Thursday 3 February 2022

Negara Manakah yang Sesuai untuk Berhijrah?

Assalamualaikum,

Dear readers,

Bila aku keep sharing pengalaman aku berhijrah ke luar negara, ramai yang approach aku, mesej aku dan beritahu niat dan impian berhijrah juga.

Bila mesej lebih lanjut, aku dapati sebahagian dari ramai-ramai yang mesej aku, sudah mempunyai target nak berhijrah ke negara mana.


Sebagai seorang yang pernah membuat kajian pelbagai jenis visa luar negara yang lain selain Australia, aku ada pendapat aku sendiri. Tapi aku tak berani nak suggest kat orang atau nak beri komen. 

Siapa nak dengar atau ambil peduli pendapat kita? Lagipun, setiap orang ada pandangan dan preference masing-masing.

Bila dah berada di tahap ini, aku dapat bina kenalan yang juga berhijrah ke luar negara dan antara kami berkongsi pengalaman dan komen terhadap negara yang kami hijrahi.

Ini menguatkan lagi pendapat aku selama ini.

Tapi, siapa nak dengar? Kalau dah orang tu tekad nak ke negara XXX, kalau aku sangkal dan beri pendapat, siapa nak ambil peduli?

Semua orang teruja tengok keindahan sesuatu negara. Nampak salji setinggi lutut, terus berangan nak duduk situ. Nampak negara cantik, high standard, popular among Malaysian, terus tekad nak negara tu jugak.

Tapi ketahuilah, yang cantik itu, yang salji setinggi lutut itu, tak menjanjikan visa pathway untuk kita settle down pun.

Ada beberapa perbezaan situasi penghijrah:

  1. Di sponsor majikan
  2. Berkahwin dengan pasangan warganegara tersebut
  3. Sambung belajar

1. Di sponsor oleh majikan

Kalau kita di sponsor oleh majikan, biasanya kita tak pernah menyangka yang kita akan dihantar ke luar negara. Tak pernah berimpian untuk tinggal di luar negara. Tetapi bila company hantar, kita terpaksa akur dan merasakan bagus juga ni untuk dicuba. Ada juga yang memang bekerja dan target untuk ke luar negara melalui company tempat bekerja. Tetapi kedua-dua jenis ni berhijrah ke luar negara melalui support from company. Dapat elaun settle down, visa diuruskan company, tempat tinggal sementara juga disediakan oleh company. 

Dalam konteks ni, kita tak perlu fikir negara manakah yang sesuai untuk berhijrah? Ikut sajalah, company bagi.

Biasanya, sebagai contoh Australia, kalau kita dah ditaja company, satu kaki dah ada ada jalan menuju PR. Memang boleh dapat kalau company nak sponsor PR kita.

Tak perlu dah nak fikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah. Company sediakan semua. Kita fikir untuk bekerja dengan baik jer.


2. Berkahwin dengan pasangan warganegara tersebut.

Kalau dah jodoh kan, utara selatan pun boleh bertemu. Lebih kurang sama situasi dengan yang di sponsor oleh majikan. Biasanya pasangan kita yang uruskan rumah untuk settle down. Lepas kahwin, teruskan hidup di negara pasangan kita. Satu kaki juga menuju ke jalan untuk dapat PR.

Perlu lagikah untuk memikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah? 


3. Sambung belajar 

Dulu, rata-rata orang Malaysia kita tak meletakkan berhijrah ke luar negara sebagai satu impian utama. Rata-rata orang kita cuma letakkan cita-cita utama iaitu sambung belajar ke luar negara. Lepas habis belajar, semua balik dan berbakti di tanah air kita.

Tapi ada yang bernasib lain dari yang lain iaitu lepas habis belajar, masih mahu tinggal di negara tersebut.

Masa tu kita tak fikir pun negara manakah yang sesuai untuk berhijrah? Kita masa tu fikir nak sambung belajar kat mana jer, at first. Kalau tak balik pun, kita stay jer kat negara yang kita belajar tu.


_

Setakat ni boleh faham tak, apa yang aku cuba sampaikan?

_

Sekarang, cuba fikir yang kita ini bukan bernasib seperti ketiga-tiga di atas.

Macam aku.

Kita nak berhijrah ke luar negara, tapi tak ada company yang tanggung, tak berjodoh dengan warganegara luar, tak juga mendapat tawaran tajaan untuk sambung belajar ke luar negara.

Jadi, kalau nak berhijrah ke luar negara, kita kena bergerak sendiri. Keluar duit sendiri. Atur visa sendiri. Pilih sendiri visa apa nak dipakai. Semuanya atas kita sendiri. 

Sudah tentulah kita perlu fikir negara mana yang sesuai untuk berhijrah.

Setuju?


Menurut dari mesej-mesej yang aku terima., mostly tak ramai buat kajian secara terperinci the sequences visa selepas first visa kita masuk ke negara tersebut. Akhirnya, selepas setahun dua, dah kena balik ke tanah air. Selepas beberapa bulan, memberontak untuk ke luar negara semula.

Duit dah habis. Kudrat dah tak ada. Umur dah meningkat. Tiada motivation lagi dah nak study bab-bab visa ni. Kalau ada kudrat sekalipun, background kita dah tak menepati requirement visa. Terutama sekali umur.

Ramai yang jadi macam ni,

Kita dah ke negara lain, sebab negara tu jer kita mampu pergi, nak elak Australia sebab insuran mahal sangat. Dan negara yang kita nak pergi tu cantik. Australia tak cukup cantik. Semua orang impikan negara tersebut. Tapi sebab tak study sequences visa after first visa yang kita masuk tu, kita dikehendaki pulang ke tanah air. Pastu barulah terbuka hati nak berhijrah ke Australia. Tetapi sayang, umur sudah lanjut, modal dah tak ada, anak-anak pula dah besar. Proses nak berhijrah ke Australia semakin rumit berbanding dengan kalau at first kita consider Australia sebagai langkah pertama untuk berhijrah independently.

