Tuesday 13 December 2022

Macam Mana Aku Dapat Motivasi Untuk Teruskan Study Master

Kalau korang baca post sebelum ni, aku ada banyak alasan kenapa aku nak tolak rancangan sambung study ke peringkat master. Rasa MALAS tu adalah TOP Reason.

Post kali ni aku nak cerita, 

macam mana aku boleh dapat motivasi untuk teruskan jugak pengajian ni.

How I get motivation? After once I decided to accept this offer both from uni and sponsorship. 

Apa yang membuatkan aku rasa, "YES! My decision is RIGHT."

Apa yang membuatkan aku rasa, "Aku TAK menyesal buat keputusan ni walaupun ianya satu jalan yang sukar."



1. Mula-mula sekali, masa nak pergi collect student ID, masuk jer uni area, aku tengok suasana, environment, vibes, itu jer pun dah BANGKITKAN semangat aku. Sentiasa bersyukur akan sekecil-kecil perkara dan nikmat. Aku rasa lain tau, bila masuk dan lihat environment dalam uni. PLUS, ada sentimental value lagi sebab tahun 2018 dulu, aku duduk dekat-dekat dengan area uni, aku selalu jalan-jalan petang kat area uni. Masa aku jalan-jalan dulu, aku selalu rasa bestnya kalau dapat study kat sini. Aku rasa impossible aku boleh study kat universiti ni. TAPI harini aku datang untuk collect student ID, which is aku berjaya dapat study kat sini. Ada value kan? Mix feeling. Sayu, sebak, happy semua ada.


2. Masa aku nak start pilih subject in that term, aku a bit shock jugak la dengan sistem study kat sini. Sebab kat sini study by term punya sistem, bukan semester. Satu term ada 10 weeks jer dan hanya boleh study maximum 3 subjects. Minimum 2 subject. Kiranya, satu term 2 atau 3 subjects jer. Which is aku rasa boleh la. Mampu buat dan tak lama. Suffer pun sekejap jer. 10 weeks. So, aku rasa this one is ok. Subject tu kat sini panggil "course". Jurusan yang kita ambil tu, dipanggil "program".


3. First subject (course) yang aku ambil masa first term ialah Network Architecture. Langsung takde calculation. Sembang-sembang jer dalam kelas. Lecturer sangat encourage and motivate kita. Dia selalu cakap, ambil course Telecommunication ni sangat bagus for future job. Di situ lah aku sekali lagi dapat motivation. Dah la aku asalnya malas nak study, pastu kebetulan first term aku pilih subject ni dan lecturer sangat membantu dalam menaikkan semangat aku untuk teruskan perjuangan mencari ilmu. 


4. Subject Network Architecture ni jugak banyak dedahkan aku dengan job market di luar sana. Disebabkan lecturer ni memang ada kerja luar, dia banyak iklankan kerja kosong dari company-company yang ada kaitan dengan dia kat kami semua. Dari situ dah nampak halatuju ke mana masa tahun akhir nak habis study nanti. Last year nanti boleh try apply kerja.


5. Aku dah off job market about 4 tahun lebih dan bidang kerja aku sebelum ni tak banyak ada di Australia sebab Australia bukan manufacturing country. So, bila aku accept and make decision to further studies, bidang lain dari pengalaman aku (from solar to telecommunication), aku dapat catch up balik skill yang diperlukan di luar sana. Contoh Python, Matlab. Terasa cool! bila dapat experience belajar skill baru. Dapat lagi satu motivation.💚


6. Bila dah masuk universiti ni, aku dapat banyak access to job market. Universiti ada provide satu website untuk cari kerja. Ada juga kerja kosong untuk bekerja dalam universiti tu jugak. Ade jer kerja kosong position Engineer dalam universiti. Sebelum ni aku tak tau pun. Ingatkan kerja engineer ni kat company luar sana jer. Rupanya dalam uni pun ada. Anggap ini sebagai satu batu loncatan. Pintu lebih banyak terbuka kalau kita study di sini dan nak kerja pun di sini.


7. Ada macam-macam program dan aktiviti di universiti. Kita dapat kawan baru, bina network. Ada rasa contentment in life. Dapat alihkan kebosanan rutin harian yang berulang. Dalam 10 weeks per term tu, ada stress less week, ada flexi week, dan juga study week. Rasa lega banyak daripada keadaan tegang kejar due date.


8. Kalau macam aku, aku rasa aku boleh buat dengan structure sistem kalendar akademik per term ni. Kalau korang nak tahu, UNSW lain dari universiti lain dari segi sistem kalendar akademik. UNSW, satu term 10 weeks of learning, pastu study week seminggu dan study week 2 minggu. Manakala, universiti lain contohnya Uni Queensland dan University of Sydney, diorang punya sistem satu term ada 12 weeks of learning. Let say aku stress dengan one of subject in that term, at least aku suffer 10 weeks jer. After that, I'm free. Ability aku macam tu. Tak nak lah hadap lama-lama macam sistem semester. Struggle pun, hanya 10 weeks. Dalam 10 weeks tu ada stress less week, ada flexi week. See.. memang study master ni susah bagi kita yang dah berkeluarga ni, tapi ada jer jalan yang kita boleh tarik nafas lega seketika. Balance dan kita dapat manage our stress.


9. Satu benda yang aku rasa best lah jugak. Dulu masa aku kerja, bila nak read some article, ada limited access. Tapi bila dah masuk alam universiti, dapat freedom untuk access reading material. Terasa hyper sekejap. Hahhaa.


10. By doing master, aku dapat asah balik confident level. Sebab aku dah duduk rumah dalam tempoh yang lama. After habis degree dulu pun aku ada pengalaman kerja di satu company jer. Pulak tu, company aku kerja tu sangat selesa. Terasa like "homey". Aku tak hadapi lagi cabaran di company lain yang macam-macam kerenah. Dah la aku merantau ke luar negara, macam mana aku nak adapt job environment dengan international people. So, by doing master, aku mix with macam-macam orang dan InshaAllah aku boleh adapt dengan aussie culture. Aku nak asah balik confident level, asah balik communications skills. Bukan bermaksud speaking English cair. Bukan tu saje. Ianya merangkumi dari segi academic writing, how to speak with people, listening and writing. 


11. Bila kita dah build network, bina kawan baru, kita didedahkan dengan pengalaman pelajar lain yang pernah berada di tempat kita skrg ni. And see how they grow and where they are now. 


12. Lecturer sangat supportive. Korang boleh menitik ayaq mata ooooo bila dapat layanan baik dari lecturer korang. Walaupun berlainan bangsa dan agama, diorang sangat baik dengan kita. Aku tak boleh part ni. Aku sebak 😭. Aku tau part yang aku tak mampu. Kita kenal diri kita. Bila kita be honest, beritahu kita tak reti, lecturer sangat membantu, laju jer reply email. Lecturer-lecturer yang aku akan kenang sampai bila-bila, Vijay, Minzhao, Derrick, Erik, Rodica. Semua sangat friendly. Sangat membantu. Memang silap la kalau tolak study master sebab takut tak boleh buat. Alhamdulillah sebuah pengalaman yang sangat berharga.


13. Aku tak nak compare beza study di Malaysia dan luar negara. Bagi aku, sangat unfair to do comparison. Sebab aku study di Malaysia dulu buat degree sekitar tahun 2008- 2011. Time tu Whatsapp pun belum ada lagi. Duk pakai USB lagi. Email pun takde sape nak pandang. Sekarang yang aku study master ni, nak say Hai pun ada Microsoft Team. Sejak covid ni, kelas pun online. Mana adil nak compare-compare. Tak boleh la. Memang la different study di Malaysia dan Australia. Tapi they are not apple to apple. Ini based on pengalaman aku. Masa Dr. Ron ajar kan. Aku impressive gila wei. Time tu klo lemah semangat pun, tiba-tiba ada satu semangat meresap naik. Contoh Dr Erik. Dia mengajar suara jelas gila, kita faham apa dia sebut, dia tunjuk satu persatu dalam excel file. Dia letak komen, kenapa jadi macam ni, macam ni macam ni. Dia guna high technology tools. Internet pun laju. Duduk sejam tercongok apa dia buat pun tak jadi hal. Sampaikan aku email kat dia ucap terima kasih sangat-sangat dengan tunjuk ajar dia. Aku tak sangka benda-benda macam ni aku akan lalui sepanjang pengajian aku which is pernah aku nak tolak haritu. Derrick pun sama. Dia produce video dah macam Vloggers pulak. Sampai aku lupa yang aku tengah duduk dalam kelas yang ada lecturer dan student.


14. Lecturer sangat belas ihsan kat kita. Dia tau kita allergic mathematics. Memahami yang kebiasaannya student tak suka calculation. So, bila dia termasuk topik yg kena ajar kira-kira, dia bagitau siap-siap, "I'm sorry.. Kira sikit jer.. Sikit jer. Simple jer.. Simple jer calculation ni..." psiko betul kan.. Haha.  Macam doctor nak cucuk kita. Ok.. jangan takut adik.. Jangan takut.. Sikit jer.. Sikit jer.


