Friday, 28 June 2019

Menyambut Syawal di Rantauan : Aidilfitri di Sydney

Ramai yang beranggapan bahawa beraya di perantauan adalah situasi yang menyedihkan. Let see.. Sedih ke? teroyak sampai rabak ke? haha..

Team Raya Sydney
Sehari sebelum raya tu aku dah call mak aku tanya resipi masak rendang. Ha.. masa di Malaysia tak pernah masak sendiri kan. Sekarang semua kena berdikari masak sendiri kalau teringin nak makan. Nak mencari bahan tu pun satu hal. Aku cari merata jugak lah si lengkuas. Tak jumpa-jumpa pun. Aku ingat macam dah tak boleh masak rendang dah kalau takde lengkuas. Buat sedikit research resipi-resipi rendang dan tanya mak aku, sudahnya aku bantai jer lah apa bahan yang ada pun.

Mudah rupanya masak rendang ni haha. Blend dan campak jer. Ceittt.. kalau tau dari awal boleh jer masak lauk ni hari-hari. Tapi dah kenapa lauk ni yang aku rasa tak boleh masak di hari lain. Hari raya jer boleh. Hehehe.

Lepas rendang, aku masak kuah kacang pulak. Boh daging sikit. Perghh.. mengancam. Jadi lah. juadah di hari raya. Bagi rasa sedikit vibes.

Rendang pertama ku
Kami memang plan nak sewa kereta raya ni. Sewa 3 hari. Kebetulan ikut forecast memang hujan. Jadi husband aku tak kerja lah. Jalan - jalan di hari raya.

Pagi raya 1 Syawal, hujan kemain lagi. Aku ingat dah tak boleh nak ke mana-mana dah. Kami tiga beranak bersiap seperti biasa dan sarapan juadah raya. Bila hujan renyai barulah kami bergerak keluar. Baru teringat, rupanya tak bawa songkok dari Malaysia. Aduhai. Tak cukup segak pulak suami aku. Pakai jer lah snow cap. Musim sejuk kan. Basically kami pakai baju raya tahun lepas. Baju-baju kami tu memang tak pernah pakai sejak dari raya tahun lepas. Baru pakai sekali jer. Baju Wafiya pulak tak muat. Aku cari jugak baju yang sesuai kat dia. Sudahnya aku belikan baju sejuk raya jer untuk dia. Itu jer yang sempat cari. Hahaha. Budak kecik, mana tau apa. Hahhaa.

Destinasi kami ialah Malaysian Hall. Ada jamuan ringan dan boleh bertemu mesra warga Malaysia di sini. Barulah nampak suasana raya dengan pakaian warna warni. Sepanjang jalan dah lah hujan dan rutin warga sini seperti biasa memang tak nampak suasana raya. Umat Islam jer yang sambut raya ni kan. Pak arab sekalian pulak baju diorang sama jer. Tak nampak macam beraya pun. Sampai Malaysian Hall baru nampak meriah. Memang Malaysia sangat win lah kalau sambut Aidilfitri.

Sempat hatiku berdetik, "dah jauh sampai ke sini rupanya aku"

Semasa di Malaysian Hall, kami jumpa kengkawan. Ada pulak yang mengajak pergi main snow pulak. On the spot! ui. Nak gerak malam tu jugak. Last minit plan lah kiranya ni.

Kemudian kami gerak ke Circular Quay sambil berbincang dengan suami tentang pelawaan rakan untuk bermain snow. Perjalanan ke sana akan mengambil masa 6 jam memandu. Rabak. Tapi bila memikirkan Wafiya ada kawan yang sebaya dengan dia (anak kawan kami tu), dan memikirkan kami boleh teman rakan untuk memandu konvoi jadi kami on saja lah. Onn.. Memang teringin juga nak pergi Mt. Perisher Ski Resort tu tapi tak terfikir pulak nak pergi dalam tempoh terdekat.

Selepas capai persetujuan di Circular Quay, kami menuju ke rumah rakan untuk beraya dan menjamu selera. Ini juga adalah peluang untuk berkenalan dengan rakan Malaysia yang lain sebab masa beraya ni lah diorang pun ada jemput kawan-kawan diorang yang lain. Jadi, dapat lah berkenalan dengan orang baru.

