Monday 22 October 2018

Apa yang perlu dibuat setelah tiba di Australia

Setibanya di Airport Sydney, kami mencari grab untuk ke rumah sewa. Kami bertiga struggle menolak trolley dengan 4 luggage dan dua lg handcarry  ditambah pula dengan anak kecil. Angin meniup kencang. Agak sukar bergerak.

Tiba di Sydney Airport
Grab sampai, tapi apabila dia nampak Wafiya dia tak boleh bawa kami sebab Wafiya perlu duduk di car seat. Hanya taxi 13cab yang boleh bawa Wafiya tanpa car seat.

Kami pun berpatah balik dengan segala luggage menunggu taxi. Letih.

Tambang sebanyak $50 untuk sampai ke rumah. Agak mahal. Jaraknya dekat. Tuan rumah(uncle Philip) sudah menunggu kedatangan kami.

Setelah sampai ke rumah sewa, borak-borak dengan tuan rumah, dia bawa kami pergi beli simkad dan Opal Card.

Kami pilih simkad Optus sebagai telco provider. Sedikit kekeliruan untuk membeli simkad. Tiada nombor tertera di kad. Beli starter pack, set up di phone dan boleh pilih number phone yang disukai di dalam telefon.

Kemudian kami ke bank berhampiran untuk membuka akaun. Bukan boleh terjah jer sebenarnya. Kena set appointment. Kami set appointment untuk buka akaun keesokan harinya. Bank di sini tidak menggunakan sistem angka giliran. Semua urusan yang mengambil masa yang lama memerlukan untuk kita set appointment. Urusan yang kecil-kecil hanya beratur untuk ke kaunter.

Hiasan dalaman bank di sini sangat menarik. Tak rasa macam berada di dalam bank pun. Ada disediakan chocolate untuk pengunjung bank. Machine ATM pun tak banyak. Ada satu jer. Mostly berurusan secara online.

Bank pun cantik
Kami pulang ke rumah. Mandi dan berehat. Menanti hari esok untuk ke bank buka akaun.

Malam itu kami dinner dengan tuan rumah kami di restoran Korea halal.

...

Keesokan harinya, kami suami isteri membuka akaun dengan seorang staff India barangkali. Wafiya menunggu dengan sopan. Menyedari bahawa Wafiya sangat behave, pegawai bank tersebut memberi Wafiya sekeping kertas lukisan dan pencil warna serta tabung Helicopter. Kagum dia melihat Wafiya yang tak banyak ragam. *masa tu jer la* haha.

Buat pertama kalinya kami menggunakan Opal card menaiki bas ke city. Aku perlu daftarkan diri ke kolej. Wafiya dan suamiku turut serta.

Setelah mendaftarkan diri, kami ke pejabat agent. Buat pertama kali berjumpa dengan agent. Selama ni cakap dalam phone jer. Harini baru dapat berbual panjang.

Kami lunch di Shalom restaurant Indonesia. Terkejut makan kt Aussie ni, memang harganya mahal. Pada lah dengan dia punya portion. Portion besar. Satu meal boleh share dua orang.

Kenyang makan di Shalom kami pun menuju ke mercu tanda Sydney, Australia untuk mengambil angin dan melihat sekitar apa yang ada di sini. Cuaca dingin dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa.

Seperti mendapat nafas baru, apabila merenung ke arah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House, hati ini meruntun pilu. Tinggallah seluruh ahli keluarga di Malaysia. Selamat tinggal zon selesa. Selamat tinggal kerjayaku. Selamat tinggal rumah yang baruku beli. Selamat tinggal negaraku. Di sini, kami mulakan hidup baru. Inilah yang kami usahakan sekian lama. Inilah perkara yang mustahil aku rasakan satu ketika dulu. Merantau dan berhijrah ke negara orang. Dengan hikmah, kami meneroka.

Terselit rasa sayu

Moga Allah memberkati penghijrahan kami sekeluarga..



Sunday 21 October 2018

Hijrah To Sydney : The Day My Visa was Granted

Minggu pertama aku counting days. Masuk minggu kedua aku tak counting days dah sebab aku fikir visa aku mesti ambil masa sebulan. Ini baru minggu kedua. Aku pergi kerja macam biasa. Petang hari Khamis aku check email tengok takde apa pun berlaku kat inbox aku. Aku pun tutup laptop dan ke surau seperti biasa siap-siap nak balik.


Keesokan paginya, aku sampai ke tempat kerja seperti biasa. Selesai meeting dengan team process,  aku masuk ke office dan aku labuhkan punggung ke kerusi pusing. Suis dihidupkan. Kemudian aku on suis laptop Dell. Menyala dan terpampang gambar company yang berdiri gah. Aku biarkan dengan jiwa kosong. Jari kusyuk melihat handphone. Aku buka email dan aku biar. Terpampang dan tiada siapa memandang.

Asyrafi rakan sebelah meja masuk dan duduk di mejanya. Aku tersedar dan kembali dunia nyata. Terlupa yang tadi aku buka laptop tapi sibuk main handphone. Tersedar ada email masuk. Aku baca. Sekerat! Aku menjerit.. Ya Allah... aku dapat visa, Asyrafi!!.. Asyrafi turut raikan dan baca email tersebut. Ya Allah gembiranya hati aku ini Ya Allah. Aku bersyukur Ya Allah.

Tak akan aku siakan peluang ini dan aku berjanji akan sebarkan kebaikan moga yang lain dapat manfaat dari perjalanan pengalamanku ini.

Aku dah tak sabar untuk kejar suami aku di mesin Printer. Aku perlu berlari mendapatkan suamiku. Elok jer aku bangun dari kerusi kebetulan manager aku (Head of Operation) masuk ke office dan tertanya kenapa aku begitu gembira. Aku tak beritahu. Dia hampir ke meja aku dan aku tutup laptop. Hehe. Main-main pulak. Rasa bersalah buat macam tu tapi aku janji I will get to u back. Aku kena cepat beritahu suami aku.

Aku pun berlari mendapatkan suami aku. Mungkin Line 2. Aku ada simpan rakaman aku berlari -lari dalam production untuk beritahu suami aku dengan perasaan riang gembira. Kebetulan suami aku dikelilingi oleh technician dia. Aku jerit panggil suami aku dari jauh. Bayangkan dalam slo-mo.
Suami aku kata, "dah dapat visa lah tu". Aku bagitau..."kita dah dapat visa.. "..sebak.. Semua yang ada di situ semua melonjak keriangan atas kejayaan kami.. "woahh......" ramai-ramai bersorak.

Aku tinggalkan mereka dan kemudian menghubungi mak ayahku dan keluarga mertua. Seronok nya perasaan aku tak terkira. Dengan saat genting macam ni di sana sini berita visa Australia susah nak dapat, tapi aku berjaya dapatkannya. Rezki Allah kurniakan kepada sesiapa yang berusaha dan have strong determination. Aku tak akan lupa saat ini. Segala perngorbanan dan usaha yang aku harung selama ni berlegar-legar di kepala aku satu persatu bagai ada rentak slo mo sedang menari mengiringi perasaanku ini.

Aku bersyukur ya Allah. Tak sangka aku dapat meniti ini semua. Manisnya pengorbanan dan usaha. Allah saja yang mengerti perasaanku ini. Aku tak akan lupa. Saat itu....

Hijrah to Sydney : Biometric

Cara nak buat Biometric ni pulak, kena buat appointment dulu. Kalau medical check up, kita buat appointment by call the clinic. Tapi kalau biometric, kena buat appointment kat website. Selepas bayar visa tu, kita dapat dokumen berkaitan untuk buat medical check up and biometric kan, tu semua kena bawa sekali dan maklumat kita ada di situ. Ok. Buat appointment kat website untuk biometric.

Biometric ni ingat ya. Bear in mind it is in KL only. Pejabat nya satu bangunan dengan bangunan MCA dekat KLCC tu. Tunjuk IC dekat kaunter di bawah sebelum lift tu untuk nombor giliran. Bangunan ni dikawal rapi dan untuk ke pejabat VFS Global ni sangat lah ketat kawalannya.

KLCC menjadi saksi betapa tinggi harapanku
Masuk jer office, kita tunggu nombor giliran dipanggil. Kemudian buat bayaran dulu di kaunter.
Lepas bayar, duduk duduk dulu tunggu sampai giliran untuk masuk ke bilik biometric.

Biliknya sangat kecil dan sempit. Kena ambil gambar. Buka cermin mata dan kita dikehendaki finger print setiap jari sepuluh ini ku susun untukmu. Lepas tu siap! Boleh balik.

VFS Global di bangunan MCA
Bermakna, hari ini hari pertama visa diproses. Visa akan mula diproses apabila kedua-dua urusan medical check up dan biometric selesai. Ada tempoh untuk kita selesaikan biometric ni iaitu 2 minggu selepas tarikh kita bayar visa. Jadi, siap sedia masa dan wang ringgit untuk selesaikan medical check up dan biometric. Aku apply annual leave masa nak sattlekan ni. Kebetulan aku ada training di KL so sekali harung buat biometric.