15. Lecturer tak strict. Bukan bermaksud kita bleh main-main. Contoh mcm Derrick. Dia selalu tanya, "do u need extra time to submit homework? Can you do that? Please let me know if you dont, i can extend the deadline for you". Aku macam, haaa.. melopong. Sama juga dengan Minzhao, "as for you, I dont care when you can submit. Up to you. Take your time.". Gila lah... Aku banyak teqiak sebab ramai lecturer baik-baik sepanjang aku study kat sini. Bila diorang layan kita cam ni, aku punya semangat nak buat kerja and submit jer ikut due date asal. Even diorang kasi kelonggaran, kita pula naik semangat untuk buat kerja awal. See, dapat lagi motivation 💚 


16. Zaman sekarang dah canggih. Even tak perlu travel pergi kelas. Duduk jer rumah asal ada internet. Kalau tak dapat fokus in class pun, kita boleh dengar balik recording. Youtube pun ada banyak tutorial shared yang sama macam lecturer kita ajar kita. Kalau rasa lecturer kita tu tak pandai ajar, cari jer kat youtube. Standard soalan jer. Apa yang lecturer ajar, itu jugak lah yang ada di youtube.


17. Uni di luar negara sgt pentingkan mental illness. If u stress, u are not alone. Always ada yg membantu. Tu sebab adanya STRESS LESS WEEK. Lepas kita dapat email result kita on that term, kat bawah email tu ada tulis siap-siap. Kalau down dengan result, rasa mental kacau bilau, sila hubungi sekian sekian. Diorang sangat jaga kita.


18. Build network. Kenal orang baru. Get inspired and inspiring others. Dari situ juga kita belajar bersyukur melalui ibrah yg disampaikan oleh kenalan baru kita. Contoh aku dikelilingi ramai student master yang self funded. Aku ni student tajaan. Dari situ naik rasa kesyukuran. Diorang lagi struggle dari aku.


19. Dikelilingi orang-orang hebat buat kita rasa motivated. Kita rasa terinspirasi. Contoh ada sorang guess lecture yang Vijay selitkan dalam kelas dia. Guess tu asalnya dari student sini jugak. Dia cerita dia punya career pathway. Dulu pun dia tak ketahuan jugak. Now dia kerja dengan google. Bila aku tengok LinkedIn dia, dia banyak kerja-kerja empowering women in industrial. Bagi aku, dia wanita hebat. Aku terinspirasi dengan dia. 


20. Aku suka travel ke universiti. Aku suka berjalan dalam perkarangan universiti. Aku suka tengok environment dalam library, student sesak-sesak dalam train nak ke universiti, aku suka tengok semuanya berjalan menuju ke destinasi masing-masing lepas turun train dan masuk dalam universiti. Semua ni, depan mata aku, meresap ke dalam hati. Dan aku dapat hembus nafas semangat.


_

Semua-semua ni sangat membahagiakan kita sebagai student. Semua ni berbaloi dan terbalas rasa stress terkejar due date dan exam anxiety. Aku dapati ada balance by doing master yang kita rasa berat tak boleh nak buat. Aku yg dulu mentah-mentah nak tolak, Sekarang selalu cakap bersyukur aku tak tolak.


Buat jer dulu. Motivation comes later. It will come along through your struggle journey.


Allah tak akan bagi melainkan kita mampu. Dia lebih tahu apa yang terkemudian.


Setiap kesulitan, pasti ada jalannya. Sama ada memudahkan atau menyelesaikannya.


Tak cuba, kita tak tahu. Kena cuba dulu baru tahu. Kita hanya takut sangkaan-sangkaan kita sahaja.


Kena keluar dari zon selesa. From there, you grow. 


Overall. Aku tak menyesal dgn keputusan ni. I feel grateful i accept jugak at the last minit. 


I was in your shoes before. "taknak study, otak dah berkarat, giler la. Taknak stress" . But now, apa yang aku terima, melebihi dari ketakutan aku sebelum ni.


Kerja pun stress. Study pun stress. Duk rumah pun stress. Duit takde pun stress. Berniaga pun stress. Apa yang penting ialah how we manage our stress. Selalunya akan ada kemudahan disebalik kesukaran. InshaAllah. Allah dah aturkan jalan kita.


Takyah stress nk kejar markah tinggi-tinggi. Asalkan ada motivation, the rest you akn matang. U know what u should do. No one care ur results. Kita dah ada degree, dah ada pengalaman kerja. Nk tunjuk kt sape pointer tu. Anggap jer master ni new exciting journey. Kalau mampu dan rasa enjoy dapat pointer tinggi, silakan. Tapi kalau jadi macam aku ni, yang bukan student gilang gemilang terbilang ni, enjoy saja the journey. Anggap jer study dan exam ni satu sub sub perkara. Anggap jer jalan-jalan area uni adalah contribution terbesar.


Who am i? Seorang pelajar biasa yg pernah hampir tolak tawaran untuk sambung pengajian sbb kata tak mampu nk buat.


Fikiran hanya menakutkan kita. Menjadi penghalang untuk kita melangkah ke hadapan.


Moga terkesan di hati dan minda korang. Aku doakan impian korang tercapai. Aku taknak cakap, moga korang berjaya sambung master. Sebab lain orang, lain definisi kejayaan. Aku cuma nak doakan impian korang tercapai jer. 


Terima kasih korang kerana sudi baca pengalaman aku di sini.


Sunday 30 October 2022

Akhirnya Aku Sambung Belajar ke Peringkat Master Juga

Seperti yang aku ceritakan pada post sebelum ni, aku berat hati untuk sambung belajar ke peringkat master. Tawaran ni hadir ketika aku dah redha yang aku memang tak ada peluang untuk dapat tajaan yang akan menanggung pengajian master.

Aku teragak-agak dan mahu menolak ketika mendapat tawaran.

Namun, aku terima juga akhirnya. Setelah 3 kali menangguh dan berdalih.


Sebab apa akhirnya aku buat keputusan untuk sambung juga?

  • sebab aku pernah apply sponsor for study master ni since 2014 lagi. Lebih kurang 4 or 5 kali aku apply, tapi tak dapat dapat. Kalau aku tolak, sayang pulak sebab mengenangkan aku dah cuba mohon berkali-kali
  • aku fikir masa depan dan perkembangan kerjaya aku. Di Australia, lebih mudah dapat pekerjaan kalau kita graduate from universiti tempatan.
  • kita dapat access hunting job lebih meluas kalau sambung belajar di universiti. Juga dapat bina network melalui pensyarah mahupun rakan-rakan. 
  • bina network lebih meluas.
  • aku dah 4 tahun off job market. Kalau nak mohon kerja, perlu ada skill terbaru. Aku tak banyak dapat skill baru masa kerja di kilang solar dulu. Ada baiknya aku sambung belajar dan dapat access dengan skill/technology terkini
  • sebab aku dah taknak kerja kilang. Aku kena sambung belajar, belajar benda baru dan mohon kerja berlainan bidang, walaupun aku masih suka bidang solar, tapi aku kena berkorban sebab aku nak duduk di luar negara.
  • aku nak lompat bidang ke arah teknologi, telekomunikasi ataupun IT sebab bidang ni high demand dan mudah dapat tawaran kerja di luar negara.
  • kalau aku sambung belajar peringkat master, yuran sekolah Wafiya dikurangkan. Compare masa aku study kat kolej besye2 tu, yuran sekolah Wafiya $10k per year. Kalau sambung master, yuran sekolah Wafiya dalam $6k per year. Kalau sambung PHD, yuran sekolah Wafiya adalah percuma
  • kalau aku sambung belajar di Australia, aku boleh apply graduate visa selepas tamat belajar.
  • sebab aku nak bekerja juga satu hari nanti. Aku nak ada kerjaya, nak ada duit, nak pergi melancong, nak bantu keluarga, nak bantu adik beradik, nak belanja anak-anak buah aku di Malaysia.
  • sebab aku nak improve penguasaan bahasa Inggeris.
  • sebab aku nak improve presentation skill aku.
  • sebab mak aku mengharapkan aku berjaya.
  • aku nak gain sesuatu from rentetan penghijrahan aku 

Banyak reason kan?

Sebelum nak sampai ke reason di atas, aku juga ada alasan kenapa aku berdalih dan mahu menolak untuk sambung belajar.

  • sebab aku dah malas nak study berat-berat.
  • aku tak suka komitmen yang mengejar due date. Aku suka freedom.
  • aku dah ada dua anak di mana target aku sebelum ni adalah untuk ada masa berkualiti dengan anak-anak.
  • aku tak nak stress study, stress exam.
  • aku tak suka kerja berkumpulan.
  • aku tak suka presentation
  • penguasaan bahasa inggeris aku masih lemah
  • masa aku dapat tawaran tajaan pengajian, husband aku baru jer mula study, ambil course chef. Kalau aku juga belajar, dua2 suami isteri belajar, kami sangat struggle dari segi masa dan kewangan
  • tricky kat visa. Masa aku dapat tawaran tu, kami baru jer lodge student visa (husband aku study). Kami masih dalam bridging visa, masih menunggu keputusan permohonan visa suami aku belajar. So, semasa masih bridging, kami tak boleh nak switch senang-senang ke visa lain. Benda ni sangat tricky dan merunsingkan. Aku banyak ambil masa tanya agent dan lawyer.

Begitulah kehidupan.

Kita hanya mampu merancang. Percaya aturan Allah adalah yang terbaik. Aku dah cuba menolak dan menidakkan. Tapi tawaran tu masih terbentang untuk aku di mana aku ambil keputusan untuk terima juga.

Perancangan asal, very straight forward. Tunggu visa husband, dan aku buat PTE sampai boleh dah lodge EOI untuk PR. Tunggu invitation while kami masih student visa husband aku. Tapi Allah aturkan 
jalan lain untuk aku explore, untuk aku tempuh. InshaAllah, kepayahan sekarang pasti punya hikmah di masa hadapan. Aku percaya jalan Allah aturkan.

Nanti aku ceritakan perkara-perkara menarik yang aku jumpa semasa aku menyelusuri perjalanan sebagai seorang pelajar di luar negara.

Till then. Bye!

Terima kasih kerana sudi baca.

Assalamualaikum.

