Saturday, 25 March 2023

Melayu di Luar Negara

Topic ni agak sensitif. Tapi aku tau, haters takkan rajin mai blog aku untuk baca. Aku menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang terjadi sepanjang aku tinggal di luar negara.

Jika di Malaysia, kita dibeza-bezakan taraf hidup dengan tangga gaji, pendapatan, kasta sesebuah kelaurga. Sadly, di luar negara pun kita masih hidup berkasta. Kasta apa? Kasta VISA.

Benda ni kau tak akan rasa kalau kau datang as a student yang ditaja MARA/Petronas/JPA sebab hidup kau hanya about study dan duit masuk. That's it. Tapi bila kau hidup as local, bercampur dengan melayu yang lain, kau akan rasa.


Melayu yang tinggal di Sydney, dan based on pengalaman kawan aku di Brisbane, dan aku percaya yang tinggal di UK pun macam tu, kita membezakan orang, mengkastakan orang melalui jenis visa. Hidup masih berpuak dan tak terbuka untuk bercampur gaul dengan orang lain. Bagi aku, kalau tak mau bercampur pun it's ok. Tapi jangan sampai orang terasa dihina. Kesian kat orang.

Student biasanya tak rasa sangat. Tambah lagi kalau ade Malaysian Hall, mereka hidup dalam komuniti diorang jer. (tapi lain hal pulak kalau dalam Malaysian Hall, still ada gosip-gosip memeriahkan suasana).

Kalau yang datang dengan work sponsor visa, mula-mula diorang takde kawan biasanya. Kalau ade pun, kawan sesama kerja. Lama-lama baru diorang akan bercampur dengan geng PR sebab dah mula build kenalan. Of course geng2 yang PR akan sudi menyambut persahabatan sebab kau kerja hebat, selalunya skill professional ni kerja hebat la kan tu sebab dapat sponsor from company dan yang disponsor company ni pun tak lama nanti akan PR jugak. 

Geng-geng PR ni pulak, of course sesama diorang hebat, that's why dapat PR. English mantap, kerja gaji lebat. Diorang akan berkawan sesama diorang sahaja. Kalau kau bilis, baik kau elakkan dan undur diri dari geng PR untuk selamatkan hati kau. Kalau muka tu kau nampak sesama diorang, haa.. memang muka tu jer lah sampai kiamat. Kalau bilis, memang kau akan ditinggalkan. Ada satu lagi geng yang geng PR suka berkawan, which is.. geng gomen.

Tak dinafikan, geng gomen Malaysia ramai jer kena transfer ke luar negara mewakili bidang masing-masing either tourism, education, agriculture, kedutaan. Diorang ni akan disambut baik oleh geng PR. Walaupun aku ada dengar diorang cemburu each other, sebab geng gomen tak boleh stay lama di luar negara, kena balik semula ke Malaysia sebab tanggungjawab penjawat awam, yeah, it happened. Geng gomen ni biasanya diorang ala-ala datin. High standard and loaded skit. 

Ok, now puak mana yang paling tertinggal?

Puak illegal! Dari segi perwatakan, memang sangat mudah nak cam puak illegal ni. Biasanya puak illegal akan rasa segan nak bercampur dengan puak-puak atasan. Ada juga aku selalu dengar dari kawan-kawan yang illegal, masa diorang baru-baru sampai ke Sydney, diorang ada kawan dengan geng PR. Tapi lama-kelamaan, hubungan tu putus macam tu sahaja sebaik tahu jalan yang dia pilih adalah salah. 

Aku? Aku di tengah-tengah. Aku berhijrah ke Australia independently, without any sponsorship, without job offer. Memang aku datang as student pada awalnya, tapi bukan student tajaan dan bukan study kat universiti hebat-hebat.