Aku pun keep waiting dengan harapan dan doa setelah perit jerih berusaha untuk sampai ke tahap ini. Aku tak sangka yang dulunya hanya mimpi. Pelbagai cabaran aku tempuh  dan pelbagai negatif aku lawan untuk sampai step ni. Pada tuhan aku berserah.

I keep positive and waiting.


Saturday 20 October 2018

Hijrah to Sydney : Medical Check Up

Sebenarnya tak kisah nak buat Medical Check Up dulu atau Biometric dulu. Terpulang. Aku mulakan medical check up dulu sebab timing aku cantik macam tu.

Medical check up ni bukan boleh dibuat di mana-mana klinik atau private hospital. Pihak immigration dah beri maklumat  klinik panel untuk buat medical check up.

Yang aku tau, ada di Kuala Lumpur dan Penang. Nasib baik la aku dekat dengan Adventist Penang hospital panel yang boleh buat medical check up.


Cara nak buat medical check up, first sekali kena call hospital berkenaan dan mohon untuk buat temujanji. So, appointment being set by phone call. Staff hospital akan mintak kita punya referral number and other detail like passport number and full name.

Masa untuk buat medical check up telah tiba.

Walau dah buat temujanji, tapi masih tetap kena tunggu. Tapi disebabkan staff di Adventist sangat baik dan mesra layanan, mood aku jadi baik.

Perkara pertama, kami kena isi borang, dan staff akan panggil untuk check berat, tinggi, dan check mata. Kemudian kami diberi botol untuk buat sampling air kecil. Untuk budak-budak tak perlu. Untuk aku dan suami, kena buat ujian air kecing. Kemudian aku dan suami kena buat Xray. Kena buat bayaran dulu di kaunter. Pastu buat Xray. Part ni kalau yang pregnant tak boleh lah buat Xray. So, kalau korang nak migrate or study oversea, bajet-bajet la timing mengandung ok sebab procedure nak apply visa memerlukan Xray. Kalau pregnant biasanya kita dapat bridging visa kalau kita apply student visa secara offshore. Until kita dah selamat bersalin, baru sambung Xray dan submit visa.

Kemudian kami menunggu giliran untuk masuk ke office doctor. Doctor akan check kesihatan dan isi laporan medical check up depan-depan kita. Selepas kita tengok laporan tersebut, doctor akan submit laporan ke pihak immigration on the spot. Semua yang doctor click tu depan mata kita.

Aku dan suami tak boleh masuk sekali ke office doctor. Kami masuk berasingan kecuali Wafiya, dia masuk sama aku.

Selesai dah. Tinggal last step, aku kena ke KL untuk buat Biometric. Biometric ni baru jer dikenakan. Sebelum ni tak kena pun. Kebetulan aku ada training di KL, so aku schedule kan buat Biometric around that date. Bila selesai Biometric baru la permohonan visa kita lengkap dan akan diproses. Kalau tak, dok kat takuk tu jer lah.

See ya!


Friday 19 October 2018

Hijrah to Sydney : Student Visa Application

Selepas beli insuran, aku sambung semula visa application yang tergendala. Dalam application ni ada dia minta results IELTS. Menurut pengetahuan aku tahun sebelum ni tak ada pun kena isi results IELTS. Maka, beringatlah. Nak duduk di luar negara, ambil IELTS siap-siap.


Lagi sekali aku slow masa isi detail. Aku stuck kat page yang minta kita state kan purpose kenapa nak stay sini. Kena buat karangan lah. Part ini aku memerlukan bantuan agent. Purpose kena strong moga visa kita granted dengan jayanya.

Ada page yang nak kita masukkan nama ibu bapa, ibu dan bapa mertua serta adik beradik. Isikan nama dan tarikh lahir. Mungkin untuk rekod sekiranya diorang datang visit kot.

Masa ni juga kita kena lampirkan segala dokumen yang dikehendaki. Actually ini part yang agak susah juga sebab nak provide financial statement kita. Dokumen-dokumen yang perlu ialah seperti passport, marriage certificate, financial statement. Itu penting dari awal kena translate dokumen siap-siap. At least kat step ni kita tak sangkut dah. 

Selesai isi detail dengan hati-hati, kini tiba masanya untuk submit application. Macam-macam perasaan masa nak submit. Ketar tangan. Fuh! sampai step ini dah aku.

Ok. Aku pun submit dengan penuh harapan. Bila tekan jer button submit, dia minta kau bayar duit visa tu. Bayar total sekali dengan dependant iaitu suami dan anak. Berikut adalah harga semasa tahun 2018.


Visa aku, student visa $575
Visa suami, dependant $430
Visa anak, dependant $140


Selesai bayaran, automatik kita dapat notis apa yang perlu dibuat selepas itu. Segala aktiviti kita ada di dalam akaun serta notification dekat email.

Next, kena buat Biometric dan Medical Check up. Biometric ni syarat baru jugak. Duit lagi kena keluarkan. Boleh buat mana-mana dulu sama ada Biometric dulu atau medical check up. Korang akan dapat referal letter untuk buat dua benda lagi ni. Referal letter ni diperlukan untuk korang buat appointment untuk biometric dan  medical check up nanti.

Korang ada masa lebih kurang dalam 2 minggu untuk selesaikan dua perkara last ni. Sekarang, visa masih belum diproses. Visa mula diproses apabila selesai kedua-dua step last ni.


Wednesday 17 October 2018

Hijrah to Sydney : Oversea Student Health Coverage (OSHC)

Yuran kolej dah bayar. COE dah dapat. Sekarang dah boleh buka website immigresen untuk isi detail permohonan student visa.

Agent beri pilihan kat aku sama ada nak dia isikan dan apply atau aku nak isi sendiri?

Aku pilih untuk isi sendiri sambil dipantau oleh pihak agent.


mulakannya di sini

First time log in tu agent ajar macam mana nak register akaun. Kami menggunakan Team Viewer untuk remote from Sydney to my dekstop. Agent aku di Sydney. Sedikit sebanyak aku merasai pengalaman untuk isi detail application visa. Baru lah aku tau apa sebab dokumen-dokumen tu perlu submit.

Total page ada dalam 18 pages kot kena isi. Satu persatu aku isi pelan-pelan. Mana yang aku tak pasti tu aku tinggalkan dulu nanti agent akan check. Mujur aku ambil IELTS awal-awal. Rupa-rupanya dalam permohonan visa ada ruang English Requirement yang perlu di isi.

Menurut agent, permohonan visa pun sentiasa berubah-ubah form nya. Tahun sebelum tu tak minta IELTS. Kali ni minta pula IELTS. Sama macam rules immi. Sentiasa berubah-ubah.

Sampai ke satu page 14 tak silap, aku stuck di situ. Visa application nak kan policy insuran number. Masa tu belum beli insuran. Jadi, permohonan visa aku tergantung seketika kerana insuran. Aku perlu beli insuran dengan segera untuk teruskan next page.

Untuk beli insuran, tak perlu cari agent insuran. Di Australia, tiada agent insuran. Cari saja di internet. Beli secara online. Buka laman web OSHC.

isi detail berapa adults dan tarikh polisi

Isi maklumat berapa adults and children. Kau kena tambahkan tiga bulan dari tempoh visa kau tamat. Selesai isi, click quote then akan keluar macam ni.

Ini untuk aku, suami dan anak

Sesiapa yang single tu beruntunglah. Murah sikit harganya.

Yang single ni boleh bajet dah berapa korang kena ada duit standby

Aku beli insuran ni melalui agent jugak. Dapat murah sikit. Beli melalui education agent. Dalam beberapa hari selepas tu dapat polisi dan aku meneruskan page yang perlu diisi melengkapkan permohonan visa.

Ada jer perkara yang melengahkan masa kan?. Bertahan. Sedikit saja lagi akan sampai.
Harga insuran untuk aku, suami dan anak selama setahun pengajian adalah sebanyak $4164. Aku bayar guna Telegraphic Transfer from CIMB. Ambil masa 3 hari bekerja juga. Harga insuran berbeza ikut berapa lama tahun pengajian dan single atau family. Kalau contoh harga untuk single $900. Tapi kalau harga family boleh jadi $4000. Dia bukan ganda tau. Bukan boleh harga single tu kau gandakan dengan 3 ahli keluarga sebagai contoh. Tak, dia tak macam tu. Harga single lain. Harga family lain.


**Sedikit tambahan, bila aku sampai saja di Sydney, aku call Bupa Insurance yang aku beli tu, update detail dan diorang send kad insuran ke alamat rumah.

Selesai.


Tuesday 16 October 2018

Hijrah to Sydney : Confirmation of Enrolment (COE)

Selesai college application, biasanya masa menunggu tak lama. Seminggu kemudian mesti dapat jawapan kita diterima belajar di kolej itu atau tidak. Kadang ada requirement yang kolej nak lagi sebelum kita dapat official offer letter.