Saturday 2 July 2022

IMPIAN Sambung Belajar di Luar Negara

Sejak di bangku sekolah lagi aku berangan nak sambung belajar di luar negara. Aku dapat pendedahan dari sepupu-sepupu aku, baik dari sebelah ayah mahupun sebelah emak. Ayah memang dari dulu lagi banyak beri dorongan supaya aku cari pengalaman hingga ke luar negara.

Tapi aku bukanlah seorang pelajar yang selalu excellent dalam pelajaran. Tiap kali exam penting, aku dikira average jer. Cita-cita jer taknak kalah. Mungkin kawan-kawan yang straight A pun tak ada impian macam ni. Aku yang dapat A sikit-sikit ni, cita-cita kemain. Nak oversea sesaje. Nak keje oversea, nak belajar oversea, nak duduk oversea.

Lepas PMR aku ke sekolah teknik, which is satu keputusan yang sehingga kini aku rasa keputusan yang tak patut dibuat. Aku tak fokus belajar. Aku terlibat dengan perkara-perkara bodoh remeh dan tak penting sehinggakan pelajaran aku merosot. Lebih merosot dari semasa aku PMR. Semasa aku PMR, aku begitu komited nak dapat banyak A dalam peperiksaan. Tapi masa SPM, semangat aku hilang.

Aku sedar, lepas SPM, for sure aku sambung belajar dalam negara jer.

Ditakdirkan memang begitu. Aku sambung diploma di politeknik. Dalam negara. Aku tak dapat capai cita-cita aku nak sambung belajar di luar negara. Aku tak kondem belajar dalam negara ni low class, tidak. Itu adalah keinginan aku dan cita-cita aku. Bukan dibuat-buat. Memang aku yang nak. (setengah orang suka emas, gajet, pinggan mangkuk, macam tu lah aku, nak pergi oversea). Aku nak sambung belajar luar negara sebab aku nak improve penguasaan bahasa inggeris, aku nak merasa tinggal di negara orang, nak merasa pahit manis pertukaran musim, aku nak raih pengalaman luar yang bukan dalam norma kehidupan kita seharian di tanah air.

Lepas tamat diploma politeknik, aku terus masuk kerja. Aku dapat tawaran kerja semasa aku di semester akhir diploma. Jadi, lepas tamat last paper, aku terus pindah ke Pulau Pinang kerana Isnin dah nak mula kerja. Aku bekerja di Intel. Sekali lagi aku dapat pendedahan dari kawan-kawan yang pernah belajar / bekerja di luar negara. Dapat pulak kawan-kawan yang semua pandai speaking English. Lagi lah aku rasa nak ke luar negara, membuak-buak.

Sebab aku bekerja di Penang kan, aku dapat banyak pendedahan mengenai sambung belajar di luar negara through IDP dan education event yang lain. Penang memang banyak event-event macam ni. Semangat berkobar-kobar ketika tu untuk sambung degree di luar negara. Sambil-sambil tu aku ada cari sponsorship untuk taja aku sambung belajar degree di luar negara, tapi ketika tu, sekitar tahun 2008 sangat kurang malah hampir tiada yang menaja lepasan politeknik untuk sambung degree di luar negara. Nak nak pulak bila pointer diploma aku biasa sahaja. bukan nya 4 flat. 

Selain sebab sponsorhip, ada lagi satu yang menghalang aku untuk sambung belajar di luar negara, iaitu IELTS. Untuk sambung belajar di English speaking country, wajib ambil IELTS. Ketika tu, duit bukan jadi masalah utama untuk aku ambil IELTS. Gaji aku waktu tu memang lumayan. Nak makan apa, pergi. Nak beli apa, beli. Yang menjadi halangan untuk aku ambil IELTS ialah ketakutan. Aku tak yakin. Bila aku kata English aku tak strong, memang betul tak strong. Aku bukan berlakon acah-acah terer tapi cakap tak terer. Kalau aku kata aku tak terer english tu memang tak terer. (Kalau terer, skrg ni mungkin aku dah PR dah, hurmm..) Kalau aku ambil time tu mesti aku tak boleh skor.

Nak dijadikan cerita, aku sambung belajar degree di Johor. Dalam negara. Juga bukan seperti yang aku impikan. Sekali lagi aku tak dapat capai apa yang aku impikan. Impian aku lebur sekali lagi.

Lepas tamat degree, sekali lagi aku ditawarkan kerja awal. Belum konvo lagi aku dah mula bekerja. Rezeki aku murah dalam mencari pekerjaan walaupun pointer degree aku lebih rendah berbanding zaman diploma. Lepas study degree dan diploma, cepat jer aku dapat bekerja. Company tempat aku bekerja hantar aku ke German untuk menjalani latihan. Oleh kerana company tu pun baru nak start up, as a pioneer yang attend training ke German dan bertanggungjawab untuk company run operation, aku diikat 3 tahun iaitu sehingga tahun 2014. Kiranya, aku takleh pergi mana-mana lah within 3 years. 

Impian untuk ke luar negara terkubur. Apa lagi yang aku harapkan, aku dah grad degree. Aku juga terikat dengan company selama 3 tahun. Nak buat apa lagi, aku hanya fokus kerja. Kumpul duit. Kawin. Beranak. Run the company.

Tahun 2014 iaitu tahun di mana kontrak aku habis, aku mula kembali berangan untuk berhenti kerja dan sambung belajar di luar negara. Perancangannya. Awal tahun 2014, aku banyak mohon universiti-universiti di UK. Gigih apply uni banyak2 sampai dapat 5 tawaran. Aku rasa senang jer weh nak dapat uni. pointer rendah pun boleh jer dapat. Uni buat duit through international student. Kalau kau apply, pasti boleh dapat. Tapi kebanyakkan tawaran yang aku dapat ialah tawaran bersyarat. Apa syarat dia? Syarat dia ialah kena ambil IELTS dulu.

nahhhh... part ni yang aku benci ni. Leceh. Aku memang tak boleh go lah IELTS ni.

Sambil tu aku cari sponsorhip untuk aku sambung belajar master di luar negara. Kalau dapat sponsorship, kuat sikit reason untuk aku ambil IELTS.

Lepas aku exam dan interview untuk dapatkan sponsorship, akhirnya, aku GAGAL dapatkan tajaan. Aku frust gila. Kali ni memang aku betul-betul frust. Tak macam sebelumnya. Aku frust sebab aku mula menyedari bahawa aku dah banyak kali bercita-cita nak sambung belajar di luar negara. Kalau tak dapat tajaan, macam mana aku nak pergi?

Allah sebaik-baik perancang.

In that year, manager aku promote for a new responsible. Menyedari yang aku ni memang tak bijak, bukan excellent person untuk dapat tawaran tajaan ke luar negara, aku accept offer from my manager. Gaji pun lebih, aku saja suka-suka beli rumah. Nak overcome frust tu punya pasal. Aku dan husband travel pergi bercuti memandangkan kami tak berpeluang pergi honeymoon pun sebab ingatkan dapat lah pergi sambung belajar ke UK lepas kami kawin. Dah tak dapat. Kami pergi honeymoon kemudiannya.

Lepas rancak bekerja beberapa tahun di company tersebut, operation mula merudum disebabkan kurangnya permintaan. Kerja jadi tak banyak. Aku mula drain dan demotivate. Nak cari kerja lain, aku memikirkan kos sebab aku dan husband satu tempat kerja. Kalau sorang kerja tempat lain, kena ada kereta lagi satu. Dan aku tersangat selesa bekerja di tempat yang management dah faham dan boleh bertolak ansur dengan kita kalau nak cuti untuk jaga anak tak sihat. Ada give and take. 

Tahun 2017 kami pergi bercuti ke Perth, Australia. Suami aku beri idea, kalau nak ke UK tak dapat, cuba Australia pula. Ya, aku tak pernah teringin nak ke Australia dek kerana leka dengan keindahan di UK. Aku mula research cara bagaimana nak ke Australia.

Lepas kajian mendalam, aku jumpa cara macam mana nak ke Australia (guna student visa tp ambil diploma jer). Tak dapat sponsor pun takpe, masih boleh dan mampu untuk bayar yuran kolej. Tapi bukan sambung ke peringkat master. Cuma ambil short course. (patah balik. dah ada degree, tapi pergi Australia amik diploma)

Walaupun aku dah tau cara macam mana untuk aku dapat duduk di luar negara (guna student visa, ambil diploma), aku tak lupa untuk cuba sekali lagi mohon tajaan kalau-kalau dapat further study master. Untuk sambung belajar di luar negara bagi peringkat master, ada banyak tajaan. Compare dengan degree dan diploma sangat limited (tambah2 lepasan politeknik). Untuk master, ada banyak tajaan. Beza kat requirement, kalau pointer tinggi, lebih banyak pilihan tajaan.

Tahun 2018, sekali lagi aku apply universiti luar negara. Kali ni aku mohon universiti di Australia pula. Sesuatu yang tak pernah aku buat sebelum ni. Sebelum ni aku fikir UK jer banyak universiti. Alang-alang dah suami aku bagi idea untuk divert to Australia, jadi aku cuba mohon master di Australia. Response sangat pantas. Ada satu tawaran aku dapat tanpa syarat. Tak perlu IELTS pun. Best gila. Tapi macam mana nak belajar kalau tak dapat tajaan? Nak bayar yuran pakai apa?

Aku tetap juga ke Australia dengan rancangan asal aku, ambil jer kolej murah-murah, short course diploma, self funded. Sebelum aku berangkat ke Australia, aku dh dimaklumkan bahawa aku gagal dapat tajaan. Aku sekali lagi tak dapat sambung master sebab gagal dapat tajaan. Jadinya, memang aku stick to plan asal (ambil diploma dan self funded). Pergi je Australia, surat tawaran master tu peram jer sbb tak dapat tajaan.

