Thursday 16 August 2018

Khao Yai Trip : Day 5 : Midwinter Green, Thames Valley, Salasa Hill, Farm Chok Chai, drive back to Bangkok

Selesai sarapan, kami bersiap untuk check out. Pagi tu angin lebih kuat. Sejuk dan nyaman.

Masih lagi menjadi tanda tanya. Memang Khao Yai ni sejuk sepanjang masa ke?

Macam tak percaya. Ini di Thailand
Kami meninggalkan The Goodville Cottage dengan rasa puas hati.

Penginapan kami, The Goodville Cottage
Selesa. Bersih. Cottage yang comel
Hari terakhir di Khao Yai, kami menuju ke Midwinter Green dulu. Parking free. Bangunan ni cantik tapi tiada aktiviti menarik. Cuba mencari pintu masuk. Rupanya kena masuk, duduk dan minum di cafe ni, baru lah dapat pemandangan yang menarik seperti di english country. Tak macam Thailand atau Malaysia.

Midwinter Green
Tercari cari pintu masuk
Macam tiada hala tuju, kami meronda Khao Yai lagi. Kami nampak signboard Thames Valley. Tapi tak tau ada apa. Aku suggest kat husband aku, cuba try masuk. Kalau kena bayar, kita undur jer lah keluar. Kalau free, kita masuk. Punya kedekut. Hahaha.

Di pintu masuk Thames Valley. Sedang berkira-kira nak masuk atau tidak
 Husband aku pun cuba masuk parking Thames Valley. Elok jer sampai Thames Valley, husband aku tanya, ni tempat apa sebenarnya. Masuk kena bayar ke? Sebenarnya guard tu tak faham apa yang husband aku cakap. Dia gi kat meja dia, terus dia kasi kami resit parking. Nerghhhh! Kena getah. Haha. Kami pun belek resit tu. Resit tu tulis, kalau beli something kat dalam tu, dapat free parking.

Husband aku suggest, jom lah try masuk. Kita beli hot chocolate ke, pastu lepak la sejam. Aku pun setuju. Kami terus masuk cari parking.

Silap tak masuk kat pokok tu. Kalau tak, leh dapat parking free.
Turun kereta. Ya! sejuk! haha. Aku dah berapa kali ulang dah sejuk.. sejuk. Tapi haram nanyer sesape kenapa Khao Yai ni sejuk. Masalah bila aku tanya, diorang haram nak paham. Lupa tanya owner cottage tu. Sebelum check out tadi tak jumpa pulak.

Aku excited bila masuk Thames Valley. Cantik dowh. Aku rasa macam bukan berada di Thailand sekarang ni. Rugi lah korang kalau tak bergambar kat sini. Mula-mula kami bergambar di mini maze.

Mini Maze di Thames Valley
Mini maze
Selesai bergambar, kami masuk ke dalam cafe. Duduk kat luar untuk menikmati pemandangan menarik. Bukan panas pun. Kami order aiskrim. Anak aku syok la. Lepak santai. Baring-baring kat sofa. Kami layan, wifi free.

Kemain tau
Aku habiskan masa, ambil gambar sekitar Thames Valley. Kadang aku tolong orang lain ambil gambar diorang. Ada yang couple. Ada yang berkeluarga.

di luar cafe
Bridge ni di kawal oleh pengawal. Sesiapa yang stay di sini jer boleh masuk.
It is relaxing holiday
Dasyat Thailand punya tourism. Leh copy sebijik Europe.
Puas lepak, kami bayar bill cafe tu. Resit tadi di cop oleh cashier dan kami pun dapat free parking. Seriously, parking sangat mahal. Harga aiskrim ni lagi murah dari harga parking. Tapi aku tak ingat lah pulak berapa. Hurmm. Lepas ni aku akan jadi pencatat yang lebih baik. Janji! 👉👈

Ikutkan perancangan, sebenarnya elok untuk habiskan masa di Farm Chok Chai. Disebabkan lokasi farm tu adalah di jalan balik ke Bangkok, tu yang aku pusing-pusing Khao Yai dulu.

