Tuesday, 1 January 2019

Pengalaman Sambutan Tahun Baru di Sydney 2019

Sebelum aku berhijrah ke Sydney, aku langsung tak tahu apa daya tarikan di sini. Yang aku tahu, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Itu pun aku tak tahu pulak dua mercu tanda ni hanya bersebelahan.

Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House bersebelahan jer rupanya
Aku selalu disogokkan cerita kehebatan firework pada hari tahun baru di Sydney. Aku pun cuba cari maklumat dari rakan yang dah lama tinggal di Sydney. Menurut sumber rakan, orang terlalu ramai tetapi friendly jika ingin membawa anak kecil. Ya, sebab ada anak kecil, aku fikir banyak kali nak pergi atau tak. Aku memang kalau nak ke mana-mana, aku fikir anak dulu.

Suami aku ada pesan, kalau nak pergi, tak pe pergilah dengan kawan atau pergi jer sorang. Dia jagakan anak di rumah. Aku ni pulak jenis tak sampai hati.

Di hari-hari terakhir tahun 2018, aku sign up semua news tentang train dan traffic di city. Melihat keadaan berita, aku memang tak nak pergi. Ada yang sanggup berkhemah 3 hari sebelum tahun baru sebab nak secure tempat strategic untuk melihat firework. Ini kerja gila. Merepek manusia sekarang. Sanggup diorang berkampung dan berkhemah berhari-hari dengan heatwave menyerang. Apa gila diorang ni?

Melihat berita, ada train station yang akan di tutup dan hujan akan turun petang sebelum firework. Semua ni menguatkan perasaan aku untuk tidak pergi melihat firework di Sydney. Suami aku ada cakap, di sekitar Circular Quay, ada pihak yang memasang penghadang hitam tinggi sayup untuk menghalang orang awam melihat firework. Bermaksud, kalau nak view cantik, kena beli tiket ratusan dollar. Gila.. ini semua gila.

Seperti yang aku khabarkan tadi, aku siap-siap subscribe semua berita berkaitan tahun baru. Aku dapat tahu yang kita boleh online streaming untuk melihat firework. Dikhabarkan, pada pukul 9malam ada pertunjukan firework khas untuk family yang membawa anak kecil. Aku kira, mungkin pertunjukan ini ditayangkan untuk membenarkan yang berkeluarga boleh pulang awal. Tak perlu tunggu pukul 12 tengah malam. Bagus juga. Consider yang ada anak kecil.

Tepat pukul 9malam aku tunggu untuk lihat online streaming. Hati aku libang libu. Bestnya. Cantiknya. Ala... nak pergi lah. Itulah kata-kata yang bermain dalam fikiran aku. Anak aku pula takut firework. Keadaan jadi 50-50 untuk pergi atau tidak. Dengan tiba-tiba terpacul juga dari mulutku untuk meminta kebenaran suami pergi melihat firework. Dan tiba-tiba juga anak aku minta kat daddynya untuk turut serta. Kami set, kalau dapat tengok, rezki lah. Kalau tak dapat, tak ape lah. Pengalaman moga lepas ni bersedia lebih awal atau tak perlu pergi tengok langsung.

Kami bersiap 5 minit dan keluar dari rumah pada pukul 9.30 malam menaiki train. Train ramai. Meriah. Turun di St. James kerana station Circular Quay telah ditutup. Kami mengikut arus orang ramai. Aku mula tidak sedap hati. Dah lah tiada persediaan. Aku risau keadaan anak aku. Mana tau dia meragam ke.

Perjalanan menjadi jauh kerana banyak simpang yang ditutup. Polis di sana sini dengan menunggang kuda dan meletakkan pelbagai kon untuk menutup jalan. Suasana berjalan dalam arus orang ramai di sini boleh dikatakan aman damai kerana tiada asap rokok yang tidak berpatutan dan semua bergerak mengikut arahan polis dan pengawal lalu lintas. Juga banyak amaran dilarang alcohol di merata-rata. Boleh ditangkap sekiranya mabuk.

Kami bertiga mula rasa letih. Ikut kan dah sampai sekitar Circular Quay. Tapi disebabkan orang terlalu ramai, banyak jalan ditutup dan lalu lintas banyak dilencongkan menjadi jauh. Dah jadi buang masa. Kami mula rasa drain. Letih. Rasa nak give up. Ada beberapa orang polis menyarankan untuk kami lepak di taman demi keselesaan anak. Kami menurut katanya.

Kami berjalan mara ke atas lagi. Sampai ke satu simpang, kami buntu. Tiada hala tuju kerana pit stop kami yang terakhir adalah berhampiran dengan Sydney Opera House yang ditutup jalannya kerana entrance itu adalah untuk orang yang ada tiket berbayar. Kami berdegil cuba masuk tapi dihalang kerana tiada wrist band. Mungkin wrist band diberikan kepada mereka yang mempunyai tiket.

