Friday, 8 June 2018

JEJU Trip : Day 7 : Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji Lighthouse dan Seongeup Folk Village

Lagi sekali kami menggunakan laluan yang sama dari penginapan kami ke Seongsan Port. Tapi hari ini kami akan melencong ke Seongsan Ichulbong. Laluan yang sama untuk ke Seongsan Port, feri untuk ke Udo Island. Kesejukan dan kenyamanan Pulau Jeju buat aku jatuh cinta dengan bumi Korea. Pada hari ini sang mentari elok terpacak naik dan suhu tidak terlalu sejuk, sekitar 10degree. Sangat sesuai untuk ber"outdoor". Aku rasa memang sangat berguna ramalan cuaca di internet ni.

Bayaran dikenakan sebanyak 2000KRW untuk pelancong dewasa. Sekitar parking kereta Seongsan Ichulbong ini terdapat banyak kedai jualan cenderamata, sotong bakar, dan jus oren. So, kat sini boleh enjoy juga cuci mata. Kami beli souvenir di kedai Korean yang boleh berbahasa Melayu di sini. Kedainya terletak bertentangan dengan bilik tayangan Seongsan Ichulbong, berhadapan dengan parking kereta.

Pada asalnya kami tak nak hiking ke atas puncak Seongsan Ichulbong, tapi atas dorongan ibu mertua ku, ku gagahi jua hiking ke atas dengan niat untuk merakam pemandangan dari atas puncak sana. Since, aku tak dapat hiking ke Udo Peak pada hari ke 5 yang lalu. Mama aku teman sampai ketinggian 90 meter jer. Risau pulak aku kalau dia sakit kaki nanti kang.

trek hiking
bermulalah trek hiking ke Seongsan Ilchulbong. Tak sesuai bawa stroller
Seongsan Ichulbong ni terhasil daripada letusan gunung berapi beratus ribu tahun dahulu. Mempunyai ketinggian setinggi 90meter dan berdiameter 600meter. Tapi nak sampai ke puncak, ketinggian dia 180meter. Seongsan Ichulbong ini dikelilingi batu-batu tajam, bentuknya seakan-akan crown.

horse riding
Di kaki Seongsan Ichulbong ni kita boleh enjoy horse riding. Tandas disediakan pada awal trek hiking. Tapi better korang pi tandas siap-siap lah. Trek untuk hiking ni sangat selesa dan santai. Ada beberapa port untuk kita tengok pemandangan di sekitar bandar Seongsan ni. Dari atas ni, kita boleh nampak Udo Island. Pemandangan sangat cantik tak terkata. Satu pengalaman yang amat berharga mendaki ke atas puncak Seongsan Ichulbong.

pemandangan dari puncak Seongsan Ichulbong
Since aku naik sorang-sorang, aku risau juga siapa lah nak amik gambar aku nanti. Tapi bila aku nak  release shutter jer, ade jer orang yang offer kan diri untuk ambilkan gambar aku. Bagus nya orang-orang kat sini. Aku nampak kat sini macam ramai traveller from Korea, China, Indonesia, Malaysia. Tak ramai dari Europe. Kenapa yer? Mungkin sebab musim sejuk lagi kot. Mungkin orang Europe nak musim panas.

Boleh nampak Udo Island
Tak lama pun, tak sampai sejam, aku dah sampai ke atas dengan beberapa kali stop sebab nak tengok view and capture gambar. Rupanya aku baru berada di ketinggian 180m.

Sampai dah puncak Seongsan Ilchulbong
Aku ambil masa lebih kurang 5 minit untuk baca info dan melihat sekitar puncak ni. Ramai jer tourist yang tolong ambilkan gambar aku dan aku pun tolong amik gambar diorang.

Ini lah dia puncak Seongsan Ilchulbong
Antara orang yang bermurah hati tolong ambil gambar aku
Ini lah dia carter tu. Takleh la menapak ke situ. Tengok hat ni jer
Tak lama kemudian aku pun turun. Aku dah start rasa panas. Buat pertama kali aku tak pakai baju sejuk di Jeju. Haha. Nak turun, tangga dia ber"zigzag". Aku mula dahaga. Yer lah, aku ingat nak half way jer. Aku cepat-cepat turun cari yang lain dengan wifi takde nyer. Sampai jer di bawah aku ke hulu dan ke hilir cari wifi. Nak tanya diorang ada kat mana. Rupanya serbu kedai souvenir orang Korea yang boleh cakap Melayu tu. Dia ada ipar orang Malaysia, that's why dia boleh cakap Melayu.

Menuruni Seongsan Ilchulbong
Yang lain dah tunggu lama, aku rasa macam tak patut pulak nak ronda kawasan ni. Kat sini boleh tengok pertunjukan Women Divers. Diorang ni warga emas (wanita) menyelam tanpa bantuan oksigen untuk menangkap hasil laut. Hebat kan? Aku tak berkesempatan nak tengok persembahan diorang.

Yang berbumbung tu tempat tengok Women Divers Performance
Trek untuk turun dah disediakan. Turun belah sini
Kemudian kami menuju ke Seongeup Village sebab kami tak dapat masuk ke Jeju Folk Village haritu. Village ni free entrance. Lepas parking jer terus ada orang sambut. Dia explain sikit-sikit tentang macam mana orang kampung di Jeju ni tinggal.

Dia kasi test madu
Dia cerita yang lelaki duduk rumah, makan tidur. Perempuan yang kena keluar bekerja cari duit sebab dulu para lelaki ni berjuang mempertahankan tanah air, so mereka dibalas dengan layanan yang cukup istimewa. Amboi!

Sampai ke satu rumah perkampungan orang Jeju ni, rupanya orang tu nak menjual air oren dan pelbagai produk tempatan macam minyak urut, minyak sakit kepala, gatal-gatal. Aku ada try air oren tester yang dia bagi. Sedap sungguh. Aku goyah nak beli, tapi risau tak cukup duit. Sudahnya banyak duit lebih aku tak pakai. Haha.

Sekolah diorang kot
Seongeup Folk Village
Lepas tu kami pergi makan di area Seongsan Ilchulbong, baru nak rasa lapar. Adoi, patah balik pulak. Baik gi makan jer dulu tadi. Aku dapat tau dari group BBM yang kedai ni ada Halal Certificate. Kedai ni jual ikan sahaja. Ikan yang hidup di dalam akuarium ni.

Masukkan nombor GPS 7842120
Asam pedas ikan mackerel ni sedap
Ikan mackerel ni sedap oi. Bakor dengan garam jer. Tapi bukan masin. Tapi sedap. Eh susah cakap lah
Lepas semua dah kenyang, kami pergi tengok Seopjiko Lighthouse. Masa ni kan semua kenyang, jadi mengantok lah. Tak rasa pulak nak explore Seopjikoji, tapi nak tengok kawasannyer ada apa. Orang ramai. Maklumlah, weekend. Parking pun agak penuh.

Nun sana tu Seopjikoji Lighthouse
Time ni aku tengok orang mancing. Tak larat dah nak menapak ke sana sebab aku baru jer menapak naik Seongsan Ilchulbong. Risau sakit pulak kaki karang. Ini lah destinasi terakhir kami di Jeju.

Kami bergerak pulang ke rumah penginapan. Balik, kemas baju, dan bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Mengandung di Sydney, Australia - Part 1 : Mengandung di Luar Negara

Satu persatu pengalaman aku tulis dalam blog ni. Pengalaman berhijrah, pengalaman sekolahkan anak, pengalaman ambil ujian IELTS dan PTE. Kal...