Aku dan suami banyak bergaul dengan puak illegal pada awalnya. Dan disebabkan aku menulis blog, aku build network dengan orang baru yang dapat job sponsor yang akan memulakan langkah di luar negara. Dan aku kenal ramai geng PR through IG. Aku pada awalnya sangat memilih to accept friend. Tapi most of the time ig aku public, aku tak dapat nak tapis kalau orang follow aku. Seriously aku segan berkawan dengan geng PR. But most of them yang aku kenal, diorang baik dengana aku. Baik sangat. Tapi tidak adil pulak aku cakap begitu di hadapan puak illegal. Sebab geng PR not treat them nicely like they treat me kan.

Aku suka bergaul dengan puak illegal. Dengan diorang, tak pernah tak meriah. Kalau merewang tu, periuk belanga semua besar-besar. Kenduri kalah di Malaysia. Diorang sudi and selalu jemput kami sekeluarga bergaul dengan diorang. Makan-makan, bawa anak-anak playdate. Dan kami saling menyelami kesusahan masing-masing. Ada juga puak illegal yang kaya-raya, itupun aku segan juga. Aku pulak yang terasa seperti bilis.

Bila aku start amik master kat UNSW, since border aussie buka for international students, aku dapat bina lagi kawan baru among student. Biasanya diorang akan contact aku untuk tanya about Sydney, about visa dan about tajaan, jugak rumah sewa. Selalunya takde masalah dengan diorang. Diorang menghargai dan selalu contact me and catch up kalau jumpa di campus. Sadly, pernah terjadi ya.. pernah terjadi one of my follower, ketika tu sedang prepare nak datang ke Australia, tengah cari jalan nak pakai visa ape. Sampai sanggup zoom meeting dengan aku. Aku waktu tu sedap lena, tengah preggy Wafiq time tu, sanggup aku bangun melayan meeting dengan diorang because they seeking for some advice and opinion untuk datang ke Australia. Finally dia datang with student visa, landed in Adelaide. Terkejut aku satu hari, dia trigger ig stories aku and reply benda yang menyakitkan hati aku. Dia pertikai apa yang aku share. Dia kata dia datang Australia pun ramai orang tanya cara dia, tapi dia taknak cerita. Dah tu? kau nak stop aku from sharing?

Kecewa aku. Dia datang, ask me for some help. Tapi bila dia dah datang, dia marah aku from sharing. Selama dia di Malaysia dah lah hidup dengan apa yang aku share. Dah berjaya, dengan bongkaknya nak suruh aku stop? What the...*&*^&%& Tak sangka aku. Terkejut. Ada juga manusia berhati macam tu.

Ada juga yang masa baru-baru sampai Sydney, rajin baca blog aku. Masa awal-awal sampai takde kawan. Aku pun rajin la berkawan dengan dia. Simpati sebab aku pernah melalui fasa tu. Fasa di masa awal sampai, takde kawan. Aku risau kalau dia nangis sunyi takde kawan nanti dia claim duk luar negara tak best. Lama-lama dah berkawan, dia pun dah pandai bina networking, lama-lama hubungan aku dengan dia pun lenyap. 

Kecewa.


Hidup ini tiada paksaan nak berkawan dengan siapa. Aku pun tak kisah kau nak kawan dengan sape. Aku nak kawan dengan sape. Tapi cukuplah sekali sekala bertanya khabar/sampaikan salam. Sebab mutual friends terlalu ramai di sini. Aku pun malas nak fikir sangat sebab life aku pun too pack memikirkan due date assignment dan exam. Takde masa nak fikir about hubungan. But, inti patinya, korang buat aku kenal siapa korang. Budi pekerti korang.

Aku nasihatkan kat korang, yang mana yang baru sampai, letak kategori korang di atas ni, korang akan tahu macam mana layanan yang korang akan dapat. Tapi... aku pohon, korang treat other people nicely. Tak kira dia visa apa pun. Setiap orang ada struggle masing-masing. Diorang datang kat kita nak berkawan tu nak release tension diorang. Please.. please.. please... treat other people dengan rasa tinggi empati dan belas ihsan.


Moga hidup kita di luar negara diberkati Ilahi.

Moga penghijrahan kita ke luar negara diredhai Allah.