Kami berhenti di tengah jalan raya. Memikirkan apa yang perlu kami lakukan. Jika kami berdiri di sini juga, kami tidak akan nampak apa-apa firework sebentar lagi. Jalan mula dipenuhi orang ramai yang duduk di tengah jalan raya untuk menyaksikan firework. tapi pemandangan itu sebenarnya hanyalah sipi-sipi dilindung pokok dan bangunan-bangunan. Tiada piliha. Itupun bagi mereka mungkin sudah cukup baik daripada bayar tiket ratusan dollar.

Suami aku menajamkan pandangan. Suami aku suruh aku masuk juga rempuh pintu penghalang yang dijaga oleh volunteer di situ. Aku yang waktu itu sedang melipat payung ke dalam bag, secara automatik kakiku melangkah apabila suami ku suruh masuk tanpa tiket. Aku berjalan selangkah demi selangkah menempuh pintu masuk. Kepala ku tak toleh kiri dan kanan. Straight jer. Hati berdebar. Target aku adalah untuk berjaya masuk tanpa disekat oleh volunteer.

Ternyata, aku berjaya masuk tanpa sekatan. Aku tak berani menoleh ke belakang. Tapi, tiba-tiba aku disapa oleh volunteer yang lain di lorong kiri. Ada kon penghadang yang menghalang kami. Volunteer tu syak aku takde tiket. Sengaja dia usik aku nak ke mana. Aku jalan laju-laju sambil berkata yang aku ada tiket tak perlukan bantuannya. Fuh. Berderau jantung aku. Kerja gila. Nak give up rasa. Cari nahas.

Sampai ke hujung jalan, aku buntu. Aku toleh ke belakang juga. Aku mencari kelibat suamiku. Sudah berjaya masuk atau tidak. Atau aku akan keseorangan di sini? Beberapa kali aku jenguk, akhirnya aku nampak suamiku sambil mendukung anak melangkah masuk menempuh pintu. Lagak jalannya bagaikan wira. Inginku bersorak atas kejayaan kami. Tapi belumlah berjaya lagi kerana kami tidak dapat port yang menarik untuk melihat firework.

Akhirnya kami bertiga bertemu. Kami rupanya mempunyai satu lagi halangan untuk masuk ke perkarangan event yang berbayar. Event tersebut mempunyai beberapa khemah booth makanan, minuman, pertunjukan sarkas dan pentas nyanyian. Juga mempunyai pintu utama yang dijaga oleh dua orang volunteer. Sekali lagi kami mati akal untuk menempuh pintu tersebut. Tinggal lagi 10 minit lagi untuk countdown tahun baru. Kami tidak punya banyak masa.

Sedang kami buntu dan melilau cara nak masuk pintu tersebut, aku ternampak satu kertas A4 berupa tiket masuk. Aku ambil kertas renyuk tersebut. Suami aku mengajak sekali lagi untuk menempuh pintu masuk tersebut. Aku jadi letih. Letih untuk rasa berdebar.  Tak lama kemudian hanya tinggal seorang volunteer yang menjaga pintu. Yang lain entah ke mana. Kami cuba sekali lagi.

Pintu halangan kedua
Apabila tiba di pintu tersebut, kami tunjuk kertas yang acah-acah tiket tu kepada volunteer tersebut. Lelaki muda bangsa India. Dia mula membebel bahawa itu bukan tiket dan dia tanya mana wrist band? Jujur kami jawab tak ada. Lelaki tersebut membebel lagi katanya wrist band merah tersebut menandakan bahawa kita ada kebenaran untuk keluar masuk event ini dan bla.. bla.. bla.. Aku malas dengar.. Tiba-tiba lelaki tersebut menghayun rod di tangan sambil push kami masuk cepat cepat... "go.. go ... go.. " katanya. Kami saling berpandangan dan mengikik masuk laki bini sambil mendukung anak.

Elok kami masuk orang ramai dah berdiri di tepian untuk menyaksikan firework tersebut. Aku cuba mencilok. Dihalang oleh pelepah pohon tersebut. Aku diberi laluan ehsan warga Australia di situ untuk mara ke hadapan. Syukurnya. Aku mula fokus pada firework yang akan bermula. Dalam hati sebak. Sebab pelbagai halangan untuk sampai ke sini dan merasakan aku hanya insan kerdil yang dikelilingi oleh orang - orang kaya di sini. Aku berterima kasih kepada lelaki India tersebut. Moga Allah memudahkan urusan beliau kerana dia memudahkan urusan kami. Pulak tu, kami masuk ke sini secara percuma.

Countdown New Year
Pertunjukan bunga api berlangsung 15minit. Aku rasa tak excited. Mungkin kerana penat merasakan debaran untuk masuk secara haram. Lega dalam hati. Taubat taknak datang dah ke tempat macam ni. Rupanya, tahun ini banyak pihak yang mengenakan tiket berbayar untuk masuk melihat pertunjukan bunga api. Tahun sebelumnya orang ramai bebas untuk melihat dan enjoy malam tahun baru.