Lepas kenyang makan puas-puas kami ke Decathlon, Tempe membeli barang kelengkapan untuk bermain salji. Rasa macam habis dah cerita raya. Ini nak ambil mood main salji. Aku ceritakan di entry lain pulak yer pengalaman main snow ni. 

Sepanjang aku beraya di sini, banyak juga jemputan open house yang aku hadiri. Aku naik bas dan train. Raya kali ni jatuh pada musim sejuk makanya siangnya pendek. Gelap malamnya panjang. Pukul 4 petang dah nak gelap. Aku rasa macam ape lah aku buat ni pi beraya rumah orang sampai gelap malam padehal baru pukul 5 petang. Haha.

Rakan-rakan sebagai ganti buat yang jauh dari keluarga

Bila aku sampai jer di rumah diorang, ramai yang tanya aku naik apa. Aku selamber jawab aku naik bas dan train. Diorang pulak kesian. Aduhai. Tu yang malas nak jawab ni. Ada yang terkejut. Yerlah aku dengan si kecik Wafiya ni. Bagi aku, kami ok jer naik public transport. Yang mana mampu aku pergi jer lah yang aku pergi. Takkan lah aku tak fikir si Wafiya ni. Mestilah dia letih. Sejuk pulak tu.

Ada yang aku pergi 2 open house dalam satu hari. Aku fikir mungkin aku kekenyangan dan tak mampu makan di rumah kedua. Rupanya on the way nak sampai ke rumah kedua tu meletihkan dengan segala train dan bus. Jadi, perut aku lapar gila bila sampai rumah kedua. Bayangkan. Haha. Aku ingatkan mungkin aku tak berapa kenyang sebab layan Wafiya makan. Tapi ada satu hari tu suami aku pun join open house, aku ada banyak masa untuk "me time" makan sorang-sorang, pun masih lapar jugak. Hahha. Wafiya kalau ada daddy dia, mesti nak makan ngan daddy dia. Tak nak makan dengan mommy. Its ok Wafiya. Mommy lagi syok. Haha.

Kebanyakan open house yang aku pergi ialah diorang ni duduk rumah sewa kongsi. Jadi, diorang dapat lah bekerjasama masak-masak satu rumah dan jemput kawan-kawan macam kami ni ha menjamu selera. Nak buat open house ni makan modal juga dan kena korbankan masa. Mostly diroang ni tak tidur malam lah nak buat persiapan. Gigih diorang dalam menyambut dan berkongsi rasa sambutan Aidilfitri. Aku doakan korang murah rezki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan perjalanan kehidupan di rantauan ini. Amin..... Kenyang aku makan nasi lemak, mee kari, laksa sarawak, bihun sup, mee hailam, lontong. Ya Allah semuanya jadi pandai masak bila jauh dari keluarga.

Mee hailam padu. Chef lelaki.

Menu yang bila makan rasa nak terroyak. Lontong. Alhamdulillah. Syukur dapat merasa.

Laksa Sarawak. First time makan. Sebab excited, tak dan snap dah terus ngap.

Minggu pertama Syawal, ada event dekat rumah aku yang dianjurkan oleh komuniti muslim di sini. Macam ni rupanya cara diorang sambut Syawal. Di parking area ada fun fair. Di sebelah padang pula ada stall jual makanan dan khemah untuk mereka berdendang sayang. Meriah orang Arab sambut syawal. tapi macam biasa, pakaian diorang tak nampak macam tengah beraya. Hehehe. Bila Syawal di musim sejuk, aku dah tak fikir baju belah dalam baju apa. Yang penting, baju luar cukup untuk menampung kesejukan.

Selain songkok, ada satu benda lagi yang aku lupa bawa dari Malaysia iaitu sampul duit raya. Haha. Kelakar. Yang lain bila nak kasi duit raya kat Wafiya sama ada togel ataupun lipat kertas sendiri. Hehe. Balik Malaysia ni aku nak bawa sampul raya banyak-banyak lah ke sini.

Sepanjang raya di sini, aku rasa ok jer sambutan kat sini. Tak de pun drama dan babak sedih-sedih. Masing-masing ada jer hal masing-masing. Mak ayah pun takde lah meratap sayu ketiadaan kami. Diorang pun sibuk beraya. Alhamdulillah. Nasib baik juga lah adik beradik aku ramai. Diorang boleh tolong memeriahkan rumah mak ayah aku di hari raya. Nak call diorang pada 1 Syawal pun susah sebab mak aku masih ada kampung untuk pulang beraya. Confirm takde line dan susah nak buat video call. Aku pulak sibuk nak gi main salji. Tapi seminggu sebelum raya tu adalah bunyi mak macam sedih-sedih sikit.