Friday, 10 February 2023

Mencari Rumah Sewa di Sydney

Mencari rumah sewa di Sydney adalah bukan mudah, tapi tak susah. Depends on situation korang. Korang berada di Malaysia atau di Sydney ketika mencari rumah sewa tu. Korang datang Sydney untuk belajar atau bekerja? Atau macam aku, bebas dan independant. Bukan datang sebab belajar ataupun dapat tawaran kerja. 

Kalau datang sebab dapat tawaran kerja, biasanya company berikan accomodation sementara. Masa tu korang boleh cari rumah sewa. Lega lah kalau macam tu. 

Tapi kalau student yang datang, memang susah. Nak pulak time cari rumah sewa tu korang masih berada di Malaysia. Bukan senang, beb.

Sistem rumah sewa di Sydney ni ialah bayaran sewa dibayar secara MINGGUAN. Jadi, amat susah kalau korang berada di Malaysia, nak cari rumah sewa yang korang akan masuk BULAN DEPAN. Impossible. 

Biasanya kami kat sini, bila dah dapat rumah sewa, kami terus masuk minggu berikutnya. Maksud aku, aku ambil masa berminggu-minggu untuk buat inspection dan survey-survey. Then bila dah dapat rumah sewa yang aku berkenan, dan agent setuju untuk sewakan dekat aku, haa.. minggu tu jugak, atau minggu depan tu aku masuk rumah baru. Takdenyer tunggu bulan depan. Yerlah, siapa nak simpan rumah tu untuk kau selama sebulan untuk tunggu kau sampai, yer tak. Melainkan korang ada duit yang banyak, korang boleh bayar duit sewa rumah dua tiga minggu tapi korang masih belum sampai Sydney.

Tapi sebelum tu, sebelum kita sampai cerita dah dapat rumah sewa, kita kena fikir dulu macam mana nak cari dan apa proses nak sewa rumah.

Trust me, aktiviti mencari rumah sewa sangat menyeronokkan. Dan meletihkan. 

Oh ya sebelum tu, kita pergi ke topik location nak cari rumah sewa. Kat mana location dan sub urb yang sesuai?

Location dan sub urb yang sesuai pun depends on korang jugak.


Kalau datang sini sebab dapat tawaran kerja, biasanya diorang nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja then barulah cari sekolah anak-anak.

Kalau datang sini sebab belajar, satu masalah orang Malaysia yang datang sini, diorang kalau boleh nak rumah sewa yang boleh nampak BUMBUNG university, tapi nak harga murah. Hurm.. aku selalu geleng kepala ja lah. Bear in mind, kalau korang berhijrah ke luar negara, sila tinggalkan KEKAYANGAN tu kat airport KLIA. Jangan bawa ke luar negara. Di luar negara, nak nak pulak awal-awal sampai ni, baru nak hidup di tempat orang, kalau boleh, cut cost dan cuba cari alternative yang murah selagi mampu. Bila korang dah lama duduk sini, dah stabil, dah tau selok belok each sub urb, haa... itu jam, kalau korang nak duduk tepi SYDNEY HARBOUR BRIDGE pun lantak korang lah. 

Dia macam ni, kalau sewa dekat area university, dekat train, dekat public transport, itu semua MAHAL. Pastu gaduh la claim rumah sewa kat Sydney ni mahal. HAAA la mahal, dah korang nak duduk tepi pagar university. Mestilah mahal. logic tak?

Sydney ni ada banyak sub urb. Dan setiap sub urb ada ciri-ciri tersendiri. Ada sub urb kawasan orang putih. Ada sub urb kawasan orang ABORIGINAL. Ada sub urb kawasan Vietnam. Ada sub urb orang ARAB, LEBANON, SYRIA. Ada sub urb CHINA, INDIA, Korea. Australia kan negara multi nationality. Bukannya korang leh jumpa pure omputeh pun kat Sydney ni. Mostly semua immigrant.