Selesai firework, orang ramai beredar balik. Berjalan satu arah. Beramai-ramai. Suami aku cuba ingin tahu berapa harga tiket yang dikenakan untuk masuk ke port terbaik ini. Menurut orang yang memakai wrist band tersebut, katanya tiket berharga $360. Terkejut aku mendengar nya. Gila. Mahal sungguh. Untuk firework berbelas minit bagi aku tak berbaloi.

Taubat aku taknak pergi dah tahun akan datang. Cukuplah sekali merasa pengalaman tahun baru di Sydney ini. Firework nya bagi aku biasa saja bagi bandar besar dan mewah ini. Tak kena pada aku insan biasa, rakyat marhaen ni.

Satu lagi masalah jalan balik. Elok jer sampai train station, polis tutup pintu tak bagi masuk kerana terlalu ramai dan padat di dalam train station. Anak aku mula meragam. Yerlah. Dah hampir pukul 1 pagi. Aku dan suami diam mencuka. Haha. Cakap banyak pun tak guna. Masing-masing nak pergi tengok kan. Tapi jadi lah. Masuk cemey kan.

Orang masuk situ bayar ratusan dollar. Kami pula dah macam filem omputeh demi nak tengok firework. Penat dibuatnya. Macam ni rupanya orang kaya sambut tahun baru.





Wednesday, 26 December 2018

Musim Panas di Sydney

Musim panas di Sydney bermula pada 1 Disember hingga last February. Bagi aku, betul-betul panas tu bulan January. Haa.. bila dah habis musim bunga, macam biasa peralihan musim tu akan berlaku cuaca yang tak menentu.

Suhu di Sydney CBD biasanya akan lebih sejuk berbanding di kawasan Western Suburb. Kiranya kalau rumah aku 28 degree, kat city mesti dalam 26 degree. Area city pun lebih berangin. Mungkin sebab tepi harbour kot.

Musim yang aku nantikan dah tiba. Nak sangat musim panas sebab rimas dengan musim bunga yang dingin mecengkam hingga ke tulang. Tapi bila tiba musim panas. Ya Allah.. lagi mencabar. Duduk dalam rumah rasa macam duduk dalam oven. Rentung! Rumah aku dah lah takde aircond. Kalau pasang aircond, bil elektrik sape nak bayar woi..

Setiap hari tengok weather forecast rasa resah gelisah. Ternanti-nanti. Cepatlah musim panas berakhir. Bila hari panas tu, aku keluar ke shopping mall. Sehari suntuk. Selagi tak petang, memang aku tak keluar shopping mall. Berjalan kaki ke shopping mall tu, merembes peluh. Aduhai. Duduk rumah, panas rentung. Keluar rumah, poket nipis. Adeh.

Syok jer basuh baju pada musim ni. Kejap jer dah kering. Time ni lah rajin basuh cadar. Musim panas ni, siangnya lebih panjang. Maghrib lambat. Tu yang syok tu. Dekat pukul 8malam baru nak masuk maghrib.

Kata rakyat tempatan, musim panas tahun ni di Sydney tak sepanas seperti sebelumnya. Tahun ni paling tinggi pun 39 degree sahaja manakala tahun sebelumnya pernah mencecah sehingga 43 degree. Jadi tahun ni aku tak merasa lah 43 degree. Ini pun aku dah rasa panas yakmat.

Kadar kebakaran hutan amat tinggi di kala musim panas. Panas kat sini bukan beshe beshe. Tak sama panas di Malaysia. Kita tak boleh bandingkan 38 degree di sini dengan 38 degree di Malaysia. Tak sama. Kadar sinaran UV di sini lebih tinggi. Panasnya lebih perit. Tak mustahil orang putih di Australia ramai pengidap skin cancer tambahan lagi diorang suka sunbathing.

Pada musim ni, sunscreen sangatlah penting. Wajib pakai. Wafiya pun dah terbiasa amalan memakai sunscreen. Kami sentiasa bawa di dalam bag dan apply. Pelbagai jenis sunscreen dijual dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa banyak sale.

Rakyat Australia menyambut Krismas pada musim panas berbeza dengan Europe di mana mereka menyambut Krismas pada musim sejuk dan salji tebal-tebal. Cuti persekolahan di Australia bermula pada Disember dan berakhir pada hujung January. Maka, meriahlah sana sini pelbagai aktiviti musim cuti sekolah, krismas, dan tahun baru. Tapi aku pulak yang tak tahan nak join. Panas sangat.

Sydney terkenal dengan ratusan beach. Duduk sini boleh jadi beach hunter. Musim panas ni lah semua akan turun ke beach. Bersidai macam sotong dah masing-masing. Ramai. Padat. Time ni tak usahlah ke Bondi Beach ke.. Manly Beach ke..  Itu memang tumpuan orang ramai. Aku suka beach yang jauh-jauh, family friendly. Walaupun musim panas cuaca panas, tapi air laut sejuk.