Nampak, tak?

Apa yang cuba aku ketengahkan.

Kalau kita berhijrah ke luar negara dengan bergerak sendiri, tolonglah. Tolong research consequences visa selepas beberapa tahun. Ini kerana, lepas balik tanah air, kita pasti akan rasa nak ke luar negara lagi. Lagi satu, tolong research pathway untuk dapatkan PR. Walaupun kita tak ada niat nak apply PR. Tapi tolonglah buat persediaan awal agar tak terbazir duit dan umur.

Selalu aku jumpa orang yang taknak PR pun. Nak ke luar negara sekejap jer setahun dua. Lepas tu balik lah. Macam-macam lah aku dengar. End up, semuanya runsing cari cara macam mana nak stay lagi. Last-last semua balik pastu memberontak nak cuba lagi. Pusing mencari modal.

Tak kisahlah kalau perancangan awal korang nak stay setahun dua je ke, taknak PR ke, tak kisah. Tapi jangan menutup peluang. Kalau ada peluang untuk PR, kau pergilah negara tu. Ha, lagi satu. Kau kena tahu, pathway untuk apply PR tu achievable or not. Jangan cuma baca teori jer. Ambil tahu, technically, kau boleh capai tak? Kena berpijak bumi nyata. Jangan bermimpi. 

Contoh kalau negara tu kata boleh apply PR after 5 tahun, tapi situasinya sekarang, student visa kau setahun jer. After setahun kau nak buat macam mana, untuk nak sampai 5 tahun tu? Be realistic.

Kalau Australia, dari Malaysia lagi kau boleh apply PR kalau background kita kena dengan requirement. Kalau tak boleh apply PR dari Malaysia sekalipun, masih ada cara lagi dengan cara sambung belajar. Tak ada syarat selepas beberapa tahun baru boleh apply PR. Yang penting, umur jangan lebih 44 tahun.

Jadi, recommendation dari aku. Jangan tersalah langkah. Jangan menutup peluang. Study about visa secara mendalam.

-
Actually, post ni aku taknak post pun. Nak simpan biar jer dalam draft. Tapi kesian pula bila ada yang mengadu nak divert ke negara lain selepas habis tenaga dan wang dikorbankan. Post aku ni tak applicable kat semua. Ada target yang aku sasarkan especially buat penghijrah yang bergerak sendiri.

Jangan sebab tak applicable kat yang lain, aku tutup sharing regarding on this.
 
Biar aku kongsi, selebihnya atas korang sendiri.


Disclaimer :
  1. Aku bukan nak mengajak ramai-ramai tinggalkan Malaysia atau bencikan Malaysia. Tidak. Blog aku ni cuma catatan pengalaman aku sahaja di mana pembaca ambil sebahagian sebagai panduan.
  2. Perihal visa di setiap negara, perlu dikaji oleh kita sendiri. Bacalah di website-website negara tersebut. Aku adalah cara aku.
  3. Setiap dari kita mempunyai background berbeza. Berbeza bidang pelajaran, berbeza umur, berbeza bilangan anak, berbeza pengalaman kerja. Jadi, setiap halatuju untuk ke luar negara juga berbeza.

Harap dapat faham point yang cuba aku sampaikan. Aku tau, aku cuma bertapak di Sydney sahaja. Tak adil untuk aku beri pendapat begini. Orang lain akan fikir biased. Sebab aku duk Australia, semua nampak kebaikan jer kat sini. Tapi kalau korang pernah duduk Australia, korang akan faham. Dan Kalau korang pernah buat kajian mendalam tentang segala jenis visa di negara lain, korang akan faham. For new beginner, memang susah nak decide. Oleh itu, jangan tergesa-gesa. Ambil saja masa untuk faham pathway visa. Semuanya ada di dalam wesbsite. Visa regulations pun sentiasa berubah. Baik refer kat official website. 

Aku juga ada senipis niat, lepas aku settle PR Australia, nak cilok sekejap setahun ke negara lain. Kalau aku buat macam tu pun, masih lagi tak adil untuk aku kongsi pendapat. Setahun di negara lain dan 5+ di Australia. Tak adil juga kan? 

So, biarlah aku kongsi juga. Biar post ini menggerakkan hati korang untuk selidik negara manakah yang sesuai untuk korang berhijrah. Bukan dari paras rupa. Tetapi pada visa pathway nya.

Ketahuilah, ada negara yang sesuai untuk pergi melancong sahaja. Ada negara yang sesuai untuk pergi menimba ilmu, tapi lepas tu tak menjanjikan hala tuju, kena balik juga semula ke tanah air kita. Ada negara yang sesuai untuk bekerja, tapi tak menjanjikan PR juga setelah beberapa tahun.

Ada bezanya. Lokasi(states/suburb) kita duduk tu pun boleh leads to berbeza pandangan.

-
Jalan hidup kita berbeza, Allah aturkan nasib kita berbeza. Penghijrahan biasanya akan disajikan dengan pelbagai keajaiban. Tu sebab aku kata jangan tutup peluang, sebab bila direzekikan, matching pulak dengan pathway yang kita dah rancang dengan baik, segalanya rasa berbaloi setelah kita korbankan negara yang kita teringin sangat nak pergi (yang tak menjanjikan kita boleh stay lama).

Kita hanya cuma mampu merancang, rancanglah sebaiknya. Allah akan aturkan dengan cinta terhadap hambaNya.

Jangan lupa, sentiasa mohon petunjuk. Adakalanya, berhijrah ni bukan juga yang terbaik buat kita.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...