Kalau korang duduk kawasan Asean, senang dapat barang asean. Kalau duduk kawasan Arab, mewahnya makanan halal dah serupa macam duduk kat Turki. Kalau korang duduk kawasan org putih, kawasan dia memang senyap, bersih. Tapi haaa siaplah, silap-silap bunyi tolak kerusi meja pun dah kena ketuk pintu. Tambah pulak kita yang ada anak ni, boleh bergaduh ooo dengan jiran-jiran sebab anak kita bising. Mana nak kawalnya. Kalau duduk kawasan Asean ni, kita boleh lawan tempik dengan mak mak orang lain.

Kalau duduk kawasan Arab-arab, ada banyak pilihan untuk hantar anak korang ke kelas agama. Sekolah private islamic pun ada banyak. Kelas mengaji pun ada banyak. Malah, sekolah public pun dimonopoli oleh orang Islam, jadinya, kalau sekolah public ada buat aktiviti, pihak sekolah pun sediakan makanan halal. 

Jadi, pilihlah sub urb yang sesuai supaya hidup korang aman damai. Bukan apa, nanti korang claim kata duduk luar negara ni lagi teruk dari duduk Malaysia. Padahal korang salah pilih sub urb jer. Habis, satu luar negara korang claim teruk. 

Macam mana nak pilih sub urb yang sesuai? Caranya ialah melalui PEMERHATIAN. Maksudnya korang kena ada penginapan sementara dulu, selepas sampai Sydney untuk cari rumah sewa.

Masalahnya, Malaysian Hall selalu penuh untuk menempatkan pelajar baru sampai. Aku pun tak faham lah kenapa setiap kali pun penuh. Ni based on new students baru sampai, mengadu kat aku, MH penuh. Jadi susahlah kat new students ni nak cari rumah sewa. Kesian tau. Dahlah student baru. Baru sampai ke luar negara pulak tu. Takde accomodation sementara untuk diorang mencari rumah sewa. Dah lah rumah sewa kat Australia ni bayaran weekly.

Ok, berbalik pada location tu tadi.

Kalau korang student degree, masih bujang, aku sarankan korang duduk jer tepi pagar university. Nampak bumbung university takpe. Sebab korang bujang, ambil degree pulak tu. Korang perlu kan kawan-kawan untuk kelangsungan hidup di Sydney. Dan, lagi satu, degree kena selalu pergi kelas, pergi uni. Time study week, mesti korang study dan pergi library. Dan, korang bukan cari satu rumah untuk disewa, korang hanyalah cari bilik untuk disewa. Jadi, aku sarankan adik-adik yang datang Sydney sambung degree, carilah rumah sewa dekat university. Boleh cari area Kingsford dan juga Randwick. Kensington ni aku tak berapa recommend sangat sebab takde apa. Jauh sikit korang kena menapak kalau rumah sewa di Kensington. Memang ada light rail from Kensington untuk ke kampus. Tapi bila dah jadi student ni, automatik korang akan jadi kedekut nak topup kad Opal untuk naik light rail ke kampus. Kalau korang duduk Kingsford atau Randwick, dekat kedai Asean, dekat restoran halal, jalan kaki jer untuk ke kampus. Tapi jauh sikit lah kalau korang nak cari ayam or daging halal. Tapi takpelah. Yang bujang-bujan ni bukannya hari-hari nak masak pun. Yer tak? Korang banyak di kampus jer. Rate bilik sewa pulak dalam $150 - $200 per week. Still ok bagi si bujang untuk bayor.