2019, tahun kedua aku tinggal di Australia, aku sekali lagi cuba mohon tajaan. Kali ni lebih kepada rasa geram sebab banyak kali apply tak dapat dapat. Semangat nak sambung master tu dah kurang. Dah rasa macam tak mampu dah nak study berat-berat. Nak enjoy life and santai-santai jer. Tambah pulak duduk di luar negara ni no one will judge you, gaji tinggi mana, pangkat kerja atau taraf pendidikan. Aku dah takde rasa nak sambung master. Aku dah selesa. Dah redha. 

Tiap kali tajaan open application, aku mohon dan tiap kali tu jugak aku gagal dapat. Mungkin aku takde kabel kut. Hhihih. Redha jer lah. Bila niat sebab nak balas dendam tak dapat, pasti lah tak dapat. Niat tak baik kan. Bukan sebab niat nak belajar sungguh-sungguh. Masa ni hanya tinggal rasa geram, 5 kali apply tajaan, tak dapat dapat.

2020, tahun ketiga tinggal di Australia, aku mengandungkan Wafiq dan niat nak duduk rumah jer sambil besarkan Wafiq. Alih-alih, masa aku dalam pantang kan Wafiq, aku dapat tajaan untuk sponsor aku sambung belajar ke peringkat master. Terkejut weh!! Aku blur! Kelu lidah. Tak tau nak kata apa. Baru beberapa hari lahirkan Wafiq. Reaksi aku tak seperti yang aku bayangkan sebelum ni. Dulu aku ada bayangkan reaksi aku melompat gembira. Tapi sekarang dah dapat, buntang bijik mata.

Memang tahun di mana aku lahirkan Wafiq, aku ada rasa Allah akan kurniakan satu keajaiban tahun ni. Aku tak pasti apa. Aku ada rasa happy jer. Ada sesuatu Allah nak bagi. Aku panggil husband aku suruh tengok email tawaran tajaan tu. Husband aku terkejut. Uish. Dapat? Husband aku tanya. Husband aku cakap, ambik lah. Layan jer. Study master kat luar negara ni ok. Tak stress. Husband aku suruh ambil.

Aku mula banyak bunyi. Macam mana ni? Macam mana nak study? Wafiq kecil lagi. Masih menyusu badan lagi. Kita baru lodge visa baru (husband aku study). Dah aku sailang husband aku macam ni, macam mana dengan visa kami? Aku mula buntu. Tak tau apa nak buat. Feel helpless. Tricky part tang visa. Aku baru lodge visa husband aku as primary student. Husband aku baru jer start belajar chef. Tiba-tiba aku dapat tajaan tah bila yang mana punya application aku tak sedar. Surat university memang sentiasa ada dalam tangan setiap tahun. Cuma tajaan jer takde. Kali ni tiba2 aku dapat weh!!

Korang pernah tak alami, satu perkara yang korang impikan, nanti-nantikan tak pernah dapat. Tiba-tiba bila dah dapat, korang nafikan. Korang elak. Korang tak nak. Korang takleh terima hakikat dah dapat.

Mulalah episod di mana aku wujudkan banyak halangan. Fikiran yang menakut-nakutkan untuk menafikan yang kita taknak dah benda tu. Instead of tolak tawaran, aku tangguhkan. Aku perlukan masa untuk berfikir. Kebetulan pulak masa tu kami di NSW lockdown punya lama. Sampaikan aku nak pergi siapkan dokumen tajaan pun tertangguh oleh kerana lockdown. Seronok betul. Biar lockdown lama. Boleh aku tangguh lama-lama. Boleh aku fikir lama-lama.

Selama mana aku boleh lari? Lockdown pun dah tamat. Sempat juga ketika tu aku ambil exam PTE untuk perancangan asal aku mohon PR. Now, aku nak lari mana? Aku tolak tangguhkan 3 kali dah dengan pelbagai alasan yang relevan dan kedua-dua pihak bersetuju iaitu pihak tajaan dan juga pihak universiti. Aku taknak study master. Instead of tolak mentah-mentah, aku mintak tangguh dulu. Aku nak lebih masa untuk berfikir sebab aku tak bersedia. 

Tricky part ialah kat visa. Kami masih (bridging) menunggu jawapan visa husband aku as primary student. Aku tak boleh sailang terus visa yang sedang diproses (bridging). Kena tunggu dulu jawapan visa husband aku, baru boleh aku apply visa aku as student master. Maksudnya, kami sedang dalam bridging visa (menunggu visa husband aku as primary student, study Cookery, dan aku as primary). Kami kena tunggu student visa husband aku tu granted dulu, baru boleh aku apply student visa aku as student master). Masa tengah bridging, kita tak boleh apply visa lain. This is so tricky. Nak study dalam masa yg sama nk comply dengan visa condition. Tak boleh terus ubah-ubah visa. Serabut aku mikir sampai memang aku rasa tak nak study master.

Aku conteng kertas. Aku timbang balik baik buruk keputusan untuk sambung belajar peringkat master dalam negara (hahaha.. sebab aku memang dah berada di Australia). Aku tulis balik point-point, kalau sambung belajar master, apa akan jadi, apa aku dapat. Kalau stick plan asal, apa akan jadi, apa aku akan dapat. Juga, apa anak-anak aku dapat. Ya, family kena ambil kira juga.

Ikut perancangan asal (plan asal), aku nak teruskan road to PR journey sahaja. Aku pun tak tahu tajaan yang aku dapat tu melalui application yang mana. Sebab aku dapat melalui email. Bukan dekat website yang tertera window kecil mengucapkan, 'Tahniah, anda berjaya'. Tidak. Tak macam tu.

Hidup di luar negara banyak bergantung pada perancangan Allah. Kita boleh merancang dengan pelbagai rancangan. Plan A, plan B, plan C. Tengok-tengok Allah bagi jalan D. Tak seperti dalam plan kita pun. Manisnya kita akan rasa kemudian hari.

Aku fikir macam ni, road to PR ialah rancangan aku. Rancangan seorang hamba yang tidak tahu pun in future akan berjaya atau tidak. Langsung tak tahu kebaikan dan keburukan di kemudian hari. Andai ditakdirkan rancangan aku tak berjaya, at least.. at least aku dah ada master dah untuk di bawa pulang ke tanah air dan dapatkan pekerjaan yang baik-baik.

Satu lagi, selama aku bertahun-tahun apply tak dapat tu, mungkin menurut Allah, bukan masanya lagi. Belum lagi. 

Banyak fikiran yang menakutkan aku. Macam mana nak pergi kelas? Aku tak suka buat kerja in group. Aku taknak study teruk-teruk time winter. Aku taknak pecah kepala nak exam. Aku tak pandai, aku tak boleh buat calculation yang teruk-teruk.

Ada juga beberapa point penting yang aku ambil. Kalau aku sambung belajar di sini, di peringkat master, mungkin aku lebih mudah dapat pekerjaan di Australia. English aku mungkin bertambah baik. Aku dapat bina new network circle of friend dan juga industri untuk aku mohon kerja nanti. Husband aku tak perlu kerah tenaga kerja teruk-teruk untuk bayar yuran kami. Anak aku punya yuran pun dikurangkan kalau aku study peringkat master. Dan.. yang buat aku luluh ialah harapan ibu bapa aku. Mak ayah aku sangat bangga kalau aku sambung belajar peringkat master,  dari universiti luar negara pulak tu, satu mimpi yang aku selalu cerita kat diorang dari dulu-dulu kala lagi. Mak ayah aku berharap sangat aku sahut cabaran tu. Mak ayah aku tak risau sebab aku ada suami yang selalu membantu aku baik dari kerja-kerja rumah, jaga keperluan aku atau mengasuh anak.

Sepanjang aku duduk di Australia, ya. Aku seorang suri rumah. Tak berduit. Tiada pendapatan. Income kami sekeluarga banyak mengalir dan dilaburkan untuk visa dan insuran. Tipu lah kalau takda rasa teringin nak beli itu ini, bercuti ke sana sini. Anak-anak pun tak merasa nak ke kelas swimming, art, or apa-apa kelas sekalipun. Semua keinginan terpaksa dipendam sedalam-dalamnya sebab kami takde extra income. 

Aku fikir aku kena juga sambung belajar. Aku kena terima juga tawaran tajaan ni. For the sake of my future and my family's future.

Walaupun plan asal, aku boleh terus apply PR even guna jalan yang ada sekarang, tapi Allah bagi rezeki untuk aku kona sekejap ke simpang lain untuk meneroka jalan baru. Mungkin untuk aku gunakan manfaatnya di masa hadapan. Kona sekejap sebelum aku serious mengejar cita-cita apply PR. 

PR tu ialah target aku sementara aku tinggal di sini, sebab kalau aku berada di Malaysia, agak mustahil aku nak kumpul duit untuk mohon PR. Itu hanyalah plan dan cita-cita. Andai Allah kata rezeki begitu tak menyebelahi aku, at least aku ada education untuk aku bawa pulang.

Akhirnya, aku ACCEPT tawaran university sambung belajar master dan ACCEPT tajaan yang akan menanggung pembelajaran aku. Dah 3 kali aku mintak tangguh, defer ke next next next intake. Tawaran asal ialah pada February 2021. Tapi aku defer ke June, pastu defer lagi ke September, masuk tahun 2022, aku terima jer. Taknak defer dah. Susahkan orang jer. Aku redha, aku sahut juga cabaran untuk ambil master. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. After 5 kali aku mohon tajaan yang sama, engkau kurniakan jua akhirnya. Ikutkan, dah 7 tahun aku berdoa supaya direzekikan tajaan untuk aku sambung master.

