Sunday, 26 August 2018

Khao Yai Trip : Day 8 : Pengalaman Menaiki SRT Train From Bangkok to Padang Besar

Harini merupakan hari ke 8 percutian kami di Thailand, tiada aktiviti lawatan yang menarik kerana kami akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki SRT Train.

Nak ke Padang Besar, Platform 3 ok.
Bermula dari Penang fly to Bangkok.
From Bangkok drive to Aranyaprathet.
From Aranyaprathet drive to Khao Yai.
From Khao Yai drive to Bangkok.
Dan naik uber, tuktuk dan taxi di sekitar Bangkok.

Sesungguhnya kami dapat banyak pengalaman selama 8 hari di Thailand ini.

Dan.. selepas pulang dari percutian ini, akan ada penambaikan pada trip akan datang, iaitu trip Jeju.
Banyak yang aku belajar dari pengalaman percutian di sini.

Antaranya adalah :
  1. aku perlu lebihkan kemahiran mencatat setiap nota semasa perjalanan
  2. aku perlu rancang berapa hari percutian dan hari ke 6 atau ke 7, biasanya kita akan tumbang
  3. dapat baca sejauh mana anak kecil akan bertahan sepanjang percutian
  4. perlu ada back up plan in case emergency. Otak kena bergerak dengan cepat untuk membuat keputusan
  5. Aku kena improve edit gambar. Hehe.
Selepas check out dari Baan Mina, uber menjemput kami untuk ke station Hua Lamphong. Station ini adalah terminal yang agak besar. Pelbagai train bermula dan berakhir di sini. Nak ke Aranyaprathet naik train pun kena naik dari sini.

Station Hua Lamphong, Bangkok
Uber turunkan kami di pintu ini
Di dalam station Hua Lamphong
Kami bakal menaiki SRT train nombor 45 di platform 3 pada pukul 3.10pm.  Tetapi seawal 11 pagi kami sudah tiba di Station Hua Lamphong. Dijangka akan sampai di Station Padang Besar jam 9pagi keesokan harinya.

Ni tiket aku. berharga 960baht untuk Lower Berth.
Sampai di terminal, kami bertanya di kaunter untuk confirmation tiket yang kami dapat dan print sendiri ni. Tiket ni aku beli awal seminggu sebelum ke Thailand dengan melayari website SRT . Aku beli tiket ni 5 January, dan depart 15 January from Bangkok to Padang Besar. Bayaran tiket adalah menggunakan kad kredit atau debit. Selepas beli tiket, kita akan dapat email berserta tiket train. Harga tiket berbeza mengikut katil yang akan dipasang di waktu malam. Untuk kami bertiga, harga tiket dikenakan pada aku dan suami jer. Wafiya free. Upper Berth murah sikit. Aku amik Lower Berth dan suami aku amik Upper Berth. Bila siang, seat kami duduk berhadapan saling mengadap.

Selesai di kaunter untuk confirmation tadi, kami duduk di seat menunggu. Suami aku melintas jalan seberang pintu utama station ni untuk ke 7E membeli sedikit bekalan makanan untuk di makan di dalam train. Tiada makanan halal di dalam train. Perjalanan kami dari petang hingga ke esok pagi, banyak masa untuk tidur dan berehat daripada makan. Jadi, takde masalah lapar lah kiranya.

Apabila tiba waktunya, kami bergegas ke Platform. Senang jer mencari pintu coach sebab ramai staff yang sedia membantu dan tunjuk jalan. Sekali aku tengok staff sini macam pilot kapal terbang. Rupanya diorang ni lah yang tolong bukak kan seat malam-malam untuk dijadikan katil.

Ada pilot di hujung sana. Kehkehkeh
Seat kami. Selesa.
Masuk ke perut coach, kami dapatkan seat ikut tiket yang dah dibeli. Selesa. Luas. Anak aku teruja bukan main. Pengalaman dia naik train. Keretapi bergerak perlahan dan makin lama makin laju. Anak aku terlena. kami menikmati pemandangan senja yang indah di dalam perjalanan. Sesekali train berhenti di beberapa station.

Pemandangan senja dari dalam train
Salah satu station yang train ni berhenti
 Sebelum tidur, kami open table dulu untuk makan. Boleh panggil staff train SRT. Setiap coach ada sorang staff. Kami makan kenyang-kenyang dan bersedia untuk tidur. Lagi sekali kami panggil staff SRT untuk pasangkan katil. Tangkas dan pantas diorang pasang katil. Kami diberikan cadar, selimut, sarung bantal dari dalam plastik, berbau wangi, baru lepas basuh di dobi. Semua cadar dan sarung bantal dipasang oleh dia orang. Best tidur dalam train. Haha. Macam pergi camping.

Makan dulu sebelum seat ni jadi katil
Kami tengok staff ni pasangkan katil, cadar, dan sarung bantal
Aku tidur dengan anak aku di lower berth manakala suami aku di upper berth di mana, memang celuih sorang dia ja kat atas tu. Ada langsir disediakan di setiap katil untuk privacy. Yang untungnya, aku lah dapat tingkap tengok pemandangan. Hehe. Anak aku so far ok, takde meragam. Dah besor. Dah pandai travel.

Tandas dalam train ni sangat lah tak selesa. Kecil. Nak pusing pun susah. Terhoyong -hayang. Sebelum naik train, better korang pergi membuang semua dulu dan ambil air sembahyang siap2. Boleh jer guna tandas dalam train. Tapi korang kena tahan lah. Overall about SRT train ni, coach, seat, katil memang selesa.

Bersambung next post, bangun-bangun pagi, masih berada di dalam train...

Keesokan paginya...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 1 : Mengandung di Luar Negara

Satu persatu pengalaman aku tulis dalam blog ni. Pengalaman berhijrah, pengalaman sekolahkan anak, pengalaman ambil ujian IELTS dan PTE. Kal...