Antara beach yang jauh-jauh

Decoration Krismas di Martin Place
Bila orang suka ke beach, di Kmart dan kedai-kedai seperti Reject Shop mulalah keluarkan product yang murah-murah. Aku sempat beli khemah untuk berpicnic di Port Kembla. Dapat juga merasa picnic di dalam khemah di tepi pantai. Melihat orang pelbagai ragam di persisiran pantai. Ada yang baca buku, sunbathing, dan makan. Biasanya dekat pantai-pantai ada ranger yang jaga. Diorang letak flag dan sentiasa monitor orang awam supaya mandi di kawasan antara flag tersebut. Aku tengok flag tu sentiasa berubah-ubah.

Khemah pertama kami beli di Kmart
Makanan pula semestinya cepat basi. Lalat pun banyak. Cepat jer langau masuk rumah. Nasib baik rumah aku ada fly screen di pintu dan tingkap. Masa duduk rumah dulu, jenis open air. Susah betul. Memang lalat akan masuk tak kira masa. Seingat aku masa pergi Perth hujung February, lalat suka hinggap di muka sebabnya, bila kita bercakap, kita akan merembeskan air liur, tu yang lalat suka. Time ni, face mask memang laku.

Di musim panas juga kerap berlaku hujan batu. Aku melalui pengalaman hujan batu masa kecik-kecik dulu jer. Itupun masa tu aku duduk dalam rumah. Kat sini banyak kali pulak merasa hujan batu. Gedebuk-gedebuk besar sungguh batu nya. Macam ais ketul turun jatuh dari langit. First time aku tengok hujan batu masa kami pindah rumah baru. Kami baru jer keluar dari garaj nak gerak ke Kmart tiba-tiba berdentum bumbung kereta terus kami undur masuk ke garaj semula. Tapi tak lama pun. Tunggu sekejap dan boleh sambung perjalanan semula. Risau juga kot pecah cermin kereta.

Setiap musim ada advantage dan disadvantage kat diri kita. Belajar terima. Apapun, kita kena panjatkan kesyukuran di atas keberkahan keempat-empat musim atas kebesaran Yang Maha Esa.




Saturday, 22 December 2018

Sewa kereta di Sydney

Itu hari kan aku pindah ke rumah sewa baru, ingatkan sikit jer barang-barang. Rupanya banyak. Hahaha. Dengan basikal Wafiya lagi. So, suami aku kata sewa kereta jer lah. So, tugas aku mengemas barang-barang. Tugas suami pula arrange transportation.

Suami aku install apps Car Next Door dan booking kereta kat situ. 2 hari dalam $80.

Cara nak pick up kereta begini.

Masa booking tu, kita pilih lokasi untuk kita pergi pick up kereta. Car Next Door ni dia letak kereta dia merata-rata. Bukan pergi office untuk pick up, bukan. Dia park kereta di mana-mana yang berhampiran dengan rumah kita. Tu sebab nama dia Car Next Door. Mostly banyak kereta untuk disewakan yang berhampiran dengan rumah kita.

Kunci kereta ambil di mana?

Aha.. masa nak pergi pick up tu dia bagi password. Kita ambil kunci dekat tempat yang dia akan beritahu. Macam self check in la kiranya. Host takde. Sewa sendiri guna apps.


Kereta sewa yang pertama untuk urusan pindah rumah

Meriah sticker tempek merata. Bagus jugak wat cam ni.
Apa kelebihan sewa style gini.

Salah satu kelebihan dia adalah untuk orang yang macam aku ni. Aku kan kat sini takde kereta sendiri. Aku guna public transport jer. Dalam situasi tertentu jer nak pakai kereta. So, bila ada nya macam Car Next Door ni, aku boleh sewa kereta bila-bila masa secara mengejut.

Lagi satu, kat sini kalau orang dah tak pakai sesuatu barang contohnya. Diorang main letak jer kat luar rumah diorang. Sesiapa nak boleh ambil. Contoh kalau korang tengah jalan-jalan, terjumpa meja study di tepi jalan, haa time ni lah boleh sewa kereta atau van dan angkut meja study tu bawak balik rumah.

Contoh lagi satu, since orang yang macam aku ni takde kenderaan sendiri kan. Macam mana aku nak beli barang besar-besar di IKEA? Haa.. sewa kereta lah. Memang boleh suruh IKEA hantar jer. Tapi lagi best kalau dapat pergi tengok perabot sendiri. In certain kes lah kan.

Anyway, kat depan IKEA di kawasan parking kereta, memang dah sedia ada van-van untuk disewa. Sama juga konsep macam Car Next Door. So, aku boleh pergi IKEA naik bas, selesai beli barang, ambil jer van di kawasan parking tu bawa pulang barang perabot yang dibeli.