Biasanya pihak kolej akan beritahu sekali dengan offer letter.

Ada dua jenis offer letter.

Conditional offer letter dan unconditional offer letter.



Conditional offer letter 
means kita dapat tawaran tersebut tapi ada beberapa dokumen yang pihak kolej nak kita submit kat diorang. Biasanya IELTS atau deposit yuran.


Unconditional offer letter 
ialah tawaran tiada bersyarat means official offer letter yang kita dapat tu lah.


Masa aku apply university di UK dulu memang banyak la dapat unconditional offer letter sebabnya, diorang nak IELTS. Dulu kan aku degil taknak ambil IELTS. Tak yakin dan takut. Mahal pulak tu.

Selepas kes aku di reject oleh kolej Canterbury, aku apply kolej banyak-banyak. Bayaran sebanyak $150 sahaja untuk semua application. Kalau tak pakai agent, kau kena bayar $150 bagi setiap application. So, pendapat aku better guna agent lah.

Tak lama lepas tu, aku dapat jawapan dari kolej ACBI. Aku simpan dulu surat tawaran tu dengan harapan aku dapat kolej lain jurusan Travel & Tourism.

Ya. Aku minat jurusan tu. Bercita-cita nak berkecimpung dalam bidang tourism la cadangnya. Saban hari aku tungu. Tak juga dapat jawapan.

Agent nasihatkan aku supaya terima tawaran ni sebab berkaitan dengan study background and experience aku. Jadi, tak risaulah akan ketulenan visa student nak mohon nanti. Bukan apa. Risau student visa pun immi refuse. Maka, aku pun terima saja tawaran tu dengan jurusan Project Management.

Pihak kolej ada tanya aku nak intake bila. Intake ni setiap bulan pun ada. Kolej lebih flexible. Aku pun pilih intake October 2018 menurut kiraan tabung aku akan cukup untuk berhijrah dalam bulan October 2018. Masa tu aku pun tak tau lagi yang kilang tempat aku bekerja akan tutup. Aku congak saja yang aku nak berhijrah pada bulan October sambil nak selesaikan urusan jual rumah. Sampai sekarang pun duit rumah aku masih belum dapat.

Untuk terima tawaran, kau kena bayar deposit yuran kolej tersebut. Kemudian kolej akan keluarkan COE (Confirmation of Enrolment). Kalau dapat universiti dan kalau dapat tajaan, boleh kemukakan surat tajaan kemudian dapat COE.

COE ni lah penting untuk apply visa student tu nanti. Kalau kau takde COE, kau tak boleh apply student visa. Kalau kau tak bayar yuran kolej, kau tak akan dapat COE. Ok. Faham kan? Simple.

Deposit yuran kolej yang kena bayar ialah sebanyak $1650. Apa yang sampai $1650  ni?
Sini, aku terangkan.

Yuran satu term $1400.
Application fee $150.
Material fee $100.

Satu term bersamaan dengan 3 bulan. Bermaksud, untuk deposit kita dah bayar siap-siap yuran untuk satu term. So, kau boleh kerja sambil belajar masa sampai Australia nanti dan kumpul duit untuk bayar yuran term ke dua. Application fee tu pulak dah tak perlu bayar. Kan kita dah bayar masa apply kolej awal-awal tu kan (commitment fee bayar dekat agent masa mula-mula tu). So, bayar material fee dan yuran satu term. Material fee ni pihak kolej yang kenakan pada kita.

Aku bayar yuran pakai Telegraphic Transfer CIMB ke akaun kolej. Bukan akaun agent yer. Akaun kolej ACBI tempat aku belajar nanti. Selesai bayar yuran, hantar bukti pembayaran kepada agent. Selang sehari jer, aku dah berjaya dapatkan COE.

Macam surat sakti masa dapat COE tu. Semangat kian berkobar. Dah boleh mula buka website immigresen dan isi permohonan visa. Banyak juga detail kena isi. Isi pelan-pelan.

Masa ni, duit aku habis dah korek untuk bayar yuran. Pecah pala mana nak cari duit pulak untuk visa dan insuran. Keep calm and be cool. Layan jer setiap step tu dengan tenang.

Percayalah kataku, kalau korang tunggu duit berkepuk RM20,000 dalam tangan pun belum tentu korang akan berhijrah jugak. Better mulakan jer langkah demi langkah ni sambil otak bergerak nak cari duit kat mana.

Monday 15 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : College application

Step pertama untuk apply student visa ialah dapatkan offer letter dari kolej atau universiti. Aku apply kolej sebab yuran murah dan cara belajar santai dan flexible. Application for university pun boleh ikut cara ni. Kena dapatkan offer letter terlebih dahulu.

my college building at Pitt St

"Macam mana nak dapatkan offer letter?"

Ada dua cara.

Pertama,
Apply sendiri. Buka satu persatu website universiti atau kolej yang diminati dan bayar application fee around $150 - $200 untuk satu application. Ada juga kolej atau universiti free application fee tapi tak banyak pilihan. Sediakan dokumen yang dikehendaki mengikut institut masing-masing.

Biasanya kolej dan universiti memerlukan results IELTS. Bagi universiti IELTS perlu band 6.5 manakala kolej pula memadai IELTS band 5.5. Kadang-kadang ada juga kolej yang boleh terima tiada IELTS, kita kena ambil English Test yang mereka sediakan. Tak susah. Test secara online. Tapi harus diingatkan, semasa permohonan visa, results IELTS diperlukan. Jadi, nak mudah cerita, ambil terus IELTS jika nak ke luar negara.

Kedua,
Melalui agent. Perlu aku tekankan bahawa kita perlu berhati-hati dengan scammers. Aku sarankan guna service trusted agent. Agent biasanya akan beri brochure kolej atau universiti mana yang boleh kita apply. First step, agent akan explain setiap step satu persatu yang perlu buat dan anggaran kos. Untuk apply kolej atau universiti, kita tak perlu lagi bayar setiap satu application fee. Bayar sekali sahaja dengan agent, commitment fee lebih kurang $150. Nanti yuran akan ditolak commitment fee tu. So, boleh apply seberapa banyak institut pengajian yang korang minat.

Ada possibility kolej atau universiti akan reject application. Jadi, better apply banyak. Kalau satu kena reject, ada lagi lain pilihan.

Dapatkan advice dari agent. Biasanya agent akan advice course apa yang sesuai mengikut background kita. Agent lebih mengetahui selok belok semasa application visa nanti. Course yang kita pohon amat berkait rapat dengan SOP yang perlu kita buat untuk apply visa. State of Purpose (SOP) perlu kukuh untuk menyatakan alasan mengapa kita mahu study course itu dan mengapa kita nak belajar di situ. Semua akan dibantu oleh agent.

Menurut pengalaman aku, disebabkan tujuan aku to live legally in Australia, aku tak kisah course apa atau kolej mana. Asalkan aku berjaya dapatkan offer letter dan visa. Kalau ikut background study aku, mesti course yang aku ambil tu tak merugikan. Aku nak masuk secara sah. Hanya visa student yang mampu aku bayar dan apply buat masa ni. Jadi, haruslah aku ke kolej menimba ilmu. Ia merupakan satu bonus juga. Pengalaman tinggal di luar negara pun aku dapat, education qualification pun aku dapat.

Setelah sediakan dokumen lengkap serta application pun dah sattle, boleh lah tunggu keputusan dari mana-mana kolej atau universiti.

Harus diingatkan, jika belajar di kolej, duit yuran masih mampu self-funding. Jika universiti, rata-rata memerlukan scholarship atau sponsorship. Tapi ada juga yang mampu bayar yuran universiti self-funding. Terpulang, tanya poket dan kemampuan masing-masing. Mana-mana cara nak dapatkan duit, kita dapat ilmu belajar di kolej mahupun universiti.

my college looks at night


Sunday 14 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : The reason why I choose to live abroad.

Ramai yang nak tahu kenapa aku pilih untuk tinggal di luar negara. Aku rasa tak cerita pun orang tau seronoknya tinggal di luar negara. Actually banyak sebab. Aku tak pasti sebab-sebab itu mampu atau tidak untuk aku zahirkan dalam penulisan kali ini.

Perlu aku tekankan bahawa aku ke luar negara bukan bencikan tanah air sendiri ataupun benci dengan mana-mana pemerintahan.

Aku pilih untuk ke luar negara untuk mencari pengalaman, meluaskan pemandangan, mengubah fikiran dan pandangan terhadap kehidupan. Ramai orang kata seronok tinggal di luar negara, tetapi memang betul seronok kah? Aku yakin mesti ada pahitnya. Tapi sejauh mana pahit tu? Semua rasa dan pandangan orang terhadap tinggal di luar negara tu aku nak rasai sendiri. Meneroka satu persatu dan aku akan share pengalaman dan perasaan aku apabila tinggal di luar negara.

