Monday, 11 October 2021

Salahkah Menggunakan Perkataan "MIGRATE" Jika Berpindah?

Well,

Masa aku dapat topik ni dari seorang rakan untuk dibualkan, aku terkejut dan pelik. Salah ke kalau kita guna perkataan "Migrate" kalau kita tinggalkan Malaysia, berpindah ke luar negara tak kira lah bertujuan untuk sambung belajar mahupun mengikut suami atau isteri bekerja?

Perkataan ni rupanya sensitif bagi sesetengah pemikiran manusia. Baru aku tahu. Tak sangka benda kecil pun menjadi kontroversi. 

Why make it so complicated?


 

Whatever the definition of migrating is, biarlah seseorang tu definisikan sebagaimana kita mendefinasikan KEBAHGIAAN.

Ada orang bahagia bila dapat emas berlian. Ada orang tak minat pun barang kemas.

Ada orang bahagia bila dapat melancong. Ada orang lebih bahagia duduk di rumah bersantai.

Yang sama, masing-masing capai KEBAHGIAAN.


Ada orang berpindah dari Kedah ke Johor.

Ada orang berpindah dari Sydney ke Adelaide.

Yang sama, masing-masing berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Biarlah diorang nak guna perkataan "MIGRATE" sekalipun, sebab memang diorang berpindah ke tempat lain dan meninggalkan tempat yang asal.

Doesn't matter~


Terkejut aku bila ada orang triggered guna perkataan "MIGRATE" sebab mengikut pasangan bekerja di luar negara. Biarlah. Apa salahnya. Dah memang maksud migrate tu pun berpindah ke tempat lain bukan ada syarat tujuan pun dalam definisi migrate.

Duduk luar negara sebab ikut suami, definisi lain.

Duduk luar negara sebab sambung belajar, definisi lain.

Macam tu ke? If it is, that's your rule. Don't insult others.


Sepatutnya kita raikan orang baru nak mula berhijrah. Kita raikan fasa baru mereka. Kita beri sokongan. Bukan mudah seseorang nak mula satu kehidupan baru. Dia masih menggunakan visa yang betul untuk ke luar negara. Kenapa nak marah?

Chill lah.


Kalau macam aku, aku bertindak untuk duduk di luar negara guna student visa tapi bukan niat nak pursue higher education, while staying luar negara aku try dapatkan PR, aku tinggalkan Malaysia, jual segala apa yang ada termasuk rumah dan kereta, macam mana pula nak definasikan tu?

Kalau itu maksudnya berhijrah? Then kenapa tak puas hati pula dengan cara aku sharing dan educate orang untuk berhijrah dengan cara betul?

Hahaha. Jiwa kacau ke kak? Banyak sangat masa terluang pertikaikan segala apa yang orang buat. 

In case,




Friday, 1 October 2021

Tinggal di Luar Negara : "Sis Sambung Study ke Kerja? Atau Ikut Suami?"

Hurm..

Hurm...

Bosan aku soalan ni. Letih.

Kenapa?

Sambung study, bekerja atau ikut suami je ke boleh duduk luar negara?

Kalau tiga-tiga tu kita tak ada, tak layakkah untuk berhijrah ke luar negara?

Kalau tiga-tiga tu kita tak dapat, tak boleh ke kita nak merasa tinggal di luar negara?

Ok. Ok. Bunyi macam garang pula kan. Hehe.


Pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi scroll sampai jumpa post ni. Diharap dapat teruskan lagi bacaan. 

Aku tanya balik,


"Apa yang awak faham tentang sambung study?"

"Sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Contoh kalau dah ada degree, sambung master. Kalau ada master, sambung PHD?"


"Kalau itu fahaman awak, saya tinggal di luar negara ni bukan sebab sambung study."


Aku tak seberuntung seperti orang lain. Punya kerjaya mantap. Dihantar oleh syarikat untuk tinggal di Australia atau dapat tawaran pekerjaan. Aku tak macam tu. Aku cuma ada impian. Impian untuk merasa pengalaman tinggal di luar negara. Aku bukanlah orang yang hebat. Di Malaysia dulu aku engineer cabuk di kilang solar yang dah pun tutup.

Berbalik pada soalan, "Sis sambung study ke kerja atau ikut suami?"

 Tidak. Aku ke luar negara tidak mendapat mana-mana pekerjaan.

