Selain Bukit Kayu Hitam, korang boleh masuk Thailand melalui Ban Prakob Border. Untuk ke sini, korang boleh lalu dari Kuala Nerang.
Kali kedua aku ke Hatyai, aku masuk ikut Ban Prakob ni dan kami
menuju ke Coco One Beach Resort yang terletak di Sakom Beach. Kami just
makan dan ambil gambar di sini. Menarik untuk ambil gambar dan berehat
santai kena angin laut.
|
Coco One Beach Resort di Sakom Beach |
|
Dari ban Prakob menuju ke Coco One Beach selama sejam memandu |
Di sepanjang jalan selepas Kuala Nerang tu pun banyak kedai jual insuran. Kami singgah di stesen minyak Buraqoil di Durian Burung. Boleh beli insuran, tukar wang dan beli simkad di sini.
|
Kami singgah di sini untuk beli insuran kereta, tukar wang dan beli simkad |
Sangat selesa berurusan masuk ke Thailand kat border ni. Korang boleh try masuk ikut sini untuk mengelakkan beratur panjang. Tapi kalau masuk ikut sini, korang takleh singgah Danok dah la. Jangan risau. Hatyai ni akan selalu buat korang rasa nak pergi lagi.
Border ni pun ada surau dan tandas memudahkan korang.
No comments:
Post a Comment