Go Getz, boleh sewa van ni di depan IKEA

Aku rasa setakat ni belum ada keperluan lagi untuk aku beli kereta. Kereta memang murah. Petrol pun murah. Tapi aku enjoy naik public transport. Takyah pikir jem dan parking kereta. Kat Malaysia, aku teringin sangat nak naik public transport. Kat sini baru dapat merasa. So, wat masa ni aku nak enjoy dulu naik public transport.

Tu kali pertama kami sewa kereta di Sydney.

Kali kedua kami survey kat Kayak.com pulak. Lagi murah rupanya. Sehari boleh dapat $35. Dua hari baru $70. Yang tu pick up dekat area airport, di Mascot. Saja sewa kereta lagi selang beberapa bulan untuk pi jalan-jalan sampai ke Jervis Bay.

Dapatlah merasa macam-macam kereta. Haha.


Friday, 21 December 2018

Pencarian Rumah Sewa di Sydney

Sebenarnya aku agak annoyed bila mana orang asyik tanya dah dapat rumah sewa ke semasa aku dalam buat persediaan untuk ke sini.

Bukan mudah untuk mencari rumah sewa jika dari Malaysia sebab internet browser detect kita bukan berada di Australia. Aku cuba tengok kat Gumtree, number phone owner tu di hiddenkan. Mungkin diorang risau scammer kot. Memang takde chance nak dapatkan rumah sewa setibanya kami sampai nanti. Rumah sewa di Australia pula kena datang untuk buat inspection dan isi borang application untuk dapatkan point. Kalau berada di Malaysia, semuanya agak mustahil. Jenuhlah aku explain kat orang kenapa aku takde rumah sewa lagi apabila tiba di Sydney.

Setelah 2 bulan berada di Australia, barulah kami gigih mencari rumah sewa. Antara kriteria yang kami cari ialah berhampiran dengan train station, bajet $350 per week,mempunyai lock up garage dan mempunyai 2 bilik cukup untuk menyambut kedatangan ahli keluarga ke Sydney. Rumah kat sini kalau nak sewa, ada yg menyewa bilik, one unit apartment, studio, granny flat, townhouse. Studio tu biasa takde bilik. Granny flat tu aku ingatkan duduk dengan nenek atau pengasuh. Haha. Noob. Rupanya landlord buatkan satu rumah lain di tepi atau di belakang.

Rumah yang dikelilingi pepohon menghijau merupakan salah satu kriteria rumah sewa idaman

Dari hari ke hari kami usha iklan-iklan rumah sewa di pelbagai apps. Penuh handphone kami laki bini dengan apps Gumtree, Real Estate, Domain, Rent, TenantApp. Siang malam kami buka dan browse iklan rumah sewa. Lepas pilih rumah yang kami berkenan, kami deal tarikh inspection. Bila jumpa rumah yg berkenan, kena datang buat inspection. Dekat iklan tu ada dinyatakan open inspection date. Ada yg inspection date boleh set by appointment. Bila open inspection, biasanya kita akan bersaing dengan orang lain yg datang mencari rumah sewa jugak. Biasanya dia open sekejap jer ikut waktu dan hari tertentu. Kena be on time. Ini yg jd kalut. Kalau lambat, dia balik bungkus. Rumah yg akan disewakan biasanya diorang letak board iklan di depan rumah. Masa inspection dibuat, diorang letak bendera.

Bendera menandakan inspection sedang dijalankan

Kalau sewa dengan agent, form ada nyatakan dokumen apa yg diorang nak. Setiap dokumen tu ada point. Kalau cukup 100 point, kau ada high chance untuk sewa. Biasanya dia nak passport, bank statement, pay slip, info sewa yg terdahulu. Dia nak tengok kita mampu bayar ke tak. Kat sini sewa bayar WEEKLY. Gaji pun dapat WEEKLY. Agreement boleh pilih nak sewa 6 bulan atau 12 bulan.

Sewa ni boleh jadi direct dgn owner atau agent. Kalau dengan owner senang deal. Kalau dengan agent, kau kena isi application form. Agent ni dari banyak company. Ray White, LJ Hooker, Laing Simmons, Century 21. Ikut company, ada yg isi form online atau manual.

So bermulalah cabaran pertama iaitu membuat inspection.

Punchbowl train station yang tiada lift
First kami pergi inspection granny flat kat Punchbowl dengan orang Lebanon. Yala.. Yala..! sini area orang Islam. Sampai train station, boleh pulak takde lift. Nak angkat basikal mcm mana. So, reject. Itupun kami layan pegi tengok rumah dia. Granny flat ni boleh stress gak environment nya. Yerlah. Kan belakang rumah org. Aku suka greeny skit.


Macam ni lah keadaan kami pergi buat inspection.

Kemudian kami ke Belmore. Punyalah berkenan rumah tu. Tak penat berjalan dari station dah sampai rumah. Balik masa tengah isi form, kepala menerawang. Kat mana laundry area? Tanya agent, kena turun bawah kalau nak basuh kain. Choiiii.. Kau ingat zaman nenek moyang lg ke nak basuh kain kena keluar rumah. Reject.

