Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk cukupkan syarat graduation iaitu 96 UOC. Term ini adalah term magic. Magic disebabkan beberapa peristiwa terdahulu yang menjadikan term ini hanya tinggal dua sahaja subject perlu diambil. Aku ingatkan term ini perlu ambil tiga subject (berat bagi aku), aku ingatkan term ini bukan terakhir (berkemungkinan kena tambah lagi satu term), tapi rupanya tidak. Allah sebaik-baik penolong. Allah bantu memudahkan perjalanan aku menamatkan pengajian master yang aku rasa sangat mencabar.
Term ini aku cuma ambil subject Wireless Technologies dan part terakhir project thesis aku, iaitu Part B. That's it! Itu sahaja. Sangat membantu aku untuk fokus kedua-duanya dan sangat memberi aku semangat yang tinggi untuk habiskan. Aku gembira sebab ada semangat, ada keriangan nak start term 3. Sebab Allah bantu banyak sangat, magic! Sehinggakan tinggal dua jer lagi nak habiskan. Terima kasih ya Allah.
On my last day, last paper in UNSW |
Sebelum tu, aku pernah rasa takut, tak yakin , malah runsing mengenangkan aku kena ambil jugak subject Wireless Technologies. Subject ni heavy, matematik berat, kerja lab yang merumitkan, subject ni susah. Tapi Allah buat magic, term ni hanya dua jer kena ambil, aku terus bertukar rasa semangat nak buat subject Wireless ni. Malah aku gembira tiap kali nak pegi lab sebab lab demonstrator aku sangat-sangat supportive and fun. Thank you my lab demonstrator from NZ, Hamish. Lab demonstrator sangat mainkan peranan sehingga menjadikan aku ada kekuatan nak buat lab. Dasyat! Small small thing can impact our life.
Macam aku cakap tadi, aku takut nak amik subject ni sebab matematik berat. Rupanya, Prof sangat-sangat encourage student. Pandai dia mengajar. Sebak aku dalam kelas, subject susah, subject heavy, semua student takut, tapi Prof dapat bawak kelas dengan baik. Encourage student to follow him mathematically step by step. Hebat! Pada asalnya aku takut nak ambil subject ni, bertukar 180 darjah bila aku tempuh juga ambil subject ni.
Alhamdulillah.
Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sangat-sangat membantu aku dalam menyelesaikan subject Wireless. Semua tak kedekut. Apa saja yang diorang ada, diorang bagi. Suki, Harsha, Namh, Raj, Trini, Abraham semua sangat membantu aku dalam study. Tak sangka, hujung-hujung ni dapat 100% support from kawan-kawan. MashaAllah.
Direzekikan kawan yang membantu. Trini, Namh, Raj and Abraham |
Alhamdulillah.
(Aku harap aku dapat transfer semangat kat korang yang membaca ni)
Ikut surat tawaran, pengajian aku tamat bulan January 2024. Tapi disebabkan Disember dan January itu ialah cuti summer, dan paper final exam bagi subject Wireless jatuh pada 24 November, jadi aku dikira habis awal lah. Takde ape ler dah lagi yang perlu aku buat selain final exam Wireless. Thesis pun dah submit before study week. Aku mulakan pengajian pada February 2022. Tamat pengajian pada January 2024. Tapi sebab paper final exam jatuh ada hari pertama minggu exam, jadi aku dapat selesaikan dengan cepat. Alhamdulillah.
Ramai yang cakap, eh kejapnya. Ya... memang terasa kejap. Aku merahsiakan yang aku study master ni selama hampir setahun. Tahun 2022, kawan terdekat jer tahu aku ambil master. Lagipun, masa tu online study. Jadi, aku dapat merahsiakannya. Aku start cerita yang aku study master di penghujung 2022. Sepanjang tahun 2023 baru aku up story pegi campus sebab dah beralih dari online learning. Tak dinafikan, ramai yang dapat semangat dan vibes sambung belajar ni dapat meresap kat followers aku. Alhamdulillah. Dari situ aku dapat tahu bahawa aku kongsikan aura yang baik untuk rakan-rakan followers.
