Thursday, 23 September 2021

Pengalaman Berkhatan Bayi Lelaki di Sydney, Australia

Masyarakat kita kurang pendedahan untuk khatankan anak lelaki ketika masih bayi.

Kami buat keputusan untuk khatankan anak lelaki semasa masih bayi. Di Australia, khatan hanya dibenarkan untuk bayi lelaki sahaja. 

Macam biasa, ramai yg akan cakap kesiannya masih kecik lagi. Takde kenangan majlis kenduri kendara. Nantilah, bagi dia merasa sakit, baru anak jantan. Aku hormati setiap perbezaan pandangan. Tapi hormatilah juga keputusan yang kami buat ni. Kami pun ada alasan mengapa nak khatankan ketika masih bayi.

Pada awalnya, aku tak diberi pendedahan tentang khatan semasa bayi. Tapi bila aku tengok adik aku khatankan anak lelakinya semasa masih bayi, baru aku terbuka mata, luaskan fikiran. Ingatkan darjah 3 baru boleh sunat. Cucu lelaki atok yang pertama berkhatan di Nigeria. Cucu atok yang berikutnya berkhatan di Australia. Ok, atok belum ada lagi majlis khatan di Malaysia.

Semasa aku mengandung, kawan tempatan di sini khatankan anaknya semasa berusia 21 hari. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan Indonesia khatankan anak seawal masih bayi. Mereka semua sudi kongsikan maklumat nama doctor dan klinik yang mereka pergi untuk berkhatan.

Selepas aku bersalin, aku agak struggle mental dan fizikal. Rasa tak bersedia untuk khatankan anak kerana diri aku sendiri pun belum stabil lagi. Bila aku pergi check up baby, doctor GP tanya, bila nak sunat? Dah sunat ke belum? Dari situlah aku rasa, oh. Kena sunat juga ni masa bayi. Nampak macam di sini dah biasa sunatkan bayi seawal yang mungkin.

Agak keberatan juga pada mulanya untuk ke klinik dalam tempoh lockdown. Aku rasa tak selamat. Aku pilih klinik berdasarkan harga dan review yang bagus serta tarikh yang sesuai. Tapi klinik tu postpone kan tarikh, jadi lagi lambat. Takpelah. Aku fikir, boleh juga kumpul duit. Bukan murah sebenarnya.


Di klinik, aku tengok yang datang pun ramai nak khatankan anak mereka. Semuanya masih bayi lagi. Masih halus. Orang-orang dari Middle East country biasanya memang berkhatan semasa bayi. Tiba-tiba aku rasa macam aku ni dah terlambat ke? Yang datang semuanya sempoi dan selamber. Ada yang datang berdua, bapa dan anak. Mudahnya bagi mereka. Ada yang berkhatan usia 7 hari. Suami aku tanya, kami ni dah terlambat ke? Sebab kat situ kami rasa Wafiq jer paling besar. Dia cakap takpe. Bila-bila pun boleh. Yang budak besar dalam 7 or 8 tahun berkhatan selalunya orang Bangladesh.

Cara yang digunakan oleh doctor yang khatankan Wafiq ialah menggunakan gunting, cup kecil dan benang. Kalau klinik lain, ada yang doctor pakai laser. Dibiusnya sekali.  Aku agak scary melihat proses ni. Jauh jauh aku berdiri. Mujur ada suami. Lepas kulit dipotong, doctor buang terus sekali dengan gunting. Terdetik jugak aku. Gunting memang pakai buang ke? Aku tengok memang doctor tu pakai buang jer gunting tu. Wafiq hanya menangis semasa proses khatan sebab tak biasa dengan stranger. Bila selesai, daddy dukung terus senyap. Doctor kasi nombor telefon, kalau ada apa-apa berlaku, boleh tanya terus. Doctor pesan untuk beli Betadine di farmasi dan sapukan pada kulit. Cup yang dipasang akan tertanggal dalam masa kurang seminggu.


Lepas tu kami balik, macam takde apa-apa berlaku. Boleh mandi macam biasa. Boleh pakai pampers macam biasa. Boleh menyusu macam biasa. Boleh dukung macam biasa. Wafiq ok. Tak meragam. Mommy jer yang takut lebih. Doctor cakap mungkin dia akan merengek dalam 4 hingga ke enam jam selepas bius. Tapi Wafiq ok jer. Macam biasa. Macam takde apa-apa berlaku.