Kami lunch di Salasa Hill lagi. Makan kenyang-kenyang untuk perjalanan 2 jam pulang semula ke Bangkok. Kat sini ada surau, penginapan, dan restaurant. Tepi jalan jer. Dekat dengan Chocolate Factory dan Palio Khao Yai. Rata-rata kita akan stay di Khao Yai dalam 2 hari jer. Walau tak banyak kedai halal, still ok dengan adanya Salasa Hill.

Kalau korang dah dekat sampai Chocolate Factory atau Palio Khao Yai, toleh-toleh la kiri kanan. Pasti nampak logo halal ni
Tepi jalan jer
Salasa Hill
Tandas dan surau disediakan
Sedap juga. Kalau ada sambal belacan lagi sedap.
Selesai makan, kami menuju pulang ke Bangkok. Tapi kami singgah dulu di The Chocolate Factory. Kami tak beli apa pun. Just nak tengok kat sini ada apa. Anak aku main playground jer kat sini. Selang 15 minit ada bubble keluar depan chocolate factory ni.

Nampak tak bubble tu
Apa bikin. Bikin Coklat.
Kami teruskan perjalanan ke Bangkok. Tapi tak sampai sampai lagi ke Bangkok nya sebab kami singgah Farm Chok Chai pulak. Farm ni besar. Should spend half day kat sini dari pagi hingga ke tengah hari.

Dari tepi jalan boleh nampak
Masa di Primo Piazza semalam, alpaca tu buat hal sampai anak aku takut nak feeding animal tu makan. Jadi, aku tak plan ke Farm Chok Chai. Tu sebab aku pusing-pusing pegi Midwinter Green dan Thames Valley. Nak lagi cun sebenarnya elok ke Toscana Valley semula. Tapi aku risau jadi macam kes Midwinter Green tadi.

Elok sampai Farm Chok Chai, anak aku terlena kekenyangan. Memang aku tak akan kejutkan lah. Kalau aku paksa gak dia bangun, nanti dia akan cranky. Bila dia cranky, aku pulak tension nanti. Jadi, husband aku sekali lagi duduk dalam kereta, teman anak aku lena. Aku pi melawat kawasan.

Boleh masuk kandang ni
Tengah berhati - hati dari terpijak taik kambing.
Aku cuba berani dekat
Farm sangat tau
Syok yer bertebaran. Tu pagar tempat aku masuk kandang ni tadi. Yang ada palang kayu cokelet tu. Jauh plak dah aku pegi
Kami tak pegi center farm ni pun. Duduk tepi-tepi ni ada sheep. Leh feeding dan ambil gambar. Luas ladang nya. Takde sape. Ada kami jer time tu.

Kat center dia ada museum. Helikopter tengah landing atas bumbung haha
Penghujung Farm Chok Chai. Kat sini la aku masuk kandang tadi. Dan husband aku parking tepi ni jer
Pukul 4 petang, betul-betul gerak ke Bangkok. Risau lagi lewat nanti kang Bangkok jem. Kami terus menuju ke Baan Mina Apartment, Bangkok. Penginapan terakhir kami di Thailand. Perjalanan memakan masa 2 jam. Kami melalui Saraburi yang terkenal dengan ladang bunga matahari.

Nampak tak jalan raya tu, Ha... tu ler jalan utama dari Khao Yai pulang ke Bangkok
Aku suggest kalau korang nak tengok ladang bunga matahari, better terus pergi Khao Yai jer. Bukan saja bunga matahari, tempat-tempat lain yang cantik dan menarik pun ada di Khao Yai. Buat apa korang susah-susah dari Bangkok ke Saraburi untuk tengok ladang bunga matahari semata. Baik pergi Khao Yai. Macam-macam ada.

Kembali ke pangkal jalan menuju ke Bangkok

Seeloknya spend 2 hari atau 3 hari di Khao Yai.Kalau korang bawak anak-anak, better pergi 3 hari lah. Spend half day di Farm Chok Chai. Farm ni ada animal show. Ada bengkel buat aiskrim dari susu lembu. Leh ride truck untuk ke ladang.