Apabila tinggal di luar negara, keluarga juga dapat merasai pengalaman living abroad. Keluarga boleh datang sekali sekala dengan hanya membelanjakan tiket penerbangan kerana penginapan dah disediakan. Kawan-kawan terdekat juga boleh mengambil peluang ini dengan mengirim barang-barang dari Australia. Kenalan jauh yang kenal di sosial media juga dapat membaca pengalamanku dan menjadikan sebagai rujukan jika mereka juga ingin mengambil langkah untuk berhijrah. 

Niat aku bukan hanya kepentingan diri. Aku juga mengejar kebaikan dan kongsi manfaatnya kepada orang lain.

La Perouse

Ini antara sebab kami merantau ke negara orang.

Mencari pengalaman
Di usia yang aku rasa masih awal ini, aku rasa eloklah untuk kami mencuba sesuatu yang baru. Aku taknak sepanjang hidup aku ni mendatar dan coraknya sama saja. Pergi kerja. Balik kerja. Ulang rutin yang sama sampai mati. Aku nak himpun pelbagai pengalaman sementara usia masih di peringkat ini dari segi kerjaya, kehidupan dan pendidikan. Sesungguhnya memang aku telah dimaklumkan bahawa kehidupan di luar negara bukanlah seindah yang disangka. Its ok. Biar aku teroka sendiri. Aku nak raih pengalaman. Baik atau buruk, aku terima dan aku tempuh. Itulah sebuah pengalaman yang mengajar erti kehidupan. Bukan melalui rutin harian yang biasa dan ulang berhari-hari. I wanna gain something in my whole life.

Membina jati diri
Di Malaysia, hidup kami cukup. Ada rumah. Ada kereta. Nak ke mana, start saja kereta. Pendek kata, semuanya mudah dan telah tersedia. Jadi, aktiviti harian kami semuanya biasa. Keadaan ini tidak push diri kami kepada satu kejayaan. Kami spend masa dengan aktiviti main game, habiskan masa di media social, dan semua ini aku sedar sia-sia belaka. Kehidupan kami tak teruji. Kami tak pasti kami mampu atau tidak jika diberi dugaan dan cabaran suatu hari nanti. Jadi, kami keluar dari zon selesa. Penghijrahan ini membawa kami untuk cuba benda baru dan guna segala keupayaan dan kebolehan yang kami sendiri tak sangka boleh tempuh ataupun tidak. 

I am seeking for a better life
Ada perbezaan antara better dan cukup. Di Malaysia, keperluan kami semua cukup. Tapi aku mencari better life. Healthy lifestyle. Aku nak menghirup udara segar. Aku nak menjalani kehidupan harian dengan cara yang sihat. Aku nak menikmati kualiti bahan makanan yang lebih baik, udara yang bersih, ayam yang tak dicucuk hormon, susu yang segar. Hehe.

Menghirup udara yang segar dan nyaman

Better Education for Wafiya
Aku mahukan education system yang baru. Aku taknak Wafiya jadi macam aku dulu. Wafiya perlu diberi pendedahan dengan sistem pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik minat dia untuk terus belajar. Bukan paksaan. Wafiya perlu tahu, pembelajaran bukan sahaja di dalam bilik darjah. Bakat dan skill juga perlu diasah. Minat dan bakat perlu diterokai dari kecil. Aku taknak Wafiya melalui pembesaran macam aku. Tak minat dengan course yang diambil, terpaksa untuk belajar dan menjadi penghutang tegar di usia yang muda. Tapi aku tak pasti Wafiya sempat atau tidak untuk ke sekolah di Australia kerana kami pun tak pasti berapa lama kami akan stay di Australia. Bergantung pada rezeki visa. Jika visa dapat stay lama, mungkin Wafiya berpeluang sekolah di Australia dan aku berpeluang melihat sistem pendidikan di Australia.

Mencari semangat diri
Keadaan company tempat aku dan suami kerja dulu memberi impak yang besar dalam diri kami. Telah bertahun aku pergi kerja dan tiada kerja nak dibuat. Ini membuatkan diri kami lemau, no energy dan kurang menggunakan daya saing dalam diri. De-motivated. Kami perlukan sesuatu yang baru. Lebih cabaran supaya kami menggerakan segala keupayaan diri kami untuk digunakan.

Memberi pendedahan kepada tanah air
Aku akan share bagaimana rupa kehidupan di sini. Aku nak dedahkan kepada rakan-rakan bahawa inilah kehidupan masyarakat di sini. Kita perlu pengetahuan luar supaya fikiran kita lebih terbuka. Bukan perbezaan yang aku tekankan. Aku tak nak cakap wah oversea ni bagus lah dari Malaysia lah apa lah. Just aku nak tengok apa yang ada di sini, dan aku ceritakan. Mana tahu kalau-kalau Malaysia buat pembaharuan based on apa yang di dapati di luar negara. Untuk kesenangan semua juga kan. Aku nak beri pendedahan kepada kalian beginilah rupa kehidupan di sini dan tak mustahil Malaysia akan mengubah sistem ke arah yang lebih baik. Tak semua orang mampu untuk ke luar negara. Jadi, aku kongsikan supaya kita sama-sama rasa nikmat kehidupan di sini.

Close to Nature
Bumi Allah begitu cantik. Banyak tempat yang aku sangat mengkagumi penciptaNya. Di tempat aku sini, banyak tempat yang indah alam semulajadinya yang dapat aku nikmati dengan percuma dan tanpa kesesakan manusia. Kebersihan pun terjaga di sini. Jika di Malaysia, untuk menikmati kecantikan laut dan pantai, kita perlu membeli rumah jutaan ringgit di tepi pantai atau keluarkan modal untuk travel ke tempat-tempat yang cantik. Jika di sini, aku hanya berjalan kaki atau menaiki bas dan terus sampai ke laut yang membiru, rumput yang menghijau.

terasa betapa kerdilnya diri ini

Belajar erti bersyukur akan nikmat yang didustakan.
Apabila kita berada dekat dengan keluarga dan berada di tanah air sendiri, kita kurang rasa syukur dengan nikmat yang diberi kerana semuanya mudah tersedia. Bila berjauhan setiap perkara yang kita dapat dan rasa, menanam rasa bersyukur. Baru tahu betapa beruntungnya dan betapa bersyukurnya kita apabila dapat mengecapi sesuatu yang di mana kita sangka kita tak mampu untuk rasa semua itu.

Berdikari
Berpijak atas kaki sendiri. Push yourself to the max. Melatih diri untuk tidak jadi manja dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Tidak menyalahkan orang lain jika orang lain tak bantu kita.

Do not rely on someone else

Ini antara sebab-sebab kenapa aku nak berhijrah. Di Malaysia, semuanya cukup but actually we miss something. Dari segi inner thing, kami kurang. Biar suami aku lebih berdaya saing dan lebih gigih berusaha untuk mencari rezki, biar aku meneroka benda baru di sini, biar Wafiya dapat sistem pendidikan yang lebih baik. Apa yang aku lalui masa silam banyak mengajar aku untuk menjadi seperti apa yang aku buat sekarang. Aku telah banyak buang masa dulu. Banyak perkara yang sia-sia telah aku buat. Jadi, sekarang aku raih kembali perkara yang bermanfaat sebelum ianya terlambat.

Saturday 13 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : Ini cara saya

Sebenarnya aku tak kisah pun macam mana bentuk soalan yang korang beri pada aku. Yang mencabarnya adalah untuk explain kat korang. Melainkan korang ada research sikit tentang hal berkaitan. Senang explain dan senang korang fahamkan.

Ramai yang tanya bagaimana cara aku ke luar negara dan ramai yang salah anggap mengatakan aku study master di universiti.

Alhamdulillah. Kini dapat merasa tinggal di luar negara

Rakan-rakan,

Tujuan aku berhijrah adalah untuk aku stay secara sah di sesuatu negara. Bukan higher qualification yang aku kejarkan (buat masa ini). Bukan universiti terkemuka. Tidak. Sama sekali tidak. Bukan itu fokus aku sekarang. Pandangan aku berbeza.

Pandangan aku ni aku tak paksa untuk korang bersetuju. Lain orang lain kebolehan. Aku tau level aku takat mana. Aku rasa pembelajaran aku dulu tak dapat apply pun in a real working life. It just a ticket that you can apply higher position seperti Engineer instead of technician. Seriously, aku belajar dulu untuk lulus semata. Dengan graduate pointer 2.56 takde apa yang perlu aku banggakan zaman study dulu. Memandangkan umur pun dah meningkat, ada anak sorang, aku tak dapat nak beri komitmen if heavy study.

