Sebenarnya aku tak kisah pun macam mana bentuk soalan yang korang beri pada aku. Yang mencabarnya adalah untuk explain kat korang. Melainkan korang ada research sikit tentang hal berkaitan. Senang explain dan senang korang fahamkan.
Ramai yang tanya bagaimana cara aku ke luar negara dan ramai yang salah anggap mengatakan aku study master di universiti.
 |
Alhamdulillah. Kini dapat merasa tinggal di luar negara |
Rakan-rakan,
Tujuan aku berhijrah adalah untuk aku stay secara sah di sesuatu negara. Bukan higher qualification yang aku kejarkan (buat masa ini). Bukan universiti terkemuka. Tidak. Sama sekali tidak. Bukan itu fokus aku sekarang. Pandangan aku berbeza.
Pandangan aku ni aku tak paksa untuk korang bersetuju. Lain orang lain kebolehan. Aku tau level aku takat mana. Aku rasa pembelajaran aku dulu tak dapat apply pun in a real working life. It just a ticket that you can apply higher position seperti Engineer instead of technician. Seriously, aku belajar dulu untuk lulus semata. Dengan graduate pointer 2.56 takde apa yang perlu aku banggakan zaman study dulu. Memandangkan umur pun dah meningkat, ada anak sorang, aku tak dapat nak beri komitmen if heavy study.
 |
Aku ada dapat tawaran UNSW bidang photovoltaic. Deposit yuran $8000 |
Master memerlukan aku take more effort on assignment, attendance, exam, presentation, dan tutorial. Ianya memerlukan duit yang banyak untuk bayar yuran. Another option is apply scholarship or study loan. Untuk apply scholarship, persaingan sangat tinggi. Qualification aku ni dahla suam-suam kuku. Rata-rata scholarship memerlukan untuk kita pulang ke tanah air semula. Aku nak stay lama di sini dengan sah. Yuran universiti pula around $40,000 untuk master. Seriously aku tak mampu. Since 2014 aku kejarkan scholarship. At the end tak dapat pun. Sampailah umur aku meningkat dan sekarang aku dah tak mampu nak heavy study. Berapa tahun dah aku bazirkan dengan memohon pelbagai tajaan. Tak dapat. Dan usia makin menginjak.
Jadi, ini cara aku untuk berhijrah.
Sekali lagi aku tekankan, aku berhijrah ke luar negara adalah untuk tinggal di negara orang secara sah.
Belum lagi terbuka hati untuk ambil master atau higher level. Aku taknak stress life or perkara yang menuntut komitmen. Kalau duduk di luar negara pun aku berhutang sana sini atau stress study, baik aku duduk Malaysia.
Ini cara aku, first step sekali:
- Aku buka website immigresen beberapa negara.
- Aku guna tools di website masing-masing yang list out semua jenis visa yang aku boleh apply. Banyak faktor yang mempengaruhi terutama sekali UMUR. 35 tahun ke atas agak susah. Syukur aku dapat kesedaran lebih awal tapi aku rasakan ini pun dah terlambat. Jadi, aku tak boleh berlengah lagi.
- Aku compare beberapa negara, jenis visa, kos dan apa hak sesuatu visa
Aku dapati aku layak memohon Work Skill Visa. Dengan ijazah dan pengalaman kerja sebagai engineer aku boleh apply visa ni dan boleh tinggal di sini permanently. Tapi kekangan aku ialah kos dan masa. Aku perlu pindah dengan segera supaya umur aku tidak cecah limit dan masa tak dibazirkan. Lagi aku lengah nanti point untuk aku dapatkan Permanent Resident (PR) tu rendah.
 |
Point yang aku maksudkan(tahun 2017). Immi rule akan selalu bertukar. Passing point now is 65. |
Jadi, aku try another option.
Option lain ialah student visa. Otak aku fikir aku perlu apply university dan kena ambik master. Mana pula nak cari duit untuk bayar yuran universiti. Pengalaman lalu, setiap kali aku apply universiti luar negara, mesti aku tersangkut kat application fee. Ya, nak buat permohonan pun ada yurannya. Kalau kita tak bayar, kita tak boleh mula memohon pun. Ada juga universiti yang at first aku ingatkan free, tapi bila dah isi macam-macam berpage-page, tinggal button submit jer lagi, terus tak dapat send application sebab tak buat bayaran application fee. Rata-rata application fee around $150. Masa tu kita still duduk di Malaysia kan. Darab lah dengan 3. Tak ke RM450?? Itu baru satu application tahu?? Belum lagi application universiti lain. Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat? Burn jer duit tu. Pengalaman apply universiti di UK dulu free jer. Universiti yang terkenal jer yang kena bayar. Banyak universiti di UK application fee adalah percuma. Tapi Australia mostly semua kena bayar.
Aku jem masa tu. Terkedu! Aku tinggalkan sekejap semua urusan dunia ni.