Bagi yang student bawa keluarga, biasanya diorang ni ambil master atau PHD. Untuk yang master ni jarang pun pergi kelas. Kelas aku pun seminggu sekali jer pergi kampus. Buat apa korang duduk tepi pagar university? Rate sebuah rumah sewa di kawasan university ialah $550 - $700. Sebuah rumah beb. Bukan macam adik-adik degree yang bayar sewa bilik $200 seminggu. Ater, korang kan bawa keluarga datang sini. Mestilah korang cari sebuah rumah untuk disewa. Satu aku nak pesan, korang jangan positif sangat dan merasakan $500 tu ok dan tak apa. Lepas sebulan dua, pasti korang akan terasa berat nak bazirkan $500 seminggu kat rumah sewa. Sedangkan korang jarang pergi kampus. Kalau cuti term macam summer term, lagi rugi. Cuti lama, tak pergi kelas, bayar sewa rumah mahal. 1 term ada 10 minggu jer. Dan aku rasa tak sesuai pun yang berkeluarga duduk area university. Satu sebab mahal. Satu lagi, bila berkeluarga ni, pasti korang nak masak hari-hari, nak beli ayam daging halal. Kalau duduk area uni, korang kena naik turun bas kalau nak dapat ayam daging halal. Let say, kalau suami yang pergi belajar, at least si isteri boleh pergi jalan kaki, cuci mata pergi kedai-kedai dan beli ayam daging halal. Ha... korang cari lah sub urb yang macam tu. Yang isteri korang boleh jalan kaki pergi kedai beli ayam daging halal dan sayur dan juga bawang-bawang. Bukan mudah untuk wife kita tinggal di rumah, baru sampai from Malaysia. Mentally tough tahu tak. Carilah area rumah yang best pergi walking. Sebab walking tu terapi untuk kita yang bakal homesick ni.

Korang tak perlu cari rumah fully furnished pun takpe. Membazir jer kalau cari rumah fully furnished. Sebab rumah sewa kat Australia ni memang siap ada dah kitchen cabinet. Tak seperti di Malaysia, rumah sewa ada sinki zink tu semata. Kat sini rumah sewa memang ada dah kitchen cabinet, cooking top, overn, dishwasher, dryer, bilik pulak biasanya ada bath tub, sinki toilet tu siap ada cabinet, laundry pun ada dengan sinki tinggi untuk washing. Dalam bilik plak, memang ada almari baju pintu cermin. Rumah pun lantai elok, ada yang fully carpet. Jadi, tak payah lah bazirkan duit setiap minggu untuk dapatkan rumah fully furnished. Ingat, tinggalkan KAYANGAN anda di airport KLIA. Jadilah marhaen for early start up. Kalau korang nak cari perabot rumah, korang boleh cari kat fb marketplace. Korang sewalah satu hari, CAR NEXT DOOR ke. dan kutip semua barang-barang from FB marketplace. Biasanya TV, sofa, meja study, meja makan, katil korang boleh dapat percuma. Kalau bayar pun dalam $10- $50. Tak payahlah korang bebankan diri korang setiap minggu extra $200 sebab nak rumah fully furnished. $200 seminggu tu boleh buat macam-macam ooo kalau di sini. Kalau korang duk sini amik master setahun jer pun, aku rasa still tak berbaloi duduk rumah fully furnished. Barang-barang tu boleh dapat free.

Dulu, masa aku di Malaysia, aku dah stick to satu rumah sewa ni, seminggu $550. Aku rasa macam ok. Tapi bila aku tanya Malaysian yang duduk Sydney, ok tak rumah ni, diorang cakap mahal weh... Then, bila aku duduk Sydney, baru aku faham maksud diorang. Ya, $550 per week untuk sebuah rumah sewa, memang aku rasa mahal. Even kawan-kawan yang duduk Sydney dah lama dan bekerja, diorang cari rumah sewa paling mahal pun $400 untuk tiga bilik. Janganlah korang bazirkan rumah sewa sampai seminggu $550 per week. Membazir aku rasa. Baik korang simpan duit tu pergi jalan-jalan pusing Australia.

Kalau cari rumah sewa, rumah yg fully carpet pun ok jugak. Taklah sejuk sangat time winter nanti. Dan boleh protect bunyi supaya jiran-jiran tak komplen bising. Kalau korang sewa apartment, rumah paling atas lah rumah paling sejuk masa winter dan rumah paling panas di musim panas. Sebab rumah paling atas kan. Sejuk ke panas ke, kita yang kena dulu. Nak cantik, cari rumah yang ada dapat matahari. Janganlah terik sangat, nanti kang summer korang rentung pulak. Matahari tu penting time winter. Dan jangan cari rumah yang gelap sangat, nanti ada mould naik banyak.

