Saturday, 13 December 2025

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia.

Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap dengan previous jobs.

Di Malaysia dulu dah kerja 7 tahun. Datang Australia, 7 tahun jadi suri rumah. 

Lepas 7 tahun jadi suri rumah, aku kembali bekerja.

Jujurnya memang aku dah malas nak bekerja. Seronok duduk rumah. Walaupun takde duit, sangat gembira duduk rumah. Boleh bangun sesuka hati.. Bole ke mana-mana suka hati. Boleh jalan-jalan tak kira hari.

Sampai ke satu tahap, ada beberapa faktor yang membuatkan aku ambil keputusan untuk bekerja. Itupun asalnya aku taknak kerja juga walaupun dipanggil interview. Pengalaman rare semasa interview itulah yang membuatkan aku rasa, ok i can do this. Bukan: ok nak kerja ni, nak kerja ni. Tapi lebih kepada: ok, aku boleh buat ni.

Sebab, aku dapat kerja sama bidang masa aku di Malaysia dulu. Aku tak tau nak kata aku minat sangat ke bidang ni? There is no indicator yang mengatakan aku memang minat bidang ni. No. Aku tak tau apa aku minat. It just, aku rasa ok kerja macam ni aku boleh buat sebab aku dah pernah buat. Itu jer.

Lagipun, kerja yang aku kerja sekarang ni ialah company yang sama aku apply sejak aku tahu kewujudan sarikat tersebut. Aku tahu kewujudan sarikat ni masa tahun 2020. Asyrafi share kat aku n husband, bahawa ada satu sarikat ni nak buka di Australia. Aku check check tengok la ok sangat lokasi tu dengan rumah kami di Sydney. Sejak itula aku apply sarikat yang aku keje skrg ni. Setiap tahun aku apply. From time to time memang aku check ada opening ke tak. Dia bukak jer, aku apply.

Sebab, hanya sarikat ni jer buat benda yang bidang aku. Sarikat lain memang takde. Itulah salah satu kekangan kenapa aku susah nk dapat keje. Sebab bidang aku tak ada di Australia. Bidang aku banyak di Malaysia. Kadang-kadang memang pikir nak balik Malaysia jer, aku boleh kembali bekerja bidang aku. Tapi itu tidak terjadi jua.

Hanya satu ni jer bidang aku. Tu sebab bila tak dapat, aku apply lagi. Tak dapat, aku apply lagi. Beberapa kali juga dah attend interview. Aku ingat lagi, masa first interview tahun 2021, aku ada cakap di penghujung talian. "It's ok kalau tak dapat. I akan keep apply lagi sampai dapat.". Terngiang balik kata-kata sendiri. Sebab? u have no choice. Memang company ni jer sama bidang dengan apa yang aku buat selama ni. Memang situ jer la aku bertenggek. sebab tak ada company lain lagi dah. Haha.

Pejam celik, 5 tahun aku apply sarikat ni sejak dari tahun 2020. dan pada tahun 2025, aku akhirnya diterima untuk bekerja di sini.

1 comment:

  1. Saya hampir baca semua posting blog ni, dan saya dapat kenal yang kak diyana orang yg sangat kuat dan tidak pernah putus asa dalam perkara yg akak impikan. Terima kasih sgttt sebab sudi menulis blog perjalanan hidup akak, saya pun dapat inspirasi untuk taknak putus asa. Teringat zaman belajar, semangat dulu tinggi tapi sekarang mungkin macam header blog ni ada hintkan, saya dalam fasa "comfort zone", keje yg tidak stress sgt, ada gaji yg cukup cuma goal2 yg pernah saya mimpikan terkubur je.

    Sangatlah lucky dapat jumpa blog ni, saya pun ada impian nak sambung master luar negara, saya pun teringin nak bekerja luar negara n blog ni banyak bagi semangat utk saya terus cuba lagi mcm akak yg tak putus2 apply.

    Harap dapat lagi baca tulisan dan posting2 blog ni.

    ReplyDelete

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...