Friday 1 October 2021

Tinggal di Luar Negara : "Sis Sambung Study ke Kerja? Atau Ikut Suami?"

Hurm..

Hurm...

Bosan aku soalan ni. Letih.

Kenapa?

Sambung study, bekerja atau ikut suami je ke boleh duduk luar negara?

Kalau tiga-tiga tu kita tak ada, tak layakkah untuk berhijrah ke luar negara?

Kalau tiga-tiga tu kita tak dapat, tak boleh ke kita nak merasa tinggal di luar negara?

Ok. Ok. Bunyi macam garang pula kan. Hehe.


Pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi scroll sampai jumpa post ni. Diharap dapat teruskan lagi bacaan. 

Aku tanya balik,


"Apa yang awak faham tentang sambung study?"

"Sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Contoh kalau dah ada degree, sambung master. Kalau ada master, sambung PHD?"


"Kalau itu fahaman awak, saya tinggal di luar negara ni bukan sebab sambung study."


Aku tak seberuntung seperti orang lain. Punya kerjaya mantap. Dihantar oleh syarikat untuk tinggal di Australia atau dapat tawaran pekerjaan. Aku tak macam tu. Aku cuma ada impian. Impian untuk merasa pengalaman tinggal di luar negara. Aku bukanlah orang yang hebat. Di Malaysia dulu aku engineer cabuk di kilang solar yang dah pun tutup.

Berbalik pada soalan, "Sis sambung study ke kerja atau ikut suami?"

 Tidak. Aku ke luar negara tidak mendapat mana-mana pekerjaan.

Ikut suami? Pun tidak. Aku dan suami pun sama. Tidak mendapat mana-mana pekerjaan di Australia sebelum berhijrah. Kami bukan di kalangan yang berkerjaya hebat. Aku tak ikut suami. Suami pun tak ikut aku. Kami sama-sama ada impian nak try hidup di luar negara.

Untuk soalan tu, semua jawapan adalah tidak.


Ini jawapan aku.

Untuk tinggal di luar negara, kita perlu ada visa yang sah, legal. Ada beberapa jenis visa yang membolehkan kita tinggal di luar negara. Masalahnya sekarang, visa apa yang mampu kita peroleh dari segi visa fee dan background profile kita?

(Tentang visa ni semua korang boleh pergi kat website immigration negara yang korang nak pergi. Buat sedikit kajian tentang jenis visa)

Ada dua jenis visa yang sesuai dengan aku, Independent Skill Visa atau Student Visa.

Independent Skill Visa ialah work visa/visa kerja yang membolehkan aku tinggal di Australia secara tetap. Kiranya visa ni ialah Permanent Resident(PR). Harganya mahal, ada beberapa step dan time consuming. Tapi aku nak ke luar negara dah tak nyempat-nyempat. Nak pergi sangat dah. Tekad. Azam yang kuat. Kalau aku tangguh lagi, kalau aku layan lagi masa untuk lalui setiap step visa ni, pasti aku akan hanyut dan lama-lama impian aku pudar.

Aku ambil IELTS. Aku set plan. Kalau aku dapat IELTS band 8 above, aku akan ke Australia dengan Independent Skill Visa ni. (Walaupun aku tahu ianya amat mustahil pada masa tu sebab English aku tak lah superb dan visa ni mengambil masa untuk apply dan menunggu). Kalau aku dapat IELTS band 6, aku akan ke Australia menggunakan student visa jer dulu. (cara ni paling cepat sampai ke Australia). The rest journey let's decide later. Aku fikir, jejakkan kaki jer dulu ke Australia dengan menggunakan student visa, nanti fikir lain. Banyak peluang dan jalan lain after that.

Nak dipendekkan cerita IELTS aku hanya lepas untuk student visa. Proses nak apply student visa sangat direct, tak lama. Sangat cepat. Tapi kalau aku apply Independent Skill Visa tu, aku kena buat assesment dengan Engineer Australia, then aku kena tunggu outcome, pastu aku kena lodge EOI (Expression of Interest), then aku kena tunggu invitation from immigration baru boleh apply that visa. Proses untuk skill Independent Visa memakan masa, kalau aku di Malaysia, tunggu visa ni, mungkin aku banyak habiskan duit di Malaysia dan impian aku berlegar-legar lama-lama pudar. Sementara aku ada azam yang kuat untuk ke luar negara, baik aku grab cepat-cepat dan berangkat cepat-cepat. Walaupun aku masa tu takde duit. Aku mulakan langkah jugak. Then duit tu datang kemudian seiring dengan penyelesaian. Boleh korek cerita lama kat sini:

Aku ambil kesempatan pergi ke kelas dapat bersiar-siar, belanja korang pemandangan dan public transport, dapat build network tambah kawan, dapat berbual dalam bahasa inggeris

Berbalik kepada jawapan aku tadi. Aku mulakan langkah berhijrah dengan menggunakan student visa jer dulu. (Actually aku janji pada diri aku, once dah sampai Australia, aku kena buat IELTS sampai dapat band 8 ke atas untuk apply Independent Skill Visa. Tapi bila aku dah sampai Australia dan sehingga sekarang, hal ini belum dapat diselesaikan atas sebab kelaghoan aku). 

