Setibanya di Airport Sydney, kami mencari grab untuk ke rumah sewa. 
Kami bertiga struggle menolak trolley dengan 4 luggage dan dua lg 
handcarry  ditambah pula dengan anak kecil. Angin meniup kencang. Agak 
sukar bergerak.
| Tiba di Sydney Airport | 
Grab
 sampai, tapi apabila dia nampak Wafiya dia tak boleh bawa kami sebab
 Wafiya perlu duduk di car seat. Hanya taxi 13cab yang boleh bawa 
Wafiya tanpa car seat.
Kami pun berpatah balik dengan segala luggage menunggu taxi. Letih.
Tambang sebanyak $50 untuk sampai ke rumah. Agak mahal. Jaraknya dekat. Tuan rumah(uncle Philip) sudah menunggu kedatangan kami.
Setelah sampai ke rumah sewa, borak-borak dengan tuan rumah, dia bawa kami pergi beli simkad dan Opal Card.
Kami
 pilih simkad Optus sebagai telco provider. Sedikit 
kekeliruan untuk membeli simkad. Tiada nombor tertera di kad. Beli 
starter pack, set up di phone dan boleh pilih number phone yang disukai di dalam telefon.
Kemudian
 kami ke bank berhampiran untuk membuka akaun. Bukan boleh terjah jer 
sebenarnya. Kena set appointment. Kami set appointment untuk buka akaun 
keesokan harinya. Bank di sini tidak menggunakan sistem angka giliran. 
Semua urusan yang mengambil masa yang lama memerlukan untuk kita set 
appointment. Urusan yang kecil-kecil hanya beratur untuk ke kaunter.
Hiasan
 dalaman bank di sini sangat menarik. Tak rasa macam berada di dalam 
bank pun. Ada disediakan chocolate untuk pengunjung bank. Machine ATM 
pun tak banyak. Ada satu jer. Mostly berurusan secara online. 
| Bank pun cantik | 
Kami pulang ke rumah. Mandi dan berehat. Menanti hari esok untuk ke bank buka akaun.
Malam itu kami dinner dengan tuan rumah kami di restoran Korea halal. 
...
Keesokan
 harinya, kami suami isteri membuka akaun dengan seorang staff India 
barangkali. Wafiya menunggu dengan sopan. Menyedari bahawa Wafiya sangat
 behave, pegawai bank tersebut memberi Wafiya sekeping kertas lukisan 
dan pencil warna serta tabung Helicopter. Kagum dia melihat Wafiya yang 
tak banyak ragam. *masa tu jer la* haha.
Buat pertama 
kalinya kami menggunakan Opal card menaiki bas ke city. Aku perlu 
daftarkan diri ke kolej. Wafiya dan suamiku turut serta.
Setelah
 mendaftarkan diri, kami ke pejabat agent. Buat pertama kali berjumpa
 dengan agent. Selama ni cakap dalam phone jer. Harini baru
 dapat berbual panjang. 
Kami lunch di Shalom restaurant 
Indonesia. Terkejut makan kt Aussie ni, memang harganya mahal. Pada lah 
dengan dia punya portion. Portion besar. Satu meal boleh share dua 
orang.
Kenyang makan di Shalom kami pun menuju ke 
mercu tanda Sydney, Australia untuk mengambil angin dan melihat sekitar 
apa yang ada di sini. Cuaca dingin dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa.
Seperti
 mendapat nafas baru, apabila merenung ke arah Sydney Harbour Bridge dan
 Sydney Opera House, hati ini meruntun pilu. Tinggallah seluruh ahli 
keluarga di Malaysia. Selamat tinggal zon selesa. Selamat tinggal 
kerjayaku. Selamat tinggal rumah yang baruku beli. Selamat tinggal 
negaraku. Di sini, kami mulakan hidup baru. Inilah yang kami usahakan 
sekian lama. Inilah perkara yang mustahil aku rasakan satu ketika dulu. 
Merantau dan berhijrah ke negara orang. Dengan hikmah, kami meneroka.
| Terselit rasa sayu | 
Moga Allah memberkati penghijrahan kami sekeluarga..
 
 
 
Nanti bila2 down boleh baca balik entry ni..stay strong mummy Wafiya!
ReplyDeleteYou really know your stuff... Keep up the good work!
ReplyDeletedemande de visa indien