Tuesday 8 February 2022

Susah Ke Nak Dapat PR?

Random followers suka lantunkan soalan ni.

Pernah juga kadang-kadang aku ternampak komen-komen di facebook, youtube dan juga IG, orang cakap, "susah... nak apply PR ni payah.. kawan aku nurse pun tak dapat dapat lagi PR"

Erm.

Serious aku tak suka cerita daripada third party. Kawan atas kawan atas kawan atas kawan punya cerita. Without solid proof atas sebab apa yang mereka kata susah.

Dia macam ni. 

Soalnya bukan susah atau senang nak apply PR.

Soalnya diri kita.

Sudah cukupkah point kita?

Susah atau senang bergantung kriteria diri kita.

Kalau kita dah ada degree or PhD. Umur masih muda. Bidang kerjaya pun kena dengan skill demand in Australia. Bertahun-tahun pengalaman kerja. English pulak, IELTS dapat band 9. Atau PTE dapat 90.

Apa yang susahnya?

Tang mana susah? Cer kabor.

Susah atau senang nak apply PR, bergantung pada kriteria diri kita. Background kita. Berapa umur kita. Belajar takat mana. Kerja bidang apa. Belajar jurusan apa. English tahap mana.

Kalau takde semua tu, yes. Susah. Korang kena start over. Bermula dari bawah. Masuk guna student visa. Belajar course yang lead to PR. Lepas tu apply graduate visa. Cuba dapatkan kerja yang dapat sponsor visa kalau boleh. Kalau tak boleh, cuba apply independently kalau point dah banyak. Cara tu korang dapat kumpul point.

Setiap orang jalan lain-lain. Aku suka letakkan diri aku dalam situasi orang yang takde apa-apa, bermula dari bawah. Tak semua orang punya background yang baik. Tak semua orang ada duit yang banyak untuk berhijrah. Tak semua orang beruntung dapat tawaran kerja sekaligus dapat visa sponsored by company.. Tu sebab aku suka kawan-kawan yang humble. Kadang bercakap dengan orang yang cemerlang gemilang terbilang baik dari segi kelayakan akademik yang mantap, dapat tawaran kerja dan visa yang stabil, mulalah bercakap tak pandang bawah. Letih melayan. 

Jangan letakkan situasi kita sama dengan orang lain.

Orang yang dapat visa sponsored, cuba bila bercakap tu kenangkan nasib orang yang struggle dan independent. Kalau korang jenis campak resume kat mana-mana negara boleh dapat kerja, jangan ingat orang yang independent ni akan terima nasib yang sama macam korang. Jangan ingat orang lain tak usaha. Mulalah korang rasa orang lain pun senang dapat kerja lepas campak resume merata-rata. Tak semua orang mampu atau direzekikan ambil jurusan yang macam kita ambil.

At least kena ada rasa hormat, bersyukur dan malu.



Berbalik kepada topik susah or senang tadi tu kan.

Kita dengar jer orang kata susah. Tapi actually kita tak amik tahu pun apa yang susahnya. Kita tak tahu apa benda yang mengekang.

Memanglah orang tu dah amik nurse, ada juga yang akauntan, atau IT. Tapi belum lagi dapat PR.

Mungkin English dia amik belum dapat superior lagi. Mungkin bidang kerjaya dia ada persaingan macam akauntan. Mungkin partner dia tak contribute point kat dia. Mungkin umur dia dah meningkat. Mungkin state yang dia duduk banyak persaingan.

Seriously, kekangan aku sekarang ni ialah duit dan English. Now aku dah skor PTE untuk skill assesment. Tapi aku tak dapat buat skill assesment lagi sebab kekangan duit. Aku tengah kumpul duit. Dah makan masa kat situ. Lepas tu orang kata, "nana tu engineer pun susah nak dapat PR".

Puih!

Ape la yang korang merepek meraban. Cakap takde asas.


OK. Let say ar... Let say, aku dapat PTE 79+. Kemudian dah buat skill assesment. Husband aku pulak contribute 10 point. Then aku masuk EOI. Point aku let say dah 100. Tapi aku masih menunggu. Tak dapat dapat lagi PR.

Now, listen. Ingat ni. Kalau semua point tu aku dah dapat, tapi belum dapat PR, itu dah jatuh pada nasib dan rezeki. Bukan susah atau senang lagi dah. Sebab aku dah lalui segala proses nak kumpul point for PR. Nak tunggu invitation tu, itu bergantung pada rezeki. Takde istilah susah dah kat situ sebab kita dah susah payah harung semua benda untuk kumpul point. Now, tugas kita kena serahkan pada ketentuan Allah. Ingat tu.

Percaya pada rezeki dan aturan Allah. 

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Kita usaha, seterusnya tawakal.

Dak. Tak marah. 

Cuma terkilan dengan sikap orang bila berkata-kata.


Tapi, aku percaya satu benda. Setiap orang ada struggle dia. Struggle orang tak sama. Even kalau kita boleh dapat point yang banyak for PR, mungkin orang tu diuji kekangan kesihatan, mungkin kekangan duit, mungkin kekangan masa, mungkin kekangan komitmen. Semua tu boleh jadi faktor juga kenapa seseorang tu belum dapat PR.

Susah or senang nak apply PR tu very subjective dan tak sama bagi setiap situasi di antara kita.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...