Walaupun aku sekarang study master, tapi urusan-urusan untuk apply PR masih lagi berjalan. Bukan terhenti kerana aku dah commit study. 

Sejak aku dah sampai Australia, aku dah rasa tak nak dah sambung belajar master. Bagi aku study ni berat. Aku dah berkeluarga dan beranak pinak. Aku dah ada cita-cita lain. Even aku accept juga akhirnya, aku masih rasa lagi malas-malas nak belajar. 

But,.... the motivation comes later. Aku pelan-pelan mengukir langkah untuk mengutip motivasi untuk belajar..

Kita sambung lagi next story! Tentang bagaimana cara aku kutip motivasi untuk belajar.

Thanks for reading my experience and journey.

Wednesday 9 February 2022

"Takyah Ramai-ramai Datang ke Aussie"

Bila aku dah sampai ke sini kan, aku ada perasan satu benda di kalangan orang yang dah lama menetap kat sini.

Diorang ada rasa semak kalau ramai-ramai orang Malaysia datang ke Australia jugak. 

It is sad, but true. 

Aku pernah beberapa kali kena hentam dengan diorang ni. Yerlah, aku kan suka menulis cara-cara, tips dan impian untuk berhijrah ke luar negara. Diorang rasa perkongsian aku sangat mengundang. Mengundang ramai orang ke sini. Diorang rasa semak. Diorang rasa akulah punca. Punca orang datang ke sini dan abused visa. 

Diorang rasa dah tak exclusive bila orang kita ramai berhijrah ke Australia. Jadi, perkongsian aku sangat berbulu di mata diorang.

Diorang pilih untuk berdiam. Taknak kongsi pengalaman diorang tinggal di luar negara. So, bila aku menulis dan berkongsi, its like, "shut your mouth please".

"orang tanya aku pun, aku tak share"

"ko takyah lah nak menginspirasi orang datang ke sini"

"stop blogging, just focus hidup kau"

Kalau korang jumpa diorang-diorang ni, takziah aku ucapkan. You meet wrong person. 


Aku menulis dan berkongsi sebab:

1. Dulu aku struggle mencari jalan untuk migrate tapi tak ramai yang berkongsi cara nak migrate. Masa aku tengah susah cari jalan, memang aku janji pada diri aku, aku cakap kat tuhan, kalau tuhan bagi aku peluang untuk berhijrah dan merasa tinggal di luar negara, aku janji aku akan share, aku akan beri pendedahan kat orang. Masa tu memang aku rasa helpless dan rasa mustahil untuk gapai impian aku berhijrah ke luar negara. Sekali pap! Allah bagi rezeki dan makbulkan impian aku, apalagi, memang aku kongsi la.

2. Aku suka menulis. Aku suka mencatat. Berhijrah ke luar negara adalah satu peluang yang tak semua orang dapat merasa. Amat penting bagi aku catat setiap fasa yang aku lalui.

3. Bila aku down, aku suka toleh ke belakang. Aku nak lihat balik bagaimana aku down dulu dan bagaimana aku boleh sampai ke sini, berada di sini hingga ke tahap ini. Dari situ, aku kaut balik kekuatan dan teruskan jalan di hadapan.

4. Aku nak beri pendedahan kat orang supaya ambil jalan yang betul untuk tinggal di luar negara. Aku tak mampu nak halang, orang punya decision. But at least aku educate the right pathway. Kita kalau tak mampu nak larang, kita educate orang. Bukan kecam orang yang try to give awareness and education. 

5. Andai satu hari nanti aku berjaya dapatkan apa yang aku nak, perkongsian aku dan segala apa yang telah aku tulis, ianya sebagai bukti yang aku pernah berusaha. Supaya nanti, bila aku dah berjaya, dah senang, aku kenang saat aku bermula dulu. Supaya tak membongak macam korang, bercakap mendongak ke langit. Andai tidak berjaya, semua tu menjadi kenangan manis buat aku untuk anak-anak aku kenang yang opah Diyana depa ni pernah ambil langkah yang tak semua orang berani buat.


_

Kalau orang terinspirasi, itu hak diorang. Aku takleh nak halang perasaan orang. Tujuan aku bukan nak raih pujian atau nak buat orang terinspirasi. Tujuan aku adalah sebab-sebab di atas yang aku tulis tadi. Jika kesan yang aku tulis tu memberi impak kat orang, aku tak boleh tahan perasaan orang. Bukan aku nak pujian. Aku takut sangat dengan pujian sebab apa yang aku dapat hari ini bukannya datang dari aku. Semua ni rezeki Allah bagi. Keluarga aku support, suami aku sangat membantu. Aku tak layak dapat pujian. Segalanya datang dari Allah swt. Pujian akan buat kita riak dan bangga maka kita akan lupa diri.

Kalau korang rasa semak sebab bila aku share, ramai orang nak datang berhijrah, itu bukan masalah aku. Itu masalah hati korang sendiri. Pandai-pandailah mengubat penyakit hati korang tu. Ingatkan dah lama duduk luar negara, fikiran jadi terbuka, hati jadi lebih tenteram, rupanya makin lama hati makin membengkak, mata berbulu tengok orang lain pun nak berhijrah ke luar negara sama.

Kalau lepas orang baca my journey, diorang still ambil jalan mudah abused visa, apa lagi daya yang boleh aku buat. Sekurang-kurangnya aku ambil tanggungjawab berkongsi cara betul untuk berhijrah, daripada engkau tu yang duduk diam takde sumbang apa-apa lepas tu mata berbulu sakit hati.. sakit hati.. sakit sekali.. melihat engkau...berpimpin tangan dengan si dia~


Tuesday 8 February 2022

Susah Ke Nak Dapat PR?

Random followers suka lantunkan soalan ni.

Pernah juga kadang-kadang aku ternampak komen-komen di facebook, youtube dan juga IG, orang cakap, "susah... nak apply PR ni payah.. kawan aku nurse pun tak dapat dapat lagi PR"

Erm.

Serious aku tak suka cerita daripada third party. Kawan atas kawan atas kawan atas kawan punya cerita. Without solid proof atas sebab apa yang mereka kata susah.

Dia macam ni. 

Soalnya bukan susah atau senang nak apply PR.

Soalnya diri kita.

Sudah cukupkah point kita?

Susah atau senang bergantung kriteria diri kita.

Kalau kita dah ada degree or PhD. Umur masih muda. Bidang kerjaya pun kena dengan skill demand in Australia. Bertahun-tahun pengalaman kerja. English pulak, IELTS dapat band 9. Atau PTE dapat 90.

Apa yang susahnya?

Tang mana susah? Cer kabor.

Susah atau senang nak apply PR, bergantung pada kriteria diri kita. Background kita. Berapa umur kita. Belajar takat mana. Kerja bidang apa. Belajar jurusan apa. English tahap mana.

Kalau takde semua tu, yes. Susah. Korang kena start over. Bermula dari bawah. Masuk guna student visa. Belajar course yang lead to PR. Lepas tu apply graduate visa. Cuba dapatkan kerja yang dapat sponsor visa kalau boleh. Kalau tak boleh, cuba apply independently kalau point dah banyak. Cara tu korang dapat kumpul point.

Setiap orang jalan lain-lain. Aku suka letakkan diri aku dalam situasi orang yang takde apa-apa, bermula dari bawah. Tak semua orang punya background yang baik. Tak semua orang ada duit yang banyak untuk berhijrah. Tak semua orang beruntung dapat tawaran kerja sekaligus dapat visa sponsored by company.. Tu sebab aku suka kawan-kawan yang humble. Kadang bercakap dengan orang yang cemerlang gemilang terbilang baik dari segi kelayakan akademik yang mantap, dapat tawaran kerja dan visa yang stabil, mulalah bercakap tak pandang bawah. Letih melayan. 

Jangan letakkan situasi kita sama dengan orang lain.

Orang yang dapat visa sponsored, cuba bila bercakap tu kenangkan nasib orang yang struggle dan independent. Kalau korang jenis campak resume kat mana-mana negara boleh dapat kerja, jangan ingat orang yang independent ni akan terima nasib yang sama macam korang. Jangan ingat orang lain tak usaha. Mulalah korang rasa orang lain pun senang dapat kerja lepas campak resume merata-rata. Tak semua orang mampu atau direzekikan ambil jurusan yang macam kita ambil.

At least kena ada rasa hormat, bersyukur dan malu.



Berbalik kepada topik susah or senang tadi tu kan.

Kita dengar jer orang kata susah. Tapi actually kita tak amik tahu pun apa yang susahnya. Kita tak tahu apa benda yang mengekang.

Memanglah orang tu dah amik nurse, ada juga yang akauntan, atau IT. Tapi belum lagi dapat PR.

Mungkin English dia amik belum dapat superior lagi. Mungkin bidang kerjaya dia ada persaingan macam akauntan. Mungkin partner dia tak contribute point kat dia. Mungkin umur dia dah meningkat. Mungkin state yang dia duduk banyak persaingan.

Seriously, kekangan aku sekarang ni ialah duit dan English. Now aku dah skor PTE untuk skill assesment. Tapi aku tak dapat buat skill assesment lagi sebab kekangan duit. Aku tengah kumpul duit. Dah makan masa kat situ. Lepas tu orang kata, "nana tu engineer pun susah nak dapat PR".

Puih!

Ape la yang korang merepek meraban. Cakap takde asas.


OK. Let say ar... Let say, aku dapat PTE 79+. Kemudian dah buat skill assesment. Husband aku pulak contribute 10 point. Then aku masuk EOI. Point aku let say dah 100. Tapi aku masih menunggu. Tak dapat dapat lagi PR.

