Saturday, 29 September 2018

Hatyai Trip : Makan udang besar di area Lee Garden night market

Mesti korang nampak kawan-kawan post gambar udang besar kalau diorang bercuti ke Hatyai kan? Kat mana diorang beli udang tu? haaa....

Udang Hatyai
Setakat ni yang aku tau, depan hotel yang kami menginap tu. Depan Grand Plaza Hotel. Aku tak sure kalau ada tempat lain lagi ke? Tapi kalau depan Grand Plaza Hotel tu, ada dua gerai. Satu gerai yang sebelah coconut ice cream tu dibuka 24 jam. Satu lagi gerai (dibuka pada waktu malam sahaja) bertentangan dengan gerai 24 jam tu lah.

Kelibat Fizzo Omar
Kami suka makan udang di gerai yang bertentangan dengan gerai 24 jam tu
Gerai menjual udang besar-besar ni berada di dalam night market yang dikenali Lee Garden Night Market. Malam-malam hari sini meriah. Jalan raya sesak. Orang ke sana sini memburu makanan. Depan Lee Garden Hotel tu memang hidup lah malam-malam. Aku suka makan laicikang depan Lee Garden Hotel. Sedap. Menyejukkan badan. Selain itu, apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini? Ahha... kami pergi massage kaki, menicure pedicure. Pernah sekali kami minta receptionist hotel set appointment panggil orang mai massage kt dalam bilik untuk mak kami. Sedap badan katanya.

Suasana malam di night market Lee Garden
Ok, basically udang tu boleh makan di waktu malam. Selain udang, ada ayam goreng dan puyuh. Ayam biasanya lebih mahal sedikit. Sos pencicah udang tersangatlah sedap. Thailand ni punya sos pencicah memang win. Dari sos pencicah ikan bakar di Khlong Hue Floating Market sehinggalah sos pencicah Daging Bakar Harimau Menangis.

Ayam display

Ayam yang dapat

Udang yang dapat
Udang display tu memang besar. Tapi setelah dia goreng lagi sekali semuanya kecut. Haha. Ada sekali tu kami makan di night market. Meja dan bangku amat terhad. Sudahnya, kami beli dua bungkus, makan di hotel. Heaven. Udang kan jenuh kena kupas. Makan di bilik hotel sangatlah asyikk. Yang penting, jaga kebersihan hotel. Walau ada cleaner diorang, tapi kami tetap bersihkan jugak sampah-sampah yang kami buat.

Thats why kami suggest stay di Grand Plaza Hotel, selain boleh simpan kereta di parking kereta basement, kita boleh makan udang di depan hotel. Tak perlu lagi dah nak cari tuk tuk atau berjalan jauh. Hotel ni juga kira taklah mahal sangat. Sederhana bajet lah. Atau boleh cuba Hotel Grand Pink juga.


No comments:

Post a comment

Kos / Modal Berhijrah ke Luar Negara

Untuk menetap di luar negara, korang perlu ada visa yang sah yang membenarkan korang stay dan bekerja . Biasanya seseorang dapat berhijrah...