Friday 10 February 2023

Mencari Rumah Sewa di Sydney

Mencari rumah sewa di Sydney adalah bukan mudah, tapi tak susah. Depends on situation korang. Korang berada di Malaysia atau di Sydney ketika mencari rumah sewa tu. Korang datang Sydney untuk belajar atau bekerja? Atau macam aku, bebas dan independant. Bukan datang sebab belajar ataupun dapat tawaran kerja. 

Kalau datang sebab dapat tawaran kerja, biasanya company berikan accomodation sementara. Masa tu korang boleh cari rumah sewa. Lega lah kalau macam tu. 

Tapi kalau student yang datang, memang susah. Nak pulak time cari rumah sewa tu korang masih berada di Malaysia. Bukan senang, beb.

Sistem rumah sewa di Sydney ni ialah bayaran sewa dibayar secara MINGGUAN. Jadi, amat susah kalau korang berada di Malaysia, nak cari rumah sewa yang korang akan masuk BULAN DEPAN. Impossible. 

Biasanya kami kat sini, bila dah dapat rumah sewa, kami terus masuk minggu berikutnya. Maksud aku, aku ambil masa berminggu-minggu untuk buat inspection dan survey-survey. Then bila dah dapat rumah sewa yang aku berkenan, dan agent setuju untuk sewakan dekat aku, haa.. minggu tu jugak, atau minggu depan tu aku masuk rumah baru. Takdenyer tunggu bulan depan. Yerlah, siapa nak simpan rumah tu untuk kau selama sebulan untuk tunggu kau sampai, yer tak. Melainkan korang ada duit yang banyak, korang boleh bayar duit sewa rumah dua tiga minggu tapi korang masih belum sampai Sydney.

Tapi sebelum tu, sebelum kita sampai cerita dah dapat rumah sewa, kita kena fikir dulu macam mana nak cari dan apa proses nak sewa rumah.

Trust me, aktiviti mencari rumah sewa sangat menyeronokkan. Dan meletihkan. 

Oh ya sebelum tu, kita pergi ke topik location nak cari rumah sewa. Kat mana location dan sub urb yang sesuai?

Location dan sub urb yang sesuai pun depends on korang jugak.


Kalau datang sini sebab dapat tawaran kerja, biasanya diorang nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja then barulah cari sekolah anak-anak.

Kalau datang sini sebab belajar, satu masalah orang Malaysia yang datang sini, diorang kalau boleh nak rumah sewa yang boleh nampak BUMBUNG university, tapi nak harga murah. Hurm.. aku selalu geleng kepala ja lah. Bear in mind, kalau korang berhijrah ke luar negara, sila tinggalkan KEKAYANGAN tu kat airport KLIA. Jangan bawa ke luar negara. Di luar negara, nak nak pulak awal-awal sampai ni, baru nak hidup di tempat orang, kalau boleh, cut cost dan cuba cari alternative yang murah selagi mampu. Bila korang dah lama duduk sini, dah stabil, dah tau selok belok each sub urb, haa... itu jam, kalau korang nak duduk tepi SYDNEY HARBOUR BRIDGE pun lantak korang lah. 

Dia macam ni, kalau sewa dekat area university, dekat train, dekat public transport, itu semua MAHAL. Pastu gaduh la claim rumah sewa kat Sydney ni mahal. HAAA la mahal, dah korang nak duduk tepi pagar university. Mestilah mahal. logic tak?

Sydney ni ada banyak sub urb. Dan setiap sub urb ada ciri-ciri tersendiri. Ada sub urb kawasan orang putih. Ada sub urb kawasan orang ABORIGINAL. Ada sub urb kawasan Vietnam. Ada sub urb orang ARAB, LEBANON, SYRIA. Ada sub urb CHINA, INDIA, Korea. Australia kan negara multi nationality. Bukannya korang leh jumpa pure omputeh pun kat Sydney ni. Mostly semua immigrant.

Kalau korang duduk kawasan Asean, senang dapat barang asean. Kalau duduk kawasan Arab, mewahnya makanan halal dah serupa macam duduk kat Turki. Kalau korang duduk kawasan org putih, kawasan dia memang senyap, bersih. Tapi haaa siaplah, silap-silap bunyi tolak kerusi meja pun dah kena ketuk pintu. Tambah pulak kita yang ada anak ni, boleh bergaduh ooo dengan jiran-jiran sebab anak kita bising. Mana nak kawalnya. Kalau duduk kawasan Asean ni, kita boleh lawan tempik dengan mak mak orang lain.