Lakemba, antara kawasan persekitaran yang kotor bagi aku
Kan kami takde transport. Pergi buat inspection dari satu rumah ke rumah lain boleh buat ketor lutut. Letih bhai~. Bawak Wafiya lagi. Sian dia penat berjalan. Aku rasa Wafiya lah antara kanak2 yg banyak berjalan. Aku tengok budak besor dari dia semua malas jalan nak mak pak tolak stroller. Sampai jatuh terpeloet la princess mommy tu. Sabar dik. Macam ni lah cara org hidup susah.
Kemudian kami ke Lakemba. Tempat org Islam aku teruja sikit. Tapi, elok jer sampai, satu satu lorong aku perati betapa sedihnya hati aku. Tempat orang Islam pulak yg kotor lebih2. Bersangka baik mungkin rumah nyer ok. Sampai first rumah, masuk2 aku tak jumpa mana lorong walk way. Lantai melekit. Rumah penuh barang. Serabut. Rumah org Islam gak tu. So reject. Takmau area ni. Scary. Unhappy. Kami balik dengan kecewa. Mungkin belum rezki kami lagi utk jumpa rumah sewa idaman. Tutup cerita. Orang dah sibuk nak cuti Krismas dan New Year. Mungkin lepas New Year kot baru boleh cari lagi.

sekitar perumahan di kawasan Lakemba

Keesokan hari aku pergi jenjalan merawat hati yg duka. Elok jer best jalan laki aku suruh balik ajak gi buat inspection. Aku ingat dah leh move on. Rupanya ada satu lg. Yang ni aku berkenan sungguh lah. Semua boleh acces dengan walking distance. Dekat train station, library, cinema, halal butcher, shopping mall, IGA, Woolies, Kmart, Target, BigW, playground. Hah. Nak apa lagi. Semua ada. Shopping mall sini food court nyer makanan halal.


Shopping mall erhampiran rumah sewa.

Dipendekkan cerita, kami dapat sewa rumah ni di saat akhir sebelum cuti Krismas. Tu yg kami sewa kereta utk angkut barang. Rumah sini biasanya dah siap kitchen cabinet, laundry area, build in wardrobe. Bayaran nak masuk rumah biasanya 4 weeks rental + 3 weeks bond. Kami dapat $380 per week. Darab dengan 7weeks. Makanya, kena ada $2660 utk masuk rumah sewa baru.

Trolley shopping mall pun boleh bawa ke rumah sebab dekat
Ha.. puas hati
Shopping Ikea nak masuk rumah sewa. Habis $393
Shopping Kmart, habis $273

Nak masuk electric rumah lain pula ceritanya. Guna phone jer. Tak perlu pergi office untuk sign up. Punya lama cakap dalam phone, dengan pekat slank Australia nya. Rimas aku. Electric provider ni banyak. Kalau kat Malaysia majoriti guna TNB. Kat sini ada banyak provider. Pilih jer mana nak. Kalau rasa mahal boleh tukar bila-bila.

Begitulah antara perkara yang memenatkan setelah sampai ke negara orang.





Tuesday, 6 November 2018

Musim Bunga di Sydney

Setibanya kami di Australia, ianya musim bunga. Kami terlepas untuk ke festival bunga tulip di Canberra kerana busy dengan preparation set up new life dekat sini. Takkan lah baru sampai ke Sydney terus nak ke Canberra pulak kan. Jauh juga tu.

So, tutup cerita Tulip Festival di Canberra dengan harapan, tahun 2019 moga-moga ada rezki kesempatan masa, wang ringgit (eh, wang dollar), kesihatan yang baik dapatlah kami berkunjung ke tulip festival di Canberra.

Musim bunga di Australia bukan sahaja berkisar tentang tulip mahupun canolla flower. Ada sejenis bunga yang baru ku tahu kewujudannya setibanya aku di Sydney.

Bunga Jacaranda.

Berwarna ungu penuh melatari kota Sydney.

Jacaranda memenuhi sekitar perumahan
Aku membuat sedikit kajian di mana port paling meriah dan bila bunga itu berkembang mekar. Terdapat beberapa port yang menarik untuk hunting bunga jacaranda :
  • University of Sydney (Quadrangle)
  • Circular Quay (near MCA)
  • Cathedral St, Woolloomooloo
  • McDougall St, Kirribilli
  • Royal Botanical Garden
  • Lavender Bay

Aku dan anak kecil ku Wafiya hunting bunga Jacaranda menaiki bas. Gigih.

Dan.. semestinya, tiada sesiapa yang boleh mengambil gambarku. Huhu. Elok aku letak kamera di rumput, datang pulak anjing dekat bag-bag aku. Aduh. Terus aku pun balik.

Cantik.. memang cantik bunga Jacaranda ni. Kombinasi hijau dan warna ungu.

