Friday, 25 May 2018

JEJU Trip : Day 5 : Udo Island

Pada hari ke lima ni, kami pergi ke Udo Island. Mengikut ramalan cuaca memang cun. Sunny day jer. Setakat berada di Jeju ni suhu dalam 5 hingga 8 degree. Sunny pun bukan lah beria ketibas semua. No no no. Dingin dan bermatahari. Cantik buat ambil gambar ni. So pagi ni suamiku akan drive menghala ke timur Jeju pulak. Kami masukkan GPS number 7825671 akan bawa korang ke Seongsan Port. Kita nak ke Pulau Udo, mestilah kena cari port dulu sebab nak naik feri kan?

Keindahan sebuah pengalaman ke Udo Island
Sampai di Seongsan Port, biasalah kami kona pi kona mai cari mana hala tah nak beli tiket. Kami ingat kan penjaga kat situ jaga parking, rupanya memang nak ke port tu masuk situ, yang kereta banyak hala ke situ betul lah tu lorong dia. Kami sampai di sini dulu bangunan bentuk dome ni untuk beli tiket. Park kereta sini kejap.

Masuk bangunan ni dulu tau untuk beli tiket
Kami tunggu dalam kereta, suami aku jer masuk untuk beli tiket. Tengok-tengok dia keluar balik masuk kereta. Rupanya kena isi borang dulu ada detail yang dia nak macam nama penuh, nombor passport. So kami pun isi borang dulu. Ada dua copy untuk round trip.

Lepas isi borang, suamiku masuk balik bangunan tu dan bayar harga tiket. Bayaran tiket untuk dewasa sebanyak 5500won seorang untuk round trip. Kami nak masuk Udo bawak kereta, jadi kereta pun kena cas sebanyak 26,000won sebuah kereta untuk round trip. Seingat aku harganya macam tu lah. Lupa nak catat harga berapa. Tengok balik resit, tak faham pulak bahasa dia.

Kalau nak ke Udo Island ni tak perlu rushing sebab jadual ferry berlepas memang kerap. Satu hari ni memang kami spend untuk ke Udo Island jer so kami gerak keluar pun tak rushing. Santai sahaja sesuai bawa parents dan anak kecil.

tu dia feri nyer. Di sebelah kiri dome itu tadi
kami menghampiri ferry
Perasaan excited sangat naik ferry ke Udo Island. Satu pengalaman yang baru. Lepas selesai urusan bayaran tiket, suami aku drive pulak ke terminal ferry. Memang ada jer sana sini orang dia jaga laluan. Now, kami bersiap sedia nak masuk ferry guna kereta. Kami kena masuk ferry secara mengundur ke belakang. Tingkap driver kena bawak turun sebab staff situ akan tolong libas stereng korang untuk masuk ke dalam ferry.

Lepas semua kenderaan dah habis load, enjin dimatikan dan ferry mula bergerak. Masa ni korang janganlah tidur pulak dalam kereta. Mari turun nikmati keindahan ciptaan tuhan. Korang boleh nampak Seongsan Ichulbong dan Udo Island semasa dalam perjalanan. Banyak juga burung yang ikut ferry ni nak ke Udo Island.

Seongsan Ichulbong tersergam indah. Pemandangan dari atas ferry
Aku nak naik atas ni ambil gambar tapi ramai orang pulak
Banyak burung ikut kami
Perjalanan menaiki ferry mengambil masa dalam 15 minit jer. Sekejap jer. Lepas turun dari ferry korang akan nampak ramai orang-orang sini promote untuk naik kenderaan sewa diorang skuter berbumbung dan basikal. Comel - comel kedai di Udo Island ni. Semestinya kedai kopi yang paling banyak.

Ferry penumpang pun akan naik ferry yang sama juga dengan kenderaan. Cuma diorang jalan kaki, kami naik kereta. Tapi nasihat aku yang ada anak kecil tu kan, bawak jer kereta masuk Udo Island. Kalau travel berdua boleh lah naik skuter bumbung tu. Tapi korang kena ada IDP (International Driving Permit). Kalau naik basikal, korang akan mengalami ketibas jugak lah. Letih juga kalau nak mengayuh pun.

comel skuter ni. Kena ada IDP untuk sewa
Lepas turun ferry, aku try masukkan GPS number tapi sebenarnya tak berjaya. Tak dapat navi. Try banyak kali pun tak boleh jugak. Maksudnya kami kena jalan - jalan Udo Island tanpa bantuan GPS mahupun waze. Nasib baik Udo Island ni tak besar mana. Jadi kami pusing jer satu pulau ikut naluri hati dan signboard bahasa yang boleh faham.