Kalau duduk kawasan Arab-arab, ada banyak pilihan untuk hantar anak korang ke kelas agama. Sekolah private islamic pun ada banyak. Kelas mengaji pun ada banyak. Malah, sekolah public pun dimonopoli oleh orang Islam, jadinya, kalau sekolah public ada buat aktiviti, pihak sekolah pun sediakan makanan halal. 

Jadi, pilihlah sub urb yang sesuai supaya hidup korang aman damai. Bukan apa, nanti korang claim kata duduk luar negara ni lagi teruk dari duduk Malaysia. Padahal korang salah pilih sub urb jer. Habis, satu luar negara korang claim teruk. 

Macam mana nak pilih sub urb yang sesuai? Caranya ialah melalui PEMERHATIAN. Maksudnya korang kena ada penginapan sementara dulu, selepas sampai Sydney untuk cari rumah sewa.

Masalahnya, Malaysian Hall selalu penuh untuk menempatkan pelajar baru sampai. Aku pun tak faham lah kenapa setiap kali pun penuh. Ni based on new students baru sampai, mengadu kat aku, MH penuh. Jadi susahlah kat new students ni nak cari rumah sewa. Kesian tau. Dahlah student baru. Baru sampai ke luar negara pulak tu. Takde accomodation sementara untuk diorang mencari rumah sewa. Dah lah rumah sewa kat Australia ni bayaran weekly.

Ok, berbalik pada location tu tadi.

Kalau korang student degree, masih bujang, aku sarankan korang duduk jer tepi pagar university. Nampak bumbung university takpe. Sebab korang bujang, ambil degree pulak tu. Korang perlu kan kawan-kawan untuk kelangsungan hidup di Sydney. Dan, lagi satu, degree kena selalu pergi kelas, pergi uni. Time study week, mesti korang study dan pergi library. Dan, korang bukan cari satu rumah untuk disewa, korang hanyalah cari bilik untuk disewa. Jadi, aku sarankan adik-adik yang datang Sydney sambung degree, carilah rumah sewa dekat university. Boleh cari area Kingsford dan juga Randwick. Kensington ni aku tak berapa recommend sangat sebab takde apa. Jauh sikit korang kena menapak kalau rumah sewa di Kensington. Memang ada light rail from Kensington untuk ke kampus. Tapi bila dah jadi student ni, automatik korang akan jadi kedekut nak topup kad Opal untuk naik light rail ke kampus. Kalau korang duduk Kingsford atau Randwick, dekat kedai Asean, dekat restoran halal, jalan kaki jer untuk ke kampus. Tapi jauh sikit lah kalau korang nak cari ayam or daging halal. Tapi takpelah. Yang bujang-bujan ni bukannya hari-hari nak masak pun. Yer tak? Korang banyak di kampus jer. Rate bilik sewa pulak dalam $150 - $200 per week. Still ok bagi si bujang untuk bayor.

Bagi yang student bawa keluarga, biasanya diorang ni ambil master atau PHD. Untuk yang master ni jarang pun pergi kelas. Kelas aku pun seminggu sekali jer pergi kampus. Buat apa korang duduk tepi pagar university? Rate sebuah rumah sewa di kawasan university ialah $550 - $700. Sebuah rumah beb. Bukan macam adik-adik degree yang bayar sewa bilik $200 seminggu. Ater, korang kan bawa keluarga datang sini. Mestilah korang cari sebuah rumah untuk disewa. Satu aku nak pesan, korang jangan positif sangat dan merasakan $500 tu ok dan tak apa. Lepas sebulan dua, pasti korang akan terasa berat nak bazirkan $500 seminggu kat rumah sewa. Sedangkan korang jarang pergi kampus. Kalau cuti term macam summer term, lagi rugi. Cuti lama, tak pergi kelas, bayar sewa rumah mahal. 1 term ada 10 minggu jer. Dan aku rasa tak sesuai pun yang berkeluarga duduk area university. Satu sebab mahal. Satu lagi, bila berkeluarga ni, pasti korang nak masak hari-hari, nak beli ayam daging halal. Kalau duduk area uni, korang kena naik turun bas kalau nak dapat ayam daging halal. Let say, kalau suami yang pergi belajar, at least si isteri boleh pergi jalan kaki, cuci mata pergi kedai-kedai dan beli ayam daging halal. Ha... korang cari lah sub urb yang macam tu. Yang isteri korang boleh jalan kaki pergi kedai beli ayam daging halal dan sayur dan juga bawang-bawang. Bukan mudah untuk wife kita tinggal di rumah, baru sampai from Malaysia. Mentally tough tahu tak. Carilah area rumah yang best pergi walking. Sebab walking tu terapi untuk kita yang bakal homesick ni.