Ikut suami? Pun tidak. Aku dan suami pun sama. Tidak mendapat mana-mana pekerjaan di Australia sebelum berhijrah. Kami bukan di kalangan yang berkerjaya hebat. Aku tak ikut suami. Suami pun tak ikut aku. Kami sama-sama ada impian nak try hidup di luar negara.

Untuk soalan tu, semua jawapan adalah tidak.


Ini jawapan aku.

Untuk tinggal di luar negara, kita perlu ada visa yang sah, legal. Ada beberapa jenis visa yang membolehkan kita tinggal di luar negara. Masalahnya sekarang, visa apa yang mampu kita peroleh dari segi visa fee dan background profile kita?

(Tentang visa ni semua korang boleh pergi kat website immigration negara yang korang nak pergi. Buat sedikit kajian tentang jenis visa)

Ada dua jenis visa yang sesuai dengan aku, Independent Skill Visa atau Student Visa.

Independent Skill Visa ialah work visa/visa kerja yang membolehkan aku tinggal di Australia secara tetap. Kiranya visa ni ialah Permanent Resident(PR). Harganya mahal, ada beberapa step dan time consuming. Tapi aku nak ke luar negara dah tak nyempat-nyempat. Nak pergi sangat dah. Tekad. Azam yang kuat. Kalau aku tangguh lagi, kalau aku layan lagi masa untuk lalui setiap step visa ni, pasti aku akan hanyut dan lama-lama impian aku pudar.

Aku ambil IELTS. Aku set plan. Kalau aku dapat IELTS band 8 above, aku akan ke Australia dengan Independent Skill Visa ni. (Walaupun aku tahu ianya amat mustahil pada masa tu sebab English aku tak lah superb dan visa ni mengambil masa untuk apply dan menunggu). Kalau aku dapat IELTS band 6, aku akan ke Australia menggunakan student visa jer dulu. (cara ni paling cepat sampai ke Australia). The rest journey let's decide later. Aku fikir, jejakkan kaki jer dulu ke Australia dengan menggunakan student visa, nanti fikir lain. Banyak peluang dan jalan lain after that.

Nak dipendekkan cerita IELTS aku hanya lepas untuk student visa. Proses nak apply student visa sangat direct, tak lama. Sangat cepat. Tapi kalau aku apply Independent Skill Visa tu, aku kena buat assesment dengan Engineer Australia, then aku kena tunggu outcome, pastu aku kena lodge EOI (Expression of Interest), then aku kena tunggu invitation from immigration baru boleh apply that visa. Proses untuk skill Independent Visa memakan masa, kalau aku di Malaysia, tunggu visa ni, mungkin aku banyak habiskan duit di Malaysia dan impian aku berlegar-legar lama-lama pudar. Sementara aku ada azam yang kuat untuk ke luar negara, baik aku grab cepat-cepat dan berangkat cepat-cepat. Walaupun aku masa tu takde duit. Aku mulakan langkah jugak. Then duit tu datang kemudian seiring dengan penyelesaian. Boleh korek cerita lama kat sini:

Aku ambil kesempatan pergi ke kelas dapat bersiar-siar, belanja korang pemandangan dan public transport, dapat build network tambah kawan, dapat berbual dalam bahasa inggeris

Berbalik kepada jawapan aku tadi. Aku mulakan langkah berhijrah dengan menggunakan student visa jer dulu. (Actually aku janji pada diri aku, once dah sampai Australia, aku kena buat IELTS sampai dapat band 8 ke atas untuk apply Independent Skill Visa. Tapi bila aku dah sampai Australia dan sehingga sekarang, hal ini belum dapat diselesaikan atas sebab kelaghoan aku). 

OK.  Sekarang korang faham dah kan? Aku guna student visa.

Tapi aku tak nak study. Aku nak stay jer. Aku tak mampu nak bayar yuran master. Aku belum bersedia nak study berat-berat. Ha? Macam mana nak guna student visa tapi taknak study?

There is a trick.

Aku ambil short course di mana-mana kolej yang murah bayaran yuran. Kelas seminggu sehari. Bukan course yang exam oriented. There is a task macam quiz kena buat. That's it. Kalau tengok resume aku, aku ada banyak diploma =))

Tahun pertama aku datang sini, aku ambil course Diploma Project Management setahun. Then, kami buat keputusan nak stay lagi, aku ambil course lain pula, Advance Diploma Leadership and Management lagi setahun. Ni aku cerita lebih lanjut kat post lain.