Bila semangat tu datang balik, aku mencari lagi. Aku terjumpa sorang education agent. Satu persatu step diterangkan dan aku stick dengan keputusan untuk apply student visa. Bukan Work Skill Visa. Aku nak berjaya masuk secara sah. Itu target utama. Nak apply visa pun bukan senang since sekarang banyak visa pun kena refused even tourist visa. Once aku berjaya masuk, aku boleh kumpul duit dalam matwang AUD untuk apply visa lain pulak. Siapa tahu kalau kalau ada rezki dapat sponsorship visa. Untung juga. Yang penting, aku kena bertapak jer dulu. Berjaya masuk. Student visa is the right choice. Mulanya aku fikir, matilah nak kena masuk universiti pulak. Rupanya kolej yang murah-murah pun boleh. Makanya, belajar lah aku di kolej demi kehidupan di luar negara secara sah.
Sebab apa aku taknak masuk universiti? sebab yang aku nyatakan di atas lah. First sekali, aku tak mampu nak beri heavy komitmen on study. Satu lagi sebab yuran. Umur aku yang macam ni, aku nak beri yang terbaik untuk anak dan suami. Kalau ada duit lebih sekalipun, baik aku hantar anak aku ke kelas swimming, music atau child care. Sekali lagi aku tekankan, cara ini mungkin berlainan dengan korang. Kalau korang ada duit, better ambil master dan sambung di universiti. Kalau results degree memuaskan, mesti senang dapat scholarship. Setakat ni fokus aku belum lagi untuk sambung pengajian yang lebih tinggi.
Ramai orang tanya aku, "further study ke?"
Agak letih juga nak jawab. Or better aku tak jawab? Korang boleh nilai sendiri, aku ada Diploma in Electronic Engineering, kemudian aku ambil Degree in Electrical Engineering and now aku ambil Diploma in Project Management. Niat aku nak stay legally in Australia sekaligus aku ada kelayakan in Project Management.
Yuran kolej masih mampu untuk kami merangkak cari. Pergi kelas pun ikut kau nak datang sehari seminggu atau dua hari seminggu. Hari lain kau boleh kerja. Tapi ada sedikit kekangan, kita boleh kerja 20 jam jer seminggu. Termasuk spouse. Yang ni kena bare in mind. Buat persediaan sepatutnya. Kau perlu yakin rezki tu maha luas, kau pasti tak akan gentar. Ataupun kau boleh kerja yang gaji dibayar secara cash.
Ini kos aku, suami dan anak sorang umur 3 tahun:
**Kos ini adalah harga pada tahun 2018.
Kos semasa permohonan:
IELTS :
RM845
Translate dokumen :
RM30 per page
*translate di mahkamah
Yuran kolej : $1650 =
RM4950
including :
- 1 term $1400
- Material fee $150
- Enrolment fee $100
Insurance untuk 3 beranak setahun pengajian + 3mths : $4164 =
RM12,813.04
Student visa (subclass 500) : $1145 =
RM3515.15
including:
- Student visa : $575
- Suami : $430
- Anak : $140
Medical check up :
RM786
including :
- Aku : RM298
- Suami : RM298
- Anak : RM190
Biometric x 3org : RM117 x 3org =
RM351
Ini pula kos selepas berjaya mendapatkan visa:
Flight Ticket AA Penang - Kul - Sydney : RM476 x 3org =
RM1428.86
83kg luggage AA Penang - KUL - Syd :
RM673
Post barang from Malaysia : PC, kasut, buku :
RM660
Deposit sewa rumah : $350 x 8 weeks =
$2800
Opal card :$20
Simkad : $20
Photo id :
$58
Cash in hand :
~$6000
*buat modal hidup baru
Honestly, aku start semua ni dengan hanya ada modal duit yuran sahaja. Kalau aku tak pergi travel mesti aku ada modal lebih dari ini. Gatal juga nak travel even dah niat nak migrate. Kalau aku tunggu duit berkepuk baru nak mulakan semua ni, alamatnya entah bila lah aku dapat migrate. Aku sediakan duit ikut satu persatu urusan. Bukan ada duit sejelepuk baru nak mula. Bukan. Bila aku sattle bayar yuran, aku usahakan untuk duit insuran. Lepas tu aku usahakan pula untuk duit visa. Ikutkan prosesnya sekejap sahaja. Tapi aku ambil masa untuk kumpul duit untuk satu persatu bayaran. Once dah ada niat dan start bergerak, duit tu tiba-tiba datang. Rezki Allah kasi. Memang miracle. Miracle sebab apa? Sebab aku diberhentikan kerja semasa dalam proses menunggu visa, bermaksud aku dah submit application visa. Right timing bagi aku tetapi bukan sesuatu yang bagus untuk pekerja lain yang hilang pekerjaan. Rezki duit pampasan. Punya lah bertahun aku tunggu saat ni. Rupanya Allah kasi peluang ni pada tahun 2018 dengan anak dan suami.
Kos yang paling hurting so much ialah kos insuran, OSHC (Oversea Student Health Coverage). Manakala aku masih mengekalkan insuran di Malaysia. Aku bayar siap-siap untuk setahun. Modal memang kena banyak. Kalau korang single, insuran dalam $600 jer. Tapi kalau berkeluarga berganda banyaknya.
