Tuesday 29 October 2019

Jalan - jalan Sydney : Camel Ride at Anna Bay, New South Wales

"Unta padang pasir pun tak malas macam ante lah~"

Dialog terkenal dalam drama P.Ramlee.

Ya. Kat sini pun ada unta padang pasir. Tapi kena memandu jauh sikit lah. 3 jam ke atas dari Sydney CBD.

Camel ride

Ini adalah tempat paling teratas yang aku pernah travel sepanjang duduk di Sydney. Selalu aku layan di bawah jer. Paling jauh ke Mt. Perisher bermain salji. Kadang aku rasa macam pergi melancong jer duduk sini. Tapi tak balik balik lah. Haha.

Dalam perjalanan tu adalah singgah taman untuk makan. Best betul dapat culture macam ni. Bukan susah pun untuk cari tempat berhenti berkelah dan makan. Kat mana-mana pun ada tersedia tempat untuk berkelah dengan kemudahan dan kelengkapan lengkap.

Berhenti berkelah

Ada jugak kami terjumpa ladang buah-buahan. Ada limau, lemon, strawberry. Ada stall untuk beli buah. Duit bayaran hanya tinggal kan di dalam bekas yang disediakan. Jujur!

Buah oren

Buah lemon

Sebelum sampai kita akan tempuh University New Castle. Bolehlah tengok kawasan university dan macam mana student life kat sini. Sangat tenang.

Tak sedar pun yang ini rupanya universiti

Nak jumpa si unta padang pasir ni boleh pergi ke Anna Bay yang terletak di Port Stephen masih di dalam state New South Wales. Kalau memandu ke atas lagi boleh sampai ke Port Macquarie sehinggalah ke Gold Coast.





Sampai jer di perkarangan parking dari dalam kereta tengok luar rasa macam panas terik. Tapi bila turun kereta, sejuk dan angin kuat.

Selain menunggang unta, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan. Siap duit jer! Boleh naik 4WD. Boleh sandboarding.

Harga untuk camel rides

Sandboarding ni best and fun. Selalu orang main kt Lancelin di Perth.

Tapi kami satu apa pun tak try. Unta tu busuk! Hahaha. Kami just ambil gambar. Menikmati pemandangan. Layan angin tepi pantai. Singgah ke toilet.

Trip ringkas ni special untuk mertua ku yang nak pulang ke Malaysia setelah menetap dengan kami selama 3 bulan. Kami balik hari jer.

It is long journey. Jadi kami dapat spend masa bersama berbual-bual sambil menikmati pemandangan indah jauh dari kotaraya Sydney.

Sebelum pulang, kami singgah ke masjid Sultan Fatih yang terletak di New Castle. Bagi kami, amat selesa. Tandas yang bersih. Telekung disediakan. Tempat ambil wuduk wanita pun ada. Wafiya kami biarkan bermain bersama anak-anak penjaga masjid ni. Kediaman mereka di dalam perkarangan masjid ni juga.

Masjid Sultan Fatih

Nice. Aku hidup kat sini memang tak ada cash. Semua jadi mudah bila menderma pun hanya tap Kad

Kami difahamkan ada masjid baru yang terletak di New Castle. Tapi kami tak pasti di mana.

Selain aktiviti camel ride di Anna Bay, boleh juga mencuba aktiviti Toboggan di Toboggan Hill. Yang itu korang sendiri google lah di mana.

Wednesday 2 October 2019

10 Tempat Membeli-belah Wajib di Sydney, Australia.


1. Chemist Warehouse

Orang Malaysia kalau sebut Chemist Warehouse pasti naik gila. Mana tidaknya, di sinilah lubuk shopping perfume dan supplement murah. Kalau datang kena pada masa sale, habislah kaum lelaki, baik pergi mengopi jer lah. Aku suka kedai ni. Susun atur kemas. Sentiasa memaparkan harga sale dengan baik. Siap ada tarikh sale sampai bila. Yang kuning tu harga sale. Yang merah tu harga biasa. Kaunter bayaran sentiasa laju kalau ramai orang beratur pun.

2. Kmart

Terdapat pelbagai barangan yang cute dan berkonsepkan Scandinavi di sini. Para ibu yang mempunyai anak kecil pasti suka beli pakaian anak-anak. Boleh dapat tshirt kanak-kanak berharga $3 sehelai dengan kualiti kain cotton yang sangat bagus. Toys yang diperbuat daripada kayu amat digemari oleh rakyat Malaysia. Stationary comel-comel juga boleh dibeli untuk dibawa pulang.


3. Target

Seperti Kmart, Target juga banyak wooden toys yang pelbagai. Barang mainan yang dijual di sini kebanyakannya berkualiti tinggi dan anak-anak boleh merasai pengalaman sebenar melalui permainan mereka. Ada item yang aku suka beli di Kmart. Ada item yang aku suka beli di Target.


4. BigW

BigW menjadi pilihan sebagai pusat membeli-belah pelbagai jenis coklat. Jangan risau, banyak coklat yang diperakui halal. Penggemar set pinggan mangkuk Corelle atau Pyrex boleh juga shopping di sini. Berbaloi juga kalau ada sale. Big W juga selalu buat sale. Dengar kata Big W akan ditutup nanti.


5. Bonds

Amat mustahil jika ibu-ibu di Malaysia tak kenal brand Bonds, originally Australian Brands. Menjadi pakaian harian bagi anak-anak di Australia kerana harga yang murah. Semestinya murah dengan menggunakan Australia dollar. Sehelai wondersuit boleh didapati dengan harga $7. Kalau kat Malaysia, Bonds ni lambang kekayaan. Tapi kat Australia, Bonds ni pakaian harian buat rakyat marhaen juga.



6. DFO Homebush

Syurga barangan berjenama terletak di sini. Antara barangan yang boleh didapati ialah pakaian, handbag dan kasut. Naik gila jika shopping masa sale. Boleh dapat sehelai seluar jeans Levis berharga $10. Tapi limited saiz lah.



7. Darling Harbour

Selain shopping, di sini juga mempunyai pelbagai cafe jika letih membeli-belah. Di sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney. Terdapat pelbagai pakaian berjenama seperti Cotton On, Rubi, Bondi Beach. Kat sini selalu orang lepak minum kopi jugak. Dan sangat dekat dengan attraction place yang lain.


8. Coles

Jika di Malaysia terkenal dengan Tesco, Mydin dan Giant, di Australia pula Coles menjadi pilihan rakyat di sini untuk membeli-belah groceries. Ada beberapa item yang menarik untuk dibeli seperti Cookies Chocolates, Barista Bros, dan Lamington bars.



9. Paddy's Market

Souvenir, barangan kraft tempatan, pakaian, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh didapati di sini. Perlu diingatkan Paddy's Market ditutup pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, rancang itinerary anda dengan baik. Anda boleh dapatkan keychain koala dan kangaroo sebagai cenderamata dengan harga yang berpatutan.


10. Best & Less

Baju kanak-kanak dengan harga yang murah dan kain berkualiti dijual di sini. Sehelai tshirt dan legging berharga serendah $2 material cotton sangat selesa untuk anak-anak. Ibu-ibu pasti borong sakan. Kalau masuk musim sejuk, kedai ni jadi pilihan aku.



Ada lagi tempat lain yang menarik untuk membeli-belah. Saya kongsi yang ini dulu buat masa ni. Simpan siap-siap post ini buat rujukan di masa akan datang.

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...