Monday 23 September 2024

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja.

Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, aku perlu menjaganya sendiri sementara suami aku mencari rezeki.

Aku ada tolong applykan kerja untuk suami aku. Lama-lama suami aku cakap, tak payah lah cari kerja. Semua taknak hire kita, student visa holder.

Pedih. Itulah hakikatnya yang orang tak tahu. Orang Malaysia di Malaysia tak tahu.

Sebagai pemegang visa student, susah nak dapat kerja.

Kadang-kadang aku teringin juga nak test market. Aku pun apply kerja untuk aku. Memang aku dapat banyak panggilan, tapi kita tahu kan kesudahannya. 

Krik krik.

Pernah dapat panggilan, "Sorry, we can't hire student visa"

Takpe lah. Kalau macam tu. Tahulah kami, kalau student visa, memang susah nak dapat kerja.

Kerja yang aku maksudkan ni ialah kerja professional based on previous experience kami di Malaysia.

Kalau nak cari kerja retail, waiter, barista, packers, yang tu boleh lah jugak nak dapat. Tapi awal-awal susah jugak. Orang lain lebih beruntung dari si pemegang student visa, untuk dapatkan kerja. (u know what i mean).

Itu pengalaman kami.


Tetapi ada juga kawan aku yang dapat pekerjaan semasa memegang student visa, seperti auditor, IT,..


Mungkin boleh aku rumuskan : depends on bidang pekerjaan pengalaman korang di Malaysia tu meet in Australia punya industry. Bermaksud, contoh macam IT, kan high demand, campaklah kat mana-mana pun, pasti boleh dapat kerja, boleh work from home pulak tu. Visa bukan masalah utama sebabnya, work from home pun boleh.


(pause dalam draft)


Sambung cerita...

Pengalaman mencari kerja di Australia.


Selepas aku habis belajar, yakni student visa aku masih lagi berbaki 2-3 bulan, tapi aku dah habis belajar dah....

(untuk pengetahuan korang, student visa yg kita dapat biasanya ada lebihan masa. Contoh kalau study duration kita tamat in January, student visa yg kita dapat biasanya akan tamat in March...contoh....)

Gitu.


So, lepas aku habis study, ada masa kan, tak buat apa. Aku pun carilah kerja. Memang dapat banyak panggilan...... tapi kan....ada satu masalah.

Masalah apa?

Masalahnya ialah, student visa dah nak habis, company mana yang mahu hire kita dengan visa pun dah nak mati???

Jadi, aku pun stop cari kerja sejurus selepas aku tengok semua pattern sama jer. Lepas habis belajar pun bukan mudah cari kerja dengan visa dah nak mati.

Aku fokus persiapkan family aku nak datang for my graduation day. Kalau aku dah mula kerja, macam mana aku nak spend masa kat keluarga. Inilah kali pertama family aku datang Sydney setelah 6 tahun aku menetap di sini. Of course aku nak all out untuk family. Lama dah aku nantikan diorang datang. Diorang datang time konvo aku pulak tu.

Cer bayangkan kalau aku dah kerja time ni. Company mana yg nk bg aku cuti 2-3 minggu sebab aku nk spend masa kt family aku yg tak pernah datang Sydney. Syukur alhamdulillah. Aku direzekikan nikmat masa untuk ku berikan pada keluarga.

Lepas family aku balik, aku sambung cari kerja. Tapi tak banyak yang aku apply. Aku hanya apply seminggu sekali jer frequency nya. Sebab aku fokus kat PTE. Time aku rasa ada mood jer, aku apply.

Aku attend macam-macam interview. Macam-macam perangai company aku perati.

Aku actually taknak apply kerja lagi. Aku nk fokus kat PTE. Tapi aku rasa why not masa yang ada ni aku gunakan untuk kutip pengalaman attend interview. Untuk aku latih buang rasa nervous, untuk aku lancarkan lidah. Untuk aku belajar selok belok hiring process kt Australia nih.

Sometimes, aku gi interview, drive tu aku doa, ya Allah, janganlah dapat kerja ni. Aku tak ready lagi. Aku ada commitment kat PTE yang hampir capai kemenangan tapi belum sampai ke garisan penamat lagi. 