Waktu yang terbaik untuk melihat Jacaranda ialah pada awal November
Di rumput itulah anjing mendekatiku
Setibanya kami di Sydney, cuaca tak menentu. Kami sentiasa menggunakan apps untuk melihat ramalan cuaca selang beberapa jam. Boleh jadi sunny, windy, shower di dalam satu hari. Kata tuan rumahku, peralihan musim biasanya adalah penyebab kepada cuaca yang tak menentu.

Kami masih baru di bumi asing dan sudah tentu kami masih tidak lagi betah dengan cuaca si sini. Berlapis-lapis baju yang kami pakai walaupun di dalam rumah. Tiada heater digunakan demi menjimatkan penggunaan elektrik.

Menurut bacaan aku, bunga Jacaranda yang tertua didapati di Royal Botanical Garden
Benih bunga jacaranda di bawa masuk oleh bangsa Eropah ke Australia
Ada yang mengatakan bahawa bunga Jacaranda tertua adalah di Brisbane.
Apa yang aku perasan, makanan lambat basi. Biasanya kalau aku masak nasi di Malaysia, dua hari tu dah basi. Tapi di sini, 3 hari pun elok lagi dalam periuk. Walaubagaimanapun kami sentiasa berhati-hati dalam pengambilan makanan.

Bila basuh baju, aku tak dapat bezakan kain yang dah kering dan belum kering di ampaian sebab cuaca yang sejuk. Kalau aku nak basuh baju pun aku tengok ramalan cuaca. Biasanya kalau ada matahari baru aku rajin membasuh. Kalau cloudy tu aku basuh sikit-sikit.

Dalam menempuhi musim bunga ini, aku sentiasa rasa tidak sabar untuk menanti musim panas. Aku dah mula rasa rimas dengan musim sejuk. Aku rasa tak bebas. Nak mandi pun susah sungguh rasanya. Selepas mandi, kena sapu lotion. Kalau tak, habis kulit kering dan gatal-gatal.

Aku perasan juga bahawa kekerapan windy adalah lebih pada musim bunga berbanding musim lain. Suami aku pernah jahanamkan sekaki payung. Bila dibuka payung tu habis terlangkup ke atas. Rosak terus besi-besi tu. Dalam kehujanan bersama anakku si kecil Wafiya.


Begitulah ragam di musim bunga. Akan ku coretkan lagi bagaimana pula ragam di musim panas.

Monday, 22 October 2018

Apa yang perlu dibuat setelah tiba di Australia

Setibanya di Airport Sydney, kami mencari grab untuk ke rumah sewa. Kami bertiga struggle menolak trolley dengan 4 luggage dan dua lg handcarry  ditambah pula dengan anak kecil. Angin meniup kencang. Agak sukar bergerak.

Tiba di Sydney Airport
Grab sampai, tapi apabila dia nampak Wafiya dia tak boleh bawa kami sebab Wafiya perlu duduk di car seat. Hanya taxi 13cab yang boleh bawa Wafiya tanpa car seat.

Kami pun berpatah balik dengan segala luggage menunggu taxi. Letih.

Tambang sebanyak $50 untuk sampai ke rumah. Agak mahal. Jaraknya dekat. Tuan rumah(uncle Philip) sudah menunggu kedatangan kami.

Setelah sampai ke rumah sewa, borak-borak dengan tuan rumah, dia bawa kami pergi beli simkad dan Opal Card.

Kami pilih simkad Optus sebagai telco provider. Sedikit kekeliruan untuk membeli simkad. Tiada nombor tertera di kad. Beli starter pack, set up di phone dan boleh pilih number phone yang disukai di dalam telefon.

Kemudian kami ke bank berhampiran untuk membuka akaun. Bukan boleh terjah jer sebenarnya. Kena set appointment. Kami set appointment untuk buka akaun keesokan harinya. Bank di sini tidak menggunakan sistem angka giliran. Semua urusan yang mengambil masa yang lama memerlukan untuk kita set appointment. Urusan yang kecil-kecil hanya beratur untuk ke kaunter.

Hiasan dalaman bank di sini sangat menarik. Tak rasa macam berada di dalam bank pun. Ada disediakan chocolate untuk pengunjung bank. Machine ATM pun tak banyak. Ada satu jer. Mostly berurusan secara online.

Bank pun cantik
Kami pulang ke rumah. Mandi dan berehat. Menanti hari esok untuk ke bank buka akaun.

Malam itu kami dinner dengan tuan rumah kami di restoran Korea halal.

...

Keesokan harinya, kami suami isteri membuka akaun dengan seorang staff India barangkali. Wafiya menunggu dengan sopan. Menyedari bahawa Wafiya sangat behave, pegawai bank tersebut memberi Wafiya sekeping kertas lukisan dan pencil warna serta tabung Helicopter. Kagum dia melihat Wafiya yang tak banyak ragam. *masa tu jer la* haha.