Aku ada dapat tawaran UNSW bidang photovoltaic. Deposit yuran $8000

Master memerlukan aku take more effort on assignment, attendance, exam, presentation, dan tutorial. Ianya memerlukan duit yang banyak untuk bayar yuran. Another option is apply scholarship or study loan. Untuk apply scholarship, persaingan sangat tinggi. Qualification aku ni dahla suam-suam kuku. Rata-rata scholarship memerlukan untuk kita  pulang ke tanah air semula. Aku nak stay lama di sini dengan sah. Yuran universiti pula around $40,000 untuk master. Seriously aku tak mampu. Since 2014 aku kejarkan scholarship. At the end tak dapat pun. Sampailah umur aku meningkat dan sekarang aku dah tak mampu nak heavy study. Berapa tahun dah aku bazirkan dengan memohon pelbagai tajaan. Tak dapat. Dan usia makin menginjak.

Jadi, ini cara aku untuk berhijrah. 

Sekali lagi aku tekankan, aku berhijrah ke luar negara adalah untuk tinggal di negara orang secara sah. 

Belum lagi terbuka hati untuk ambil master atau higher level. Aku taknak stress life or perkara yang menuntut komitmen. Kalau duduk di luar negara pun aku berhutang sana sini atau stress study, baik aku duduk Malaysia.


Ini cara aku, first step sekali:

  • Aku buka website immigresen beberapa negara.
  • Aku guna tools di website masing-masing yang list out semua jenis visa yang aku boleh apply. Banyak faktor yang mempengaruhi terutama sekali UMUR. 35 tahun ke atas agak susah.  Syukur aku dapat kesedaran lebih awal tapi aku rasakan ini pun dah terlambat. Jadi, aku tak boleh berlengah lagi.
  • Aku compare beberapa negara, jenis visa, kos dan apa hak sesuatu visa

Aku dapati aku layak memohon Work Skill Visa. Dengan ijazah dan pengalaman kerja sebagai engineer aku boleh apply visa ni dan boleh tinggal di sini permanently. Tapi kekangan aku ialah kos dan masa. Aku perlu pindah dengan segera supaya umur aku tidak cecah limit dan masa tak dibazirkan. Lagi aku lengah nanti point untuk aku dapatkan Permanent Resident (PR) tu rendah.

Point yang aku maksudkan(tahun 2017). Immi rule akan selalu bertukar. Passing point now is 65.

Jadi, aku try another option.

Option lain ialah student visa. Otak aku fikir aku perlu apply university dan kena ambik master. Mana pula nak cari duit untuk bayar yuran universiti. Pengalaman lalu, setiap kali aku apply universiti luar negara, mesti aku tersangkut kat application fee. Ya, nak buat permohonan pun ada yurannya. Kalau kita tak bayar, kita tak boleh mula memohon pun. Ada juga universiti yang at first aku ingatkan free, tapi bila dah isi macam-macam berpage-page, tinggal button submit jer lagi, terus tak dapat send application sebab tak buat bayaran application fee. Rata-rata application fee around $150. Masa tu kita still duduk di Malaysia kan. Darab lah dengan 3. Tak ke RM450?? Itu baru satu application tahu?? Belum lagi application universiti lain. Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat? Burn jer duit tu. Pengalaman apply universiti di UK dulu free jer. Universiti yang terkenal jer yang kena bayar. Banyak universiti di UK application fee adalah percuma. Tapi Australia mostly semua kena bayar.


Aku jem masa tu. Terkedu! Aku tinggalkan sekejap semua urusan dunia ni.


Bila semangat tu datang balik, aku mencari lagi. Aku terjumpa sorang education agent. Satu persatu step diterangkan dan aku stick dengan keputusan untuk apply student visa. Bukan Work Skill Visa. Aku nak berjaya masuk secara sah. Itu target utama. Nak apply visa pun bukan senang since sekarang banyak visa pun kena refused even tourist visa. Once aku berjaya masuk, aku boleh kumpul duit dalam matwang AUD untuk apply visa lain pulak. Siapa tahu kalau kalau ada rezki dapat sponsorship visa. Untung juga. Yang penting, aku kena bertapak jer dulu. Berjaya masuk. Student visa is the right choice. Mulanya aku fikir, matilah nak kena masuk universiti pulak. Rupanya kolej yang murah-murah pun boleh. Makanya, belajar lah aku di kolej demi kehidupan di luar negara secara sah.


Sebab apa aku taknak masuk universiti? sebab yang aku nyatakan di atas lah. First sekali, aku tak mampu nak beri heavy komitmen on study. Satu lagi sebab yuran. Umur aku yang macam ni, aku nak beri yang terbaik untuk anak dan suami. Kalau ada duit lebih sekalipun, baik aku hantar anak aku ke kelas swimming, music atau child care. Sekali lagi aku tekankan, cara ini mungkin berlainan dengan korang. Kalau korang ada duit, better ambil master dan sambung di universiti. Kalau results degree memuaskan, mesti senang dapat scholarship. Setakat ni fokus aku belum lagi untuk sambung pengajian yang lebih tinggi.

Ramai orang tanya aku, "further study ke?"

Agak letih juga nak jawab. Or better aku tak jawab? Korang boleh nilai sendiri, aku ada Diploma in Electronic Engineering, kemudian aku ambil Degree in Electrical Engineering and now aku ambil Diploma in Project Management. Niat aku nak stay legally in Australia sekaligus aku ada kelayakan in Project Management.

Yuran kolej masih mampu untuk kami merangkak cari. Pergi kelas pun ikut kau nak datang sehari seminggu atau dua hari seminggu. Hari lain kau boleh kerja. Tapi ada sedikit kekangan, kita boleh kerja 20 jam jer seminggu. Termasuk spouse. Yang ni kena bare in mind. Buat persediaan sepatutnya. Kau perlu yakin rezki tu maha luas, kau pasti tak akan gentar. Ataupun kau boleh kerja yang gaji dibayar secara cash.


Ini kos aku, suami dan anak sorang umur 3 tahun:

**Kos ini adalah harga pada tahun 2018.

Kos semasa permohonan:

IELTS : RM845

Translate dokumen : RM30 per page
*translate di mahkamah


Yuran kolej : $1650 = RM4950
including :
  • 1 term $1400
  • Material fee $150
  • Enrolment fee $100

Insurance untuk 3 beranak setahun pengajian + 3mths : $4164 = RM12,813.04


Student visa (subclass 500) : $1145 = RM3515.15
including:
  • Student visa : $575
  • Suami : $430
  • Anak : $140

Medical check up : RM786
including : 
  • Aku : RM298
  • Suami : RM298
  • Anak : RM190

Biometric x 3org : RM117 x 3org = RM351



Ini pula kos selepas berjaya mendapatkan visa:

Flight Ticket AA Penang - Kul - Sydney : RM476 x 3org = RM1428.86

83kg luggage AA Penang - KUL - Syd : RM673

Post barang from Malaysia : PC, kasut, buku : RM660

Deposit sewa rumah : $350 x 8 weeks = $2800

Opal card :$20
Simkad : $20

Photo id : $58

Cash in hand : ~$6000
*buat modal hidup baru

Honestly, aku start semua ni dengan hanya ada modal duit yuran sahaja. Kalau aku tak pergi travel mesti aku ada modal lebih dari ini. Gatal juga nak travel even dah niat nak migrate. Kalau aku tunggu duit berkepuk baru nak mulakan semua ni, alamatnya entah bila lah aku dapat migrate. Aku sediakan duit ikut satu persatu urusan. Bukan ada duit sejelepuk baru nak mula. Bukan. Bila aku sattle bayar yuran, aku usahakan untuk duit insuran. Lepas tu aku usahakan pula untuk duit visa. Ikutkan prosesnya sekejap sahaja. Tapi aku ambil masa untuk kumpul duit untuk satu persatu bayaran. Once dah ada niat dan start bergerak, duit tu tiba-tiba datang. Rezki Allah kasi. Memang miracle. Miracle sebab apa? Sebab aku diberhentikan kerja semasa dalam proses menunggu visa, bermaksud aku dah submit application visa. Right timing bagi aku tetapi bukan sesuatu yang bagus untuk pekerja lain yang hilang pekerjaan. Rezki duit pampasan. Punya lah bertahun aku tunggu saat ni. Rupanya Allah kasi peluang ni pada tahun 2018 dengan anak dan suami.

Kos yang paling hurting so much ialah kos insuran, OSHC (Oversea Student Health Coverage). Manakala aku masih mengekalkan insuran di Malaysia. Aku bayar siap-siap untuk setahun. Modal memang kena banyak. Kalau korang single, insuran dalam $600 jer. Tapi kalau berkeluarga berganda banyaknya.

Ini pula timeline aku jika tertanya proses diambil berapa lama.