Khatan semasa bayi amat mudah dijaga, itu kelebihan utama. Tak perlu penjagaan makanan kerana bayi masih menyusu. Dan kita nak kurangkan risiko jangkitan kuman. Selain itu, korang boleh research sendiri kebaikan berkhatan semasa masih bayi. Nak cakap lebih-lebih karang, ramai tak setuju sunat time masih bayi.

Harga berkhatan di Sydney, Australia mengikut usia. Lebih awal, lebih murah. Lagi bayi, lagi murah. Lagi besor, lagi mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Balik dari klinik, kawan aku yang juga merupakan doctor di sini beri idea supaya aku try claim insuran. Aku tak yakin pada mulanya boleh claim. Tapi bila aku try claim, tengok-tengok boleh claim. Duit terus masuk. Cepat dan pantas. Hepi lah kan. Sape tak hepi. Duit... Kita bayar insuran, takkan nak biar saja. Dapat hasil pulangan, rasa lega. Aku claim insuran duit berkhatan weh.. Mana nak dapat kalau di Malaysia.

Begitulah pengalaman kami khatankan Wafiq semasa berusia 4 bulan lebih. Juga pengalaman khatan di Australia. Si kakak pun ambil berat dan ada contribution terhadap adiknya. Masa mengandung, sesi check up dengan midwife, midwife dah pesan siap-siap, khatan bayi perempuan tidak dibenarkan menurut undang-undang. Andai tertangkap, akan dipenjarakan. Aku dah pernah cerita pada post sebelumnya.


Berkhatan adalah tidak asing bagi negara Australia. Ramai pakar yang boleh lakukan dan beri servis terbaik. Bukan kita saja orang Islam yang tahu hukum hakam. Cuba luaskan pemikiran tu sikit.

Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, baru tahu.

Berkhatan ketika masih bayi is highly recommended!


Monday, 26 April 2021

Pengalaman Bersalin di Sydney, Australia

Wafiq dilahirkan secara pembedahan di hospital kerajaan berhampiran kediaman kami di sini.

Ada covid ke, takde covid ke, suami kena teman isteri bersalin. Kalau mak ada kat sini, mak pun boleh masuk teman. Tak kira di hospital kerajaan mahupun hospital swasta, bersalin secara pembedahan mahupun normal. Suami dan ibu boleh teman bersalin.


Hari terakhir check up. Keesokan harinya, aku bersalin.

Suami diberi pengalaman untuk memotong sendiri tali pusat anak. Diorang panggil untuk potong. Suami aku kata, rasa macam kenyal-kenyal.

Dibenarkan untuk merakam detik manis kelahiran anak di dunia. Diorang akan remind kita, bawa phone atau camera ke bilik pembedahan. Diorang bagitau kita apa yang diorang nak buat dan kita standby camera. Contoh time baby nak keluar, kita siap pegang camera. Potong tali pusat, diorang volunteer rakamkan.

Perasmian potong tali pusat

Untuk yang bersalin secara pembedahan, midwife siap pakaikan stokin anti blood clot semasa kita check in ke maternity ward. Susah betul nak pakai stokin ni. Kena guna kudrat. Tapi diorang ada trick untuk pakaikan bagi mudah. Selepas pembedahan, diorang pasangkan machine massage kaki di hujung katil. Nyaman sungguh. Macam raja dibuatnya. Kalau ikut pengalaman aku bersalin swasta di Malaysia dulu takde pakai benda ni. 

Midwife pakaikan sebelum dibedah

Sedap massage

Bayi dimandikan selepas 48 jam. Heran juga mulanya. Bila baby dapat mandi. Cebisan darah sampai berkerak. Midwife ajarkan cara nak mandi bayi. Walaupun ini anak kedua, nak juga tahu macam mana style sini mandikan bayi. Diorang ajar, guna wet tisu sehelai untuk sental celah-celah badan bayi.

Penginapan di ward adalah selama 5 hari bagi yang melahirkan secara pembedahan manakala 3 hari bagi yang bersalin secara normal. Maternity ward sangat selesa. Duduk saja sorang-sorang. Rest and rilex dengan baby. Skin to skin.

Aku selesa ward sini. Rasa macam private di Malaysia.

Semua kakitangan ramah tamah. Diorang pasti tanya, yang ini anak ke berapa. Yang first, lelaki ke perempuan, umur berapa. Midwife siap nak mandikan aku, tapi aku pula yang segan. Dapat doctor yang pernah membesar di Malaysia, sembang pasal kuih la pulak.

Untuk bawa pulang uri, kita kena minta. Diorang akan tanya nak buat apa. Dan kita sign untuk bawa balik uri untuk dicuci dan ditanam.