"kome tak ada, tak de sapa nak tolong pasang langsir, kemas rumah, tolong buat biskut raya" gitulah rintihan seorang ibu. Bukan takde adik beradik lain nak tolong. Tapi semua duduk jauh-jauh. Betul-betul dekat raya baru diorang balik. Macam kami ni dulu duduk Penang, tiap minggu boleh balik Perak dan Kedah gilir-gilir. Sikit-sikit boleh tolong siapkan apa yang patut. Rezki kami dapat pulang selalu di bulan Ramadhan tahun-tahun lepas.

Raya tahun lepas memang kami all out. Buat sehabis baik. Sebab dah tahu yang kami memang tak nak balik beraya bila kami migrate nanti. Nak merasa pengalaman beraya di rantauan.

Begitulah, ramai yang terkorban hasil dari sebuah penghijrahan...




Saturday, 15 June 2019

Jalan - jalan Sydney : Vivid Sydney 2019

Jika di Malaysia pelita dipasang memenuhi perkarangan rumah serata kampung di bulan Ramadhan. Tapi di Sydney, kita ada Vivid Sydney. Meriah berlampu, bercahaya dan bersuara menerangi kota.

Ada 9 precint kesemuanya. Aku cuma sempat menjengah sekitar Circular Quay. Jika anda berkesempatan melancong ke Sydney pada penghujung May sehingga pertengahan June, datanglah ke Circular Quay pada sebelah malam. Anda berpeluang untuk melihat pelbagai idea kreatif insan berbakat menerusi festival bercahaya ini. Anda boleh melihat Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House di Circular Quay. Jika anda menaiki train, turunlah di station Circular Quay. Atau boleh juga menaiki feri dari Pyrmont Bay.



Bagai menepati tema Aidilfitri, sambutan hari raya kami meriah dengan festival Vivid Sydney. Bermula pada jam 6 petang sehingga 11malam. Jangan risau, ada makanan halal di station Circular Quay. Biasanya aku solat siap-siap di kolej. Kiranya aku pergi selepas habis kelas.

Kenapa start pukul 6 petang? Boleh nampak lampu ke?

-Ya. Pasti boleh. Kerana pertunjukkan ini berlangsung pada penghujung musim luruh sehingga masuknya waktu musim sejuk di mana waktu siangnya pendek. Seawal jam 5 petang lagi kami di sini sudah berbuka puasa. Maghrib masuk pukul 5 petang.

Oleh kerana festival ini pada sebelah malam di musim sejuk, tak jauh aku berjalan. Aku perlu pergi berkali-kali untuk menikmati dari pelbagai sudut. Orang agak ramai di hujung minggu. Jadi, aku berpeluang pergi weekdays. Tak dapat masuk port yang cun macam kat tepi Sydney Opera House tu sebab diorang kasi pelanggan club jer yang boleh masuk. Tapi tak dilupakan juga untuk warga emas dan OKU. Diorang ada tempat khas untuk melihat Vivid Sydney. Much better la dari New Year haritu.


Wednesday, 12 June 2019

Jalan - jalan Sydney : Perisher Ski Resort - Bersalji di Aidilfitri

Sebab tengah excited nak cerita pasal pengalaman ke Mt. Perisher, jadi kita tangguh dulu cerita syawal di rantauan. Hehe.

Syawal kedua kami di sini
Kami memang sewa kereta untuk 2 hari beraya. Senang nak bergerak dan pergi open house rumah kawan-kawan. Check weather memang kerap hujan masa raya nanti. Memang husband aku tak boleh nak buat keje pun sebab cuaca hujan tak menentu.

Pagi 1 Syawal hujan. Kami menuju ke Malaysia Hall untuk beramah mesra dengan orang-orang Malaysia yang menyambut Aidilfitri. Ada jamuan makan-makan dan sesi bergambar. Bila dah jumpa kawan-kawan di sini biasalah panjang akal nyer. Haha. Member ajak pergi main snow kat Mt Perisher. Bukan minggu depan atau bulan depan. Tapi esok harinya. Ajer gilerr.. Haha.