Feb 2017 : Travel to Perth
Decide nak migrate
Survey cara to migrate


28 Feb 2018 : Contact agent
 

19 March 2018 : Submit document to agent
Centerburry College reject, apply WIC College

8 May 2018 : **Apply Maxis Scholarship

9 May 2018 : Dapat conditional offer from WIC College**Apply MARA
**Apply Australia-Asean Scholarship


14 May 2018 : Register IELTS**Digital interview Maxis Scholarship

19 May 2018 : Seat IELTS exam kat Cititel Hotel 
20 May 2018 : Translate dokumen
23 May 2018 : **Personality test MARA 

26 May 2018 : Translate sijil nikah
Amik balik semua dokumen translate di mahkamah kulim

1 June 2018 : Results IELTS keluar di website
5 June 2018 : Results IELTS (TRF form) self collect di Airpak Butterworth
6 June 2018 : Send semua document require kat agent
12 June 2018 : Dapat offer kolej ACBI
26 June 2018 : Bayar yuran kolej ACBI
28 June 2018 : Dapat COE (Confirmation of Enrolment)

3 July 2018 : First log in immi account 
Ini baru part isi application, belum submit lagi

7 July 2018 : Beli OSHC insuran
18 July 2018 : Lodge visa 
Ini baru betul-betul submit application dan buat bayaran. 

24 July 2018 : Buat medical Check up
31 July 2018 : Buat biometric
Selesai step ni means visa baru mula proses

9 Aug 2018 : Dapat keputusan visa
Tapi aku check email pada 10 August 2018, rupanya dapat visa semalam lagi
Masa menunggu visa 11 hari.
Hari ke 10 dah dapat jawapan.



*date random yang mana aku ingat jer

**aktiviti ini adalah aktiviti sampingan dalam usaha kalau dapat tajaan untuk study master di universiti luar negara. Aku bergerak semuanya serentak. Itulah aktiviti aku saban tahun dalam mengharapkan secebis pengalaman hidup di luar negara


Ada juga yang tanya, "kenapa tak apply scholarship?".

Ok ini jawapan untuk korang. Tengok list di atas. Bukan tak apply. Even aku tak yakin, aku apply juga. Aku apply macam-macam cara jika ianya memberi peluang untuk aku tinggal di luar negara. Setahun dua pun jadilah. Actually since 2014 lagi. Offer dari universiti boleh dapat. Tapi bila apply scholarship, awal-awal lagi aku kecundang sebab pointer degree. Kalau dapat tajaan yuran universiti luar negara, tak pe lah, aku cuba juga untuk belajar ke peringkat master asalkan dapat peluang tinggal di luar negara. Tudia. Taksub sangat ni. Jangan salah faham. Aku cuma nak cari pengalaman yang lain dari yang lain untuk mencipta sejarah dalam seumur hidup aku. Bukan sebab aku benci Malaysia atau negara luar lagi bagus. Bukan. Aku cuma nak keluar seketika dari Malaysia untuk belajar sesuatu yang baru, yang lain dari norma kehidupan biasa kita di tanah air sendiri. Supaya pandangan aku terbuka. Supaya pengalaman mematangkan fikiran.

Dengan student visa yang aku dapat ni, InshaaAllah aku boleh kumpul duit untuk apply work skill visa yang membenarkan kita stay permanently. Kalau masih stay di Malaysia, aku kena kumpulkan RM. Dengan peluang yang ada ni, aku boleh kumpulkan AUD. Tapi itu cuma perancangan lain jika dah stay di Australia.

Buat masa sekarang, aku rasa ini cara yang terbaik (guna student visa) untuk beri aku pengalaman tinggal di luar negara. Kalau aku tak suka life sini, aku still boleh balik ke Malaysia. Aku boleh belajar dengan santai di kolej ni. No stress. No exam. Aku boleh dapat qualification from Australia sekaligus pengalaman tinggal di luar negara. Course ini disarankan oleh agent yang bersesuaian dengan background study dulu. Taknak nanti proses application visa jadi rumit kalau lompat bidang jauh. So, aku follow jer. Tak kisah pun. Still boleh lagi catch up level gini. I dont mind any city. Any country. Kalau UK, kita kena ambil higher education, kena ada tajaan dan degree tak boleh bawa dependant sekali, so aku fokus Australia jer sebab boleh study any level. Kolej mana yang aku dapat, aku akan stay di situ, tak kisah Melbourne ke Perth ke Sydney ke asalkan dapat offer letter dan berjaya masuk secara sah.

LIVE + WORK + STUDY

Aku akan ceritakan lebih detail lagi step by step untuk panduan korang yang nak stay luar negara atau nak sambung study di Australia. Boleh guna panduan ni sebagai rujukan.


You can Live, Work and Study here. Asalkan ada duit. Semua boleh.


Wednesday 10 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : Visa apa yang sesuai?

Ramai juga yang teringin dan bercita-cita untuk migrate rupanya. Saban hari aku terima mesej impian diorang untuk tinggal di luar negara. Migrate ini bukan mudah. Memerlukan banyak pengorbanan. Setiap yang manis ada pahitnya. Bukan semua indah belaka. 


Apa kata kalau korang teringin nak migrate, korang study dulu jenis-jenis visa yang ada di negara pilihan. Ada visa finder di website. Masukkan kriteria korang dan tools tu akan paparkan jenis visa yang possible sesuai dengan background korang. Website immi negara tersebut pasti ada visa estimate cost calculator. Lepas masukkan kriteria application korang, tools tu akan beritahu berapa cost untuk application visa. Agak-agak dan rasa mampu sediakan modal, korang boleh proceed. Kalau tak mampu, cuba buat kiraan bajet dengan garis masa journey korang. Setiap cita-cita pasti ada jalannya.

Visa finder. Korang main la dengan tool ni. Ini Australia punya website.

Setiap orang tak sama. Ada yang dah berumur. Ada yang muda lagi. Ada yang berkeluarga. Ada yang bujang. Semua faktor tu akan mempengaruhi harga visa. Lagi satu, insuran. Kos ni agak sakit bagi yang bekeluarga. Jika masih bujang, beruntung lah sikit sebab kos lebih murah. Aku paling sakit dekat kos insuran 3 beranak yang menelan RM12,000.

Bila korang dah tau visa apa yang korang leh apply, tau berapa kos, tau proses flow macam mana, then korang boleh la pergi amik IELTS test siap-siap. Lepas sattle semua ni, korang just follow the flow and submit jer document. Sattle. Kalau taknak ambil IETLS, boleh cuba ambil PTE. Kebanyakan universiti dan results IELTS band 6.5. Tapi kalau korang pilih kolej yang murah macam aku ni, ada kolej yang tak memerlukan results IELTS pun. Terpulang korang nak macam mana. Macam aku, aku ambil jer IELTS siap-siap. Sebab utama ialah aku nak guna results IELTS untuk work skill visa actually jika results dapat band 7 ke atas. Tapi disebabkan tak lepas, aku tukar plan ke student visa. Sebab kedua ialah, kalau ada results IELTS lagi senang, kalau terpaksa tukar kolej lain ke atau ada apa-apa kes tertentu, senang dah ada results IELTS. In case lah. Kalau korang tak mampu, carilah kolej yang murah yang tak perlu results IELTS. 

Aku jumpa ramai yang nak berhijrah. Tapi aku belum jumpa orang yang tekad. Mental kena kental. Hati kena kuat. Aku dah laluinya. Aku tau macam mana rasa.

FAQ :

Kau pakai visa apa?
student visa

Berapa lama visa kau?
Depends pada course. Aku punya course setahun.

Habis tu, kau nak buat apa lepas habis visa?
Tengoklah nanti macam mana. Kalau rasa nak stay lagi, sambung lagi course.


Honestly, aku tak kisah pun course apa aku ambil. Asalkan aku dapat offer letter dari kolej dah rasa secure. Tugas aku, pergi jer kelas dan buat asignment. Aku tak kisah juga berapa lama. Syukur jugak course ni setahun. Kalau dua tahun, mati aku nak kena bayar insuran. Kalau kau tak beli insuran, kau tak boleh apply visa. Kalau course kau 2 tahun, bayangkan berapa mahal insuran kau kena beli. Insuran di Malaysia pun kita jenuh bayar bulan-bulan. Aku bukan berhijrah sorang-sorang, dengan suami dan anak. Kos insuran lagi berganda.

Student visa bagi aku yang ada high chance to give you experienced living abroad. Dalam masa setahun yang aku dapat ni, aku akan cari peluang lain to stay longer. Maybe lepas ni husband aku pulak yang study. Mungkin jugak aku amik course lain pula. Sambil tu, dalam masa setahun ni lah aku kumpul duit. Study another option visa yang ada. Looking at another opportunity especially for a job that allow me to live permanently. Tengoklah nanti macam mana.

Lain orang, lain cara. Lain orang, lain perspective. Asalkan kita masuk secara sah dan tak buat hal. InshaaAllah aku akan gunakan peluang ini sebaiknya untuk memanfaatkan diri aku dan juga untuk korang semua.

