Sunday 21 October 2018

Hijrah To Sydney : The Day My Visa was Granted

Minggu pertama aku counting days. Masuk minggu kedua aku tak counting days dah sebab aku fikir visa aku mesti ambil masa sebulan. Ini baru minggu kedua. Aku pergi kerja macam biasa. Petang hari Khamis aku check email tengok takde apa pun berlaku kat inbox aku. Aku pun tutup laptop dan ke surau seperti biasa siap-siap nak balik.


Keesokan paginya, aku sampai ke tempat kerja seperti biasa. Selesai meeting dengan team process,  aku masuk ke office dan aku labuhkan punggung ke kerusi pusing. Suis dihidupkan. Kemudian aku on suis laptop Dell. Menyala dan terpampang gambar company yang berdiri gah. Aku biarkan dengan jiwa kosong. Jari kusyuk melihat handphone. Aku buka email dan aku biar. Terpampang dan tiada siapa memandang.

Asyrafi rakan sebelah meja masuk dan duduk di mejanya. Aku tersedar dan kembali dunia nyata. Terlupa yang tadi aku buka laptop tapi sibuk main handphone. Tersedar ada email masuk. Aku baca. Sekerat! Aku menjerit.. Ya Allah... aku dapat visa, Asyrafi!!.. Asyrafi turut raikan dan baca email tersebut. Ya Allah gembiranya hati aku ini Ya Allah. Aku bersyukur Ya Allah.

Tak akan aku siakan peluang ini dan aku berjanji akan sebarkan kebaikan moga yang lain dapat manfaat dari perjalanan pengalamanku ini.

Aku dah tak sabar untuk kejar suami aku di mesin Printer. Aku perlu berlari mendapatkan suamiku. Elok jer aku bangun dari kerusi kebetulan manager aku (Head of Operation) masuk ke office dan tertanya kenapa aku begitu gembira. Aku tak beritahu. Dia hampir ke meja aku dan aku tutup laptop. Hehe. Main-main pulak. Rasa bersalah buat macam tu tapi aku janji I will get to u back. Aku kena cepat beritahu suami aku.

Aku pun berlari mendapatkan suami aku. Mungkin Line 2. Aku ada simpan rakaman aku berlari -lari dalam production untuk beritahu suami aku dengan perasaan riang gembira. Kebetulan suami aku dikelilingi oleh technician dia. Aku jerit panggil suami aku dari jauh. Bayangkan dalam slo-mo.
Suami aku kata, "dah dapat visa lah tu". Aku bagitau..."kita dah dapat visa.. "..sebak.. Semua yang ada di situ semua melonjak keriangan atas kejayaan kami.. "woahh......" ramai-ramai bersorak.

Aku tinggalkan mereka dan kemudian menghubungi mak ayahku dan keluarga mertua. Seronok nya perasaan aku tak terkira. Dengan saat genting macam ni di sana sini berita visa Australia susah nak dapat, tapi aku berjaya dapatkannya. Rezki Allah kurniakan kepada sesiapa yang berusaha dan have strong determination. Aku tak akan lupa saat ini. Segala perngorbanan dan usaha yang aku harung selama ni berlegar-legar di kepala aku satu persatu bagai ada rentak slo mo sedang menari mengiringi perasaanku ini.

Aku bersyukur ya Allah. Tak sangka aku dapat meniti ini semua. Manisnya pengorbanan dan usaha. Allah saja yang mengerti perasaanku ini. Aku tak akan lupa. Saat itu....

1 comment:

  1. This is a really good site post, i am delighted I came across it. I will be back down the track to check out other posts.
    Five Year Indian Visa for UK Citizens

    ReplyDelete

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...