Thursday 25 January 2024

Tunggu Updated Story dari Nana di IG dan FB

Assalamualaikum.

kalau korang baca post ni, bermakna korang tertunggu-tunggu story aku di ig mahupun fb. Pelik kan? kenapa aku dah lama tak update story di ig or fb.

Sengaja aku takmau update. Aku struggle/cari jalan untuk fokus next jalan hidup dari memerah keringat kepada society. Hahahahha.

Takde lah. Actually, seminggu pertama tu aku fokus buat PTE. practise..practise..practise.. Some of you, tahu macam mana aku dengan PTE kan.

Dalam aku duk practise..practise..practise... ada time aku malas jugak. Ada time aku tak dapat fokus jugak. So, bagi aku, social media ni bukan punca aku hilang fokus. Mindset and diri ku sendiri yang boleh buat aku hilang fokus. Walaupun social media bukan punca semata, aku still tak update story sebab aku nak hidup dengan "be present", "mindfulness".

Aku suka update story, sharing ape aku buat, tapi bila followers naik, aku mula rasa, malas lah nak update. Hahah.

So, sebab utama ialah aku nak fokus PTE.

Sebab kedua ialah, aku rasa bersalah sebab even aku dah habis study master, aku still tak dapat/belum ada masa menyantuni rakan-rakan. As promised, lepas habis study, nak invite korang datang makan-makan at rumah aku, nak gi rumah korang, tapi at the end, lepas habis study master, aku still duduk rumah and give full commitment to PTE. Akhirnya, silaturrahim tak dapat dieratkan lagi dek kerana aku nak kejar impian aku. Aku rasa bersalah nak update story. Sebab klo aku pegi jalan-jalan tu, bermaksud aku nak rehat otak jap dari practise PTE. Bukan sebab aku ada masa nak pegi jalan-jalan dan taknak jumpa korang. 

Minta maaf ya kawan-kawan. Aku sedang mengejar cita-cita.

Sebab ketiga, itu hari Wafiq demam 3 hari jugak. Lepas tu aku pulak tak sihat. Mula sakit tekak, selsema, batuk. Aku down gila time tu sebab aku tak dapat practise PTE. Aku dah practise PTE banyak dah. Tapi bila sakit tekak, selsema, macam mana aku nak buat speaking PTE? Terus aku tinggal practise dalam seminggu jugak lah. Tak dapat nak seat exam PTE lagi. Lepas sakit tekak tu, dah nak baik, allergic pulak dah. 4 hari jugak nak baik.

Sebab keempat, itu hari kawan baik kitorang buat birthday party. So, 3 hari kitorang ulang-alik gi rumah dia, tolong dia prep ape semua. Banyak aktiviti, tapi aku memilih untuk tidak share. Seronok rasa macam meriah kenduri and balik kampung.

Sebab kelima, lepas dah sihat, makan-makan kat birthday party, aku ingat nak sambung lah buat PTE. Alih-alih aku busy apply next visa kami. Aku ingatkan sikit jer benda dan urusannya. Sebab aku dah biasa apply student visa sendiri. Tapi visa kali ni, banyak benda nak kena isi. Ulang alik uni, amik transcript, survey insurance. Isi borang tu, borang ni. Banyak pulak urusannya. Honestly, banyak benda aku nak share. Tapi aku kena setelkan hidup aku dulu, utamakan diri aku dulu. Baru nanti aku share bila perlu dan jika korang interested nak tahu.

Syok jugak ya, hidup hiding macam ni. haha. baru lah orang call/whatsapp cari kita. Terima kasih kawan-kawan yang mencari dan roger. Sayang korang semua.

Doakan next journey kami dipermudahkan.

Banyak benda nak cerita, about PTE, about insurance, about next visa. Penuh liku, banyak cerita. Tak sabar untuk aku lambakkan. Tapi kita tunggu masa yang sesuai.

Terima kasih mendoakan kami. 

Aku doakan moga urusan korang juga dipermudahkan.

Thursday 11 January 2024

Ada Lagi ke yang Masih Baca Blog?

Assalamualaikum.

Hai, ade lagi ke yang masih rajin membaca blog?

Ke.. Semua dah beralih ke youtube? tiktok? Reel?


Up until now, aku masih tak lagi yakin untuk bercakap depan camera.

So, tak ada lah video youtube dariku.


Reel pun banyak aku belanja view Australia sahaja dan juga beautiful moments yang berlaku dalam hidup aku dan kami sekeluarga.


Cerita ini... kisah ini.. tak muat untuk dipendekkan di dalam satu video.

Memang zaman sekarang semuanya tiktok, youtube, reel, tapi.. aku ada "value" aku sendiri.

Aku perlukan satu ruang yang besar, untuk aku coretkan segala rentetan perjalanan aku ke luar negara dan juga di luar negara.

Untuk aku bukukan sejarah yang telah aku cipta.

Untuk dibaca di kemudian hari.

Untuk menilai sejauh mana aku pergi.


Kalau ianya bermanfaat untuk kamu, ambillah.

Bukan aku buat untuk mintak dikagumi.

Bukan aku yang hebat. Tapi begitulah aturan Allah untuk aku dan keluargaku.


Jika pengalamanku ini buat kamu terinspirasi, please channel it to the correct pathway.

Bukan aku saja-saja reka cerita untuk menginspirasi orang, tapi inilah pengalaman aku, yang mungkin korang tak pernah terfikir sebelum ini, yang mungkin membawa korang ke satu kehidupan yang baru.


I'm not targeting to gain more followers, but I'm focus to "menyampaikan" apa yang aku tahu.

Biar sedikit followers tak mengapa, asalkan semuanya sempat ku santuni, bukan layan seperti strangers.


Ada jer pembaca blog aku di sini, yang aku dah ajar dari A sampai Z untuk berhijrah ke luar negara, tapi bila sampai jer di Australia, dia buat aku macam strangers. Baca blog aku, tengok story aku, tapi takde nak add or follow aku pun. Nak say hai kat aku pun tak nak, inikan nak ucap terima kasih kat aku.

Lebih baik aku fokus dalam menyampaikan, daripada nak raih followers.

Aku lebih sibuk mengejar benda yang aku hampir sampai tapi belum dapat capai lagi, daripada memikirkan hal manusia.


Wassalam.

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...