Now, listen. Ingat ni. Kalau semua point tu aku dah dapat, tapi belum dapat PR, itu dah jatuh pada nasib dan rezeki. Bukan susah atau senang lagi dah. Sebab aku dah lalui segala proses nak kumpul point for PR. Nak tunggu invitation tu, itu bergantung pada rezeki. Takde istilah susah dah kat situ sebab kita dah susah payah harung semua benda untuk kumpul point. Now, tugas kita kena serahkan pada ketentuan Allah. Ingat tu.

Percaya pada rezeki dan aturan Allah. 

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Kita usaha, seterusnya tawakal.

Dak. Tak marah. 

Cuma terkilan dengan sikap orang bila berkata-kata.


Tapi, aku percaya satu benda. Setiap orang ada struggle dia. Struggle orang tak sama. Even kalau kita boleh dapat point yang banyak for PR, mungkin orang tu diuji kekangan kesihatan, mungkin kekangan duit, mungkin kekangan masa, mungkin kekangan komitmen. Semua tu boleh jadi faktor juga kenapa seseorang tu belum dapat PR.

Susah or senang nak apply PR tu very subjective dan tak sama bagi setiap situasi di antara kita.

Thursday 3 February 2022

Negara Manakah yang Sesuai untuk Berhijrah?

Assalamualaikum,

Dear readers,

Bila aku keep sharing pengalaman aku berhijrah ke luar negara, ramai yang approach aku, mesej aku dan beritahu niat dan impian berhijrah juga.

Bila mesej lebih lanjut, aku dapati sebahagian dari ramai-ramai yang mesej aku, sudah mempunyai target nak berhijrah ke negara mana.


Sebagai seorang yang pernah membuat kajian pelbagai jenis visa luar negara yang lain selain Australia, aku ada pendapat aku sendiri. Tapi aku tak berani nak suggest kat orang atau nak beri komen. 

Siapa nak dengar atau ambil peduli pendapat kita? Lagipun, setiap orang ada pandangan dan preference masing-masing.

Bila dah berada di tahap ini, aku dapat bina kenalan yang juga berhijrah ke luar negara dan antara kami berkongsi pengalaman dan komen terhadap negara yang kami hijrahi.

Ini menguatkan lagi pendapat aku selama ini.

Tapi, siapa nak dengar? Kalau dah orang tu tekad nak ke negara XXX, kalau aku sangkal dan beri pendapat, siapa nak ambil peduli?

Semua orang teruja tengok keindahan sesuatu negara. Nampak salji setinggi lutut, terus berangan nak duduk situ. Nampak negara cantik, high standard, popular among Malaysian, terus tekad nak negara tu jugak.

Tapi ketahuilah, yang cantik itu, yang salji setinggi lutut itu, tak menjanjikan visa pathway untuk kita settle down pun.

Ada beberapa perbezaan situasi penghijrah:

  1. Di sponsor majikan
  2. Berkahwin dengan pasangan warganegara tersebut
  3. Sambung belajar

1. Di sponsor oleh majikan

Kalau kita di sponsor oleh majikan, biasanya kita tak pernah menyangka yang kita akan dihantar ke luar negara. Tak pernah berimpian untuk tinggal di luar negara. Tetapi bila company hantar, kita terpaksa akur dan merasakan bagus juga ni untuk dicuba. Ada juga yang memang bekerja dan target untuk ke luar negara melalui company tempat bekerja. Tetapi kedua-dua jenis ni berhijrah ke luar negara melalui support from company. Dapat elaun settle down, visa diuruskan company, tempat tinggal sementara juga disediakan oleh company. 

Dalam konteks ni, kita tak perlu fikir negara manakah yang sesuai untuk berhijrah? Ikut sajalah, company bagi.

Biasanya, sebagai contoh Australia, kalau kita dah ditaja company, satu kaki dah ada ada jalan menuju PR. Memang boleh dapat kalau company nak sponsor PR kita.

Tak perlu dah nak fikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah. Company sediakan semua. Kita fikir untuk bekerja dengan baik jer.


2. Berkahwin dengan pasangan warganegara tersebut.

Kalau dah jodoh kan, utara selatan pun boleh bertemu. Lebih kurang sama situasi dengan yang di sponsor oleh majikan. Biasanya pasangan kita yang uruskan rumah untuk settle down. Lepas kahwin, teruskan hidup di negara pasangan kita. Satu kaki juga menuju ke jalan untuk dapat PR.

Perlu lagikah untuk memikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah? 


3. Sambung belajar 

Dulu, rata-rata orang Malaysia kita tak meletakkan berhijrah ke luar negara sebagai satu impian utama. Rata-rata orang kita cuma letakkan cita-cita utama iaitu sambung belajar ke luar negara. Lepas habis belajar, semua balik dan berbakti di tanah air kita.

Tapi ada yang bernasib lain dari yang lain iaitu lepas habis belajar, masih mahu tinggal di negara tersebut.

Masa tu kita tak fikir pun negara manakah yang sesuai untuk berhijrah? Kita masa tu fikir nak sambung belajar kat mana jer, at first. Kalau tak balik pun, kita stay jer kat negara yang kita belajar tu.


_

Setakat ni boleh faham tak, apa yang aku cuba sampaikan?

_

Sekarang, cuba fikir yang kita ini bukan bernasib seperti ketiga-tiga di atas.

Macam aku.

Kita nak berhijrah ke luar negara, tapi tak ada company yang tanggung, tak berjodoh dengan warganegara luar, tak juga mendapat tawaran tajaan untuk sambung belajar ke luar negara.

Jadi, kalau nak berhijrah ke luar negara, kita kena bergerak sendiri. Keluar duit sendiri. Atur visa sendiri. Pilih sendiri visa apa nak dipakai. Semuanya atas kita sendiri. 

Sudah tentulah kita perlu fikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah.

Setuju?


Menurut dari mesej-mesej yang aku terima., mostly tak ramai buat kajian secara terperinci the sequences visa selepas first visa kita masuk ke negara tersebut. Akhirnya, selepas setahun dua, dah kena balik ke tanah air. Selepas beberapa bulan, memberontak untuk ke luar negara semula.

Duit dah habis. Kudrat dah tak ada. Umur dah meningkat. Tiada motivation lagi dah nak study bab-bab visa ni. Kalau ada kudrat sekalipun, background kita dah tak menepati requirement visa. Terutama sekali umur.

Ramai yang jadi macam ni,

Kita dah ke negara lain, sebab negara tu jer kita mampu pergi, nak elak Australia sebab insuran mahal sangat. Dan negara yang kita nak pergi tu cantik. Australia tak cukup cantik. Semua orang impikan negara tersebut. Tapi sebab tak study sequences visa after first visa yang kita masuk tu, kita dikehendaki pulang ke tanah air. Pastu barulah terbuka hati nak berhijrah ke Australia. Tetapi sayang, umur sudah lanjut, modal dah tak ada, anak-anak pula dah besar. Proses nak berhijrah ke Australia semakin rumit berbanding dengan kalau at first kita consider Australia sebagai langkah pertama untuk berhijrah independently.

Nampak, tak?

Apa yang cuba aku ketengahkan.

Kalau kita berhijrah ke luar negara dengan bergerak sendiri, tolonglah. Tolong research consequences visa selepas beberapa tahun. Ini kerana, lepas balik tanah air, kita pasti akan rasa nak ke luar negara lagi. Lagi satu, tolong research pathway untuk dapatkan PR. Walaupun kita tak ada niat nak apply PR. Tapi tolonglah buat persediaan awal agar tak terbazir duit dan umur.

Selalu aku jumpa orang yang taknak PR pun. Nak ke luar negara sekejap jer setahun dua. Lepas tu balik lah. Macam-macam lah aku dengar. End up, semuanya runsing cari cara macam mana nak stay lagi. Last-last semua balik pastu memberontak nak cuba lagi. Pusing mencari modal.

Tak kisahlah kalau perancangan awal korang nak stay setahun dua je ke, taknak PR ke, tak kisah. Tapi jangan menutup peluang. Kalau ada peluang untuk PR, kau pergilah negara tu. Ha, lagi satu. Kau kena tahu, pathway untuk apply PR tu achievable or not. Jangan cuma baca teori jer. Ambil tahu, technically, kau boleh capai tak? Kena berpijak bumi nyata. Jangan bermimpi. 

Contoh kalau negara tu kata boleh apply PR after 5 tahun, tapi situasinya sekarang, student visa kau setahun jer. After setahun kau nak buat macam mana, untuk nak sampai 5 tahun tu? Be realistic.

Kalau Australia, dari Malaysia lagi kau boleh apply PR kalau background kita kena dengan requirement. Kalau tak boleh apply PR dari Malaysia sekalipun, masih ada cara lagi dengan cara sambung belajar. Tak ada syarat selepas beberapa tahun baru boleh apply PR. Yang penting, umur jangan lebih 44 tahun.

Jadi, recommendation dari aku. Jangan tersalah langkah. Jangan menutup peluang. Study about visa secara mendalam.

-
Actually, post ni aku taknak post pun. Nak simpan biar jer dalam draft. Tapi kesian pula bila ada yang mengadu nak divert ke negara lain selepas habis tenaga dan wang dikorbankan. Post aku ni tak applicable kat semua. Ada target yang aku sasarkan especially buat penghijrah yang bergerak sendiri.

Jangan sebab tak applicable kat yang lain, aku tutup sharing regarding on this.
 
Biar aku kongsi, selebihnya atas korang sendiri.