Aku appy kerja entire Australia. Yang mana dapat, aku consider untuk pindah. Duduk kat tengah bandar Sydney pun bukannya boleh dapat extra point. Jadi, aku apply jer kerja di Adelaide, Perth, Brisbane. Tapi yang pernah call aku hanyalah Brisbane. Tasmania, Adelaide semua reject aku.

Tiba-tiba masuk mesej dari kawan aku di Adelaide. Baru habis study. Dia cerita masalah dia, kekangan dia untuk dapatkan kerja di Adelaide.

Nahhh....

Now aku dapat relate. Patutlah susah nak dapat kerja di regional area. Patutlah bila aku apply entire Australia, Sydney jer yang banyak panggil interview. Yang lain-lain regional area memang tak pernah call aku pun kecuali Brisbane.

So, kitorang rumuskan. Regional area, Adelaide, Perth, Tasmania, Brisbane mengutamakan PR/Citizen dan those area tak banyak peluang pekerjaan compare Sydney. Sydney banyak peluang pekerjaan, tapi high competition. Dan tinggal di Sydney, tak dapat any point pun.

Aku tetap juga apply kerja entire Australia. Let me throw everywhere, yang mana dapat, di situlah jalan takdir membawaku. Ramai orang tanya aku, nak pindah ke?

Come on. Nak pindah baru kene pindah ke? tak boleh ke saja2 nak pindah? aku dah tak terikat dengan mana-mana kut. Kalau dulu yer lah takleh pindah, sebab tengah study. Takkan nak pindah Perth while im studying in UNSW?? Come on beb. Jangan sempitkan pemikiran.

Sekarang tengah freedom kut. Kalau aku dapat kerja bagus di Perth, takkan tak mau pindah? Buat masa ni aku stay macam ni jer lagi. Maintain begini sebab aku tak dapat mana-mana kerja lagi. Kalau ikut husband aku, dia nak pindah dulu even belum dapat kerja lagi. Tapi, bagi aku masa dulu.. Aku nak setelkan PTE dulu. Lepas setel PTE baru kita fikir apa nak buat selepas ni.

Duduk di Sydney, not gain point pun for PR. Yuran Wafiya still kene bayar. Kalau pindah pun apa salahnya. Tiada satu pun yang kekal dalam dunia ni. Kita kena get ready jer untuk melepaskan apa yang kita ada.

Mungkin aku banyak dapat panggilan interview sebag cabang bidang aku meluas. Elektrik boleh. Elektronik boleh, telecommunication boleh, wireless, satellite, assembler, process engineer, quality engineer, production engineer, production technician, electronic technician, semua pun boleh. Semua tu pernah panggil interview.

Tapi, kalau position technician ke bawah, company nak aku start immediately, aku tak ready, aku nak buat PTE. Kalau position engineer, banyak nak PR. Persaingan tinggi. Interview pun susah gak. Banyak level.

Dan... lagi satu, kenapa aku dapat banyak panggilan interview adalah sebab aku ada lagi satu cabang yang boleh apply which is Graduate Engineer. Ya... ini satu kelebihan.

Kalau korang nak tahu, ramai Permanent Resident offshore yang struggle dapat kerja sebab even diorang dah PR dari malaysia sekalipun, tapi diorang tak ada pengalaman study/kerja di Australia. Itupun menjadi salah satu kesukaran bagi diorang untuk mendapatkan kerja even dah ada Permanent Resident dah pun.

Kalau macam aku, tak ada Permanent Resident, tapi aku boleh cari kerja dengan cabang "Graduate" pathway. Tapi diorang dah ada Permanent Resident, tapi tak pernah ada pengalaman study atau kerja di Australia.

(again, ini hanya pengalaman most of my friends. Ada jer yang dapat kerja di Australia without PR or pengalaman di Australia. Segalanya depends on bidang u dan rezeki u).