Ini pula timeline aku jika tertanya proses diambil berapa lama.
Feb 2017 :
Travel to Perth
Decide nak migrate
Survey cara to migrate
28 Feb 2018 :
Contact agent
19 March 2018 :
Submit document to agent
Centerburry College reject, apply WIC College
8 May 2018 :
**Apply Maxis Scholarship
9 May 2018 :
Dapat conditional offer from WIC College**Apply MARA
**Apply Australia-Asean Scholarship
14 May 2018 :
Register IELTS**Digital interview Maxis Scholarship
19 May 2018 :
Seat IELTS exam kat Cititel Hotel
20 May 2018 : Translate dokumen
23 May 2018 :
**Personality test MARA
26 May 2018 :
Translate sijil nikah
Amik balik semua dokumen translate di mahkamah kulim
1 June 2018 :
Results IELTS keluar di website
5 June 2018 :
Results IELTS (TRF form) self collect di Airpak Butterworth
6 June 2018 :
Send semua document require kat agent
12 June 2018 :
Dapat offer kolej ACBI
26 June 2018 :
Bayar yuran kolej ACBI
28 June 2018 :
Dapat COE (Confirmation of Enrolment)
3 July 2018 :
First log in immi account
Ini baru part isi application, belum submit lagi
7 July 2018 :
Beli OSHC insuran
18 July 2018 :
Lodge visa
Ini baru betul-betul submit application dan buat bayaran.
24 July 2018 :
Buat medical Check up
31 July 2018 :
Buat biometric
Selesai step ni means visa baru mula proses
9 Aug 2018 :
Dapat keputusan visa
Tapi aku check email pada 10 August 2018, rupanya dapat visa semalam lagi
Masa menunggu visa 11 hari.
Hari ke 10 dah dapat jawapan.
*date random yang mana aku ingat jer
**
aktiviti ini adalah aktiviti sampingan dalam usaha kalau dapat tajaan untuk study master di universiti luar negara. Aku bergerak semuanya serentak. Itulah aktiviti aku saban tahun dalam mengharapkan secebis pengalaman hidup di luar negara
Ada juga yang tanya,
"kenapa tak apply scholarship?".
Ok ini jawapan untuk korang. Tengok list di atas. Bukan tak apply. Even aku tak yakin, aku apply juga. Aku apply macam-macam cara jika ianya memberi peluang untuk aku tinggal di luar negara. Setahun dua pun jadilah. Actually since 2014 lagi. Offer dari universiti boleh dapat. Tapi bila apply scholarship, awal-awal lagi aku kecundang sebab pointer degree. Kalau dapat tajaan yuran universiti luar negara, tak pe lah, aku cuba juga untuk belajar ke peringkat master asalkan dapat peluang tinggal di luar negara. Tudia. Taksub sangat ni. Jangan salah faham. Aku cuma nak cari pengalaman yang lain dari yang lain untuk mencipta sejarah dalam seumur hidup aku. Bukan sebab aku benci Malaysia atau negara luar lagi bagus. Bukan. Aku cuma nak keluar seketika dari Malaysia untuk belajar sesuatu yang baru, yang lain dari norma kehidupan biasa kita di tanah air sendiri. Supaya pandangan aku terbuka. Supaya pengalaman mematangkan fikiran.
Dengan student visa yang aku dapat ni, InshaaAllah aku boleh kumpul duit untuk apply work skill visa yang membenarkan kita stay permanently. Kalau masih stay di Malaysia, aku kena kumpulkan RM. Dengan peluang yang ada ni, aku boleh kumpulkan AUD. Tapi itu cuma perancangan lain jika dah stay di Australia.
Buat masa sekarang, aku rasa ini cara yang terbaik (guna student visa) untuk beri aku pengalaman tinggal di luar negara. Kalau aku tak suka life sini, aku still boleh balik ke Malaysia. Aku boleh belajar dengan santai di kolej ni. No stress. No exam. Aku boleh dapat qualification from Australia sekaligus pengalaman tinggal di luar negara. Course ini disarankan oleh agent yang bersesuaian dengan background study dulu. Taknak nanti proses application visa jadi rumit kalau lompat bidang jauh. So, aku follow jer. Tak kisah pun. Still boleh lagi catch up level gini. I dont mind any city. Any country. Kalau UK, kita kena ambil higher education, kena ada tajaan dan degree tak boleh bawa dependant sekali, so aku fokus Australia jer sebab boleh study any level. Kolej mana yang aku dapat, aku akan stay di situ, tak kisah Melbourne ke Perth ke Sydney ke asalkan dapat offer letter dan berjaya masuk secara sah.
LIVE + WORK + STUDY
Aku akan ceritakan lebih detail lagi step by step untuk panduan korang yang nak stay luar negara atau nak sambung study di Australia. Boleh guna panduan ni sebagai rujukan.
 |
You can Live, Work and Study here. Asalkan ada duit. Semua boleh. |