Monday 26 April 2021

Pengalaman Bersalin di Sydney, Australia

Wafiq dilahirkan secara pembedahan di hospital kerajaan berhampiran kediaman kami di sini.

Ada covid ke, takde covid ke, suami kena teman isteri bersalin. Kalau mak ada kat sini, mak pun boleh masuk teman. Tak kira di hospital kerajaan mahupun hospital swasta, bersalin secara pembedahan mahupun normal. Suami dan ibu boleh teman bersalin.


Hari terakhir check up. Keesokan harinya, aku bersalin.

Suami diberi pengalaman untuk memotong sendiri tali pusat anak. Diorang panggil untuk potong. Suami aku kata, rasa macam kenyal-kenyal.

Dibenarkan untuk merakam detik manis kelahiran anak di dunia. Diorang akan remind kita, bawa phone atau camera ke bilik pembedahan. Diorang bagitau kita apa yang diorang nak buat dan kita standby camera. Contoh time baby nak keluar, kita siap pegang camera. Potong tali pusat, diorang volunteer rakamkan.

Perasmian potong tali pusat

Untuk yang bersalin secara pembedahan, midwife siap pakaikan stokin anti blood clot semasa kita check in ke maternity ward. Susah betul nak pakai stokin ni. Kena guna kudrat. Tapi diorang ada trick untuk pakaikan bagi mudah. Selepas pembedahan, diorang pasangkan machine massage kaki di hujung katil. Nyaman sungguh. Macam raja dibuatnya. Kalau ikut pengalaman aku bersalin swasta di Malaysia dulu takde pakai benda ni. 

Midwife pakaikan sebelum dibedah

Sedap massage

Bayi dimandikan selepas 48 jam. Heran juga mulanya. Bila baby dapat mandi. Cebisan darah sampai berkerak. Midwife ajarkan cara nak mandi bayi. Walaupun ini anak kedua, nak juga tahu macam mana style sini mandikan bayi. Diorang ajar, guna wet tisu sehelai untuk sental celah-celah badan bayi.

Penginapan di ward adalah selama 5 hari bagi yang melahirkan secara pembedahan manakala 3 hari bagi yang bersalin secara normal. Maternity ward sangat selesa. Duduk saja sorang-sorang. Rest and rilex dengan baby. Skin to skin.

Aku selesa ward sini. Rasa macam private di Malaysia.

Semua kakitangan ramah tamah. Diorang pasti tanya, yang ini anak ke berapa. Yang first, lelaki ke perempuan, umur berapa. Midwife siap nak mandikan aku, tapi aku pula yang segan. Dapat doctor yang pernah membesar di Malaysia, sembang pasal kuih la pulak.

Untuk bawa pulang uri, kita kena minta. Diorang akan tanya nak buat apa. Dan kita sign untuk bawa balik uri untuk dicuci dan ditanam.

Uri dalam tub

Makanan hospital? Tak usah sebut. Sampai sekarang aku masih teringat salmon patties. Semua makanan hospital sedap-sedap belaka. Penuh setalam. Yang penting, boleh makan aiskrim

Diorang kat sini panggil baby tu, "bub" ataupun "bubba".  "Baby" tu kan dah singkat, nak singkat lagi. Ajer deme ni. Macam Mcd (McDonald) jadi "Mecca".

Buku baby

Overall, semua ok. Walaupun keluarga jauh, tapi layanan baik yang diberikan oleh staff di hospital sangat membantu.

Alhamdulillah. Semuanya sudah berlalu.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...