Monday, 27 August 2018

Awana Skyway dan Sky Avenue, Genting Highland.

Baru-baru ni aku ke Kuala Lumpur untuk attend training Tour Leader pada hari Sabtu dan Ahad. Aku ambil cuti hari Jumaat untuk pusing-pusing KL dan Isnin pun cuti jugak untuk selesaikan biometric. Tahun lepas, 2017 merupakan tahun yang jarang kami menjengah ke KL. Jadi, kesempatan ni, aku cuba manfaatkan sebaiknya masa yang ada untuk enjoy living in Malaysia.

Aku buat itinerary, supaya tersusun. Tak suka terhegeh-hegeh decide nak pi mana? Makan mana? Semua soalan tu aku benci. So, aku buat siap-siap itinerary. Tolak outdoor, sebab cuaca panas. Tolak shopping mall sebab kat Penang pun belambak shopping mall. Jadi, ke mana jer aku boleh pergi? Aku buntu. Haha.

Tiba-tiba idea nak ke Genting Highland datang. Hairan jugak aku. Macam mana boleh terfikir nak pergi Genting. Betul jugak, baik visit sekejap. Dah lama tak datang. Nak tau gak naik dari station mana pulak yang baru ni. Apa jer yang ada di Genting tu bila theme park nyer belum siap lagi.

Kami bertolak dari Penang, singgah Semanggol amik Aina dengan pelbagai bekalan makanan untuk si Farah sebab mama tak dapat join sekali, Iman ada camping. Kami guna waze sebab tak biasa lalu jalan dari arah utara. Ohoi, waze bawak ikut keluar Tanjung Malim, Seingat aku, keluar kat area exit Bukit Beruntung. Aku takmau amik risiko sebab jalan tu ingat ingat lupa. Jadi kami setuju ikut waze, keluar ikut Tanjung Malim. Teringat nostalgia masa ayah sambung pengajian di Tanjung Malim. Masa tu aku sedang study Diploma di Politeknik Ungku Omar, ayah pulak sedang ambil ijazah di UPSI Tanjung Malim. Masa kami cuti sem, kami dua beranak pergi ke R&R Dengkil, kerja part time.

Kami menuju ke Genting Highland Premium Outlet. Aku study awal-awal lagi dah. Nak naik kereta kabel tu bukan dari Gohtong Jaya. So, ni lah first time kami sampai di Premium Outlet ni. Kami lalu Gohtong Jaya tu. Kosong. Suram. Lajak ke atas lagi dan masuk ke perkarangan parking kereta di Genting Premium Outlet. Ada tawaran menarik, parking percuma.

Genting Highland Premium Outlet
Naik escalator, dan kami follow signboard cable car Awana Skyway. Kami tak visit Genting Highland Premium Outlet tu pun sebab aku dilarang bershopping lagi dah. Kami pilih untuk membeli tiket cable car guna self-service ticketing sebab aku nak anak aku didedahkan pengalaman-pengalaman travel. Kios ni ada banyak. So, tak jadi masalah beratur panjang-panjang untuk beli tiket.

Self service ticketing
bagi dia merasa

Harga tiket sehala RM7. Beli tiket return siap-siap. Kanak-kanak yang tinggi 90cm percuma. Aku tak beli pun tiket kt Wafiya sebab tinggi dia sipi-sipi jer. Masa nak naik tu lepas. Tapi masa kat station Sky Avenue tu tak lepas. Staff tahan dan suruh beli tiket. Adui. Kalau gondola glass floor tu RM40 one way. Kami ambil gondola biasa jer. Masa nak beratur tu, aku jadi macam tak best pulak sebab mesti nak kena share gondola dengan orang lain. Aku fobia masa naik cable car di Langkawi. Berhimpit, sempit. Bising. Masa kat Langkawi dulu, orang tu gayat, dia punya bising.. Ya Allah.. Aku rasa macam nak campak dia ke bawah. So noisy. Mood aku down. Spoil. Kita bayar kan tiket ni. Why nak sumbat ramai-ramai. Start dari situ aku jadi meluat nak naik cable car. Potong mood aku nak layan ambil gambar dan lihat pemandangan. Aku pergi bukan peak time pun. Nak sumbat ramai-ramai buat apa. Marah ni.. marah!

