Wednesday 12 September 2018

Cuti-cuti Perth : Day 3 : Albany Wind Farm, The Gap & Natural Bridge, The Lily Dutch Windmill and Katanning Mosque

Bangun pagi tu aku biarkan suami aku rehat secukupnya. Aku bawa anak aku jalan-jalan sekitar kawasan penginapan. Setahu aku kalau jalan kaki 15 minit boleh sampai ke pantai. Tapi aku tak tahu arah mana. Jadi aku bawa anak aku jalan taman jer. Ada taman permainan. Rindu aku pada suasana sekarang ni. Bagai dapat nafas baru. Serious aku jatuh cinta dengan kenyamanan kota Albany.

Playground kat sini mainan nya tak sama di Malaysia. Kat sini siap ada pasir pantai. Tak pula aku jumpa taik kucing ke taik anjing ke. Siap ada tandas. Nampak elok. Ada kolam. Burung-burung hinggap di bangku tepian walkway.

Aku melintasi rumah-rumah orang di sini. Seronok anak aku dapat jalan bebas. Berlari ke sana ke mari. Luasnya tingkap diorang. Cukup cahaya matahari masuk. Terang. Jelas nampak dalam. Tiada gril pintu. Bagi diorang, macam ni pun dah selamat gamaknya.

Jalan-jalan di playground
Jalan-jalan tepi rumah orang

Semua ahli trip telah bersiap sedia untuk ke Albany Wind Farm. Inilah perkara yang paling aku teruja. Teringin sangat nak tengok wind farm. Disebabkan Albany Wind Farm lah suami aku drive jauh-jauh membawaku ke mari. Punya susah nak jumpa wind farm. Teringin sangat. Last-last kat Jeju bersepah-sepah wind farm. Tak larat nak tengok pulak.

Hajat tercapai
Untuk masuk Albany Wind Farm, tiada bayaran dikenakan. Hati-hati berjalan risau ada binatang berbisa. Kami menikmati pemandangan dan mengambil gambar kawasan sekitar. Sampai ke check point kedua, lautan luas terbentang di depan mata. Ada orang main parasailing. Seronok jer dia terbang dibuai angin. Kami masing-masing layan pemandangan di sini sambil dibuai angin. Indahnya dunia. Bagaimana pula nanti di syurga. Kat dunia ni pun dah ada tempat indah macam ni.

Geng ronggeng
Kami menuju pula ke The Gap and Natural Bridge. Bayaran parking dikenakan. Kat sini kita boleh tengok jambatan semulajadi yang terbentuk daripada hakisan ombak pantai yang menghempas batu.

Cantik Australia ni
Natural Bridge

The Gap
Selesai kedua-dua lawatan ini, kami mengisi minyak dan mula menuju pulang ke Perth CBD. Pemanduan lebih kurang lagi 5 jam. Tapi sebelum itu, kami singgah The Lily. Panas yang amat. Singgah untuk ambil gambar dan regangkan badan jer.
The Lily Dutch Windmill
Ini pun dekat The Lily
Dalam perjalanan pulang, ikut perancangan, kami ingin ke Pink Lake. Tapi tak jumpa pulak. Memang susah nak jumpa dalam waze. Kami cuba jer kalau-kalau terjumpa. Tapi disebabkan baru-baru ni beberapa kawasan banjir, jadi mungkin nak jumpa pink lake tu susah. Akhirnya kami berjumpa Pekan Katanning. Kami singgah solat dan makan bekalan di sini.

Masjid Katanning
Kami di sapa barangkali imam di masjid ni. Berbahasa melayu berbunyi indonesia. Beberapa orang muslim lagi datang ke masjid untuk menunaikan fardhu asar. Ada sorang ni siap ajak datang ke rumah minum teh. Tapi kami menolak kerana kesuntukan masa.

Masjid Katanning ni sungguh istimewa kerana dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981. Hiasan dalaman masjid ini, dari perabot hingga ke tandas masih mengekalkan kemelayuannya. Papan pengumuman juga ditulis dalam bahasa melayu.

Semasa kami menyambung perjalanan semula untuk ke Perth , kami ditahan oleh polis untuk buat pemeriksaan alkohol. Terkejut kerana ditegur dalam bahasa melayu. Polis tersebut siap pesan supaya berhati-hati takut terlanggar kangaroo.

Setibanya di Perth CBD kami terus ke gudang Megababes, Mirrabooka seperti yang dijanjikan melalui whatsapp. Owner Megababes ni punya lah ramah. Melayan kami sampai nak tutup kedai lah. Sampai lambai-lambai di luar masa nak balik.

Kami bermalam di Irdina Homestay. Pemilik homestay ini adalah orang Malaysia, sanggup tunggu kami sampai malam. Kami check in agak lewat. Dalam pukul 9 malam jugak lah. Perjalanan yang cukup panjang dan meletihkan. Kami makan Mc Donald yang di tapau. Satu-satunya Mc Donald halal di sini, Mirrabooka.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...