaitod Decha
Air Kelapa
Ikan masak asam.
Sotong bakar
Ikan ni serius sedap. Kuah asam
Tomyam
Sayur Kailan
Jangan teragak-agak untuk order. Semua sedap. Pasti tak nyesal.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 1 : Mengandung di Luar Negara

Satu persatu pengalaman aku tulis dalam blog ni. Pengalaman berhijrah, pengalaman sekolahkan anak, pengalaman ambil ujian IELTS dan PTE. Kal...