Uri dalam tub

Makanan hospital? Tak usah sebut. Sampai sekarang aku masih teringat salmon patties. Semua makanan hospital sedap-sedap belaka. Penuh setalam. Yang penting, boleh makan aiskrim

Diorang kat sini panggil baby tu, "bub" ataupun "bubba".  "Baby" tu kan dah singkat, nak singkat lagi. Ajer deme ni. Macam Mcd (McDonald) jadi "Mecca".

Buku baby

Overall, semua ok. Walaupun keluarga jauh, tapi layanan baik yang diberikan oleh staff di hospital sangat membantu.

Alhamdulillah. Semuanya sudah berlalu.

Friday, 26 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 6 : Glucose Test dan GDM Semasa Mengandung

Test ni adalah test yang paling famous semasa mengandung. Selalu orang panggil, "minum ayaq gula". Test yang penuh kontroversi. Siapa sangkut, selalu dianggap "loser". Itulah mentaliti orang sekeliling kita.

Pemandangan hari terakhir check up. Keesokan hari dah nak bersalin.

Macam biasa, aku pergi klinik, set appointment. On that day, jumpa GP, GP buat surat untuk pergi lab, minum air gula. Baru aku tau, kena duduk berjam kat sini. Masa mengandungkan Wafiya dulu aku tak kena minum air gula. Ni pengalaman pertama aku.

Pagi sebelum ke klinik sebenarnya aku ter"ngap" strawberry Wafiya masa aku sediakan lunchbox dia. Aku fikir, tak apa-apa kut minum air gula lepas tu. Fikir kut boleh ulang test lagi nanti.

Mula-mula kena ambil darah sebelum minum air gula. Kena habiskan dalam masa 10 minit. Lepas tu kena duduk. Tak boleh bangun. Lepas sejam, ambil darah lagi. Duduk balik. Lagi sejam, ambil darah lagi.

Air gula for glucose test di Australia

Keputusan diketahui keesokan hari. GP call aku bagitahu yang aku sangkut GDM. Kemudian, set appointment pulak jumpa doctor. Doctor arrange kan untuk jumpa dietician.

Set pula date untuk ke kelas bersama dietician. Dalam kelas, dietician explain apa itu gdm, jenis makanan, jadual pemakanan dan cara menggunakan sugar test.

Diabetic class

Aku selalu share kat ig story pregnancy journey aku. Ada juga sebilangan manusia yang reply sinis sebab aku diberikan insulin. Ramai juga yang mengajar aku cara-cara untuk trick. Ada yang ajar minum air lemon. Ada yang ajar jangan makan benda manis beberapa hari sebelum test. Aku try absorb apa yang diorang ni ajarkan. Pastu aku terfikir, nak apply time bila? Glucose test tu kan dah berlalu. Semua trick ni macam tak applicable jer kat aku.

Aku roger adik aku. Seingat aku dia pun pernah kena monitor sugar masa pregnant. Kitorang sembang habis-habis cara kat Malaysia macam mana. Ceh! Patutlah korang ajar macam-macam. Banyak taktik boleh mengelat rupanya. Patutlah ada yang reply sinis bila aku sangkut gdm. Ada perbezaan berapa kali kena ambil bacaan gula sepanjang mengandung.

Cara minum air gula tu lebih kurang sama jer di Australia dengan Malaysia. Cuma di Malaysia air gula bancuh, di Australia air gula siap dalam botol.

Lepas dah tau result kita sangkut gdm, macam mana tindakan selanjutnya?

Device dan accesory yang aku dapat untuk check sugar reading

Di Australia, kat sini, kami dapat device tu percuma. Ambil terus. Usunglah ke mana saja. Itu kita punya. Cuma nanti, needle dengan strip tu kalau dah habis yang diorang kasi, kena beli di farmasi. Dietician dalam kelas tu kasi kertas, kita kena isi. Kena tip ujung jari 4 kali sehari. Before breakfast, after breakfast, after lunch, after dinner. Setiap hari ok. Setiap hari. Tulis dalam kertas tu. Selang seminggu, bawa kertas dan device tu ke hospital. Jumpa dietician. Diorang akan review data yang kita catatkan. Masa jumpa dietician tu pun kita kena tip jari sekali. Tunjuk depan diorang. Diorang review sekali food diary kita. Kalau reading tinggi, dia tanya, masa tu makan apa? Aku fikir, boleh mengelat kut ni. Tapi hampeh. Dia mintak device aku, dia check history oi! Aku pun tak perasan ada fungsi untuk check history. Dan yang tak best, history tu tak boleh delete. Kahkah! Padan muka aku.