Kalau korang baca perjalanan hidup aku, kalau korang selami segala luahan aku, korang tahu bahawa aku lah orang yang taknak sambung master. Aku rasa aku tak mampu. Aku dah ada dua anak, bukan bujang semasa aku berkorbar-kobar nak sambung master. Aku lah orang yang kejap nak, kejap taknak. Aku dah sign offer letter, tapi lepas tu aku step back. Aku lah orang yang tak yakin untuk sambung belajar. Aku lah orang yang nak larikan diri dari kenyataan. Kenyataan bahawa impian aku nak sambung belajar di luar negara tercapai. Tapi bila dah tercapai, aku taknak. Siapa yang mau buat Engineering coursework di kala usia dah macam ini, anak dah dua. Kalau yang jenis pandai tu lain cerita. Yang dari sekolah pun SBP, MRSM bagai. Lepas SPM masuk matriks. Itu lain. Ini aku ni, degree dah la pointer 2.5 jer. Sekolah pun sekolah teknik jer. Bukan background SPM or PMR straight As. Lagi nak sambung master in Engineering. Koyak bhai~ Bukan mudah bagi aku.
But... look at me now. Ahamdulillah telahpun selesai benda yang aku taknak tu. Bila Allah dah bagi, walaupun aku menolak, akhirnya dapat jugak buat dan habiskan, bermaksud Allah tahu dah yang ke depan akan jadi apa. Dia tau aku boleh menjayakannya di ketika ini. Allah kata belum masanya lagi untuk aku capai impian ini ketika di masih bujang. Allah kata, Nur Diyana Farhana ni boleh buat, tapi time dia dah bersuami and anak dua orang. Allah tahu dah semua tu. Kita jer yang kena teroka dan sabar di atas jalan yang telah diaturkan oleh-Nya.
Terima kasih ya Allah. Beri aku peluang ni. Memakbulkan impian aku.
Kalau tak kerana mak cakap-cakap pasal ni, tentu aku terus reject this offer. Kalau tak kerana suami suruh "layankan ajer..." dah tentu aku tak amik master ni. Kalau tak kerana suami aku bantu jaga anak, mana mampu aku dapat study. Kalau tak kerana suami aku berkorban buat food delivery, mana mungkin aku dapat pergi ke kelas. Kita tahu yang Allah takdirkan segalanya. Tapi kita tak tahu, how beautiful the journey yang Dia dah atur untuk kita. Until kita rasai sendiri dan look back. Semua ada hikmah.
Korang tahu tak perasaan happy tu macam mana tatkala aku pens down masa final exam Wireless itu hari. Masa hujung-hujung nak study subject ni lagi lah bersemangat. Semangat sebab dah nak habis. Lega segala yang terbuku di minda. Aku rasa bebas. Luruh satu tanggungjawab dan komitmen. Ringan bahu sebelah. Lega weh. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Minda aku terus kosong. Aku rasa macam terbang tinggi di awangan. Bahagianya dah habis belajar. Macam "ok... what's next?"
Cabaran dan dugaan itu ada. Masalah pun pernah datang bertimpa-timpa. Rasa nak quit itu tiada. Cuma fikir macam mana jalan nak selesaikannya. Tetapi semua itu disulami rasa gembira juga. Gembira back to school. Gembira dapat travelling to campus. Gembira dapat me time in the train, walking to campus. Having fun meet new friends, talk with lecturers. Feel proud dapat study kat UNSW.
To those yang ada niat nak sambung belajar tapi rasa tak yakin boleh buat, jangan tercangak lagi. Go for it!
It always seems impossible until it is done.
Letak aku as your baseline :
- wife and mom of 2 kids
- tinggal di luar negara without nearest family to support during emergency
- husband cuma buat food delivery sahaja. No kayangan life here.
- have left degree for about 12 years, not entitled to get transfer credit from previous degree
- master coursework in engineering, heavy mathematics, labs and programming
- pointer degree dulu 2.5 jer
- bukan budak MRSM/SBP/Matriks
- Tak pandai bahasa Inggeris. IELTS band 5.5 - band 6 ajer
and yeah... i did it!
Look at those baselines, kalau aku boleh buat, so do you.
Yes, you can!
Trust yourself.
Kalau tak percaya pada diri sendiri, at least percaya pada takdir dan pertolongan Allah!
Go further your studies and achieve your dreams.
I will pray for you guys.
Cheers,
Diyana Sahariman
Assalamualaikum.
Moga dapat aura positive hari ini.
Tahniah <3
ReplyDeleteTetiba menangis baca ni. you mcm boleh baca my mind..same goes here. kejap nak kejap taknak. takut dengan diri sendiri..impian kita sama. TT
ReplyDeleteapa jua yg mendatang, rempuh sahaja
DeleteWhy u x sambung phd?
ReplyDelete