Aku tergamam. Aku fikir duit jer dan risau husband aku tak larat drive 5 jam lebih weh. Kami amik masa sikit untuk berfikir dan berbincang. Sambil-sambil tu kami pergi Sydney Harbour Bridge bergambar dan makan-makan kat rumah member. Kat situ kami kasi confirmation. Onnnzz!

Apa yang membuatkan kami rasa ok jer nak join sebab anak. Anak kami dan anak member lebih kurang sama baya. Duduk sini memang kami excited bila Wafiya ada kawan. Kami suka long journey sebab anak dapat tidur dalam kereta lama-lama. Ada geng untuk Wafiya main snow. Dulu masa pergi Jeju, Wafiya macam quite boring. Soal duit memang kami laki bini malas nak fikir. Layan jer lah. Fikir banyak-banyak mengganggu mood jer. Jadi, kami layannn jer. Husband call car rental untuk extend days.

Lepas makan-makan kat rumah kawan kami terus ke Decathlon. Polisi Decathlon, boleh return barang dalam masa 365 hari. Jadi kami plan, beli jer apa pun. Lepas balik main snow boleh return. Hehe.. Penjimatan yang padu. Kalau tak beli, boleh sewa kat sana nanti. Kat Jyndbyne. Small town sebelum sampai ke Ski Resort tu. Tapi kalau sewa, lepas return. Tak dapat apa lah kan. So, kami plan nak sewa snow boot jer kat sana nanti memandangkan sewa boot agak murah.

Lepas shopping kat Decathlon terus balik rumah. Rehat-rehat. Aku hambat husband aku suruh dia tidur dulu. Kesian kat dia. Nanti dia bukan nak kasi aku drive. Cuak gamaknya. Haha. Jadi, aku suruh dia lena jer dulu toksah pikir banyak. Pukul 2 pagi pada 2 Syawal tu terus kami dua kereta dengan member konvoi terus ke Mt. Perisher. Aku tak tidur pun dalam kereta. Aku suka layan pemandangan dalam perjalanan.



Selalu orang kata yang penting bukan destinasi yang dituju, tapi pengalaman perjalanan tu. Tapi trip ke Mt. Perisher ni bagi aku memang superb ar! Perjalanan dihidangkan dengan pemandangan menarik. Destinasinya pun cantik. Aku suggest kalau korang datang ke sini, stay dulu satu malam kat Jyndabyne. Kami ni gamble. Nak stay bermalam tu kami fikir kemudian. Haha.

Dari Sydney, kami merentasi Canberra. Inilah kali pertama kami keluar another state iaitu from New South Wales ke ACT. Tapi nanti kena masuk balik ke NSW sebab Perisher Valley tu dalam NSW. Haa... gituu... Jalan raya ok. Selesa. Banyak hentian untuk isi minyak, minum kopi. Highway pun takde toll. Selesa. Cuma selepas Canberra tu kena hati-hati lah banyak Kangaroo terkorban di tepi jalan raya. Jangan laju-laju. Risau kangaroo melintas rempuh kereta.

Selepas merentasi Canberra, kita akan menempuhi satu town kecil iaitu Cooma dan selepas itu ialah Berridale dan Jyndabyne. Kami berhenti di Jyndabyne agak lama jugak sebab isi minyak dan sewa kelengkapan kat BP Ski Hire sebelah station minyak BP. Layanan pun baik - baik. Sabar jer melayan kami yang kerap tukar-tukar saiz. Husband aku dan member dia sewa snowboard. Kemain diorang ni. Husband aku teragak-agak jugak nak sewa. Aku cakap takpe lah. Main dan enjoy. Aku layan Wafiya. Kasi can daddy time setelah penat bekerja.

Jyndabyne ni bagi aku memang cantik. Ada tasik. Taman rekreasi. Aku sempat melihat kanak-kanak di sini sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Comel-comel belaka. Pipi merah-merah semuanya. Of course lah area ni tak de immigrant. Sape nak duduk banat-banat gini kan.

Satu persatu pemandangan menarik dihidangkan untuk kami. Selepas Jyndabyne terus kami masuk ke pintu National Park dan bayar entrance fee sebanyak $17 per car for 24 hours.  Selesai bayar entrance fee tu terus nampak salji di tepian jalan dan lama kelamaan bukit-bukit yang dipenuhi salji. Ya Allah. excited gila rasa dan sangat cantik. Hari yang kami pergi tu merupakan hari terrakhir untuk tidak memakai chain. Boleh semak dekat ski hire yang kita pergi tu. Diorang dah cakap harini tak perlu pakai snow chain. Kalau tak, kena keluar duit lagi lah untuk sewa snow chain.