Sampai jer di Baan Mina, kami check in dan letak bag. Kemudian kami keluar semula untuk drop car. Traffic jem di Bangkok. Avis dah call memanggil-manggil kereta dia. Tapi sempat jer untuk kami sampai di sana. Ngam pukul 8malam kami tiba di Avis untuk serahkan kereta. Staff buat pemeriksaan sebelum kami tandatangan. Selesai.

Balkoni Baan mina. Boleh nampak kapal terbang lalu lalang
Kini bermulalah pengembaraan kami menggunakan public transport sahaja. Dari Avis office, kami menapak 3 beranak ke MRT Station, Lumphini Park. Aku heran. Mana train nya. Rupanya bawah tanah. Haha. Anak aku belajar lagi benda baru. Naik MRT kat sini. Ramah cashier kat station ni. Masuk je perut MRT tu, sendat oi. Ramai orang.

MRT masa sendat.
Kami turun di station Chatuchak Park. Sebenarnya kami nak pergi JJ Green Vintage Night Market. Chatuchak Market hanya ada di waktu siang. Jadi, kami ke JJ Green Vintage ni sebab ada di waktu malam sahaja. Lokasinya sebelah menyebelah jer dengan Chatuchak. Weekend jer ada.

Kami tau market ni pun sebab husband aku tanya local sini. Ikut carian di internet, kami tau Chatuchak dan Rod Fai Market jer. Banyak lagi night market lain, tapi kami nak yang lebih besar, lebih banyak barang jualan.

Jualan tote bag
Jualan kasut
spek. Nyesai plak tak beli.
JJ Green Vintage ni bagi aku sangat best. Kami boleh spend masa berjam-jam kat sini sebabnya, kt sini ada live band. Anak aku suka la benda-benda gini. Kami duduk di bangku menjadi penonton. Aku dan husband bergilir-gilir explore market ni. Aku teman anak aku dulu kat sini, sambil layan show. Husband aku dapatkan makanan halal di beberapa buah gerai untuk aku suap anak aku makan sambil layan live band.

Layan live band
Kemudian husband aku cari lah barang apa yang dia berkenan. Lepas tu giliran aku pulak. Aku tak beli apa pun kat sini. Pusing-pusing ambil gambar night life jer. Sampai live band tu nak bungkuih equipment lah. Baru kami beredar.

layan~
Anak aku seronok melayan reggae~
Nak balik tu agak mencabar. Semua orang bertenggek kat pintu luar market dapatkan taxi. Kami tunggu uber jugak mula-mula. Lagi sekali uber buat hal. Statik di satu tempat. Jalan sesak. Ni kalau kami cancel sekali lagi ni, mesti kena penalti. Setelah tunggu uber berjam-jam tak sampai sampai, kami ambil kata putus untuk cancel jer uber ni dan ambil taxi. Nak dapatkan taxi satu hal pulak. Kami terpacak tunggu taxi di pintu market, padahal orang yang terdahulu dah rembat awal taxi tu. Tak boleh jadi ni, kami menapak maju ke hadapan untuk mendahului yang lain supaya kami dapat taxi terlebih dahulu. Tapi sebelum tu kami tanya local sini dulu. Nak ke Baan Mina ni arah mana. Ke kanan atau ke kiri. Katanya ke kanan. Jadi kami menapak ke kiri untuk mendahului yang lain. Masa ni aku menilai husband aku seorang yang tidak malu bertanya. Memang husband aku ni tak malu pun. Hahaha. Aku learn survival skill malam ni. Anak aku pun dah mengantok sangat. Berdukung pulak tu woi. Letih hehe. Camni lah bila travel bawa anak kecil.

Akhirnya dapat juga taxi setelah satu jam bergelut. Pemandu taxi ni cekap. Tambang taxi lebih kurang jer dengan uber. Ambil taxi bermeter ya! Sampai di apartment. Kami rehat sepuasnya.

p/s : Penatnya nak menyiapkan satu entry pun.



2 comments:

  1. Hi! Love your blogs about Khao Yai. Really gave me so much information. Is there any way we can chat further? I want to ask further details about Khao Yai & Bangkok. Thanks.

    ReplyDelete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...