Course ni semua buat syarat sebagai pelajar. Masih lagi legal. Dalam visa ada menyatakan student visa boleh belajar, boleh stay dan boleh bekerja. Hal ni bukan aku jer yang buat. Mostly yang datang ke Australia, yang PR, yang citizen semua guna student visa dulu as their early step. Trainer aku pun student visa. (Trainer ni lecturer. Kami panggil trainer sebab kolej vokasional jer kan). Staff kat kaunter office kolej pun ramai student visa. Masyarakat kita jer yang mentaliti pergi luar negara, sambung belajar pastu balik. Orang lain, bangsa lain dah maju ke depan dah guna cara ni. Classmate aku ramai dari UK, American Latin, Asean semua datang sini guna student visa untuk bekerja. Diorang selalu datang kelas lambat sebab tunggu habiskan kerja. Aku ni tak bekerja. Diorang pulak terkejut aku kat sini tak bekerja. Apa yang aku nak datang sini sebab diorang semua struggle bekerja. Kolej aku yang first tu kelas start pukul 4 petang. Kolej yang kedua tu kelas hari Sabtu. Dalam kelas kitorang banyak sembang merapu dan bersosial. Kitorang selalu sembang tentang strategy visa masing-masing. Lepas ni kau nak apply visa apa? Nak duduk sini lagi berapa lama? Nak ambil course apa lagi? Dari situ pun kita dapat idea bagaimana perjalanan hidup masing-masing di bumi kangaroo ni. Dalam kelas, trainer kasi jawapan untuk soalan dalam task given. Apa susah nak study, kan?

Ni suasana dalam kelas. Boleh datang lenggang kangkung sebab ada laptop disediakan

Then, bila dah duduk sini. Nak makan pasir? Sewa rumah, bil semua nak bayor pakai ape? Kene lah kerja. Cari duit. Nak hidup. Nak makan, kan. So, suami aku yang kerja. Cari duit untuk tanggung anak bini. Bukan kerja hebat-hebat pun. Buat food delivery. Kalau di Malaysia tu terkenal food panda. Cam tu lah. Aku pulak kena jaga anak di rumah. Di sini mana ada pengasuh murah-murah macam di Malaysia tu. Kalau laki bini nak kerja, anak hantar childcare. Around $150 sehari camtu. Minimum kena hantar seminggu 2 hari. Kalau gaji sehari $200, hantar anak pergi childcare $150 sehari, baik aku duduk rumah ngasuh anak sendiri. Kalau nak kerja hebat-hebat macam Engineer ke Arkitek ke, tu kena ada visa especially Permanent Resident, senanglah dapat kerja.

"Sampai bila ko nak duduk sana?"

"Selagi ada visa, aku stay. Kalau dah takde visa dah, balik Malaysia also no harm. Kami dah dapat apa yang kami mahukan. Iaitu..pengalaman berhijrah ke luar negara. Dah dapat merasa bagaimana kehidupan di rantauan yang tidak sama seperti di tanah air kita."


Terima kasih kerana sudi baca.


Thursday, 23 September 2021

Pengalaman Berkhatan Bayi Lelaki di Sydney, Australia

Masyarakat kita kurang pendedahan untuk khatankan anak lelaki ketika masih bayi.

Kami buat keputusan untuk khatankan anak lelaki semasa masih bayi. Di Australia, khatan hanya dibenarkan untuk bayi lelaki sahaja. 

Macam biasa, ramai yg akan cakap kesiannya masih kecik lagi. Takde kenangan majlis kenduri kendara. Nantilah, bagi dia merasa sakit, baru anak jantan. Aku hormati setiap perbezaan pandangan. Tapi hormatilah juga keputusan yang kami buat ni. Kami pun ada alasan mengapa nak khatankan ketika masih bayi.

Pada awalnya, aku tak diberi pendedahan tentang khatan semasa bayi. Tapi bila aku tengok adik aku khatankan anak lelakinya semasa masih bayi, baru aku terbuka mata, luaskan fikiran. Ingatkan darjah 3 baru boleh sunat. Cucu lelaki atok yang pertama berkhatan di Nigeria. Cucu atok yang berikutnya berkhatan di Australia. Ok, atok belum ada lagi majlis khatan di Malaysia.

Semasa aku mengandung, kawan tempatan di sini khatankan anaknya semasa berusia 21 hari. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan Indonesia khatankan anak seawal masih bayi. Mereka semua sudi kongsikan maklumat nama doctor dan klinik yang mereka pergi untuk berkhatan.