Di Malaysia, seperti yang adik aku cerita. Lepas dah tau result sangkut gdm atau tak, korang akan set date ke klinik untuk tip jari 4 kali sehari. So, korang kena check bacaan gula tu time hari tu jer. The rest of the day, in a week, korang boleh belasah kek, aiskrim, coklat sesuka hati. Nanti tiba hari appointment untuk check gula di klinik, a few days before boleh stop makan manis-manis.

Nampak kan, ada beza. Cuma masa pandemik, lain klinik tempat korang mungkin lain praktis nya. Ada yang nurse whatsapp jer. Ada yang korang test di rumah. Tapi korang punya data collected bukan tiap-tiap hari macam aku. Itu yang aku faham cara di Malaysia. Tak pasti la pengalaman korang macam mana.

aku rekod data sugar reading kat sini. 4 kali sehari. Setiap hari

Patutlah aku tak boleh nak brain korang punya trick. Sebab aku kena ambil data hari-hari. 4 kali sehari. Setiap minggu kena review. Jumpa dietician. Jumpa doctor. Patutlah semua terkejut bila aku kena cucuk insulin. Kalau korang, korang memang boleh elak insulin mungkin dengan cubaan mempraktikkan trick yang ada.

Aku beli needle dan strip di farmasi bila yang hospital kasi tu habis. Bila kena amik reading sugar setiap hari 4 kali sehari, akan ada rasa fed up. Rasa tak mau makan dah. Biar jer kelaparan. Dietician pun ada cakap. Jangan sampai anxiety. Jangan sampai rasa takut nak makan. Kena makan juga. Fikirkan kandungan. Sampaikan orang kat farmasi tu kasi aku free needle. Kasi goodies bag lagi. Mungkin dia nampak this little mommy ni macam down jer.

Siap kasi semangat lagi.

"it's ok. Everything will be back to normal after u deliver your baby"

Farmasi yang aku pergi. Dilayan baik. Dikasi free

Goody bag free yang aku dapat from farmasi


Aku difahamkan semasa kelas diabetes, hormon semasa mengandung tidak memacu insulin untuk bekerja dengan baik untuk memproses gula dalam darah. That's why after bersalin, mostly it goes back to normal. Hormon bertukar.

That's why kena cucuk insulin tu. Untuk membantu proses gula dalam darah. Mula-mula memang takut. Seram. Berpeluh tangan. Terketar-ketar nak cucuk. Lama-kelamaan dah lali. Dah biasa. Doctor terus kasi aku insulin after 1 week punya sugar reading. Dia tak tunggu lama dah walaupun aku beri alasan untuk trying to figure out food yang senang trigger high sugar. Kata doctor, sebab kandungan aku dah 32 weeks masa tu. Dia terus kasi insulin supaya cepat sikit bertindak.

insulin pen

Jarum insulin ni sebenarnya takde apa sangat pun kalau nak dibandingkan kulit perut yang berlemak tebal tu

Selepas bersalin czer, biasa kita kena cucuk di kaki untuk elak blood clot tu kan. Cucuk yang tu lagi ngeri daripada cucuk insulin. Cucuk insulin tersangatlah kacang. Tak rasa apa. Halus sangat jarum nya. Cucuk yang elak blood clot tu lagi panjang jarum nya. Menyengat rasa dia. 

Begitulah pengalaman aku yang tersangkut GDM kat sini. Walaupun orang lain anggap preggy mom with gdm ni teruk, tp sebilangan orang lain sangat baik. Beri semangat. Beri kata2 yang baik. Macam orang yang kat farmasi tu beri kata semangat walaupun dia tak kenal siapa aku. Benda ni nampak simple tapi sangat membantu membentuk komuniti yang sihat.

Pengalaman mengandung kali ni memang banyak kali kena cucuk. Banyak kali kena ambil darah. Berbotol-botol. Kat Australia ni kalau mengandung, sikit-sikit kena ambil darah. Nak buat macam mana. Kena tempuh juga. Walaupun ramai kata takut jarum, apa pilihan yang kita ada?. Semua ni kita buat demi anak. Asal kandungan sihat, anak selamat, kita buat saja.

Selepas bersalin, aku ada beberapa kali ambil reading sugar. Aku dapati bacaan normal sahaja. InshaAllah semua pulih seperti sediakala.

Nikmat kesihatan sangat berharga.

Thursday, 25 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 5 : Ujian - ujian Menarik Semasa Pregnancy Check up

 Ada beberapa test yang aku lalui sepanjang check up mengandung di sini. 


