Sunday 27 May 2018

JEJU Trip : Day 6 : Sangumburi Crater, Swiss Village, Gasiri Windmill, dan Jeju Folk Museum

Hari ke 6 kami di Jeju. Aku mula rasa sedih dan bermonolog sendirian.

"kenapa dah hari ke 6..?"

"alaa... kenapa cepat sangat?"

"8 hari pun tak cukup rupanya..."

Hahahaha...

Macam biasa kami gerak keluar tidak tergesa-gesa. Tak rushing. Pada harini kami ke Sangumburi Crater. Sebuah kawah gunung berapi dan telah dijadikan sebagai  Natural Monument. Kalau kita tengok kawah ni dari atas nampak macam sebuah stadium buatan manusia. Nak masuk sini agak mahal juga 6000won per adults. Agak mahal aku rasa sebab daya tarikannya kurang tapi pemandangan masih lagi menarik. Cuma bosan sikit lah. Mungkin sebab kami dah hari ke 6, ya jugak!

Datang tak kena musim
kering kontang
ada permainan tradisional orang korea di sini
Mungkin juga sebab kami datang ke sini pada awal musim bunga, kurang daya tarikan. Aku percaya kalau datang autumn atau sakura spring, mesti menarik.

Aku rasa tu Gunung Hallasan sebab nampak salji masih ada lagi
Kami just walk in dalam ni beberapa minit, ambil gambar dan lepak - lepak. Tak lama pun kami beredar. Bosan! Kami nak menuju ke tempat yang lebih menarik baq ang!

Kami nak ke Jeju Swiss Village. Bangunan macam lawa jer. Tapi jalan nak pergi sana macam susah sikit. GPS number takde. Aku guna waze jer. Itu pun waze bawak kami ke tempat yang kurang tepat.

Lepas redah semak, hutan, rumah orang, akhirnya kami sampai ke Jeju Swiss Village. Nasib baik tak kena bayar entrance. Sini banyak kedai kopi jer. Parking free. Tempat untuk lepak minum kopi ok la.

Bangunan first yang kita akan nampak
mula menapak
deco sekitar
Lepas jalan-jalan pusing-pusing sekitar Swiss Village ni, kami masuk salah satu cafe untuk minum coffee.

Kami masuk kedai ni lah. Dari bawah payung tu boleh nampak pemandangan wind turbine
deco di counter
aku minum caramel latte
Selesai minum, macam biasalah, kami nak ke tandas dulu sebelum balik. Punyalah wangi dan cantik tandas cafe ni.

tandas yang wangi dan bersih
turun tangga
Boleh nampak wind turbine
Jom nak balik dah
Berhampiran parking area
Lepas tu kami ke Maze Land. Kami guna waze untuk ke Maze Land. Tak jauh dari sini. dalam 15minit perjalanan. Perut start lapar dah ni.

Kat sini Running Man shooting
Tengok dari luar macam tak menarik jer. Kami nak yang tembok pokok tapi kat sini ada tembok batu jer. Kami pun tak masuk. Jimat entrance fee. Hehe.

Petanda dah nak masuk sakura
Masa nak masuk kereta dan beredar, kami terasa lapar. Jadi kami bukak bonet dan makan bekalan makanan kat parking area. Jeju ni tak macam Australia. Australia banyak park untuk picnic makan bekalan makanan yang kita bawa. Tapi kalau suhu macam ni, aku rasa baik makan dalam kereta jer.

Kemudian kami menuju ke Wind Farm lagi kat Gasiri Windmill jalan Noksan-ro. Aku tak menaruh harapan yang tinggi sebab aku datang tak kena musim. Kalau datang time sakura blooming, kita boleh tengok bunga canola menguning di sepanjang jalan dan sama naik jugak dengan bunga pink sakura.

Sampai jer di jalan Noksan-ro, ya memang tepat sekali. Oren jer semua kiri kanan kering kontang. Jadi aku nasihatkan korang takyah lah masukkan tempat ni ke dalam itinerary kalau korang datang bukan pada masa sakura blooming.

kan aku dah cakap kering kontang
kesian
Baki masa yang ada kami gunakan untuk meronda ke Jeju Folk Village. Aku rasa tak sempat masuk pun. Tapi tak pe lah. Nak menikmati perjalanan dalam kereta je sebenarnya. Boleh masukkan nombor GPS 7874501 untuk ke Jeju Folk Village.

Entrance
Lokasi penggambaran Jewel In The Palace
Tak sangka aku sampai ke sini. Aku memang suka drama ni. Entrance fee sangat mahal. 11000won per adults. Masa kami sampai ni pun dah nak tutup. So, kami lepak luar ni dan pergi tandas jer. Staff situ bagi jer kami masuk untuk bergambar dekat-dekat sini.

minum air kertas lipat
baca-baca apa yang patut
Lepas ke tandas kami minum dulu kat sini dan baca-baca sikit apa yang patut. Jeju Folk Village ni sangat informative. Recommended lah nak masuk. Kita boleh tengok budaya orang Jeju dan macam mana daily life diorang. Menurut bacaan aku, orang Jeju ni, para isteri akan keluar bekerja, para suami kena duduk rumah makan tidur. Wah, teringin nak tau berapa kadar perceraian mereka di Jeju. Haha.

Kalau tak nak masuk ke Jeju Folk Village ni, korang boleh singgah di Seongeup Folk Village berdekatan dengan Seongsan Ichulbong. Entrance fee. Tapi sendu sikit la tempatnya.

Dalam perjalanan nak pulang tu kami singgah untuk melihat pemandangan malam di Jeju City.

Some of the street in Jeju City
Ada underground market kat bawah ni
Kami terus pulang ke rumah sambil memikirkan menu apa nak di masak. Stok bekalan makanan hampir habis. Lauk banyak tapi beras pulak tak cukup. Kami dah start tengok - tengok barang nak packing bawak balik. Kami tak shopping apa pun. Just coklat dan some souvenir.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...