Disclaimer :
  1. Aku bukan nak mengajak ramai-ramai tinggalkan Malaysia atau bencikan Malaysia. Tidak. Blog aku ni cuma catatan pengalaman aku sahaja di mana pembaca ambil sebahagian sebagai panduan.
  2. Perihal visa di setiap negara, perlu dikaji oleh kita sendiri. Bacalah di website-website negara tersebut. Aku adalah cara aku.
  3. Setiap dari kita mempunyai background berbeza. Berbeza bidang pelajaran, berbeza umur, berbeza bilangan anak, berbeza pengalaman kerja. Jadi, setiap halatuju untuk ke luar negara juga berbeza.

Harap dapat faham point yang cuba aku sampaikan. Aku tau, aku cuma bertapak di Sydney sahaja. Tak adil untuk aku beri pendapat begini. Orang lain akan fikir biased. Sebab aku duk Australia, semua nampak kebaikan jer kat sini. Tapi kalau korang pernah duduk Australia, korang akan faham. Dan Kalau korang pernah buat kajian mendalam tentang segala jenis visa di negara lain, korang akan faham. For new beginner, memang susah nak decide. Oleh itu, jangan tergesa-gesa. Ambil saja masa untuk faham pathway visa. Semuanya ada di dalam wesbsite. Visa regulations pun sentiasa berubah. Baik refer kat official website. 

Aku juga ada senipis niat, lepas aku settle PR Australia, nak cilok sekejap setahun ke negara lain. Kalau aku buat macam tu pun, masih lagi tak adil untuk aku kongsi pendapat. Setahun di negara lain dan 5+ di Australia. Tak adil juga kan? 

So, biarlah aku kongsi juga. Biar post ini menggerakkan hati korang untuk selidik negara manakah yang sesuai untuk korang berhijrah. Bukan dari paras rupa. Tetapi pada visa pathway nya.

Ketahuilah, ada negara yang sesuai untuk pergi melancong sahaja. Ada negara yang sesuai untuk pergi menimba ilmu, tapi lepas tu tak menjanjikan hala tuju, kena balik juga semula ke tanah air kita. Ada negara yang sesuai untuk bekerja, tapi tak menjanjikan PR juga setelah beberapa tahun.

Ada bezanya. Lokasi(states/suburb) kita duduk tu pun boleh leads to berbeza pandangan.

-
Jalan hidup kita berbeza, Allah aturkan nasib kita berbeza. Penghijrahan biasanya akan disajikan dengan pelbagai keajaiban. Tu sebab aku kata jangan tutup peluang, sebab bila direzekikan, matching pulak dengan pathway yang kita dah rancang dengan baik, segalanya rasa berbaloi setelah kita korbankan negara yang kita teringin sangat nak pergi (yang tak menjanjikan kita boleh stay lama).

Kita hanya cuma mampu merancang, rancanglah sebaiknya. Allah akan aturkan dengan cinta terhadap hambaNya.

Jangan lupa, sentiasa mohon petunjuk. Adakalanya, berhijrah ni bukan juga yang terbaik buat kita.

Wallahualam.

Sunday 23 January 2022

My PTE Exam Journey : PTE Exam Day

Hari yang dinanti telah tiba. Akhirnya, aku ambil juga exam buat kedua kalinya hari ini dengan persediaan yang macam tak berapa bersedia. Aku paling risau part speaking. Even minggu nak exam pun aku still belum dapat rentak untuk score speaking.

PTE ni senang jer. Kalau Speaking tu tinggi, inshaAllah, listening and reading pun akan tinggi juga. Sangat membantu module lain. Kunci kejayaan PTE ialah terletak pada Speaking sebab dari Speaking ada contribution marks to Reading and Listening.

Nak tak nak, aku book juga exam. At least, aku nak kasi lepas 50 jer dulu untuk buat skill assesment. Walaupun aku rasa aku tak bersedia, SEBAB kalau aku tunggu bila nak bersedia, sampai bila-bila pun aku tak akan bersedia. Baik aku book jugak the exam.

Tujuannya ialah, aku nak familiar dan rasai pengalaman exam. Memang aku pernah ambil sekali tapi tu masa awal-awal covid belum serious. Lepas tu lockdown, exam center tutup, pastu aku mengandung, beranak, dalam pantang, ni haaa kali  ni baru nak ambil lagi sekali. Dah lama tinggal. Dah lupa debaran exam.

Tujuan kedua ialah, aku nak score at least 50 ke atas untuk aku unlock satu achievement iaitu nak buat skill assesment dengan Engineer Australia. 

Results PTE aku hat mula-mula tu, kecundang lagi 1 markah untuk capai syarat minimum iaitu 50 each module. Aku kantoi kat Speaking. Aku dapat 49. Tak lepas untuk buat skill assesment.

Aku buat banyak research test center mana yang paling ideal dengan preference aku. Sangat penting untuk pilih test center sebab semua ni faktor yang mempengaruhi performance kita during the exam. 

Aku suka test center ni, sebab aku boleh melorotkan face mask aku ke dagu. Ko bayangkan kalau aku kena pakai face mask during speaking. Idak ke ganggu performance kita? bagi aku, yes. Sangat mempengaruhi tambah pula aku ni pakai spec. Kalau pakai mask, memang rasa terganggu. Rasa tak cukup nafas.


On that day, husband aku dan anak-anak yang hantar aku ke test center. Aku cuma duduk rileks dalam kereta, tenangkan diri untuk hadapi exam. 

Test center kali ni lagi best compare hat yang pertama dulu sebab test center ni tak ramai, tak serabut. Staff pun sorang jer and takde kerek-kerek. Ok jer. Smooth walaupun dia sorang jer yang jaga.

Aku dapat port paling sempoi. Hujung sekali. Bahagianya buat speaking and listening. Tak terganggu.

Test center ni walaupun best dan ideal dengan preference aku, but still ada kelemahannya. Kelemahannya ialah keyboard yang digunakan tak lancar untuk ditaip. Kena patuk baru dia lekat keluar huruf kat screen. Naya cenggini sebab aku menaip laju. Kena tunjal-tunjal baru keluar huruf hahaa. Aku dah maklum akan hal ini sebab aku buat research dah and baca review orang amik test center mana. Tapi still ok walau kena patuk kuat-kuat asalkan aku dapat turunkan face mask during speaking.

Sebelum aku mula exam, aku minta permission nak lorotkan face mask. Alhamdulillah, dia benarkan. Tu yg best tu. Lega satu perkara.

Tak ingat sape bagi doa ni. Terima kasih share


Aku cerita sikit pengalaman aku jawab soalan.


Speaking [Read Aloud] : Rileks dan santai. Passage tak panjang. Masa buat practise kt Apeuni, passage susah-susah. Tapi real exam senang jer. Actually masa aku buat mock test, Read Aloud aku tak bagus. Bukan sebab aku tak reti membaca English, tapi sebab aku tak jumpa lagi tone, speed, clearity yang sesuai dengan aku. Sampaikan nak dekat exam pun, speaking aku dapat 60 jer. So, on the exam day, aku decide untuk buat biasa-biasa jer dengan harapan, harap-harap dapatlah 65 during real exam.


Aku ada target. Kalau aku dapat 50 minimum, aku boleh setelkan skill assesment Engineer Australia. Kalau dapat 79 ke atas, aku boleh terus masuk EOI sebab point dah cukup. 


Speaking [Repeat Sentence] : awal-awal dapat tangkap and smooth. Lama-lama hati aku terdetik, aih? ada lagi? Bila nak habis repeat sentence ni. Purp! lari fokus. Pastu aku merepek jer sebut yang bukan-bukan. Naya. Memang kena fokus betul-betul time repeat sentence.


Speaking [Describe Image] : Aku guna template from Jimmyssem. So, takde masalah. Lancar jer. Yang jadi masalahnya sekarang ni ialah, dalam tips Jimmyssem, dia kata describe jer dalam 25sec to 27sec. On the real exam day, bar recording tu tak naik berapa second kita tengah bercakap. Tengah duk menjawab, hati aku kacau bilau. Takat bila nak stop? Sebab takde indicator kat mana 25sec - 27sec untuk aku berhenti. Argh, sudah!


Speaking [Retell Lecture] : pun sama. Aku tak tau 27sec tu duduk kat mana.


Writing [Essay] : Aku guna template from Jimmyssem. Senang dan kacang. Tak perlu spend lama practise writing essay (boleh fokus kt part lain macam repeat sentence). Hafal template jer. Tak macam IELTS (English kena betul-betul power).


Reading [FIB-RW] : Aku amik masa yang banyak kat soalan pertama. Aku kurang fokus. Fikiran menerawang. Baca ayat pun tak faham dan tak masuk dalam kepala. So, jawapan tak dapat nak difikirkan dengan baik. Banyak buang masa teka jawapan mana yang betul.


Reading [Multiple Choice] : Ikut tips masa aku pi kelas PTE, tips dia pilih jer C then move to the next question. Jangan buang masa kat sini. Takyah baca. Tekan jer C, move to the next question.


Reading [FIB-R] : Kat sini aku rasa sesak nafas sebab aku dah kesuntukan masa, sebabnya aku dah spend banyak masa kat Reading FIB-RW sampai tak sempat nak jawab soalan belakang-belakang.


Listening [Multiple Choice] : Sama gak, aku pilih C tanpa dengar betul-betul soalannya. Then terus ke next question. Yang jadi masalahnya ialah, aku tak boleh nak cepat-cepat move to the next question while audio is playing. Kena dengar sampai habis baru boleh pilih jawapan. Libang-libu jadi nyer sebab audio play tu panjang. Banyak habis masa tunggu audio tu habis. 