Ok, setel bab location.

Bab proses nak sewa ni, korang boleh baca post aku yang lama ni. Kalau korang berada di Malaysia, almost impossible untuk dapatkan rumah sewa. Sebab, siapa yang datang buat inspection rumah? Aku dulu pun penat mencari rumah sewa di Sydney masa berada di Malaysia. Satu, sebab number phone orang sini tak reveal, kedua, sebab takde sape nak pergi inspection, ketiga kita belum cukup dokumen yang agent nak nak seperi akaun bank. Korang kena berada di Sydney untuk cari rumah sewa. Korang carilah cara untuk dapatkan penginapan sementara.

Kalau adik-adik degree cari bilik sewa, boleh tengok kat FB marketplace. Kalau nak cari rumah sewa boleh install apps Rent, Realestate, Domain. Hati-hati jangan keluarkan duit untuk rumah sewa kalau korang berada di Malaysia. Risau kena scam. Ada kes dah macam ni. Diorang tau student baru sampai Sydney, diorang mintak deposit, sampai-sampai, rumah tak ada. Better ape2 hal sekalipun, korang sampai dulu Sydney, sebelum nak buat apa2 bayaran.

Aku doakan urusan korang dipermudahkan dalam pencarian rumah sewa. Tinggal di luar negara ni seronok kalau kena gaya dan lokasinya.

Thursday, 26 January 2023

Renew Passport di Pejabat Consulate, Melbourne

Tahun baru, pengalaman baru.

Passport Wafiya and daddy nyer expired bulan ni. Jadi selaku setiausaha keluarga aku kena ambil tahu cara bagaimana nak renew passport di Australia.

Memang sebelum ni aku ada pengalaman renew passport di Australia, tapi aku renew passport melalui program mobile office (Melbourne office datang ke Sydney). Aku belum ada pengalaman bagaimana selalunya Malaysian renew passport di Australia.

Aku mula tanya kawan. Kawan aku kasi link boleh renew by online. Aku pun bukak lah website dan isi detail secara online. Tengah duk isi, alamak, gambar ukuran passport takde lah pulak. Terbantut progress. Stop dan pergi ke Officework ambil gambar ukuran passport. Nak ambil gambar kat AusPost pun boleh tapi aku rasa gambar tak cantik.

Selesai ambil gambar daddy nyer dan gambar Wafiya, aku pun kembali isi online. Tup tup! Tengok tengok kanak-kanak bawah umur 18 tahun perlu renew di kaunter. Aiseyhmen... Kalau tau dari awal, takde lah buang masa pergi ambil gambar di Officework. 

Note: link website renew passport online tu sama jer link nyer yang Malaysian di Malaysia pakai untuk renew passport online. Beza cuma pick up collection tu kat mana. Kalau tinggal di Australia, nak pick up passport kat Australia kena sertakan visa

Aku hold dulu renew passport daddy nyer (walaupun passport daddynyer boleh renew online) sebab aku nak date Wafiya and her dad sama. Senang kira.

Bermulalah aku hunting slot appointment untuk renew passport di pejabat konsulat. Tak kisahlah di mana-mana either Canbera atau Melbourne, asalkan ada slot appointment. 

Aku tengok kat website, both office pun takde slot sehingga tahun 2022. Masa aku usha tarikh tu pun dah December 2022, so sampai ke 31 December pun takde slot). Aku email pejabat konsulat Melbourne. Surprisingly, diorang reply email aku dengan pantas. Aku dikehendaki menyemak website from time to time sebab akan ada slot dibuka bagi tahun 2023.

Hari-hari lah aku check website pagi dan petang. Hunting slot.

Kawan husband aku ajak pergi Melbourne, jalan-jalan. Husband aku cakap, korang pergi lah. Aku takde duit.

Time diorang sembang ajak mengajak nak pergi Melbourne, aku kat rumah tengah hunting slot appointment. 