Selepas aku bersalin, aku agak struggle mental dan fizikal. Rasa tak bersedia untuk khatankan anak kerana diri aku sendiri pun belum stabil lagi. Bila aku pergi check up baby, doctor GP tanya, bila nak sunat? Dah sunat ke belum? Dari situlah aku rasa, oh. Kena sunat juga ni masa bayi. Nampak macam di sini dah biasa sunatkan bayi seawal yang mungkin.

Agak keberatan juga pada mulanya untuk ke klinik dalam tempoh lockdown. Aku rasa tak selamat. Aku pilih klinik berdasarkan harga dan review yang bagus serta tarikh yang sesuai. Tapi klinik tu postpone kan tarikh, jadi lagi lambat. Takpelah. Aku fikir, boleh juga kumpul duit. Bukan murah sebenarnya.


Di klinik, aku tengok yang datang pun ramai nak khatankan anak mereka. Semuanya masih bayi lagi. Masih halus. Orang-orang dari Middle East country biasanya memang berkhatan semasa bayi. Tiba-tiba aku rasa macam aku ni dah terlambat ke? Yang datang semuanya sempoi dan selamber. Ada yang datang berdua, bapa dan anak. Mudahnya bagi mereka. Ada yang berkhatan usia 7 hari. Suami aku tanya, kami ni dah terlambat ke? Sebab kat situ kami rasa Wafiq jer paling besar. Dia cakap takpe. Bila-bila pun boleh. Yang budak besar dalam 7 or 8 tahun berkhatan selalunya orang Bangladesh.

Cara yang digunakan oleh doctor yang khatankan Wafiq ialah menggunakan gunting, cup kecil dan benang. Kalau klinik lain, ada yang doctor pakai laser. Dibiusnya sekali.  Aku agak scary melihat proses ni. Jauh jauh aku berdiri. Mujur ada suami. Lepas kulit dipotong, doctor buang terus sekali dengan gunting. Terdetik jugak aku. Gunting memang pakai buang ke? Aku tengok memang doctor tu pakai buang jer gunting tu. Wafiq hanya menangis semasa proses khatan sebab tak biasa dengan stranger. Bila selesai, daddy dukung terus senyap. Doctor kasi nombor telefon, kalau ada apa-apa berlaku, boleh tanya terus. Doctor pesan untuk beli Betadine di farmasi dan sapukan pada kulit. Cup yang dipasang akan tertanggal dalam masa kurang seminggu.


Lepas tu kami balik, macam takde apa-apa berlaku. Boleh mandi macam biasa. Boleh pakai pampers macam biasa. Boleh menyusu macam biasa. Boleh dukung macam biasa. Wafiq ok. Tak meragam. Mommy jer yang takut lebih. Doctor cakap mungkin dia akan merengek dalam 4 hingga ke enam jam selepas bius. Tapi Wafiq ok jer. Macam biasa. Macam takde apa-apa berlaku.

Khatan semasa bayi amat mudah dijaga, itu kelebihan utama. Tak perlu penjagaan makanan kerana bayi masih menyusu. Dan kita nak kurangkan risiko jangkitan kuman. Selain itu, korang boleh research sendiri kebaikan berkhatan semasa masih bayi. Nak cakap lebih-lebih karang, ramai tak setuju sunat time masih bayi.

Harga berkhatan di Sydney, Australia mengikut usia. Lebih awal, lebih murah. Lagi bayi, lagi murah. Lagi besor, lagi mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Balik dari klinik, kawan aku yang juga merupakan doctor di sini beri idea supaya aku try claim insuran. Aku tak yakin pada mulanya boleh claim. Tapi bila aku try claim, tengok-tengok boleh claim. Duit terus masuk. Cepat dan pantas. Hepi lah kan. Sape tak hepi. Duit... Kita bayar insuran, takkan nak biar saja. Dapat hasil pulangan, rasa lega. Aku claim insuran duit berkhatan weh.. Mana nak dapat kalau di Malaysia.

Begitulah pengalaman kami khatankan Wafiq semasa berusia 4 bulan lebih. Juga pengalaman khatan di Australia. Si kakak pun ambil berat dan ada contribution terhadap adiknya. Masa mengandung, sesi check up dengan midwife, midwife dah pesan siap-siap, khatan bayi perempuan tidak dibenarkan menurut undang-undang. Andai tertangkap, akan dipenjarakan. Aku dah pernah cerita pada post sebelumnya.