EDINBURGH PERINATAL DEPRESSION SCALE

Aku dapat satu kertas kena jawab. Soalan berbentuk menguji kesihatan mental kita. Itu yang mereka titikberatkan jika mengandung. Penting untuk mereka tahu tentang perasaan dan kebolehupayaan kita untuk jaga diri dan kandungan. Adakah kita bersedia dengan kandungan ini? Adakah kandungan yang kita rancang? Yang kita mahukan? Atau kandungan yang tidak dijangka.

Selesai menjawab soalan, midwives / doctor akan semak dan beri markah. Skor markah tersebut ditulis dalam kad kuning. Terpampang di muka hadapan, berapa skor markah depression kita. Healthy ataupun tidak. Jika kita mengalami tekanan, mereka akan buat tindakan susulan.

Bagus ujian ni. Mengandung dan melahirkan bukan perkara mudah. Si ibu yang melahirkan perlukan sokongan. Ada juga short interview di mana midwife akan tanya sejauh mana bantuan suami kat kita selama ni. Tak bantu, siap lah! Ada yang tolong membela nasib.

Korang bleh google "Edinburgh Perinatal Depression Scale" kalau nak tengok soalan dia macam mana

Yg ni lebih kurang soalan yang aku dapat.


CHECK SUNAT IBU MENGANDUNG JENIS APA

Yang ni ramai yang terkejut masa aku share kat story. Aku pun terkejut. Cuba untuk hubungkaitkan apa kaitan masa kita sunat kecik kecik dulu dengan beranak. Benar orang kata, bila merantau, bertambah luas pengetahuan. Ada saja penemuan baru yang aku jumpa. Aku belajar sesuatu. Rupanya ada satu amalan sunat oleh bangsa luar sana yang pelik-pelik.

Aku cerita pasal sunat perempuan. Bukan sunat lelaki. Sunat lelaki tu memang wajib dan takde pelik-pelik. Yang aku cerita ni sunat masa kita kecik.

Midwife akan check kita sunat type berapa. Kalau didapati kita sunat type yang pelik pelik tu, kena buat preparation sebelum beranak. Kita dari Malaysia tak sunat pelik-pelik. Biasa jer. Boleh tolak jika tak mahu midwife periksa. Midwife pun sebut sunat tu "sunat" sebab dia dah biasa akan hal ini.

Sesungguhnya aku berminat untuk lebih tahu. Sesi tersebut agak lama kerana midwife berbesar hati untuk kongsi dengan aku statistik negara mana yang buat sunat pelik-pelik tu dan juga tujuannya.

Kalau korang nak tahu sunat pelik-pelik tu, korang boleh google dan search "Female Genital Mutilation".

Midwife juga ingatkan aku bahawa di Australia, tidak dibenarkan sunat bayi perempuan. Andai tertangkap, ke penjara lah jawabnya. Hanya lelaki sahaja yang boleh disunatkan.



GROUP B Streptococcus (GBS)

Simple test. Doctor kasi cotton bud besar untuk swab kat vagina. Test ni bertujuan untuk check ada infection /bakteria atau tak. Biasanya dilakukan semasa kandungan week 35 hingga ke 37.

eSwab


GLUCOSE TEST

Test yang paling kontroversi. Ramai rakan-rakan di Malaysia mengajar aku "trick" untuk tidak tersangkut sugar test. Tapi sebenarnya tak dapat dipraktikkan di sini. Aku akan cerita pengalaman aku tentang glucose test ni di posting berlainan.

ni aku dapat free




Gitulah sedikit sebanyak yang aku dah lalui di sini. Kalau di Malaysia, ibu mengandung ada buku pink. Kat sini hanya pakai kad kuning yang dilipat tiga. Takde kena tanda baby gerak. Just a simple card only yang ada detail kita dan next date appointment.


Kita sambung next post. Terima kasih.

Wednesday, 24 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 4 : Peranan Suami

Kehadiran suami sangat dialukan semasa ultrasound dan juga ketika bersalin. Tak kiralah semasa pandemic ataupun tidak, suami digalakkan hadir bersama isteri.

Suami juga terlibat sama dalam ujian darah dan pengambilan vaksin.

Suami aku dipanggil untuk membuat ujian darah thalesemia. Selain itu, suami digesa untuk mengambil vaksin whooping cough sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum baby lahir. Sesiapa yang tinggal bersama baby dalam satu rumah diwajibkan mengambil vaksin whooping cough. Nasib kome lah para suami yang mana takut jarum.


