Wednesday, 29 April 2020

Pengalaman Beli Kereta di Sydney, Australia

Kami berhijrah ke bumi Australia pada October 2018. Sejak itulah kami tak berkereta atau mempunyai kenderaan sendiri. Langsung tak tergerak hati nak beli kereta ketika berada di Australia. Sejak dari itu juga lah kami naik public transport semata.

Masa nak pindah ke rumah yang aku duduk sekarang ni, kami sewa kereta untuk angkut barang dan beli barang dari Ikea dan Kmart. Kalau jalan jauh-jauh pun kami sewa kereta.

Suami aku selalu kesian kat aku dan anak. Nak gi jalan-jalan kami naik turun bas dan train. Mak aku pun selalu kesian kat cucu dia sorang ni. Kecik lagi dah kena menapak jauh-jauh.
 
 
Actually, aku selalu atur perjalanan dan buat perancangan. Kami hanya ke tempat yang mudah di access oleh public transport. Contoh kalau nak gi jalan-jalan, aku hanya ke Sydney Harbour Bridge, Bondi Beach, Sydney Fish Market, DFO Outlet, La Perouse, tempat yang tak jalan kaki jauh dan mudah dapat bus or train sebab aku bawak anak kecil. Ada hari yang "me time" tu tak kisah kalau kena jalan kaki jauh,boleh balun coastal walk berkilometer jalan kaki sorang-sorang.

Kalau nak shopping groceries yang berat-berat macam beras, minyak, sabun basuh kain, dan dalam kuantiti yang banyak, suami aku tolak shopping trolley tu dari Woolies ke rumah jer. Sama jugak kalau kami nak beli barang berat-berat atau besar dari Kmart seperti microwave, bantal, quilt, bookshelf, suami aku angkat masuk trolley dan tolak dari Kmart ke rumah. Sebenarnya, lokasi rumah yang kami sewa ni pun aku buat kajian terperinci jugak. Since kami tak ada kereta, rumah yang berdekatan dengan shopping mall aku ambil kira. Kalau rumah dekat shopping mall, takde masalah kalau beli barang besar-besar. Boleh bawa dengan shopping trolley jer.

Ada kawan aku marah buat perangai bawa balik shopping trolley sampai ke rumah. Haha. Tapi kegiatan tu dibenarkan di sini. Ada pekerja drive truck collect trolley. Yang penting kita letak baik-baik di tepi jalan. Jangan sagat kereta orang sudah. Let say kalau tempat shopping tu tak bagi bawa balik trolley, diorang for sure akan buat sistem yang tidak membenarkan trolley diorang ditolak sampai ke rumah kediaman. Contoh macam Aldi.trolley dia kena masuk duit syiling. So, takde lah trolley Aldi ditolak ke rumah. 


Bila aku kenang semula pengalaman naik public transport macam sedih pun ada, Patutlah mak aku kesian. Tapi culture sini memang galak jalan kaki. Bila kenang aku jalan kaki dengan anak aku yang masa tu baru umur 4 tahun macam kesian pulak. Tapi masa jalan kaki tak terasa pun kesian.

Tahun lepas nak gi beraya, pernah aku jalan kaki gelap-gelap dengan anak aku berdua. Uish.. ape aku buat ni? haih.. Yerlah. Raya kan musim winter. Kawan ajak datang rumah beraya dalam pukul 3 lebih. Jam 5 petang dah gelap. Terlepas bas pun pernah. Ralit main dengan anak, sedar-sedar tak sempat tahan bas suruh berhenti. Musim panas pula, kalau jalan kaki memang rasa nak marah. Patutlah anak aku merengek. Ya Allah.. kesiannya.

Setiap kali suami aku usulkan nak beli kereta, aku tak setuju. Sayang duit simpanan. Aku cakap kami ok jer jalan kaki. Enjoy fresh air. Bagai ada terapi kalau dapat jalan kaki. Perasaan tu rasa macam emosi jatuh ke tanah setiap kali melangkah. Haha. Tapi.. bila main dengan musim Covid, people are suggest to stay at home, aku mula terfikir. Aku rasa inilah masa sesuai untuk beli kereta. Walaupun ada juga rasa tak nak beli lagi sebab anak aku sekolah online dari rumah, tapi bila memikirkan situasi kecemasan, aku rasa macam perlu ada juga kereta.

Satu bulan kami ambil masa survey kat Marketplace, Gumtree, fb group. Time tak nak beli kereta, banyak kereta best-best. Time nak beli tu lah tak jumpa kereta yang best. Aduhai. Ada kereta best, kena sailang pula. Orang lain cekau dulu. Aku hairan gak, time kami survey tu banyak pula kereta Volswagen Golf. Hampir-hampir angkat kereta tu dah. Tapi tak berjodoh. Kami dapat kereta lain. Penat juga sebenarnya mencari kereta ni. Macam nak pergi cari rumah sewa. Letih survey kat handphone, pergi wat inspection. Pastu dapat macam-macam rasa. Kena sailang lah. Owner macam acuh tak acuh nak jual kat kita lah. Pernah give up taknak scroll dah. Tapi husband lah rajin usha lagi. Kadang-kadang kawan tolong forward kan kereta best-best.

Banyak kriteria yang kami pilih dalam nak beli kereta. First sekali ialah rego mati bila. Nak renew rego mahal juga. Rego ni tak tau lah kenapa orang sini panggil rego. mungkin rego tu registration kot untuk insuran dan roadtax. Kedua, saiz kereta. Mula-mula cadang nak beli kereta besar sebab senang keluarga datang nanti. Tapi bila fikir Covid, bila masa border buka pun entah la. So, aku rasa better beli kereta kecil jer. Kereta kecil senang aku nak parking. Senang nak lenjan ke sana ke mari. Ketiga, bajet. Bajet kami hanya $4000 sahaja termasuk rego. Kalau lebih dari tu, sori. Tak dapat lah nak beli lagi.

Akhirnya, kami dapat juga kereta yang memenuhi kriteria. Within bajet, kecil senang lenjan, dan rego lama lagi. Anak aku lah yang paling excited. Dia suka juga naik public transport. Tapi dia kata dia suka ada kereta sebab dia nak pergi big playground and the beach. Gitulah. Bila anak dah terbiasa culture Aussie. Dengan adanya kereta ni, memang aku rancang nak jalan-jalan ke tempat lain. Yang jauh dari public transport access.

Jika sebelum ni hanya berkenderaaan awam, aku fokus kat attraction place yang easy access, now dah ada kereta, aku nak ke playground and beach hoping. 


Minyak kereta memang murah. Takde masalah bab ni. But actually, at the end tak ke mana sangat pun dengan kereta. Sebab musim Covid... nak pegi playground, nampak crowded, dah tak berani. Nak pergi beach pun, jarang jumpa hari yang beruntung di mana sunny musim winter ni. Mungkin summer nanti kot sesuai pergi beach. Harap-harap rantaian covid terputus tahun ini juga. 

**Updates: Ada hikmah juga beli kereta sebab masa musim sejuk tak mampu nak jalan kaki tiap pagi. Dapat juga berlindung dari hujan. Kalau kita yang jalan kaki sorang tak ngape. Tapi bila deal dengan anak ni, sian pula dia jalan kaki sejuk-sejuk. Bila hujan, walaupun ada rain coat, tapi bahagian bawah lutut cepat basah.

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...