Berkhatan adalah tidak asing bagi negara Australia. Ramai pakar yang boleh lakukan dan beri servis terbaik. Bukan kita saja orang Islam yang tahu hukum hakam. Cuba luaskan pemikiran tu sikit.

Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, baru tahu.

Berkhatan ketika masih bayi is highly recommended!


Monday, 26 April 2021

Pengalaman Bersalin di Sydney, Australia

Wafiq dilahirkan secara pembedahan di hospital kerajaan berhampiran kediaman kami di sini.

Ada covid ke, takde covid ke, suami kena teman isteri bersalin. Kalau mak ada kat sini, mak pun boleh masuk teman. Tak kira di hospital kerajaan mahupun hospital swasta, bersalin secara pembedahan mahupun normal. Suami dan ibu boleh teman bersalin.


Hari terakhir check up. Keesokan harinya, aku bersalin.

Suami diberi pengalaman untuk memotong sendiri tali pusat anak. Diorang panggil untuk potong. Suami aku kata, rasa macam kenyal-kenyal.

Dibenarkan untuk merakam detik manis kelahiran anak di dunia. Diorang akan remind kita, bawa phone atau camera ke bilik pembedahan. Diorang bagitau kita apa yang diorang nak buat dan kita standby camera. Contoh time baby nak keluar, kita siap pegang camera. Potong tali pusat, diorang volunteer rakamkan.

Perasmian potong tali pusat

Untuk yang bersalin secara pembedahan, midwife siap pakaikan stokin anti blood clot semasa kita check in ke maternity ward. Susah betul nak pakai stokin ni. Kena guna kudrat. Tapi diorang ada trick untuk pakaikan bagi mudah. Selepas pembedahan, diorang pasangkan machine massage kaki di hujung katil. Nyaman sungguh. Macam raja dibuatnya. Kalau ikut pengalaman aku bersalin swasta di Malaysia dulu takde pakai benda ni. 

Midwife pakaikan sebelum dibedah

Sedap massage

Bayi dimandikan selepas 48 jam. Heran juga mulanya. Bila baby dapat mandi. Cebisan darah sampai berkerak. Midwife ajarkan cara nak mandi bayi. Walaupun ini anak kedua, nak juga tahu macam mana style sini mandikan bayi. Diorang ajar, guna wet tisu sehelai untuk sental celah-celah badan bayi.

Penginapan di ward adalah selama 5 hari bagi yang melahirkan secara pembedahan manakala 3 hari bagi yang bersalin secara normal. Maternity ward sangat selesa. Duduk saja sorang-sorang. Rest and rilex dengan baby. Skin to skin.

Aku selesa ward sini. Rasa macam private di Malaysia.

Semua kakitangan ramah tamah. Diorang pasti tanya, yang ini anak ke berapa. Yang first, lelaki ke perempuan, umur berapa. Midwife siap nak mandikan aku, tapi aku pula yang segan. Dapat doctor yang pernah membesar di Malaysia, sembang pasal kuih la pulak.

Untuk bawa pulang uri, kita kena minta. Diorang akan tanya nak buat apa. Dan kita sign untuk bawa balik uri untuk dicuci dan ditanam.

Uri dalam tub

Makanan hospital? Tak usah sebut. Sampai sekarang aku masih teringat salmon patties. Semua makanan hospital sedap-sedap belaka. Penuh setalam. Yang penting, boleh makan aiskrim

Diorang kat sini panggil baby tu, "bub" ataupun "bubba".  "Baby" tu kan dah singkat, nak singkat lagi. Ajer deme ni. Macam Mcd (McDonald) jadi "Mecca".

Buku baby

Overall, semua ok. Walaupun keluarga jauh, tapi layanan baik yang diberikan oleh staff di hospital sangat membantu.

Alhamdulillah. Semuanya sudah berlalu.

Friday, 26 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 6 : Glucose Test dan GDM Semasa Mengandung

Test ni adalah test yang paling famous semasa mengandung. Selalu orang panggil, "minum ayaq gula". Test yang penuh kontroversi. Siapa sangkut, selalu dianggap "loser". Itulah mentaliti orang sekeliling kita.

Pemandangan hari terakhir check up. Keesokan hari dah nak bersalin.

Macam biasa, aku pergi klinik, set appointment. On that day, jumpa GP, GP buat surat untuk pergi lab, minum air gula. Baru aku tau, kena duduk berjam kat sini. Masa mengandungkan Wafiya dulu aku tak kena minum air gula. Ni pengalaman pertama aku.