Semasa check up bersama midwife buat kali pertama, ada interview yang menanyakan sokongan suami ketika proses ingin mempunyai anak, ketika mengandung dan juga ketika anak dilahirkan nanti. Kalau suami tak bertanggungjawab, siaplah nanti. Ada tindakan susulan akan diambil. Kebajikan wanita di sini sangat dipelihara dan dilindungi. Bukan suka-suka buat anak dan serah segala kepada isteri. Sedangkan ingin mengandung lagi sudah ditanya adakah kandungan ini dimahukan atau dalam keadaan tidak bersedia. Mental health amat dijaga supaya si ibu tidak mengalami tekanan.

Semasa bersalin, suami wajib ada memberi sokongan dan menemani isteri ketika proses melahirkan anak. Doctor juga membenarkan suami untuk proses memotong tali pusat anak yang baru lahir. Kira macam perasmian lah ni 😁

InshaaAllah. Kali ini kami menimba pengalaman baru pula.

Syukur, suami selalu beri kerjasama.

Wednesday, 17 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 3 : Pregnancy Check up Cost

"Beranak kat sana free ke bayar?"

Orang suka tanya part beranak punya kos jer sedangkan proses nyer bermula dari semasa mengandung. Segala kos check up, ujian darah, ultrasound, glucose test perlu diambil kira.

Secara ringkas, ya. Beranak free. Sebab apa? Sebab segala kos beranak ditanggung oleh pihak insuran tidak kiralah beranak secara normal mahupun secara c-section. Sebab apa ditanggung insuran? Sebab dah melepasi tempoh matang insuran. Itu pentingnya hold dulu pregnancy plan dan tunggu tempoh matang insuran. Segala kos yang di cas oleh pihak hospital akan direct bill to insuran. Stress-free.

Ya. Semua insuran tanggung kos bersalin. Tak kiralah di mana nak beranak sekalipun. Di hospital kerajaan mahupun di hospital swasta. Semua insuran cover. Seronok kan bilamana nak bersalin insuran tanggung. Kalau di Malaysia ada insuran tanggung nak bersalin, mesti ramai yang ambil insuran.

Di sini, tiada pilihan. Selagimana kau memegang temporary visa (temporary resident : student visa, graduate visa, working visa), kau wajib beli insuran. Kalau tak beli insuran, maka tak lengkaplah permohonan visa. Macam mana nak dapat visa? Nak taknak, kau kene beli insuran. Itu telah ditetapkan dalam permohonan visa oleh pihak immigration.


Ok. Kos apa yang perlu dibayar?

Sedikit perbezaan antara private hospital dan public hospital. Di sinilah banyak research aku lakukan terutama sekali on a private hospital matter dan juga insuran. Dan dari sinilah aku jumpa rupanya ramai doctor Malaysian bekerja di Australia. Teringin juga nak pilih mereka sebagai private O&G aku, tapi lokasi pula tak kena.

Kalau pergi private hospital, kena cari private O&G sendiri yang bertugas di hospital yang kita nak bersalin nanti. Kena make sure juga private O&G serta hospital yang kita nak bersalin tu under panel insuran kita ataupun tidak. Serabut juga masa nak buat research, sementara nak biasa. Ada yang murah, tapi lokasi pula tak kena. Ada yang private O&G bagus tapi akan cas out of pocket tinggi pula.

Kos yang perlu dibayar jika ke private hospital (with insuran) :

 1. First consultation around $200 - $300 (pay and claim)

 2. Each antenatal check up around $60 - $100 (pay and claim)

 3. Pregnancy Management Fee around $3200 - $5000 (OUT OF POCKET, claim dapat around $500 jer)

 4. Delivery (normal and c-section) and hospital accommodation - hospital direct bill to insuran

 5. Postnatal - fully covered by insurance

*harga depend pada O&G nak cas berapa

Antenatal check up sepanjang mengandung dijalankan di office private O&G. Bukan di private hospital yang kita nak bersalin tu. Ya. Office mereka bukan dalam hospital. Seorang private O&G bertugas di beberapa hospital. Mungkin sebab itulah office mereka terletak di luar kawasan hospital. Setiap private O&G juga mempunyai website mereka tersendiri, tertera segala maklumat, background dan kepakaran mereka. Kita akan berkomunikasi biasanya dengan admin office mereka untuk dapatkan quotation dan set appointment. Segala email, phone call sangat mesra dan pantas. Sebelum appointment juga ada reminder dihantar for confirmation.

yang ni masa aku check up dengan private doctor


Manakala, jika ke public hospital pula :

