Monday 20 August 2018

Khao Yai Trip : Day 6 : Chatuchak Market dan Rot Fai Train Night Market

Hari ini merupakan hari ke 6 kami berada di Thailand. Orang kata, kemuncak waktu percutian. Agak letih juga. Tapi kami bergerak juga ke Chatuchak Market dengan santai.

Bangkok memang terkenal dengan kepelbagaian night market. (sumber gambar dari Bangkok.com)
Jalan jem. Uber tu letak kami kat mana tah. So kena menapak ke dalam taman, Chatuchak Park
 Kami menaiki Uber untuk ke Chatuchak Market. Market ni besar. Kami cuba adapt dulu dengan section yang ada. Selesai adapt, kami pegi makan dulu di warung Kah Jak di Section 18 noi 25/8.
Order tomyam dan nasi goreng.

Aku bergilir dengan husband aku. Aku temankan anak aku makan dulu. Kami duduk di penjuru warung. Senang. Tak ganggu orang. Sebab kami duduk makan di sini hampir 4 jam. Hehe. Selesai husband aku shopping, aku pulak take turn meronda cuci mata. Kami tak shopping sangat pun. Cuci mata jer. Chatuchak Market ni semua ada. Macam-macam barang.

Lepas kami bertiga pulak ronda market ni. Macam tak jumpa nur untuk beli ape. Mungkin letih jugak kot. Sudahnya, kami amik uber balik Baan Mina dan berehat di apartment.

Kami bertiga tidur dan berehat sepuas-puasnya.

Lepas dah masing-masing segar, kami mula merancang untuk ke mana. Memang banyak shopping mall kat sini, tapi tak menarik perhatian kami. Kami pun pergi ke Rot Fai Train Night Market pulak dengan uber. Uber turunkan kami di hadapan Seacon Square shopping mall dan kami menapak ke belakang mall untuk ke Rot Fai Market.

Seacon Square Shopping Mall Uber letak kami di sini dan kami kena melewati mall ini untuk sampai ke Rot Fai
Rot Fai Train Night Market ni pun besar. Tersusun gerainya. Memang panjang macam keretapi. Kami berjalan dari lorong ke lorong. Takde apa yang nak dibeli. Sekadar mencuci mata. Sebenarnya ada dua Rot Fai Train Night market. Satu nya di Srinakarin, belakang Seacon Square Shopping Mall, yang kami pergi tu ini lah. Satu lagi pulak di Ratchada. Disebabkan lokasi nya jauh dari apartment kami, jadi kami ke Rot Fai di Srinakarin jer.

Khemah di Rot Fai train market tersusun
Boleh berjalan dari satu lorong ke lorong yang lain
Barber hipster
Pelbagai jenis kasut
murmur
Puas meronda kami pun pulang semula ke Baan Mina Apartment dengan uber. Gitu jer lah pengembaraan kami di hari ke 6. Tayar pancit. Battery low. Rehat jer la keje harini.

Ada bunga lampu-lampu. Meluangkan masa di sini sementara tunggu uber pick up tepi jalan.
Pemandangan malam dari balkoni di Baan Mina Apartment. Kapal terbang lalu lalang di langit ini

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...