Pagi sebelum ke klinik sebenarnya aku ter"ngap" strawberry Wafiya masa aku sediakan lunchbox dia. Aku fikir, tak apa-apa kut minum air gula lepas tu. Fikir kut boleh ulang test lagi nanti.

Mula-mula kena ambil darah sebelum minum air gula. Kena habiskan dalam masa 10 minit. Lepas tu kena duduk. Tak boleh bangun. Lepas sejam, ambil darah lagi. Duduk balik. Lagi sejam, ambil darah lagi.

Air gula for glucose test di Australia

Keputusan diketahui keesokan hari. GP call aku bagitahu yang aku sangkut GDM. Kemudian, set appointment pulak jumpa doctor. Doctor arrange kan untuk jumpa dietician.

Set pula date untuk ke kelas bersama dietician. Dalam kelas, dietician explain apa itu gdm, jenis makanan, jadual pemakanan dan cara menggunakan sugar test.

Diabetic class

Aku selalu share kat ig story pregnancy journey aku. Ada juga sebilangan manusia yang reply sinis sebab aku diberikan insulin. Ramai juga yang mengajar aku cara-cara untuk trick. Ada yang ajar minum air lemon. Ada yang ajar jangan makan benda manis beberapa hari sebelum test. Aku try absorb apa yang diorang ni ajarkan. Pastu aku terfikir, nak apply time bila? Glucose test tu kan dah berlalu. Semua trick ni macam tak applicable jer kat aku.

Aku roger adik aku. Seingat aku dia pun pernah kena monitor sugar masa pregnant. Kitorang sembang habis-habis cara kat Malaysia macam mana. Ceh! Patutlah korang ajar macam-macam. Banyak taktik boleh mengelat rupanya. Patutlah ada yang reply sinis bila aku sangkut gdm. Ada perbezaan berapa kali kena ambil bacaan gula sepanjang mengandung.

Cara minum air gula tu lebih kurang sama jer di Australia dengan Malaysia. Cuma di Malaysia air gula bancuh, di Australia air gula siap dalam botol.

Lepas dah tau result kita sangkut gdm, macam mana tindakan selanjutnya?

Device dan accesory yang aku dapat untuk check sugar reading

Di Australia, kat sini, kami dapat device tu percuma. Ambil terus. Usunglah ke mana saja. Itu kita punya. Cuma nanti, needle dengan strip tu kalau dah habis yang diorang kasi, kena beli di farmasi. Dietician dalam kelas tu kasi kertas, kita kena isi. Kena tip ujung jari 4 kali sehari. Before breakfast, after breakfast, after lunch, after dinner. Setiap hari ok. Setiap hari. Tulis dalam kertas tu. Selang seminggu, bawa kertas dan device tu ke hospital. Jumpa dietician. Diorang akan review data yang kita catatkan. Masa jumpa dietician tu pun kita kena tip jari sekali. Tunjuk depan diorang. Diorang review sekali food diary kita. Kalau reading tinggi, dia tanya, masa tu makan apa? Aku fikir, boleh mengelat kut ni. Tapi hampeh. Dia mintak device aku, dia check history oi! Aku pun tak perasan ada fungsi untuk check history. Dan yang tak best, history tu tak boleh delete. Kahkah! Padan muka aku.

Di Malaysia, seperti yang adik aku cerita. Lepas dah tau result sangkut gdm atau tak, korang akan set date ke klinik untuk tip jari 4 kali sehari. So, korang kena check bacaan gula tu time hari tu jer. The rest of the day, in a week, korang boleh belasah kek, aiskrim, coklat sesuka hati. Nanti tiba hari appointment untuk check gula di klinik, a few days before boleh stop makan manis-manis.

Nampak kan, ada beza. Cuma masa pandemik, lain klinik tempat korang mungkin lain praktis nya. Ada yang nurse whatsapp jer. Ada yang korang test di rumah. Tapi korang punya data collected bukan tiap-tiap hari macam aku. Itu yang aku faham cara di Malaysia. Tak pasti la pengalaman korang macam mana.

aku rekod data sugar reading kat sini. 4 kali sehari. Setiap hari

Patutlah aku tak boleh nak brain korang punya trick. Sebab aku kena ambil data hari-hari. 4 kali sehari. Setiap minggu kena review. Jumpa dietician. Jumpa doctor. Patutlah semua terkejut bila aku kena cucuk insulin. Kalau korang, korang memang boleh elak insulin mungkin dengan cubaan mempraktikkan trick yang ada.

