Tuesday 9 March 2021

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 2 : Pregnancy Check up Process

Selepas dah tau yang aku pregnant, aku tak tau nak kena buat apa dulu. Tak tau nak tuju ke mana. Kalau di Malaysia, kita pegi scan dan pergi buat buku pink. Aku senyap kejap 2 - 3 hari. Pastu aku teringat yang aku ada kawan doctor kat sini. Mula-mula ingat nak buat senyap. Tapi kalau aku senyap, macam mana orang nak bantu. Kawan-kawan suruh pergi jumpa GP. Better pergi after 10 weeks macam tu.

GP tu General Practitioner. Doctor yang kita jumpa di klinik biasa. Kalau korang demam-demam tu kan korang pergi klinik. Kalau kat kampung aku dulu macam Poliklinik Azhar, Klinik Bersatu, Klinik Ananda. 

So, lebih kurang after 10 weeks macam tu aku call klinik dan set appointment. Actually aku tak tau pun dah berapa weeks. Apapun, gi jumpa GP jer dulu. Nanti GP guide apa kena buat. 


Di sinilah bermulanya pengalaman sistem baru. First thing first, aku kena buat ujian darah di bilik Pathology yang terletak dalam klinik ini juga. GP beri surat ujian darah dan juga surat referral untuk pergi Ultrasound. GP tulis atas nota kecil, supplement yang aku kena makan iaitu Blackmores atau Elevit. Dia suggest yang halal. Yang ni husband aku belikan kat Chemist Warehouse.

Ujian darah kat bilik Pathology di situ juga. Senang. Test yang GP nak tahu sekarang ni ialah hCG level untuk tahu positive pregnant atau tidak. Ujian darah adalah percuma kerana telah ditanggung oleh pihak insuran. Pathology akan direct bill ke insuran. 

Result ujian darah akan diketahui keesokan harinya. GP tu sendiri yang call aku. Dia beritahu ya, aku positive pregnant based on ujian darah hCG level. Alhamdulillah. I'm getting pregnant.

Kemudian GP pesan untuk amalkan acid folic tu. Selepas beberapa minggu, dia suruh datang balik untuk ujian darah seterusnya dan juga ujian air kencing. Awal-awal tu takde langsung ujian air kencing. Yang kali kedua ni baru nak buat. 

supplement yang aku ambil masa pregnant

Ultrasound pula perlu dibuat di tempat lain. Bukan dalam klinik ni. Bukan juga di hospital. Aku perlu buat research kat mana tempat yang murah untuk buat ultrasound. Aku balik rumah, call satu persatu tempat yang kena dalam bajet aku. Bila jumpa tempat yang aku rasa murah, barulah aku set appointment. Awal-awal tu aku tak tahu yang kita boleh pilih tempat nak pegi buat ultrasound. Pihak insuran dan kawan-kawan beritahu boleh pilih yang kena dengan bajet. Lain tempat, lain harganya. Lain trimester scan pun berlainan harga. 

Ada tiga kali ultrasound perlu dibuat sepanjang tempoh mengandung iaitu:

  1. Dating scan at 1st trimester (12 weeks) 
  2. Morphology scan at 2nd trimester (22 weeks)
  3. Growth n wellbeing scan at 3rd trimester (36 weeks) 

Untuk ultrasound ni aku kena bayar dengan duit poket sendiri kemudian aku claim dengan insuran. Claim boleh dilakukan melalui apps insuran aku BUPA ataupun ke pejabat BUPA yang kebetulan berhampiran dengan rumah aku. Biasanya kalau aku claim pukul 11pagi, dalam jam 2petang dah masuk duit claim. Ultrasound untuk dating scan berharga $180 tapi aku dapat claim $100 jer. 

ni tempat lain untuk pergi ultrasound

Results ultrasound tersebut diorang akan hantar ke GP. Sistem tu memang dah tersedia ada. That's why kena ada surat referral GP untuk pergi ultrasound. Kat situ lah tertera doctor mana yang nak kita buat ultrasound. Dah ditulis detail GP tersebut. Alamat, number referral GP dan juga provider number. 

Selepas beberapa minit aku balik dari ultrasound, aku dapat mesej kene install apps dan kat situ boleh tengok gambar-gambar baby dan result ultrasound. Ada center yang print out kasi kita simpan. Ada yang suruh install kat apps. Lain center, lain caranya. 

Lagi sekali appointment dengan GP untuk buat ujian darah dan ujian air kencing. Based on ujian darah sebelum ni, hCG level show rise number, means positive pregnant. So, GP minta buat ujian darah selanjutnya iaitu, Hb electrophoresis, Hep B serology,  Hep C serology, Histology, Varicella Zoster Antibody dan ujian air kencing. 

banyak betul ambil darah sepanjang aku pregnant kat sini

Kemudian GP tanya aku, nak bersalin di mana? Nak doctor mana merawat dan jaga kandungan aku sepanjang pregnancy ni? Since dah ada insuran, GP suggest untuk pergi private hospital. Bermulalah episod keserabutan mencari private O&G dan hospital mana aku nak bersalin. Bermulalah episod aku kena study banyak benda, hospital mana under panel insuran aku, doctor mana under panel insuran aku, doctor mana cas berapa percent out of pocket? Semua tu kena buat kajian oleh seorang ibu mengandung di website-website insuran, hospital dan juga private O&G. 😩

Aku pun duduk di rumah buat research dan tanya kawan-kawan yang ada pengalaman mengandung dan bersalin menggunakan BUPA insuran cover. 

Hari berganti hari, kulit muka aku yang sensitive dari terkena matahari kian pulih tanpa aku sedar. Tengok-tengok, bila tamat first trimester aku boleh kena matahari seperti biasa. Of course dengan sunscreen setiap kali keluar rumah dan pakai topi atau payung di kala panas terik. Semua ni dah jadi kebiasaan. 

First trimester tiada muntah-muntah atau pening mabuk kepayang. Cuma mood tak berapa ok. Tak pasti sebab kulit muka sensitive tu ataupun sebab early pregnancy. Masa mengandung Wafiya memang ada muntah-muntah tapi pregnancy kali ni takde episod muntah-muntah. 

Ada beberapa hari terasa lemah, lapar dengan kerap. Nak bangun masak memang terasa malas. Seronok betul bila kawan-kawan jemput datang rumah ada makan-makan. 

Dulu, sebelum merancang untuk mengandung di sini, ada juga terasa bimbang kalau-kalau tak kuat diri ini nak tempuh bila teringin atau mengidam sesuatu. Tapi bila harung sendiri, Alhamdulillah. Takde apa pun. Biasa saja. Kuat makan tu dah semestinya. 

Next part nak cerita kos, insuran dan hospital pula. Banyak lagi perkara menarik nak dikongsikan. Ada banyak kejutan test yang perlu dibuat di sini yang tak ada di Malaysia di mana, suami pun terbabit sama. 

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...