Tuesday, 7 August 2018

Khao Yai Trip : Day 1 : From Penang fly to Bangkok

Setelah insiden passport rosak berlaku seminggu sebelum fly, kami akhirnya berjaya sampai ke Bangkok. Penat jerih menyelesaikan passport daddy and wafiya. Gara-gara terkena minyak dari biskut wafiya yang ditinggalkan dalam bag daddy masa pergi Perth dulu.

Pelbagai drama jugak lah nak kena harung. Pucat , gelabah mak enon semua dah rasa. Ini semua pengajaran buat kami. Kami dah check awal, tapi kami ambil mudah, husnudzon tak bertempat. Kerana risau kalau jadi apa-apa, maka kami buat jugak passport baru supaya nanti tak kan terjadi adegan menyesal tak sudah.

Jam 2.15ptg flight kami dari Penang ke Bangkok. Kami menaiki uber dari Bukit Mertajam ke Penang Airport dengan harga RM16 sahaja. Dari awal lagi aku pesan kat Wafiya yang kita akan bercuti ke Bangkok. Nampak jer Aeroplane, dia mesti mention nak pegi Bangkok. Kami hanya ambil luggage sahaja.

Sebaik touch down di Don Mueang Airport, kami terus ambil bagasi dan bergegas keluar. Tiada pemeriksaan yang rapi. Mudah dan pantas. Kami mulakan dengan membeli simkad terlebih dahulu. Kemudian kami bercadang untuk ke hotel menaiki bas. Dah la kami ada si kecil Wafiya ni, bag luggage lagi. Heret semuanya naik bas. Nak merasa orang kata. Wafiya pun ok jer.

Kami menaiki bas ke Pratunam. Selepas turun bas, kami menapak ke Cubic Pratunam Hotel. Hotel kecil, kemas, bersih dan selesa untuk kami bertiga. Terletak berhampiran dengan Pratunam Night market, menjadikan suasana malam begitu rancak di sini.

Menaiki bas ke Pratunam
Suasana dalam bas
Kami berehat di hotel sesudah check in. Selesai Maghrib, kami menaiki Tuk Tuk yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke jalan utama. Kemudian kami mengambil uber dan bercadang untuk ke MBK Mall. Berlaku insiden yang mengecewakan di mana uber kami tak sampai-sampai. Kami menunggu di tepi jalan punya lama. Dah la anjing lalu-lalang sekali-sekala. Risau aku. Agak bebal jugak la husband aku menunggu Uber. Kalau kami cancel, dikenakan denda pula. Kami pun terus menunggu. Hampir sejam. Ada ketika yang kereta uber tu tak bergerak langsung. Tension dah kami masa tu. Percaturan yang salah kiranya.

Setibanya kami di MBK Mall, kami lihat macam ada festival makan-makan pulak di pintu masuk. Cadang kami sebenarnya nak makan di Yana Restaurant tingkat 5. Tapi baru sampai bawah kami dah tergoda makanan yang dijual. Terdapat beberapa gerai Halal. Kami yang kelaparan dan bebal menunggu uber tadi terus order makanan halal kat situ. Sedar-sedar time nak bayar tu, kami tepuk dahi. Total kami belanja untuk makan malam tu lebih kurang RM100. Baru makan nasi goreng dan udang. Dah bayar baru nak rasa geram. Silap kami tak tanya betul-betul harga makanan. Pengajaran lagi buat kami. Ape lah yang bebal sangat tah malam ni.

Gerai yang kami makan malam tu
Menarik betul presentation diorang
Festival makanan thai di perkarangan MBK Mall
Kemudian kami meronda ke dalam shopping mall. Banyak kedai nak tutup. Ni semua uber tu punya pasal. Kami dah tak cukup masa meronda malam ni. Kami pulang menaiki tuk tuk dengan tawar menawar sehabis baik. Dah makan mahal. Tambang balik nak murah giler - giler. Hahaha.

Cubic Pratunam Hotel
So, malam tu Wafiya is very happy dapat naik tuk tuk. Teruja sangat lah dia. Lepas tu baru dia kenal erti tuk tuk tu apa dan, it is very fun bagi dia. Kami pun rehat malam tu dan lena awal untuk perjalanan yang panjang keesokan hari. Sebelum tidur, menjadi satu tabiat aku untuk review balik belanja yang telah dikeluarkan pada hari ini dan buat final planning untuk keesokan hari.

Jadi, kami akan menaiki Uber untuk ke Avis office esok untuk pick up kereta sewa. Dokumen-dokumen telah disediakan. Kemas bag awal-awal supaya tak kelam kabut masa check out esok. Perjalanan bersama kereta sewa esok akan memakan masa selama 4 jam dari kota Bangkok ke Aranyaprathet.

No comments:

Post a Comment

My PTE Exam Journey : PTE Practice Website with AI Scoring

Dear PTE exam candidates, I would love to share some website I used to practice for my PTE examination. On my test day last year, 2021 PTE T...