Aku beli needle dan strip di farmasi bila yang hospital kasi tu habis. Bila kena amik reading sugar setiap hari 4 kali sehari, akan ada rasa fed up. Rasa tak mau makan dah. Biar jer kelaparan. Dietician pun ada cakap. Jangan sampai anxiety. Jangan sampai rasa takut nak makan. Kena makan juga. Fikirkan kandungan. Sampaikan orang kat farmasi tu kasi aku free needle. Kasi goodies bag lagi. Mungkin dia nampak this little mommy ni macam down jer.

Siap kasi semangat lagi.

"it's ok. Everything will be back to normal after u deliver your baby"

Farmasi yang aku pergi. Dilayan baik. Dikasi free

Goody bag free yang aku dapat from farmasi


Aku difahamkan semasa kelas diabetes, hormon semasa mengandung tidak memacu insulin untuk bekerja dengan baik untuk memproses gula dalam darah. That's why after bersalin, mostly it goes back to normal. Hormon bertukar.

That's why kena cucuk insulin tu. Untuk membantu proses gula dalam darah. Mula-mula memang takut. Seram. Berpeluh tangan. Terketar-ketar nak cucuk. Lama-kelamaan dah lali. Dah biasa. Doctor terus kasi aku insulin after 1 week punya sugar reading. Dia tak tunggu lama dah walaupun aku beri alasan untuk trying to figure out food yang senang trigger high sugar. Kata doctor, sebab kandungan aku dah 32 weeks masa tu. Dia terus kasi insulin supaya cepat sikit bertindak.

insulin pen

Jarum insulin ni sebenarnya takde apa sangat pun kalau nak dibandingkan kulit perut yang berlemak tebal tu

Selepas bersalin czer, biasa kita kena cucuk di kaki untuk elak blood clot tu kan. Cucuk yang tu lagi ngeri daripada cucuk insulin. Cucuk insulin tersangatlah kacang. Tak rasa apa. Halus sangat jarum nya. Cucuk yang elak blood clot tu lagi panjang jarum nya. Menyengat rasa dia. 

Begitulah pengalaman aku yang tersangkut GDM kat sini. Walaupun orang lain anggap preggy mom with gdm ni teruk, tp sebilangan orang lain sangat baik. Beri semangat. Beri kata2 yang baik. Macam orang yang kat farmasi tu beri kata semangat walaupun dia tak kenal siapa aku. Benda ni nampak simple tapi sangat membantu membentuk komuniti yang sihat.

Pengalaman mengandung kali ni memang banyak kali kena cucuk. Banyak kali kena ambil darah. Berbotol-botol. Kat Australia ni kalau mengandung, sikit-sikit kena ambil darah. Nak buat macam mana. Kena tempuh juga. Walaupun ramai kata takut jarum, apa pilihan yang kita ada?. Semua ni kita buat demi anak. Asal kandungan sihat, anak selamat, kita buat saja.

Selepas bersalin, aku ada beberapa kali ambil reading sugar. Aku dapati bacaan normal sahaja. InshaAllah semua pulih seperti sediakala.

Nikmat kesihatan sangat berharga.

Thursday, 25 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 5 : Ujian - ujian Menarik Semasa Pregnancy Check up

 Ada beberapa test yang aku lalui sepanjang check up mengandung di sini. 


EDINBURGH PERINATAL DEPRESSION SCALE

Aku dapat satu kertas kena jawab. Soalan berbentuk menguji kesihatan mental kita. Itu yang mereka titikberatkan jika mengandung. Penting untuk mereka tahu tentang perasaan dan kebolehupayaan kita untuk jaga diri dan kandungan. Adakah kita bersedia dengan kandungan ini? Adakah kandungan yang kita rancang? Yang kita mahukan? Atau kandungan yang tidak dijangka.

Selesai menjawab soalan, midwives / doctor akan semak dan beri markah. Skor markah tersebut ditulis dalam kad kuning. Terpampang di muka hadapan, berapa skor markah depression kita. Healthy ataupun tidak. Jika kita mengalami tekanan, mereka akan buat tindakan susulan.

Bagus ujian ni. Mengandung dan melahirkan bukan perkara mudah. Si ibu yang melahirkan perlukan sokongan. Ada juga short interview di mana midwife akan tanya sejauh mana bantuan suami kat kita selama ni. Tak bantu, siap lah! Ada yang tolong membela nasib.

