Saturday 20 October 2018

Hijrah to Sydney : Medical Check Up

Sebenarnya tak kisah nak buat Medical Check Up dulu atau Biometric dulu. Terpulang. Aku mulakan medical check up dulu sebab timing aku cantik macam tu.

Medical check up ni bukan boleh dibuat di mana-mana klinik atau private hospital. Pihak immigration dah beri maklumat  klinik panel untuk buat medical check up.

Yang aku tau, ada di Kuala Lumpur dan Penang. Nasib baik la aku dekat dengan Adventist Penang hospital panel yang boleh buat medical check up.


Cara nak buat medical check up, first sekali kena call hospital berkenaan dan mohon untuk buat temujanji. So, appointment being set by phone call. Staff hospital akan mintak kita punya referral number and other detail like passport number and full name.

Masa untuk buat medical check up telah tiba.

Walau dah buat temujanji, tapi masih tetap kena tunggu. Tapi disebabkan staff di Adventist sangat baik dan mesra layanan, mood aku jadi baik.

Perkara pertama, kami kena isi borang, dan staff akan panggil untuk check berat, tinggi, dan check mata. Kemudian kami diberi botol untuk buat sampling air kecil. Untuk budak-budak tak perlu. Untuk aku dan suami, kena buat ujian air kecing. Kemudian aku dan suami kena buat Xray. Kena buat bayaran dulu di kaunter. Pastu buat Xray. Part ni kalau yang pregnant tak boleh lah buat Xray. So, kalau korang nak migrate or study oversea, bajet-bajet la timing mengandung ok sebab procedure nak apply visa memerlukan Xray. Kalau pregnant biasanya kita dapat bridging visa kalau kita apply student visa secara offshore. Until kita dah selamat bersalin, baru sambung Xray dan submit visa.

Kemudian kami menunggu giliran untuk masuk ke office doctor. Doctor akan check kesihatan dan isi laporan medical check up depan-depan kita. Selepas kita tengok laporan tersebut, doctor akan submit laporan ke pihak immigration on the spot. Semua yang doctor click tu depan mata kita.

Aku dan suami tak boleh masuk sekali ke office doctor. Kami masuk berasingan kecuali Wafiya, dia masuk sama aku.

Selesai dah. Tinggal last step, aku kena ke KL untuk buat Biometric. Biometric ni baru jer dikenakan. Sebelum ni tak kena pun. Kebetulan aku ada training di KL, so aku schedule kan buat Biometric around that date. Bila selesai Biometric baru la permohonan visa kita lengkap dan akan diproses. Kalau tak, dok kat takuk tu jer lah.

See ya!


5 comments:

  1. Salam, nak tanya masa Medical check up apa yang Dr check ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr check mata, air kencing, xray, berat, tinggi... darah tak check pun.

      Delete
  2. boleh tanya, selepas bayar visa tu, kita perlu buat medical checkup dalam tempoh berapa hari/minggu selepas visa dibayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti ada tempoh berapa lama ke tidak. Sy pernah buat secepat yang boleh selepas visa dibayar. sebab nak fly cepat, jadinya, sy setelkan medical check up cepat2. dan sy pernah buat medical check up setahun selepas visa dibayar gara-gara lockdown dan takde slot available

      Delete

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...