Buat pertama kalinya kami menggunakan Opal card menaiki bas ke city. Aku perlu daftarkan diri ke kolej. Wafiya dan suamiku turut serta.

Setelah mendaftarkan diri, kami ke pejabat agent. Buat pertama kali berjumpa dengan agent. Selama ni cakap dalam phone jer. Harini baru dapat berbual panjang.

Kami lunch di Shalom restaurant Indonesia. Terkejut makan kt Aussie ni, memang harganya mahal. Pada lah dengan dia punya portion. Portion besar. Satu meal boleh share dua orang.

Kenyang makan di Shalom kami pun menuju ke mercu tanda Sydney, Australia untuk mengambil angin dan melihat sekitar apa yang ada di sini. Cuaca dingin dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa.

Seperti mendapat nafas baru, apabila merenung ke arah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House, hati ini meruntun pilu. Tinggallah seluruh ahli keluarga di Malaysia. Selamat tinggal zon selesa. Selamat tinggal kerjayaku. Selamat tinggal rumah yang baruku beli. Selamat tinggal negaraku. Di sini, kami mulakan hidup baru. Inilah yang kami usahakan sekian lama. Inilah perkara yang mustahil aku rasakan satu ketika dulu. Merantau dan berhijrah ke negara orang. Dengan hikmah, kami meneroka.

Terselit rasa sayu

Moga Allah memberkati penghijrahan kami sekeluarga..



Sunday, 21 October 2018

Hijrah To Sydney : The Day My Visa was Granted

Minggu pertama aku counting days. Masuk minggu kedua aku tak counting days dah sebab aku fikir visa aku mesti ambil masa sebulan. Ini baru minggu kedua. Aku pergi kerja macam biasa. Petang hari Khamis aku check email tengok takde apa pun berlaku kat inbox aku. Aku pun tutup laptop dan ke surau seperti biasa siap-siap nak balik.


Keesokan paginya, aku sampai ke tempat kerja seperti biasa. Selesai meeting dengan team process,  aku masuk ke office dan aku labuhkan punggung ke kerusi pusing. Suis dihidupkan. Kemudian aku on suis laptop Dell. Menyala dan terpampang gambar company yang berdiri gah. Aku biarkan dengan jiwa kosong. Jari kusyuk melihat handphone. Aku buka email dan aku biar. Terpampang dan tiada siapa memandang.

Asyrafi rakan sebelah meja masuk dan duduk di mejanya. Aku tersedar dan kembali dunia nyata. Terlupa yang tadi aku buka laptop tapi sibuk main handphone. Tersedar ada email masuk. Aku baca. Sekerat! Aku menjerit.. Ya Allah... aku dapat visa, Asyrafi!!.. Asyrafi turut raikan dan baca email tersebut. Ya Allah gembiranya hati aku ini Ya Allah. Aku bersyukur Ya Allah.

Tak akan aku siakan peluang ini dan aku berjanji akan sebarkan kebaikan moga yang lain dapat manfaat dari perjalanan pengalamanku ini.

Aku dah tak sabar untuk kejar suami aku di mesin Printer. Aku perlu berlari mendapatkan suamiku. Elok jer aku bangun dari kerusi kebetulan manager aku (Head of Operation) masuk ke office dan tertanya kenapa aku begitu gembira. Aku tak beritahu. Dia hampir ke meja aku dan aku tutup laptop. Hehe. Main-main pulak. Rasa bersalah buat macam tu tapi aku janji I will get to u back. Aku kena cepat beritahu suami aku.

Aku pun berlari mendapatkan suami aku. Mungkin Line 2. Aku ada simpan rakaman aku berlari -lari dalam production untuk beritahu suami aku dengan perasaan riang gembira. Kebetulan suami aku dikelilingi oleh technician dia. Aku jerit panggil suami aku dari jauh. Bayangkan dalam slo-mo.
Suami aku kata, "dah dapat visa lah tu". Aku bagitau..."kita dah dapat visa.. "..sebak.. Semua yang ada di situ semua melonjak keriangan atas kejayaan kami.. "woahh......" ramai-ramai bersorak.

Aku tinggalkan mereka dan kemudian menghubungi mak ayahku dan keluarga mertua. Seronok nya perasaan aku tak terkira. Dengan saat genting macam ni di sana sini berita visa Australia susah nak dapat, tapi aku berjaya dapatkannya. Rezki Allah kurniakan kepada sesiapa yang berusaha dan have strong determination. Aku tak akan lupa saat ini. Segala perngorbanan dan usaha yang aku harung selama ni berlegar-legar di kepala aku satu persatu bagai ada rentak slo mo sedang menari mengiringi perasaanku ini.

Aku bersyukur ya Allah. Tak sangka aku dapat meniti ini semua. Manisnya pengorbanan dan usaha. Allah saja yang mengerti perasaanku ini. Aku tak akan lupa. Saat itu....

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...