Korang bleh google "Edinburgh Perinatal Depression Scale" kalau nak tengok soalan dia macam mana

Yg ni lebih kurang soalan yang aku dapat.


CHECK SUNAT IBU MENGANDUNG JENIS APA

Yang ni ramai yang terkejut masa aku share kat story. Aku pun terkejut. Cuba untuk hubungkaitkan apa kaitan masa kita sunat kecik kecik dulu dengan beranak. Benar orang kata, bila merantau, bertambah luas pengetahuan. Ada saja penemuan baru yang aku jumpa. Aku belajar sesuatu. Rupanya ada satu amalan sunat oleh bangsa luar sana yang pelik-pelik.

Aku cerita pasal sunat perempuan. Bukan sunat lelaki. Sunat lelaki tu memang wajib dan takde pelik-pelik. Yang aku cerita ni sunat masa kita kecik.

Midwife akan check kita sunat type berapa. Kalau didapati kita sunat type yang pelik pelik tu, kena buat preparation sebelum beranak. Kita dari Malaysia tak sunat pelik-pelik. Biasa jer. Boleh tolak jika tak mahu midwife periksa. Midwife pun sebut sunat tu "sunat" sebab dia dah biasa akan hal ini.

Sesungguhnya aku berminat untuk lebih tahu. Sesi tersebut agak lama kerana midwife berbesar hati untuk kongsi dengan aku statistik negara mana yang buat sunat pelik-pelik tu dan juga tujuannya.

Kalau korang nak tahu sunat pelik-pelik tu, korang boleh google dan search "Female Genital Mutilation".

Midwife juga ingatkan aku bahawa di Australia, tidak dibenarkan sunat bayi perempuan. Andai tertangkap, ke penjara lah jawabnya. Hanya lelaki sahaja yang boleh disunatkan.



GROUP B Streptococcus (GBS)

Simple test. Doctor kasi cotton bud besar untuk swab kat vagina. Test ni bertujuan untuk check ada infection /bakteria atau tak. Biasanya dilakukan semasa kandungan week 35 hingga ke 37.

eSwab


GLUCOSE TEST

Test yang paling kontroversi. Ramai rakan-rakan di Malaysia mengajar aku "trick" untuk tidak tersangkut sugar test. Tapi sebenarnya tak dapat dipraktikkan di sini. Aku akan cerita pengalaman aku tentang glucose test ni di posting berlainan.

ni aku dapat free




Gitulah sedikit sebanyak yang aku dah lalui di sini. Kalau di Malaysia, ibu mengandung ada buku pink. Kat sini hanya pakai kad kuning yang dilipat tiga. Takde kena tanda baby gerak. Just a simple card only yang ada detail kita dan next date appointment.


Kita sambung next post. Terima kasih.

Wednesday, 24 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 4 : Peranan Suami

Kehadiran suami sangat dialukan semasa ultrasound dan juga ketika bersalin. Tak kiralah semasa pandemic ataupun tidak, suami digalakkan hadir bersama isteri.

Suami juga terlibat sama dalam ujian darah dan pengambilan vaksin.

Suami aku dipanggil untuk membuat ujian darah thalesemia. Selain itu, suami digesa untuk mengambil vaksin whooping cough sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum baby lahir. Sesiapa yang tinggal bersama baby dalam satu rumah diwajibkan mengambil vaksin whooping cough. Nasib kome lah para suami yang mana takut jarum.


Semasa check up bersama midwife buat kali pertama, ada interview yang menanyakan sokongan suami ketika proses ingin mempunyai anak, ketika mengandung dan juga ketika anak dilahirkan nanti. Kalau suami tak bertanggungjawab, siaplah nanti. Ada tindakan susulan akan diambil. Kebajikan wanita di sini sangat dipelihara dan dilindungi. Bukan suka-suka buat anak dan serah segala kepada isteri. Sedangkan ingin mengandung lagi sudah ditanya adakah kandungan ini dimahukan atau dalam keadaan tidak bersedia. Mental health amat dijaga supaya si ibu tidak mengalami tekanan.

Semasa bersalin, suami wajib ada memberi sokongan dan menemani isteri ketika proses melahirkan anak. Doctor juga membenarkan suami untuk proses memotong tali pusat anak yang baru lahir. Kira macam perasmian lah ni 😁

InshaaAllah. Kali ini kami menimba pengalaman baru pula.

Syukur, suami selalu beri kerjasama.

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...