Monday 15 November 2021

Renew Passport di Luar Negara : Sydney, Australia

Peluang keemasan rakyat Malaysia di Sydney, Australia untuk renew passport. Kalau tak, biasanya kita kena pergi Melbourne atau Canberra untuk renew passport. Slot appointment penuh sepanjang tahun. Memang susah nak dapat chance untuk renew passport. Tapi dengan adanya program pendek ni, dapatlah bantu sebahagian yang tak berjaya dapat slot appointment di Canberra or Melbourne untuk renew passport.


Sejak pandemik, ramai passport rakyat Malaysia di Sydney telah tamat dan urusan renew passport tergendala kerana tak boleh rentas negeri. Kami di Sydney ketika itu menempuhi tempoh lockdown yang sangat lama. Slot appointment di Canberra telah pun penuh, yang ada cuma penghujung tahun 2022 di pejabat konsular Canberra dan Melbourne.

Bila iklan dikeluarkan oleh pihak imigresen Malaysia di Melbourne untuk menyediakan mobile service di Sydney, ini adalah peluang keemasan yang ramai nantikan. Dari Sydney nak ke Melbourne bukannya dekat. Nak ke Canberra dari Sydney pun makan masa 3 jam drive. Mobile servis ni macam office bergerak. Team Melbourne datang Sydney collect dokumen sesiapa yang nak renew passport dan passport yang dah siap akan diposkan ke rumah. Lawak pun ada sebab ada segelintir rakyat Malaysia ingat mobile service ni ialah service telefon, renew passport online guna telefon. Haih.. rasa nak sekeh jer korang ni. 


Program ni jadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia di Sydney kebelakangan ini. Mana taknya, ramai passport dah pun tamat. Australia pun sudah membenarkan residennya (PR) untuk travel. Lagi lah ramai berebut nak renew passport.

Difahamkan sebanyak 2000 permohonan (Expression of Interest) telah dihantar untuk mendapatkan tempat tetapi hanya 200 slot sahaja yang terpilih bagi memenuhi program singkat dua hari di Sydney. Bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia di Sydney yang telah kematian passport. 

Peluang keemasan harus direbut. Alhamdulillah salah satu slot dalam 200 tu berjaya direbut. Aku diberi peluang untuk renew passport yang bakal tamat January 2022 dan permohonan passport baru untuk Wafiq yang dilahirkan April lalu. Dah macam menang luckydraw plak. Siapa dapat, untunglah.


Sebelum ni memang ada khabar angin yang pasukan dari Melbourne akan datang ke Sydney untuk mobile service tapi masa tu kami belum tahu tarikh program. Seminggu sebelum, aku hanya ke Canberra untuk child registration sahaja dengan tiada perancangan bila nak buat passport Wafiq. Elok jer kami sampai rumah, from Canberra, keesokannya terus keluar iklan mobile service. Apa lagi, terus aku hantar email laju-laju on the same day.

Sadly, ramai di kalangan rakyat Malaysia (PR Australia) tak berjaya dapat tempat. Dan ada juga yang passport dah lama mati. Ikutkan, mereka lebih memerlukan tambahan pula mereka dibenarkan travel. Tapi, kita semua kena hormati sistem yang ditetapkan. Diharap program ini dapat diadakan lagi pada awal tahun hadapan untuk yang tidak berjaya renew passport.

Setinggi penghargaan buat Jabatan Imigresen Malaysia di Melbourne yang sanggup travel jauh ke Sydney untuk mempermudahkan urusan rakyat Malaysia di sini. Terima kasih juga team Sydney (Education, Tourism, Agriculture) yang bekerjasama menjayakan program ini dan memastikan SOP dipatuhi. Rasa seronok bila dapat jumpa ramai Malaysian semasa program dijalankan. Ada jualan makanan pulak tu. Dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sejak lockdown.


Alhamdulillah. Selesai sudah urusan kami menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Cantik betul aturan. Rezeki Wafiq, dari urusan pendaftaran surat beranak Australia, pendaftaran kelahiran warga Malaysia sehinggalah ke urusan passport telah selesai. Lega. Selepas ni, kami hanya menunggu border untuk international student travel. Harap terjawab sudah pertanyaan bila Wafiq dapat berjumpa atuk dan opah. Sememangnya ianya bukan mudah ibarat tiup belon boleh sampai ke Malaysia.

Passport hidup, border tutup. Passport mati, border buka.


No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...