Pintu masuk ke Perisher
Kawasan parking masih banyak kosong. Kami bersiap-siap memakai kelengkapan di dalam kereta. First time aku turun, angin kuat terus aku melompat masuk kereta semula. Sejuk gila. Kawan kami siap bawang ketupat nasi impit lagi dengan kuah kacang dan ayam masak kicap. Kami bersarapan di cafe yang disediakan. Boleh jer bawa makanan dari luar. Tiada halangan.

Kami bawa bekalan makanan dan makan di cafe

Ada juga kedai kebab di sini. Halal di makan
Masa nak menapak ke cafe tu suami aku rasa snowboot dia ketat. Mula lah perasaan dia kelat. Nak pegi tukar, kena drive lagi setengah jam. Takkan nak biar jer pakai ketat macam tu tak syok untuk meluncur snowboard nanti. Akhirnya suami aku akur dan turun ke Jindabyne semula untuk menukar snow boot setelah dipujuk. Yerlah dah bayar sewa mahal-mahal, tak dapat main dengan selesa pulak rugi nanti. Sementara tu boleh lah aku suap  Wafiya makan. Kasi dia makan kenyang-kenyang baru syok dia main.

Selesai semua makan dan suami aku pun balik dari tukar boot, kami mula turun padang. Aku dan anak-anak layan toboggan. Seronok pulak meluncur laju. Suami aku warming up practise sikit-sikit dan biasakan diri meluncur dengan snowboard. Bukan senang rupanya. Dah lah berat. Lagi sekali suami aku dapat identify snowboard dia tak kena dan dia bandingkan dengan snowboard kawan dia. Rupanya snowboard ada side. Kita kena identify kita selesa kanan kita di hadapan atau belah kiri sebab kaki hadapan kita (kiri atau kanan) lah yang akan memulakan peluncuran. Banyak kali lah suami aku jatuh gedebuk-gedebuk.

Bukan selalu dia mintak ambil gamabr dia
Bila kawan kami stop main snowboard, suami aku try pinjam board dia barulah suami aku berjaya meluncur laju. Tapi satu hal lagi, tak reti stop. Maka dijatuhkan lah badan dia untuk berhenti meluncur. Kalau tak, mau langgar segala benda. Haha. Wafiya seronok main dengan kawan, buat snowman. Siap pegang sudu garfu lagi. Dia ingat ABC ke ape. Meregek la dia dengan kawan dia main snow. Bukan dia heran pun sejuk-sejuk.

Kecik-kecik lagi dah pegang snow
Kami yang mak mak dan bapak bapak ni pun tak tahan sejuk. Kami masuk ke cafe. Tinggal Wafiya dan kawan dia masih bermain salji sambil dipantau oleh kami dari dalam cafe yang berkaca. Sedar tak sedar rupanya diorang meluncur toboggan sendiri. Siap sengih-sengih dan lambai-lambai kami berempat di dalam cafe. Tapi semacam pulak kami tengok, makin laju meluncur turun. Kami berempat tangkas bangun bila pengakhirannya mereka jatuh ke bawah di ruang meja makan luar cafe. Tapi kami tak nampak macam mana diorang jatuh sebab terlindung di sebalik tiang di belah kiri kami. Masa kami dapatkan diorang, dua si kecil ni tengah memanjat bangun ke atas. Mujur tak terhantuk meja ke apa. Ya Allah, risau sungguh. Tu lah. Bila seronok main.

Kami bersiap-siap untuk pulang jam 5 petang. Gelap macam dah malam. Padahal baru pukul 5 petang. Kami teragak-agak juga untuk bermalam di Jindabyne atau tak. Sambil lepak di cafe tu ada juga cari penginapan let say tak larat drive balik ke. Mostly hotel fully book. Makanya kami memandu perlahan-lahan juga untuk pulang. Sambil tu kami singgah di ski rental itu semula untuk return barang-barang yang disewa. Doploh kali kami berhenti di hentian rehat. Memandu dalam gelap malam pulak tu. Kerja gila sungguh. Hehe.

