Tuesday 3 October 2023

Berhijrah ke Australia : Soalan Lazim Part 2

 "Sis, kenapa Sydney?"


Kan... Kenapa Sydney?

Kenapa tak Europe?

Kenapa tak German?

Kenapa tak New Zealand?

Kenapa tak Canada?


---

Korang... kalau korang faham apa itu VISA dan bagaimana cara nak mendapatkan VISA untuk duduk di luar negara, soalan-soalan tu tak akan muncul.

Kalau korang faham betapa senaknya hati perut nak mendapatkan VISA untuk tinggal di luar negara, korang akan bersyukur kerana berhijrah ke Australia. Bukan Canada, bukan Europe, bukan New Zealand.

---

Harap lepas baca post ni, korang dapat belajar sesuatu selok belok penghijrahan.

---

Sukalah untuk aku bawa korang ke tahun 2017 di mana waktu itu, laptop aku sarat dengan info website immigration German, Canada, UK, New Zealand. Browse, search history aku semuanya website immigration pelbagai negara. Kepala aku penuh dengan segala macam syarat untuk apply visa itu visa ini.

Kau nak duduk luar negara, kau perlu tahu bagaimana nak mendapatkan VISA negara tersebut.

Tak guna kau angankan salji setinggi lutut kalau VISA negara tersebut susah nak dapat.

Tak guna angankan salji depan rumah kalau background, umur, kelayakan kau tak memenuhi syarat VISA negara tersebut.

---

Selepas aku buat research pelbagai negara, aku dapati Australia punya VISA mampu ku dapat untuk tinggal di luar negara.

(aku dah pernah cerita benda ni. Penatnya nak ulang)

Tahun 2017 aku dah buat research VISA pelbagai negara, so tahun 2018 aku dapati VISA Australia yang paling ideal untuk aku.

So, now aku bawa korang ke tahun 2018

---

Dekat website immigration VISA Australia, ada satu tool visa finder.  Kau kena godek-godek website tu untuk cari visa yang sesuai dengan kau. So, aku godek-godek website tu, aku dapati, ada dua visa sesuai dengan aku :

  • Visa kerja
  • Visa student

Working Holiday Visa dah terkeluar, sebab umur aku pada tahun 2018 sudah lebih 30 tahun dan aku mahu bawa keluarga.

Visa kerja tu actually is a PERMANENT RESIDENT. Ada pelbagai jenis yang aku boleh apply sebab aku dah ada degree Electrical Engineering dan ada working experience. Untuk mohon visa kerja ni (permanent resident), IELTS kena mantap, as higher as I can, benda ni makan masa. Pastu kena tunggu invitation dari pihak immigration, which is makan masa jugak nak tunggu. 

Aku ni nak berhijrah sangat dah. Taknak tunggu tahun berikutnya lagi. Kalau aku tunggu tahun lain, mungkin aku dah beranak pinak, mungkin impian aku cuma tinggal hangat-hangat tahi ayam. No matter what, aku nak ke luar negara jugak ini tahun.

Jadi, aku jump to another options, which is STUDENT VISA.

Tapi, aku nak duk luar negara jer. Taknak study. Aku takde duit untuk bayar yuran master. Aku tak suka exam. Aku tak minat dah nak belajar. Jadi, macam mana??

Caranya, aku ambil jer lah course diploma. Walaupun dah ada degree, apalah salahnya ambil diploma. At least, aku tambah another skill, ada value added dalam perkembangan kerjaya atau akademik aku. Course diploma kan yuran murah. Boleh kerja cari duit untuk bayar yuran diploma tu.

---

So, kenapa Sydney? 

Berbalik kepada soalan tadi.

Kenapa Sydney?

Kalau korang cuba recall balik apa yang telah berlaku sekitar tahun 2015, 2016, 2017, 2018.... Korang pasti akan dengar ramai rakyat Malaysia overstay pergi petik buah. Jadi, sebagai orang yang baru nak berhijrah, orang yang baru nak apply visa, terasa goyang tak, masa nak apply visa? Tak kira lah apa-apa visa sekalipun.

Tengok situasi sekarang, senang tak korang apply visitor visa? Susah kan?

Jadi, why we should care Sydney ke Melbourne ke Perth ke? Ada kah masa untuk fikir semua tu?

Dan lagi satu, kita nak berhijrah ke luar negara sekali dengan anak dan suami, which is agent yang aku cari waktu tu semua tak berminat nak layan aku sebab berisiko bawa keluarga. Aku lebih sedih memikirkan hal itu, dari memikirkan Sydney ke Melbourne ke Perth ke. Aku cakap kat suami aku, kita akan berhijrah bertiga. Tiada siapa yang masuk dahulu, atau masuk kemudian. Tiada siapa akan PJJ. Walau jadi apa sekalipun, kita akan berhijrah bertiga, susah senang bersama. Buat apa berhijrah kalau suami atau isteri atau anak kena tinggal? Itu dah bukan matlamat aku untuk berhijrah ke luar negara.

Bila aku dah jump to option student visa, aku tak fikir dah Sydney ke Melbourne ke Perth ke.. Asalkan aku dapat offer letter dari kolej tersebut, maka situlah aku akan bertapak. Sebab, masa aku apply kolej, ada satu kolej reject my application disebabkan aku bawak keluarga, financial tak strong. That's why I dont care Sydney ke Perth ke Melbourne ke. Asalkan aku berjaya dapat offer letter, then visa granted, itu jer yang aku nak.

Berjaya cecah kaki dahulu. Lepas tu terpulang lah nak bertebaran di mana-mana.

Why should I care which city to live?

Kalau korang nak berhijrah, jangan saratkan fikiran dengan cost of living, boleh hidup ke tak, boleh survive ke tak.. Sebab semua soalan tu akan membantutkan hajat kau. Korang bazir masa dan tenaga memikirkan semua tu sebab, masalah yang lebih penting dari itu ialah, VISA korang boleh granted keeeee? 

Jadi, jangan fikir yang terlalu jauh, sebab yang depan mata ni belum tentu dapat. Lebih susah nak dapat. Lebih buat korang putus asa. Dari memikirkan which city should i live.

Harap dapat satu pendedahan baru.

Aku berhijrah ke luar negara bukan sebab dapat tawaran kerja. Kalau dapat tawaran kerja, aku ikut jer company tu ada kat mana.

Aku berhijrah bukan semata-mata nak ada master ke phd ke.. Kalau nak ada master ke phd ke, aku akan pilih universiti tu ada kat mana, kat situlah aku duduk.

Tapi, aku lain. Aku nak duduk luar negara, tak kisah lah mana-mana pun. Asalkan aku dapat visa. Tak kisah lah Melbourne ke Perth ke Sydney ke. Asalkan ada kolej mahu terima aku yang datang bawa keluarga ni, yang modal tak sebesar mana ni.

Boleh faham tak ape aku tulis ni. Harap dapat menggoncang fikiran pembaca hahahaha...

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...