1. Each antenatal check up $151 (pay and claim dapat semua balik)

2. Delivery (normal or c-section) and hospital accommodation - hospital direct bill to insuran.

Public hospital lebih ringkas pecahan kosnya kerana tidak melibatkan satu O&G yang sama. Jika memilih untuk bersalin di private hospital, hanya satu O&G yang sama akan check up kita sehingga proses bersalin, semuanya di bawah jagaan dia. Di public hospital, setiap antenatal check up ialah dengan orang lain-lain, juga semasa proses bersalin, bergantung kepada siapa yang bertugas ketika itu.

yang ni masa aku gi check up kat public hospital. Tunggu turn nak jumpa doctor

Segala proses kedua-dua private dan public telah aku harungi dan dibantu oleh rakan-rakan GP serta rakan-rakan pemegang insuran BUPA yang tak lokek masa, menyogok segala info dan panduan buat aku. Rata-rata servis di hospital, office, insuran, klinik GP di sini sangat effisien dan pantas. Bila dah faham, dah tahu, semuanya terasa smooth. Takde lah sampai rasa nak lari balik Malaysia mengandung dan bersalin di sana. Sebab fikir panjang lah, aku decide nak merasa pengalaman di sini.

Kita sedia maklum, private hospital dan private doctor sentiasa berikan servis yang terbaik. Sama juga seperti di Malaysia. Itu memang kita akui.

Tapi bagaimana pula servis public hospital di sini?

Rata-rata rakan-rakan aku di sini memberi jaminan bahawa servis public hospital di sini juga terbaik. Setanding dengan private hospital. Suami wajib menemani isteri semasa proses bersalin. Suami juga berpeluang untuk potong tali pusat anak yang baru dilahirkan. Kalau mama boleh masuk Australia ketika ni, dah lama aku nak suami dan mama ada bersama ketika proses bersalin 😢.

Menurut rakan, maternity ward di public hospital biasanya single room berserta toilet. Midwife sangat mengambil berat. Ada yang midwife tolong mandikan kita. Ada yang midwife sediakan kopi juga untuk suami yang menemani isteri.

Harapnya, yang baik-baik juga bakal aku tempuhi nanti.

Tuesday, 9 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 2 : Pregnancy Check up Process

Selepas dah tau yang aku pregnant, aku tak tau nak kena buat apa dulu. Tak tau nak tuju ke mana. Kalau di Malaysia, kita pegi scan dan pergi buat buku pink. Aku senyap kejap 2 - 3 hari. Pastu aku teringat yang aku ada kawan doctor kat sini. Mula-mula ingat nak buat senyap. Tapi kalau aku senyap, macam mana orang nak bantu. Kawan-kawan suruh pergi jumpa GP. Better pergi after 10 weeks macam tu.

GP tu General Practitioner. Doctor yang kita jumpa di klinik biasa. Kalau korang demam-demam tu kan korang pergi klinik. Kalau kat kampung aku dulu macam Poliklinik Azhar, Klinik Bersatu, Klinik Ananda. 

So, lebih kurang after 10 weeks macam tu aku call klinik dan set appointment. Actually aku tak tau pun dah berapa weeks. Apapun, gi jumpa GP jer dulu. Nanti GP guide apa kena buat. 


Di sinilah bermulanya pengalaman sistem baru. First thing first, aku kena buat ujian darah di bilik Pathology yang terletak dalam klinik ini juga. GP beri surat ujian darah dan juga surat referral untuk pergi Ultrasound. GP tulis atas nota kecil, supplement yang aku kena makan iaitu Blackmores atau Elevit. Dia suggest yang halal. Yang ni husband aku belikan kat Chemist Warehouse.

Ujian darah kat bilik Pathology di situ juga. Senang. Test yang GP nak tahu sekarang ni ialah hCG level untuk tahu positive pregnant atau tidak. Ujian darah adalah percuma kerana telah ditanggung oleh pihak insuran. Pathology akan direct bill ke insuran. 

Result ujian darah akan diketahui keesokan harinya. GP tu sendiri yang call aku. Dia beritahu ya, aku positive pregnant based on ujian darah hCG level. Alhamdulillah. I'm getting pregnant.