Korang tak perlu cari rumah fully furnished pun takpe. Membazir jer kalau cari rumah fully furnished. Sebab rumah sewa kat Australia ni memang siap ada dah kitchen cabinet. Tak seperti di Malaysia, rumah sewa ada sinki zink tu semata. Kat sini rumah sewa memang ada dah kitchen cabinet, cooking top, overn, dishwasher, dryer, bilik pulak biasanya ada bath tub, sinki toilet tu siap ada cabinet, laundry pun ada dengan sinki tinggi untuk washing. Dalam bilik plak, memang ada almari baju pintu cermin. Rumah pun lantai elok, ada yang fully carpet. Jadi, tak payah lah bazirkan duit setiap minggu untuk dapatkan rumah fully furnished. Ingat, tinggalkan KAYANGAN anda di airport KLIA. Jadilah marhaen for early start up. Kalau korang nak cari perabot rumah, korang boleh cari kat fb marketplace. Korang sewalah satu hari, CAR NEXT DOOR ke. dan kutip semua barang-barang from FB marketplace. Biasanya TV, sofa, meja study, meja makan, katil korang boleh dapat percuma. Kalau bayar pun dalam $10- $50. Tak payahlah korang bebankan diri korang setiap minggu extra $200 sebab nak rumah fully furnished. $200 seminggu tu boleh buat macam-macam ooo kalau di sini. Kalau korang duk sini amik master setahun jer pun, aku rasa still tak berbaloi duduk rumah fully furnished. Barang-barang tu boleh dapat free.

Dulu, masa aku di Malaysia, aku dah stick to satu rumah sewa ni, seminggu $550. Aku rasa macam ok. Tapi bila aku tanya Malaysian yang duduk Sydney, ok tak rumah ni, diorang cakap mahal weh... Then, bila aku duduk Sydney, baru aku faham maksud diorang. Ya, $550 per week untuk sebuah rumah sewa, memang aku rasa mahal. Even kawan-kawan yang duduk Sydney dah lama dan bekerja, diorang cari rumah sewa paling mahal pun $400 untuk tiga bilik. Janganlah korang bazirkan rumah sewa sampai seminggu $550 per week. Membazir aku rasa. Baik korang simpan duit tu pergi jalan-jalan pusing Australia.

Kalau cari rumah sewa, rumah yg fully carpet pun ok jugak. Taklah sejuk sangat time winter nanti. Dan boleh protect bunyi supaya jiran-jiran tak komplen bising. Kalau korang sewa apartment, rumah paling atas lah rumah paling sejuk masa winter dan rumah paling panas di musim panas. Sebab rumah paling atas kan. Sejuk ke panas ke, kita yang kena dulu. Nak cantik, cari rumah yang ada dapat matahari. Janganlah terik sangat, nanti kang summer korang rentung pulak. Matahari tu penting time winter. Dan jangan cari rumah yang gelap sangat, nanti ada mould naik banyak.

Ok, setel bab location.

Bab proses nak sewa ni, korang boleh baca post aku yang lama ni. Kalau korang berada di Malaysia, almost impossible untuk dapatkan rumah sewa. Sebab, siapa yang datang buat inspection rumah? Aku dulu pun penat mencari rumah sewa di Sydney masa berada di Malaysia. Satu, sebab number phone orang sini tak reveal, kedua, sebab takde sape nak pergi inspection, ketiga kita belum cukup dokumen yang agent nak nak seperi akaun bank. Korang kena berada di Sydney untuk cari rumah sewa. Korang carilah cara untuk dapatkan penginapan sementara.

Kalau adik-adik degree cari bilik sewa, boleh tengok kat FB marketplace. Kalau nak cari rumah sewa boleh install apps Rent, Realestate, Domain. Hati-hati jangan keluarkan duit untuk rumah sewa kalau korang berada di Malaysia. Risau kena scam. Ada kes dah macam ni. Diorang tau student baru sampai Sydney, diorang mintak deposit, sampai-sampai, rumah tak ada. Better ape2 hal sekalipun, korang sampai dulu Sydney, sebelum nak buat apa2 bayaran.

Aku doakan urusan korang dipermudahkan dalam pencarian rumah sewa. Tinggal di luar negara ni seronok kalau kena gaya dan lokasinya.

2 comments:

  1. Alhamdullilah. Jumpa juga blog Malaysian di Sydney. Terima kasih banyak berkongsi pengalaman. Saya bercadang untuk menyambung pengajian di Sydney. Blog ini sangat bermanfaat untuk dapatkan gambaran life di Sydney. Doakan jg saya dipermudahkan urusan ke sana. Thank you Diyana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... blog ni dapat menceritakan pengalaman di Sydney.. klo ade ape2 nk tanya, sis boleh dm sy kt ig diyanasahariman

      Delete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...