Tuesday 9 October 2018

Menggapai Impian Berhijrah ke Luar Negara

Dari kecil lagi memang aku teringin nak duduk di luar negara. Nak tengok bagaimana kehidupan di luar sana. Apa-apa tentang di luar sana memang buat aku teruja. Bukan tanda aku tak patriotik. Cuma rasa ingin tahu. Nak kembangkan pemerhatian aku.

Teruja aku lihat sepupu aku belajar di luar negara. Aku kurang pendedahan. Belajar pun tak pandai. Sepatutnya aku mengorak langkah di zaman remaja, tapi aku silap. Lalai dan leka. Aku sia-siakan zaman muda. Dapat sambung ijazah tapi aku tak study betul-betul. Sepatutnya aku dah boleh amik master kat UK.

Dulu, aku teringin belajar kat luar negara. Tapi sekarang bila dah kahwin dan ada anak, aku teringin nak duduk di luar negara. Not really in deep to study.

Building kolej aku

Masa diploma dulu, aku pernah apply Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik Luar Negara Australia / New Zealand. Aku berjaya dapat sampai ke temuduga. Aku tak tau macam mana aku jumpa application ni. Aku dulu memang gunakan internet sebaiknya. Search macam-macam dan jumpa banyak peluang. Apabila aku masuk sesi temuduga, interviewer tanya aku macam mana aku boleh dapat panggilan temuduga sebab aku masih sem akhir diploma, belum tamat pengajian. Mana lah aku tau. Dah panggil, aku datang. Aku down dan rasa memang tak dapat.

Lepas diploma, aku kerja di Intel. Sambil tu sibuk juga cari course untuk sambung degree di luar negara. Tapi bila baca requirement nak sambung ke luar negara kena amik IELTS, mati terus niat. MUET pun dapat band 3, macam mana nak ambil IELTS and further study oversea. Akhirnya aku sambung degree di UTHM Johor.

Banyak kesilapan yang aku buat semasa pengajian degree di Johor. Aku terlampau bergantung harap pada seorang insan bernama manusia. Aku tak belajar berdikari. Apabila aku hilang tempat bergantung, aku tak tentu arah. Hilang fokus pada pelajaran. Tak serious belajar. Sesekali aku menyesal amik degree. Baik aku sambung kerja di Intel. Not really in passion to study. Tak minat dan tak ada goal.

Bila tamat pengajian dan praktikal, aku terus dapat kerja di TS Solartech. Aku dihantar ke Germany untuk training. Semangat aku naik balik. Aku buat yang terbaik. Masuk tahun ke 3 aku bekerja, aku mula search lagi universiti di UK. Aku nak sangat sambung master di UK sebab aku nak duduk luar negara. Lagi sekali aku down kerana IELTS. Aku rasa terbeban dan leceh. IELTS selalu matikan semangat aku. Aku tak peduli, aku apply jugak. Aku dapat 5 tawaran universiti di UK course Renewable Energy (photovoltaic). Sesuai dengan work experience. Tapi kalau sambung kat UK, course master hanya setahun. Aku nak duduk lama.

Even aku dapat 5 tawaran universiti, tapi semuanya bersyarat. Kekangan aku ialah IELTS dan yuran. Aku nak cari mana duit yuran. Aku apply MARA dan Chevening. Aku tak puas hati cara MARA buat interview session. Style panggil 10 orang masuk dalam satu sesi. Macam pasar malam. Aku kecewa. Sekali lagi terkubur semangat aku. Pengalaman memohon MARA memang sucks aku rasa. Daripada  Ujian Personaliti online yang server asyik down tu sampai la tunggu results. All sucks.

Aku kahwin bulan Mei sebab ingat nak masuk intake September. Cadang nak sambung master sambil ditemani suami. Tapi bila dapat tau aku tak dapat MARA, aku merajuk. Seminggu aku muram. Satu petang, suami aku bawak makan laksa di warung chinese mualaf. Baca surat khabar, aku nampak iklan taman perumahan dekat Bandar Perda akan dibuka untuk jualan keesokan harinya. Terus kami decide nak beli rumah untuk merawat hati.

I've going through day by day. Repeat routine life same everyday. Masa tu company tempat aku bekerja banyak nak setup line baru. Aku lupa seketika niat nak duduk luar negara. Tapi lama kelamaan business makin slow. Tapi, lagi slow lagi aku rajin pergi travel sebab kami nak cari kekuatan diri kami. Aku dan suami jadi tepu. Stress sebab pergi kerja, tapi tak ada kerja. Semua ini membuatkan aku jadi mandom. Tak bersemangat. Kurang daya ketahanan diri. Berada di zon terlalu selesa. Aku risau pada inner spirit aku. Kalau selesa sangat, nanti kalau jadi apa-apa, susah nak survive. Aku tak nak jadi macam dulu masa aku ambil degree.

Tahun 2017, aku sekeluarga bercuti ke Perth. Kami jumpa ramai orang Malaysia berhijrah ke Australia. Baik chinese dan juga melayu. Balik dari travel, terus suami aku suarakan keinginan untuk berhijrah. Aku lega. Mudah kerja aku bila kedua-dua antara kami setuju dan tekad untuk berhijrah. Setahun kami ambil masa untuk research dan follow orang-orang yang dah berhijrah. Dengar pengalaman dari orang lain. Minta nasihat dan pandangan.

"Tekad. Kami ingin migrate juga. No matter what."

July 2017 kami kena duduk rumah baru yang kami beli. Aku tak beli perabot. TV, wardrobe, katil, kitchen kabinet, semua tak ada. Masuk rumah baru dengan seadanya. Lampu, kipas dan grill sahaja yang diutamakan.

Dalam aku mengejar impian, aku tak lari juga dari manusia-manusia yang negatif. Aku pernah moral down dan give up in between. Ada yang suggest suruh aku atau suami yang masuk dulu, kemudian baru bawa pasangan datang dengan anak. I disagree! Selagi boleh elak berjauhan memang aku elak. Aku fikir satu, kalau orang lain boleh berhijrah bersama keluarga, tak kan aku tak boleh. Kalau orang lain tak buat, aku akan buat. Tak semestinya aku kena follow orang. Dahlah aku kena pisahkan anak aku dengan pengasuh, nak jauhkan pula dengan daddy dia. Totally tersasar niat dan tujuan untuk migrate. Migrate is seeking better life. Biar berkorban harta benda tak apa. Kalau anak yang terkorban, better stay di Malaysia tiga-tiga.

Sebulan juga aku diam tiada progress. Aku haramkan berhubung dengan orang negatif. Tak membantu pun. Tapi aku duduk takuk yang sama juga. Kemuncak fasa down, aku fikir, baik aku redah. Buat sampai jadi. Bila kita going through satu-satu proses, baru kita tahu. Immigration rule pun always change. Aku taknak bazir masa dah. Dapat visa atau tak, belakang kira. Aku pegang prinsip, belum cuba, belum tahu. Asyik dengar cakap orang, kita tak ke mana. Tersangkut di takuk yang sama.

Aku mulakan research kat website immi. Aku buka macam-macam negara. Germany, New Zealand, dan UK. Aku catat kos dan list comparison. Akhirnya aku stick Australia. Kemudian aku approach orang-orang yang berada di Australia. Sehinggalah aku jumpa agent Studynet. Consultation free. Service free. Aku mulakan process in the early 2018. While I'm looking for visa, my husband put an effort jual rumah. Segala urusan jual beli rumah, husband aku uruskan.

Bezanya sekarang, aku tak bersemangat nak study master macam cita-cita dulu. Aku lebih kepada nak living abroad, nak besarkan anak dengan suasana baru. Aku try looking at Work Skill Visa. Kesimpulannya, aku kena ambil IELTS dan dapatkan sampai band 7 untuk cukupkan point. Kena dapatkan skill assesment dengan Engineer Australia yang makan modal juga. Kalau dapat visa tu, boleh tinggal permanently dan harganya sangat mahal. Tambah pula bawa husband dan anak. Modal berganda. Jadi, aku try another option seperti yang disarankan pada website immigration. I jumped to student visa. Aku dah la pernah kecewa dulu apply macam-macam scholar tapi tak dapat. Nak self funding memang tak mampu. Aku kena jaga anak aku. Aku tak mau heavy study like master yang ada thesis, exam semua tu. Masa degree dulu pun aku tak minat, macam mana nak bawa master.

Aku berkenalan dengan sorang agent. Aku rasa lapang, jumpa jalan. Aku boleh apply kolej yang yurannya murah dan mampu self funding. Kelas pun seminggu sehari atau dua hari. Selebihnya boleh kerja. Tapi aku tak kerja sebab jaga anak di rumah. Suami aku yang akan kerja sara kami. Aku mulakan step dengan apply kolej. Semasa menguruskan permohonan kolej, aku terasa nak ambil IELTS. Untung-untung kalau results bagus, boleh pakai results tu untuk apply work skill visa. Kalau tak ok, takpe lah. Pakai untuk student visa jer. Aku ambil juga IELTS dan tepis segala tanggapan negatif. Aku akur sebab aku nampak kesan kalau tak ambil IELTS. Ada juga niat kalau IELTS results aku bagus, aku nak teruskan Work Skill Visa. Kalau results so so, aku proceed je student visa. Tiga minggu urusan migration tergendala sebab aku buat preparation. RM845 aku laburkan mencuba nasib pada IELTS. Kolej require band 5.5. Aku yakin mesti lepas dan tak perlu ambil banyak kali. Boleh baca balik pengalaman aku amik test ni macam mana. Results IELTS akan dikeluarkan tepat 2 minggu selepas exam. Tapi berlaku satu kes di mana results aku berjalan jauh dengan kurier. Tambah pula lagi 4 hari tergendala progress aku nak migrate.