Part yang paling tak best
Meninggalkan Genting Premium Outlet

So, masuk perut cable car tu, macam biasa lah, staff sumbat kasi penuh. Kami share dengan one family malay. Nasib baik anak-anak dia pun sopan jer. Senyap. Tapi sempit woi. Aku nak ambil gambar pun susah. Deme senyap, aku pulak segan. Kesimpulannya, tak best lah naik cable car kat Malaysia nih. Mohon diorang take note. Aku rasa macam rugi bayar jer. Nak beli glass floor punya, tak mampu. Aku bukan lagi bagpacker. Nak kena tunggu jadi kaya baru dapat semua tu.

Di pertengahan cable car ialah Chin Swee Station. Memandangkan cuaca tak berapa elok. Kami tak turun. Hujan renyai-renyai. Memikirkan ada anak kecil sorang ni, kami terus jer menuju ke last station, Sky Avenue station di Sky Avenue Plaza. Turun di station last tu, terus masuk ke shopping mall. Dari atas, kami tengok kat bawah ada satu stage kat tengah tu. Kami tak tau pun ada apa-apa kat situ. Kami terus pusing-pusing sini. Jalan-jalan tengok di ada mini museum, in door theme park kecik-kecik jer.

Turun di Chin Swee Station boleh ke sini
Antara aktiviti kat atas ni

Tiba-tiba kami tengok kat bahagian tengah tu ada ball bergerak-gerak dan ada lagu. Tak sempat aku nak record. Dah habis. Aku tungu lagi. Baru terperasan ada schedule. So, kami decide untuk tunggu next show. Rupanya ada Sky Symphony theatre. Gabungan light and sounds. Macam menarik.

Masa ni tak tau ruang ni untuk apa
Terfikir la ape benda ni

Kami sempat tengok full slot Ocean Groove with Maestro Ning. Wafiya suka lah. Sampai balik pun dia asyik cerita lagi. Selesai show, kami terus turun balik dan naik cable car. Kali ni aku dapat one family malay. Ada anak kecil pulak dengan stroller. Dengan ruang macam ni, memang aku tak dapat bangun dan berganjak. Duduk keras jer macam ni sampai ke balik. Tengok depan, muka orang. Berlaga lutut. Tengok belakang, kena toleh, terkolap tengkuk. Dah kenapa lah macam ni. Seat dulu duduk membelakangi, tak la segan nak bergambar. Aku tak snap banyak gambar, risau bunyi shutter mengganggu anak kecil sedang tidur di dalam stroller.

Ada Sky Symphony rupanya
 20th Century Fox World Malaysia masih di dalam pembikinan. Tak sabar nak tengok bila siap nanti. Macam mana lah rupa cable car ni. Mau muka menempek cium cermin. Nasib korang lah. Nak buat attraction place pun tak kena. Orang naik cable car ni kasi lah chance nak tengok gunung-ganang, ini bayar 7 ringgit, tengok muka orang. Ceitt!

20th Century Fox World Malaysia
Turun cable car dengan perasaan kecewa, suami aku pergi dapatkan cop free parking kat kaunter Awana Skyway, Genting Premium Outlet. Dekat pintu masuk dari parking ni ada lukisan-lukisan melambangkan tradisi dan culture di Malaysia. Boleh lah nak suka-suka bergambar kat sini. Selesai bergambar, kami terus turun dari Genting Highland menuju ke rumah si Farah.

Awana Skyway Station
Bye Bye Genting. See you when I come back to Malaysia
Antara lukisan di dinding di parking area
Masih valid till 31 December 2018

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 1 : Mengandung di Luar Negara

Satu persatu pengalaman aku tulis dalam blog ni. Pengalaman berhijrah, pengalaman sekolahkan anak, pengalaman ambil ujian IELTS dan PTE. Kal...