Tiba-tiba aku bukak website, banyak gila slot dibuka sepanjang January 2023 untuk renew passport. Tapi pejabat Melbourne lah. Canbera takde. Tanpa beritahu suami aku, aku book jer slot ikut kepala aku. Sebab aku selalu digemburkan, slot appointment macam pisang goreng panas. Laris. Cepat jer full. Aku pun ligat lah book.

Habis book, baru aku bagitau suami aku. Nah... slot appointment. Melbourne jer ada. Canberra takde. Nak taknak, kita kena ke Melbourne. Bersedia atau tidak, kena juga pergi sebab nak renew passport.

Kami takde perancangan pun nak travel jauh memandangkan financial status cukup untuk hidup jer. Tapi kalau tak renew passport, risau akan ada masalah lain pula nanti. Kalau ada passport, boleh lah balik Malaysia, kan. Husband aku pun boleh seat PTE exam. Kalau-kalau ada kaitan dengan next visa, kan senang kalau passport sentiasa hidup.

Sementara tunggu sampai date nak ke Melbourne, aku sentiasa buka website Canberra. Mana tau, kalau-kalau ada slot di Canberra, boleh lah renew dekat sikit. Canberra jer. Jimat duit dan tak perlu travel jauh ke Melbourne.

Semua dokumen aku siapkan. Surat beranak Wafiya, IC daddy, passport lama, application form, duit cash $80 adult, $40 kanak-kanak, status visa, siap semua aku print.

Kitorang bertolak ke Melbourne untuk renew passport. Parking street berbayar. Naik tingkat 1. Sampai office, ramai tunggu di luar pintu pejabat. Kita kena tunggu dulu di luar. Tunggu sehingga nama dipanggil. Oh ya sebelum tu, sebelum bertolak ke Melbourne, aku dah buat pengesahan kehadiran di website menyatakan yang aku confirm hadir.

Bila nama dipanggil barulah boleh masuk ke dalam office. Hanya yang berurusan jer boleh masuk. Ahli keluarga lain kena tunggu di luar. So, Wafiya and daddy jer masuk office. Berikan dokumen, bayar, ambil gambar di kaunter, then balik. Pukul 3 petang pula dikehendaki datang semula untuk ambil passport yang dah siap.


Pegawai yang menguruskan passport sangat ramah. Baik dan berikan layanan mesra. Urusan sangat pantas. Overall, kami sekeluarga puas hati. Tak seperti apa yang kami baca di facebook. Ini pengalaman kami. Malah di pejabat konsulat Canberra pun sama. I have no complaint. All good and great. Selang seminggu date aku, kawan aku pun pergi renew passport. Sama jugak, kawan aku cakap all good. Staff sangat baik dan mesra.

Jam 3 petang kami datang semula untuk ambil passport yang dah siap. Sekali lagi Wafiya and her dad naik office untuk tandatangan dan collect passport. Wafiya pun dah boleh sign sendiri passport dia. Hehe comel jer. 


Alhamdulillah. Semua dah selesai. Dapatlah kami jalan-jalan sekitar Melbourna,. Kalau tak kerana passport, memang entah bila lah kami berpeluang untuk melihat sisi lain bumi Australia. Asyik pusing dalam Sydney jer. Tak pernah keluar dari NSW. 

Lepas sampai Sydney, aku mula berkira-kira untuk balik Malaysia. Pasang niat. Nak balik kejap. Nak jumpa mak ayah. Wafiq pun dah 2 tahun. Belum pernah didukung atok dan opah. Sebak pula rasa. 

Takpe lah.. Duit boleh dicari. Masa berlalu tak terbeli. Lebih baik kita curi peluang untuk balik kejap. Balik mencari kekuatan. 

Moga Allah tunaikan hasrat untuk kami sekeluarga pulang menjenguk mak ayah tahun ini malah untuk setiap tahun akan datang. Amin..

Melayu di Luar Negara

Topic ni agak sensitif. Tapi aku tau, haters takkan rajin mai blog aku untuk baca. Aku menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang t...