Results IELTS di tangan, terus aku submit all document for college application. Lagi sekali, setelah di reject oleh kolej Centerburry. Dalam pada tu sebenarnya aku dah dapat satu tawaran kolej, kolej yang aku belajar sekarang ni, ACBI. Aku simpan sebab aku tunggu tawaran dari course travel and tourism. Tapi agent aku advice, lebih baik ambil course yang berkaitan dengan background study and work experience untuk memudahkan permohonan visa. Aku pun terima kolej ACBI dan bayar yuran.

"Proses aku bermula dengan rancak serta semangat dan harapan yang tinggi untuk berhijrah ke luar negara. Aku hampir terlupa yang aku akan tinggalkan ibu bapa, mertua, dan adik beradik. Apabila semua urusan migrate selesai, baru aku dapat rasa kesedihan untuk tinggalkan diorang. Aku tak sangka it was so hard. Aku diselubungi rasa sebak dan hiba di hari terakhir aku di Malaysia."

Aku akan ceritakan satu persatu step yang aku lalui buat panduan kalian semua. Juga catatan ini buat diri aku nilai balik apa yang telah aku lakukan dan korbankan. Aku rasa adalah perlu untuk aku catat kembali pengalaman ni. Since ramai juga yang bertanya.

-


Hari berganti hari, satu persatu step aku lalui dapat diselesaikan dengan baik. Aku dan suami ambil keputusan untuk hantar surat resign selepas kami dapat visa. Nak dijadikan cerita, dalam aku sibuk uruskan hal migrate, company yang aku kerja diisytiharkan akan tutup. Aku rasa bersyukur sangat. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ya Allah. Engkau atur elok untuk aku sekeluarga. It is not happy ending for others but as for me, this is a bonus. Bersama duit pampasan, kami dapat mulakan kehidupan baru di Australia. Nikmat apa lagi perlu didustakan.

Tiba masanya aku perlu tandatangan surat perjanjian jual beli rumah dengan buyer baru. Allah saja yang tahu perasaan aku. Berat. Aku sedih untuk melepaskan rumah yang baru saja aku beli. Walau baru duduk, tapi banyak nilai sentimental. Aku perlu lakukan pengorbanan. Aku sign satu persatu muka surat perjanjian dengan hati yang berat. Rumah aku telah sah dijual. Tapi kami masih duduk rumah ni hingga ke saat akhir berangkat ke Australia. Since belum dapat payment lagi dan buyer baru pun setuju untuk kami stay jer.

Saat terakhir berada di rumah sendiri.

Moment dapat visa tu yang seronok. Perasaan yang paling aku tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Berlari aku dalam kilang dapatkan suami aku untuk khabarkan berita yang visa kami granted. Dalam aku tengah melonjak, datang pula Manager aku tanya kenapa. Aku tetap rahsiakan sebab aku tunggu duit pampasan. Aku terus beli tiket flight. Aku pilih AirAsia dan kami beli tiket dulu without luggage sebab tak tau nak agak bawa berapa banyak.

Tugas suami aku ialah cari rumah sewa. Betapa sukar nak dapatkan rumah sewa jika kita browse dari Malaysia. All contact info semua di hidden kan untuk elak scammer. Akhirnya kami dapat rumah sewa melalui kenalan di fb.

Setelah semua urusan selesai, kolej dah dapat, visa dah granted, rumah sewa pun dah dapat, tiba masa aku packing dan pindah barang ke rumah mak dan juga rumah mertua. Nasib baik tak beli banyak perabot. Yang macam ini pun banyak juga nak kena angkut.

"Bila semua urusan selesai, aku boleh summarize kan, perkara yang paling susah nak hadap ialah saat meninggalkan apa yang aku ada. Moment tu. Saat menjual rumah, saat menjual kereta, saat mengosongkan rumah, saat memisahkan Wafiya dengan pengasuh, semua ini bagi aku adalah situasi yang paling sukar"

Seminggu terakhir berada di Malaysia, aku busy packing barang. Perasaan sedih kian hilang selari dengan keserabutan packing barang. Sedih tu tak terasa bila badan penat. Apabila seluruh ahli keluarga hantar kami di airport, datang semula perasaan sebak dan sayu. Bukan mudah rupanya. Sebelum ni aku busy prepare all documents, aku redah dan harung all requirement. Tak sangka rupanya ni adalah saat paling berat untuk dilalui.

Flight kami ke Sydney  pukul 11.45malam. Sepanjang perjalanan, kami 3 beranak tidur jer. Memang letih. Sampai di airport kami terus ke rumah sewa. Tuan rumah sambut dengan baik. Selepas letak barang, terus kami menuju beli simkad dan buat appointment dengan bank untuk buka akaun.

Akhirnya, kami sampai dan bertapak di Sydney.
Ramai yang tanya aku, why Sydney? It is the most expensive city.

Kalau korang follow perjalanan aku, korang akan faham. I don't care which country or any city. Aku nak bertapak di negara asing secara sah. Itu yang penting. Once aku berjaya enter, aku akan pandai-pandai cari peluang lain. Mungkin cari sponsored visa, mungkin buat bisnes. Tiada siapa tahu, what it may bring. Itu semua kerja Allah. Tugas aku, once dah sampai sini, aku akan gunakan peluang dengan sebaiknya untuk cari peluang.

Macam tak percaya. Banyak yang aku lalui. Banyak aku tempuh untuk datang ke sini. Banyak ragam orang yang aku jumpa. Sampai juga aku ke sini bersama anak dan suami. Ini bukan pengakhiran perjalanan aku. Ini adalah permulaan. Ramai yang kasi feedback betapa gembiranya diorang melihat aku berjaya ke sini. Semua mendoakan kami.  

"Terima kasih semua, tak henti-henti wish dan menaruh harapan buat kami sekeluarga. Terharu."

Aku juga bersyukur kedua-dua pihak keluarga sangat baik dan memahami. They all very supportive. Ramai yang share impian diorang berhijrah dengan aku tapi mendapat tentangan dari suami dan juga ibu bapa. Bukan senang nak brainwash orang. Mungkin kena beri pendedahan baru diorang akan nampak. 

Totally kami start from zero. Build up new life. Ramai juga yang tanya, buat apa aku cari penyakit. Banyak sebab. Sebab-sebab tu semua aku akan ceritakan satu persatu dari masa ke semasa. Tak cukup dengan hanya satu ruangan komen atau satu perjumpaan untuk menerangkan sebab musabab kenapa aku ingin berhijrah. Aku berada di zon selesa semasa di Malaysia. Aku takut aku kurang daya ketahanan diri. Aku taknak jadi macam dulu lagi. Aku nak anak aku experienced better education. Aku taknak anak aku jadi macam aku. I am seeking better life environment. Human right. Aku nak something challenging supaya aku dapat self development.

Yang pasti, sebabnya adalah bukan aku benci Malaysia. Aku tak amik port pun sape yang memerintah. Issue ni bagai tiada penghujung. Baik aku kisahkan diri aku, suami dan juga anak. Aku dan suami perlu something yang positif untuk build balik self esteem. Anak aku perlu merasai different education experience.













Ramai yang tanya, berapa lama aku akan stay. Aku pun tak pasti. Aku akan sentiasa cari peluang. Aku cuba. Gagal atau berjaya aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku cuba. Sekurang-kurangnya aku dapat raih pengalaman tinggal di luar negara.

Buat yang bertanya korang ada peluang tak untuk berhijrah, better korang study dulu apa yang ada di website immi. Gunakan tools yang disediakan. Kalau korang ada niat, ada duit, ada results IELTS, korang boleh sampai. Mungkin lagi better dari aku punya cara. Cuba lah merantau. Kita lihat perbezaan dan bagaimana rupa kehidupan di luar sana. Kita keluar dari zon selesa. Kita cabar diri kita mampu buat atau tidak bila hadapi cabaran.

Terima kasih buat semua yang wish dan doakan kami. Post ini aku tulis laju dan unedited. Sejuk woi. Jenuh nak sampai feeling untuk menulis. Keep follow next post for the detail step. Aku akan kongsikan, InshaaAllah.


Central Station
Spring like a winter,
Diyana,
Kingsford.
14 Oct 2018
11:38am

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...