Return barang-barang sambil buat havoc.

Keesokan harinya barulah kami pulangkan kereta dan return barang di Decathlon. Sepanjang trip ni ada benda yang boleh dijimatkan lagi dan ada perkara untuk penambahbaikan di masa akan datang. Kawan aku ramai yang dm ajak aku bawa diorang pula. Memang terbaik lah aku boleh buat kat diorang sebab aku learn banyak dari this trip. 

Bila duduk di luar negara, yang seronok tu pergi jalan-jalan. Kos perbelanjaan untuk pergi jalan-jalan dah terasa murah. Terasa macam aku pergi jalan-jalan tak balik-balik pulak. Sewaktu awal sampai ke sini aku terasa risau. Aku tak bekerja dan tak mempunyai pendapatan. Aku risau aku tak berpeluang untuk jalan-jalan dan menjelajahi Australia. Tapi Alhamdulillah, rezki itu ada. Bersangka baik lah kepada Allah. Niat yang betul disertai dengan azam yang kuat, pasti dapat.



Monday, 3 June 2019

Bazar Ramadhan di Sydney : Ramadan Night at Lakemba

Antara perkara yang best di bulan Ramadhan ni ialah bazar ramadhan. Di Malaysia, petang-petang mesti kita seronok menjamu mata di bazar Ramadhan. Best kan?

Aku fikir aku akan terlepas bazar ramadan. Rupanya kat Sydney pun ada jer bazar Ramadhan. Mengejutkan, bazar Ramadhan tidak diadakan di waktu petang sebelum buka puasa. Tetapi ianya diadakan selepas berbuka puasa.

Bazar Ramadan yang aku pergi kat sini ialah di Lakemba. Cuaca yang sejuk membuatkan aku sentiasa terfikir-fikir bila masa yang sesuai untuk aku pergi bersama Wafiya. Beberapa hari sebelum 1 Syawal barulah kami berjaya ke Bazar Ramadan di Lakemba tersebut. Itupun suami aku berkelapangan untuk menemani kami. Sejuk dan gelap seawal jam 5 petang.

Pada mulanya aku fikir bazar ramadan sini biasa-biasa jer. Tak sangka pulak aku sambutan yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja umat Islam meraikan. malah pelbagai bangsa dan agama turut turun padang.

Suasana bazar Ramdhan di Lakemba
Of course Bazar Ramadhan sini takde apam balik, kuewtiaw goreng, nasi lemak. Tapi ada sesuatu yang menarik di sini iaitu kepelbagaian makanan tradisi orang Arab dan Turki. Aku dapat melihat dan belajar mengenai makanan tradisi diorang di sini.

Bazar Ramadhan ini agak besar dan panjang. Diadakan di sepanjang baris kedai di pekan Lakemba. Kami pergi menaiki train. Gerai-gerai jualan mereka adalah di sepanjang pejalan kaki di barisan kedai-kedai. Tiada khemah-khemah seperti di Malaysia. Biasalah kalau banyak gerai jualan dan ramai orang, pasti keadaan jalan raya begitu sesak.

Kedai-kedai tu pun masih dibuka. Biasanya tutup awal juga.
Antara menu yang kami cuba di sini ialah burger daging unta. Bila tengok orang ramai beratur panjang, pasti sedap. Kebetulan kami terjumpa kawan kami yang sedang beratur. Apa lagi, minta tolong kawan lah belikan. Hehe.

Sedap juga burger daging unta tu. Kalau tau, mesti nak beli dua.
Selain makanan terdapat juga gerai jualan pakaian. Takde lah baju melayu atau baju kurung. Diorang jual pakaian tradisi orang arab seperti jubah. Material boleh tahan. Tahan sejuk. Hehe.

Aku juga dapat lihat keunikan "coffee on the sand". Minuman tradisi Turki. Didapati ramai orang mencuba Kenafeh, manisan berkeju orang Turki.

Pembikinan coffee on the sand
Cofee on the sand dan Kenafeh
Ada satu perkara yang aku kagum bagaiman sikap toleransi orang di sini. Aku dapati ada dua khemah di pasang di perkarangan gereja. Khemah tersebut menyediakan teh secara percuma dan sedikit jamuan makanan untuk pengunjung yang ingin mengetahui ajaran agama Islam. Sambil minum teh, beberapa orang cuba untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang ajaran Islam.