OK.  Sekarang korang faham dah kan? Aku guna student visa.

Tapi aku tak nak study. Aku nak stay jer. Aku tak mampu nak bayar yuran master. Aku belum bersedia nak study berat-berat. Ha? Macam mana nak guna student visa tapi taknak study?

There is a trick.

Aku ambil short course di mana-mana kolej yang murah bayaran yuran. Kelas seminggu sehari. Bukan course yang exam oriented. There is a task macam quiz kena buat. That's it. Kalau tengok resume aku, aku ada banyak diploma =))

Tahun pertama aku datang sini, aku ambil course Diploma Project Management setahun. Then, kami buat keputusan nak stay lagi, aku ambil course lain pula, Advance Diploma Leadership and Management lagi setahun. Ni aku cerita lebih lanjut kat post lain.

Course ni semua buat syarat sebagai pelajar. Masih lagi legal. Dalam visa ada menyatakan student visa boleh belajar, boleh stay dan boleh bekerja. Hal ni bukan aku jer yang buat. Mostly yang datang ke Australia, yang PR, yang citizen semua guna student visa dulu as their early step. Trainer aku pun student visa. (Trainer ni lecturer. Kami panggil trainer sebab kolej vokasional jer kan). Staff kat kaunter office kolej pun ramai student visa. Masyarakat kita jer yang mentaliti pergi luar negara, sambung belajar pastu balik. Orang lain, bangsa lain dah maju ke depan dah guna cara ni. Classmate aku ramai dari UK, American Latin, Asean semua datang sini guna student visa untuk bekerja. Diorang selalu datang kelas lambat sebab tunggu habiskan kerja. Aku ni tak bekerja. Diorang pulak terkejut aku kat sini tak bekerja. Apa yang aku nak datang sini sebab diorang semua struggle bekerja. Kolej aku yang first tu kelas start pukul 4 petang. Kolej yang kedua tu kelas hari Sabtu. Dalam kelas kitorang banyak sembang merapu dan bersosial. Kitorang selalu sembang tentang strategy visa masing-masing. Lepas ni kau nak apply visa apa? Nak duduk sini lagi berapa lama? Nak ambil course apa lagi? Dari situ pun kita dapat idea bagaimana perjalanan hidup masing-masing di bumi kangaroo ni. Dalam kelas, trainer kasi jawapan untuk soalan dalam task given. Apa susah nak study, kan?

Ni suasana dalam kelas. Boleh datang lenggang kangkung sebab ada laptop disediakan

Then, bila dah duduk sini. Nak makan pasir? Sewa rumah, bil semua nak bayor pakai ape? Kene lah kerja. Cari duit. Nak hidup. Nak makan, kan. So, suami aku yang kerja. Cari duit untuk tanggung anak bini. Bukan kerja hebat-hebat pun. Buat food delivery. Kalau di Malaysia tu terkenal food panda. Cam tu lah. Aku pulak kena jaga anak di rumah. Di sini mana ada pengasuh murah-murah macam di Malaysia tu. Kalau laki bini nak kerja, anak hantar childcare. Around $150 sehari camtu. Minimum kena hantar seminggu 2 hari. Kalau gaji sehari $200, hantar anak pergi childcare $150 sehari, baik aku duduk rumah ngasuh anak sendiri. Kalau nak kerja hebat-hebat macam Engineer ke Arkitek ke, tu kena ada visa especially Permanent Resident, senanglah dapat kerja.

"Sampai bila ko nak duduk sana?"

"Selagi ada visa, aku stay. Kalau dah takde visa dah, balik Malaysia also no harm. Kami dah dapat apa yang kami mahukan. Iaitu..pengalaman berhijrah ke luar negara. Dah dapat merasa bagaimana kehidupan di rantauan yang tidak sama seperti di tanah air kita."


Terima kasih kerana sudi baca.


2 comments:

  1. terinspirasi dengan kak nana...cita2 x pernah pudar..kuat dan x kuat je skarang nie..doakan riiz dpt jejak kesana..take care kak nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah Riiz. Akak biasa2 jer Riiz. Tak kaya pun di sini. Hanya gembira bila dah capai impian dan kita kongsi kepada orang lain kalau ada impian yang sama. Akak sentiasa doakan utk Riiz. Sebab Riiz dari dulu sampai skrg sentiasa follow akak dan Riiz selalu doakan kat akk.

      Delete

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...