Kemudian GP pesan untuk amalkan acid folic tu. Selepas beberapa minggu, dia suruh datang balik untuk ujian darah seterusnya dan juga ujian air kencing. Awal-awal tu takde langsung ujian air kencing. Yang kali kedua ni baru nak buat. 

supplement yang aku ambil masa pregnant

Ultrasound pula perlu dibuat di tempat lain. Bukan dalam klinik ni. Bukan juga di hospital. Aku perlu buat research kat mana tempat yang murah untuk buat ultrasound. Aku balik rumah, call satu persatu tempat yang kena dalam bajet aku. Bila jumpa tempat yang aku rasa murah, barulah aku set appointment. Awal-awal tu aku tak tahu yang kita boleh pilih tempat nak pegi buat ultrasound. Pihak insuran dan kawan-kawan beritahu boleh pilih yang kena dengan bajet. Lain tempat, lain harganya. Lain trimester scan pun berlainan harga. 

Ada tiga kali ultrasound perlu dibuat sepanjang tempoh mengandung iaitu:

  1. Dating scan at 1st trimester (12 weeks) 
  2. Morphology scan at 2nd trimester (22 weeks)
  3. Growth n wellbeing scan at 3rd trimester (36 weeks) 

Untuk ultrasound ni aku kena bayar dengan duit poket sendiri kemudian aku claim dengan insuran. Claim boleh dilakukan melalui apps insuran aku BUPA ataupun ke pejabat BUPA yang kebetulan berhampiran dengan rumah aku. Biasanya kalau aku claim pukul 11pagi, dalam jam 2petang dah masuk duit claim. Ultrasound untuk dating scan berharga $180 tapi aku dapat claim $100 jer. 

ni tempat lain untuk pergi ultrasound

Results ultrasound tersebut diorang akan hantar ke GP. Sistem tu memang dah tersedia ada. That's why kena ada surat referral GP untuk pergi ultrasound. Kat situ lah tertera doctor mana yang nak kita buat ultrasound. Dah ditulis detail GP tersebut. Alamat, number referral GP dan juga provider number. 

Selepas beberapa minit aku balik dari ultrasound, aku dapat mesej kene install apps dan kat situ boleh tengok gambar-gambar baby dan result ultrasound. Ada center yang print out kasi kita simpan. Ada yang suruh install kat apps. Lain center, lain caranya. 

Lagi sekali appointment dengan GP untuk buat ujian darah dan ujian air kencing. Based on ujian darah sebelum ni, hCG level show rise number, means positive pregnant. So, GP minta buat ujian darah selanjutnya iaitu, Hb electrophoresis, Hep B serology,  Hep C serology, Histology, Varicella Zoster Antibody dan ujian air kencing. 

banyak betul ambil darah sepanjang aku pregnant kat sini

Kemudian GP tanya aku, nak bersalin di mana? Nak doctor mana merawat dan jaga kandungan aku sepanjang pregnancy ni? Since dah ada insuran, GP suggest untuk pergi private hospital. Bermulalah episod keserabutan mencari private O&G dan hospital mana aku nak bersalin. Bermulalah episod aku kena study banyak benda, hospital mana under panel insuran aku, doctor mana under panel insuran aku, doctor mana cas berapa percent out of pocket? Semua tu kena buat kajian oleh seorang ibu mengandung di website-website insuran, hospital dan juga private O&G. 😩

Aku pun duduk di rumah buat research dan tanya kawan-kawan yang ada pengalaman mengandung dan bersalin menggunakan BUPA insuran cover. 

Hari berganti hari, kulit muka aku yang sensitive dari terkena matahari kian pulih tanpa aku sedar. Tengok-tengok, bila tamat first trimester aku boleh kena matahari seperti biasa. Of course dengan sunscreen setiap kali keluar rumah dan pakai topi atau payung di kala panas terik. Semua ni dah jadi kebiasaan. 

First trimester tiada muntah-muntah atau pening mabuk kepayang. Cuma mood tak berapa ok. Tak pasti sebab kulit muka sensitive tu ataupun sebab early pregnancy. Masa mengandung Wafiya memang ada muntah-muntah tapi pregnancy kali ni takde episod muntah-muntah. 

Ada beberapa hari terasa lemah, lapar dengan kerap. Nak bangun masak memang terasa malas. Seronok betul bila kawan-kawan jemput datang rumah ada makan-makan. 

Dulu, sebelum merancang untuk mengandung di sini, ada juga terasa bimbang kalau-kalau tak kuat diri ini nak tempuh bila teringin atau mengidam sesuatu. Tapi bila harung sendiri, Alhamdulillah. Takde apa pun. Biasa saja. Kuat makan tu dah semestinya. 

Next part nak cerita kos, insuran dan hospital pula. Banyak lagi perkara menarik nak dikongsikan. Ada banyak kejutan test yang perlu dibuat di sini yang tak ada di Malaysia di mana, suami pun terbabit sama. 

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...