Khemah dipasang di perkarangan gereja

Sembang santai menyampaikan ajaran Islam
Keadaan yang sesak dan ramai orang membuatkan kami berjalan hanya separuh. Ada yang lepak-lepak di tepi jalan berbual dengan rakan, makan-makanan yang diorang beli on the spot kat situ jugak. Hehe. Kalau kita beli makanan kat bazar mesti kita bawak balik baru makan kan. Tapi kat sini, time-time tu jugak diorang nak makan. Gerai-gerai yang laris tu orang ramai pasti beratur panjang.

Bazar Ramadhan ini diadakan di sepanjang bulan Ramadhan dari selepas waktu berbuka hinggalah ke tengah malam dan mungkin sampai ke pukul 3 pagi. Tapi aku hanya berpeluang hanya sekali ke sini. Keadaan cuaca yang agak sejuk dan memikirkan kalau aku pergi, aku kena berjalan kaki dari rumah ke train station berdua dengan Wafiya dalam gelap malam mematikan hasrat aku untuk pergi banyak kali.

Diharap aku dapat eksplore lebih lagi di tahun hadapan. Jom tengok video yang aku rakam suasana bazar Ramdhan di Lakemba.


Saturday, 1 June 2019

Ramadhan di Rantuan : Berpuasa di Sydney

Memang kami tiada plan untuk pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri dan ramadhan. Memang kami nak melalui pengalaman berpuasa dan beraya di rantauan. Agak menarik berpuasa di sini. Selain cuaca yang sejuk, kami menahan lapar dan dahaga dalam tempoh yang singkat.

Ramadhan tahun ini adalah semasa musim luruh di mana waktu ni Daylight Saving dah ditamatkan. Siangnya pendek. Malamnya panjang. Kami berbuka sekitar pukul 5 petang. Semakin hampir penghujung ramadhan, semakin cepat waktu berbuka. Hari ini aku berbuka pada jam 4.56petang.

Waktu sahur pula sekitar pukul 5pagi juga. Semakin hampir ke penghujung ramadhan, semakin lambat waktu bersahur. Pagi tadi, pukul 5.22pagi habis waktu bersahur. Waktu sahur amat mencabar sekali di mana suhu yang sangat sejuk membuatkan badan terasa malas nak bangun. Tapi kami tak pernah miss. Sentiasa bangun sahur dan sembang laki bini. Suami aku ni mujur tak liat bangun tidur. Mudah keje aku.

Ramadhan 2019 di penghujung Autumn

Semakin ke penghujung ramadhan suhu makin jatuh kerana musim sejuk menghampiri. Bersahur sekitar suhu 4 darjah amat menguji. Terketar-ketar tangan nak menyuap nasi ke mulut. Pegang barang pun semua rasa macam nak lempor ajer.

Berbuka pula kadang-kadang aku berbuka sorang. Kadang-kadang jer berbuka dengan suami. Hari yang aku ada kelas, aku bawak siap-siap minuman dan makanan kudapan. Lecturer aku kasi jer kalau aku nak keluar makan. Tapi aku malas lah nak makan bersungguh-sungguh pulak. Lebih baik waktu tu aku solat jer masa class tengah break. Bukan selalu sangat pun ade kelas.Suami aku pun kadang berbuka sauk kebab. Mana yang sempat jer. Kadang aku bekalkan kat dia kalau dia gi kerja lewat.

Kat sini pun ada juga bazar Ramadhan, di Lakemba. Kawasan majoriti orang Islam. Uniknya, bazar ramadhan di sini berbuka sejak dari berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kiranya malam jer lah. kalau kat Malaysia kan tengah hari dah set up khemah. Aku pun tak tahan nak ke bazar Ramadhan sejuk-sejuk gini. Tak sanggup. Kalau datang lagi angin. Uiiii.... syahdu ..

Asam garam hidup di rantauan bersulam kan kepelbagaian musim

Yang aku tahu, kat sini tarikh mula puasa dan tarikh raya agak bercanggah mengikut puak. Tak sangka, ada juga yang macam ni di bawah satu agama yang sama. Hurm.. Aku taknak ulas panjang sebab aku tak tahu cerita sebenarnya kan. Apa-apa pun moga semua umat Islam hidup bersatu padu.

Salam Ramadhan buat rakan-rakan di Malaysia. Moga Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh eh.

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...