Jadi mula-mula kami ke Udo Peak dulu. Udo ni maksud dia "cow". Bentuk pulau ni sebenarnya macam lembu tengah baring. Kat Pulau Jeju ni pun ada pulau - pulau kecil macam Udo Island (terletak di sebelah timur Jeju) dan Chagwido Island terletak di sebelah barat Jeju. Udo Island lah yang popular sikit among tourist.

skuter berbumbung tu. Comel. Boleh naik dua orang, depan dan belakang.
Akhirnya kami sampai juga kat parking area Udo Peak. Takde aktiviti apa sangat kat sini hanya melihat pemandangan. Kita boleh hiking naik ke atas peak tu. Ada satu lighthouse kecil di atas puncak. Kami hanya menikmati pemandangan dan hiking separuh jalan jer.

ada kedai minuman buah buahan dan souvenir
boleh sewa ride kuda
trail untuk ke lighthouse and Udo peak
light house and Udo peak
kami naik sekerat jer
sebab Wafiya start meragam
rasa macam jauh lagi nak naik
Pada mulanya aku rasa macam nak naik sampai atas. Tapi memandangkan anak aku dah start berbunyi, jadi aku pun takat hat ni jugak dengan family aku yang lain. Kami duduk-duduk ambil gambar dan ambil angin. Kemudian kami turun balik.

dari sini boleh nampak Seongsan Ilchulbong
Selesai di Udo Peak, kami ulang lagi pergi ke tandas. Kami masuk ke kereta dan merancang untuk jalan-jalan dan pusing sekitar pulau tanpa ada kekangan masa. Kami pun pergi ke satu tempat ni tak pasti namanya apa. Tapi batu nya macam Yeongmeori Coast.

Area sini banyak kedai kopi dan aiskrim
aku turun ke bawah tu
guna tangga untuk ke bawah
pelbagai makanan laut
batu ni macam Yeongmeori Coast
Setelah pekena kopi, kami masuk ke kereta dan mencuci mata sekitar pulau Udo. Suami ku dah makin cekap drive kereta di sebelah kiri. Aku pulak yg kadang2 cuak sebab kereta dari arah bertentangan datang. Padehal betul dah tu kereta tu punya laluan.

Jalan jalan sekitar Udo Island
Pemandangan biasa di Jeju. Banyak batu hitam. Terhasil dari larva gunung berapi
 Kami menikmati pemandangan dari dalam kereta dan singgah beberapa tourist sport untuk bergambar. Kami ke tandas dulu dan menuju ke ferry terminal semula untuk pulang ke tanah besar Jeju. Jam menunjukkan pukul 3 petang.

pemandangan pulang
Lepas turun dari ferry, kami decide untuk mencuba makanan di kedai. Jadi kami menuju pulak ke Bagdad Restaurant. Sebelum tu, kami singgah di Canola Farm yang terletak di merata tempat sepanjang perjalanan ke Seongsan Port ini. Ia juga berdekatan dengan Seongsan Ichulbong. Kiranya satu jalan jer. Tapi kami tidak ke Soengsan Ichulbong pada hari ini kerana kami masih mempunyai hari lain untuk di isi. Seopjikoji Lighthouse pun dekat area sini jugak. So senang lah nak susun itinerary sebab semua dekat-dekat jer.

Canolar Flower Farm berhampiran Seongsan Ilchulbong
Selesai bergambar, kami set Waze untuk ke Bagdad Restaurant. Susah sikit nak cari parking sebab lorong sempit. Kedai nya terletak di lorong-lorong terpencil. Sampai di kedai, tuan punya restoran dah sambut kami awal lagi. Makanan di sini halal. Ayam dan daging di import dari Seoul, Korea. Agak mahal juga makan di sini sebenarnya.

Sedap, pedas dan mahal
Dah kenyang, kami terus balik ke rumah penginapan kami. Cerita pasal kisah jalan nak balik ni pulak, memang suami aku ada save siap-siap lokasi penginapan rumah kami. So, korang nanti kalau sewa kereta di Jeju, save siap-siap kat GPS tu location rumah penginapan korang. Nak balik jer tekan favourite location tu senang. Cepat dan mudah.

No comments:

Post a comment

Kos / Modal Berhijrah ke Luar Negara

Untuk menetap di luar negara, korang perlu ada visa yang sah yang membenarkan korang stay dan bekerja . Biasanya seseorang dapat berhijrah...