Listening [Write from Dictation] : Disebabkan audio playing lama sangat, kat soalan lain-lain. Aku tak sempat nk buat WFD dengan tenang. Aku jadi gabra. Bila gabra, aku tak dapat nk fokus. Bila tak fokus, aku tak dengar apa audio cakap. Pastu nak tulis apa kalau tak dapat tangkap? Bengang betul. Tengah kalut bring the mouse untuk edit jawapan, masa pun dah tamat.


Exam habis pukul 1petang.

Aku pegi makan kat Ayam Penyet Ria, Randwick pastu pukul 3petang dah keluar results. Ya ampun, awat cepat sangat? Tak dan nak rileks.

Results keluar sangat cepat

Aku senyum lebar dapat keputusan. Bukan sebab result cemerlang. Tapi sebab results yang keluar sama dengan apa yang aku lalui during the exam. Aku tak perform Listening WFD, yes aku dapat rendah Listening. Aku rasa Speaking boleh lepas dari 60, yes aku dapat ngam-ngam 65. Senyum saja lah sebab semua lepas 50.

Alhamdulillah lega sedikit, dapat buat skill assesment. One step forward. 

Walaupun tak sebagus untuk apply PR, tapi jadi la. Dapat lepas buat skill assesment. Pelan-pelan nanti aku buat lagi PTE bila ada duit dan lepas aku lodge EOI. 

It's ok. Everything has its own time.

Trust the process.

Good luck korang!

Wednesday 19 January 2022

Have a Courage

Assalamualaikum.

Selepas aku amik exam PTE minggu lepas, walaupun tak achieve the highest score, tapi dengan results yang ada, at least aku dah boleh buat skill assessment. Benda yang selama ni buat aku stuck untuk masuk EOI ialah my english requirement tak lepas. Bila english tak lepas, satu ape pun aku tak boleh buat. Skill assesment pun tak boleh nak buat apatah lagi nak masuk EOI. Hanya mereput dengan student visa selama 3 tahun di Sydney, Australia. I regret.

Results PTE baru-baru ni tidaklah excellent tapi ada improvement compare previous results dan lebih matang dalam selok belok exam. With the results, aku dapat move another one step forward. Bukan step closer, but one step forward. 

Yang terjadi kat diri aku lately ni, bila aku dah move one step forward, banyak benda aku fikir. PR pathway ni macam dam ular, Snake and Ladders. Tapi tak baling dadu ler haha. Kepala otak kita ni kena fikir, jalan mana yang harus kita ambil to achieve our dreams iaitu PR. Bila kita berjaya buat something, kita dapat naik tangga. Bila kita terjumpa ular, kita kena turun semula ke bawah and start over (ini terjadi kalau immigration ubah rules and regulation dan keluarkan kita punya occupation list).

Selain memikirkan visa pathway, aku juga sedang berhadapan dengan tawaran yang aku dapat iaitu sambung belajar peringkat master. Situasi sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau dulu dapat tawaran belajar, kita tak fikir banyak dah. Terus grab. Tapi sekarang dah jadi bercampur aduk, conflict of interest. Kena fikir timeline dan visa, berapa point boleh dapat, visa apa boleh di apply selepas tu untuk beli masa.

Bila semua ni bercampur aduk, aku serabut nak susun yang mana dulu, tu yang kalau korang perasan, satu story aku pun tak naik di fb dan instagram. Interest aku dah kurang di social media. aku lebih enjoy memikirkan apa aku nak buat for the future. Aku pulak memang jenis tak tengok story kawan-kawan. Tak sempat. Biasanya kalau aku post, selepas tu aku tinggal. Minta maaf komen tak terbalas. Minta maaf juga tak sempat nak santuni rakan-rakan. Padahal, diorang ni lah rajin reply story dan beri kata-kata semangat. Banyak masa aku habiskan dengan memikirkan dan bermonolog dalam diri, jalan mana yang aku kena pilih untuk capai impian. 

Selepas dari exam, aku dan suami berbincang. So, macam mana kita ni. Nak macam ni ke? Atau macam tu. Now, aku dah boleh buat skill assesment. Keesokan hari, aku duduk di hadapan komputer. Buka email, nak reply kat tajaan yang aku nak tolak tawaran. Tapi aku tak sampai hati. Aku tak gamak nak menolak. 

Aku sekali lagi berbincang dengan suami perkara ni.

Selama tiga tahun aku di sini. Yes, aku sentiasa cuba pilih jalan untuk capai impian. Tapi tak semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan. Akan adanya kekangan yang melambatkan atau tak mampu kita capai. Contoh PTE tu lah. Aku plan nk setelkan masa first year aku di sini, tapi aku drag sampai 3 tahun.

Hari ini aku kembali bersemangat. Mujur ada blog ni. Blog ni lah segala rasa aku curahkan. Segala fasa perjalanan aku catatkan. Bila aku nak bangkit kembali bersemangat, aku akan baca balik apa yang aku tuliskan dulu. Aku akan think again, kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh. Yang mana tengok ig dan fb aku senyap, tahniah, anda sampai ke sini mencari jejak. I am well alive and healthy. Alhamdulillah. Tapi tu lah, bila kita senyap, keluarga pula mencari. Eh mana pulak pergi diorang ni. Ok ke. Yer lah, mana lah aku mampu nak post semua kat group whatsapp family. Selalu aku post kt ig tu, family aku akan rasa yang aku dekat ngan diorang dan diorang tahu apa aku tengah sibukkan. 

Aku mula aktif di social media sejak aku berhijrah. Aku banyak menulis. Kalau dulu kawan-kawan anggap aku ni useless jer. Tapi bila aku keep sharing apa yang aku tempuh di sini, diorang terkejut. Oi beraninya buat keputusan keluar dari zon selesa.

Percayalah, siapa aku hari ini ialah berkat, sokongan dan doa dari suami, parents aku, keluarga in law dan adik beradik serta kenalan yang positive. 

Dengan social media juga aku dapat banyak info, dapat banyak kenalan, dapat banyak bantuan dan sokongan. Bayangkan, kita takde sesiapa di luar negara. Ada suami dan anak-anak sahaja. Social media ni lah buat aku dapat ramai kawan. Aku beberapa kali ditegur ketika bersiar-siar sekitar Sydney kerana diorang baca blog aku. Dari situ aku tambah kawan.

Tengok time aku ambil PTE. Ko tau PTE ni, berapa kerat jer orang Malaysia yang ambil PTE. Kat youtube, forum dan practise website, penuh orang India, Bangladesh, Nepal, Pakistan. Diorang punya dialek lain. Aku nak buat rujukan macam mana? Aku rasa alone. Ambil exam sorang-sorang. Bila aku share kat story, ramai bagi info, bagi contoh macam mana diorang buat speaking. Aku boleh tengok speed dan tone diorang. As a Malaysian, kita ada dialek kita sendiri. Dengan dialek Malay-English kita ni, sedikit sebanyak dapat aku tengok macam mana orang lain buat PTE Speaking.

Aku guna social media lebih kepada perkongsian maklumat penghijrahan. Teramat jarang aku post gambar selfie semata-mata tiada info atau maklumat bermanfaat untuk pembaca. Aku kagum dengan pemikiran rakan-rakan yang tak sejalan dengan aku tapi sentiasa menyokong aku. Walaupun kami tak menggunakan jalan yang sama, tapi diorang masih hormat malah kongsikan blog aku kat kawan-kawan diorang di Malaysia untuk guna jalan yang selayaknya untuk berhijrah.

Aku direzekikan berhijrah menggunakan jalan ini, that's why aku kongsi. Tak simpan sorang punya. Tak semua direzekikan menggunakan jalan yang aku buat. Ada yang kena tipu. Ada yang tiada pengetahuan tentang visa. Tapi diorang positive. Diorang hormat apa yang aku kongsikan. Tidaklah mencemuh atau mengecam. Ada baiknya aku juga hormat cara diorang ke sini kerana yang datang ni pun berkorban untuk bantu keluarga di Malaysia. 

Berbalik kepada one step forward tu tadi, aku masih lagi tengah figure out jalan menuju impian. Ada banyak jalan. Bezanya cuma cepat atau lambat, costly atau less expensive, time consuming or less. Semua jalan adalah jalan yang baik. No right or wrong. It just a matter of time. 

Bila terlampau fikir, akan ada masa kita akan stress. Kita rasa perjalanan terlalu jauh lagi. Perjalanan ini sangat panjang. Kadang-kadang rasa takde harapan. Kadang-kadang mengharap keajaiban. Kadang-kadang akan rasa akan give up di pertengahan jalan. 

Have a courage.

Hanya itu yang aku ada buat masa sekarang. Sudah aku persiapkan, apa yang perlu aku buat kalau tak bersemangat. Kadangkala adalah lebih baik aku melayan hari yang kecundang. Aku meniti setiap fasa dengan penuh perasaan. Kalau aku gembira, aku tersangat gembira. Bila aku sedih, aku tersangat sedih. It is ok not to be okay. Bila sedih, aku tahu apa nak buat. Bila aku recover, aku kembali bersemangat.

Aku tak seberuntung orang lain, highly professional, di sponsor oleh company, diberi tempat tinggal, punya kerjaya tetap, ada visa disediakan. Tetap aku bersyukur Allah beri peluang atas kudrat aku dan suami berhijrah independently. That's why aku tak kedekut sharing info sebab dari tuhan jua lah rezeki ini datang.

Memang kadang rasa penat. Penat fikir tentang visa. Jenuh figure out jalan. Memang akan rasa give up. Exhausted. Tapi give up tu berlegar hanya sementara. Akan ada hari yang aku bangkit semula. 

Have a courage.

Itu saja yang aku ada buat bekalan.

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...