Tapi untuk dapatkan kerja throuh Graduate Engineer, susah weh. Kalau nak Graduate Engineer, hiring processnya amat melelahkan. Ada online test, kena buat video recording online, ada 4-5 interview stage. Australia ni dah la banyak graduate. BUkan kita international student ja. Last graduate engineer yang aku apply, dapat kat citizen. Kalau dapat tu, training kat Milan dah aku.

Berbalik kepada ragam company-company ni kan.

Ada sekali aku dapat phone interview, dia sukatnya jarak rumah aku dengan company tu. Hangin aku. Takkan disebabkan itu, aku ditendang awal from di interview peringkat seterusnya. Harey betul. Dia boleh bukak google map, ukur jarak rumah aku dengan company. You give me a job la. The rest i think later la. Aduhai.

Awal-awal interview stage, aku terlalu nervous. Sampai lama kelamaan aku jadi santai dan mengharap belum lagi dapat kerja. Ada satu interview yang paling santai ialah dengan General Manager for position Production Engineer. Dengan dia adalah paling santai.

Dia jemput aku duduk, depan dia ada satu file. Dalamnya ada sekeping kertas resume aku. Ya, CV aku sekeping ja. Dia diam, belek baca resume aku. Dia tanya, berapa lama dah duduk Australia? 

Tak bagus ke duduk Malaysia?

Gaji rendah ke di Malaysia?

Malaysia is a good country, why you left?

Macam mana pengalaman u selama ni dalam mencari kerja di Australia?


Ah sudah.. AKu rasa macam aku jumpa orang kat train station, dan tenagh borak dengan orang tu. BUkan interview. Tapi suai kenal borak kat train station.

Hanya immigrant yang memahami perjalanan hidup kat Australia macam mana.

Sebelum interview berakhir, dia cerita pengalaman dia. First job selalunya memang susah nak dapat. Sebab most company in Australia banyak depend on "reference". Takde sape kenal kita kat Australia ni. Reference tu penting sebab company in Australia pegang "trust". Kalau ada reference, would be easier.

Dulu Australia adalah negara pengeluar. Australia ada kereta sendiri, buat TV sendiri, buat barang-barang electronic sendiri. Tapi lama kelamaan we realize that, amik kereta dari luar lebih murah. Amik tv dari china lebih murah. Tengokla minimum gaji di Australia sangat tinggi. Macam mana nak bayar gaji operator? Sedangkan gaji retailer pun dah $37 sejam.

Betul lah apa yang aku rasa selama ni. Kalau aku balik Malaysia, senang-senang dah aku dapat kerja. Sebut jer kilang apa yang ada kat Malaysia especially Penang, Kulim, Batu  Kawan, Melaka, Shah Alam. Belambak kilang solar. Belambak kilang electrical and electronic. Based on my work experience, Malaysia is the best. Australia mana ada kilang seumpama yang ada di Malaysia. Penang tu saja dah macam silicon valley. Mana ada semua tu di Australia.

Tetapi, untuk pulang semula ke Malaysia buat masa sekarang gara-gara untuk aku dapatkan kerja, bukanlah satu perkara yang kami fikirkan. Tak terfikir. Aku berkorbanlah. Jadi suri rumah. Selamat tinggal my work experience. Past is past. Even aku pioneer dan expert solar, tapi tak ada kilang solar di Australia, tak guna juga work experience aku tu.

Lega. Aku tak dapat kerja di situ. Sebab bukan pekerjaan yang aku impikan. 

Ada banyak lagi company lain yang aku dah attend antaranya company buat drone, company buat sayap kapal terbang daripada kulit ikan jerung, company buat alat bantuan pendengaran.

Takde apa yang aku harapkan buat masa ni. Aku cuma mengharapkan PTE aku dapat 90. Itu sahaja tanggungjawab aku dan itu sahaja lah apa yang perlu aku buat di masa ini.

Kalau PTE aku dah setel, barulah aku serious nak cari kerja, nak amik lesen, nak amik NAATI.

Tolong Ya Allah. Bagi aku lepas PTE.

Kalau aku lepas PTE, aku nak buat kenduri. 

You will never know how damn hard I want to win PTE.







No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...