Wednesday, 12 September 2018

Cuti-cuti Perth : Day 3 : Albany Wind Farm, The Gap & Natural Bridge, The Lily Dutch Windmill and Katanning Mosque

Bangun pagi tu aku biarkan suami aku rehat secukupnya. Aku bawa anak aku jalan-jalan sekitar kawasan penginapan. Setahu aku kalau jalan kaki 15 minit boleh sampai ke pantai. Tapi aku tak tahu arah mana. Jadi aku bawa anak aku jalan taman jer. Ada taman permainan. Rindu aku pada suasana sekarang ni. Bagai dapat nafas baru. Serious aku jatuh cinta dengan kenyamanan kota Albany.

Playground kat sini mainan nya tak sama di Malaysia. Kat sini siap ada pasir pantai. Tak pula aku jumpa taik kucing ke taik anjing ke. Siap ada tandas. Nampak elok. Ada kolam. Burung-burung hinggap di bangku tepian walkway.

Aku melintasi rumah-rumah orang di sini. Seronok anak aku dapat jalan bebas. Berlari ke sana ke mari. Luasnya tingkap diorang. Cukup cahaya matahari masuk. Terang. Jelas nampak dalam. Tiada gril pintu. Bagi diorang, macam ni pun dah selamat gamaknya.

Jalan-jalan di playground
Jalan-jalan tepi rumah orang

Semua ahli trip telah bersiap sedia untuk ke Albany Wind Farm. Inilah perkara yang paling aku teruja. Teringin sangat nak tengok wind farm. Disebabkan Albany Wind Farm lah suami aku drive jauh-jauh membawaku ke mari. Punya susah nak jumpa wind farm. Teringin sangat. Last-last kat Jeju bersepah-sepah wind farm. Tak larat nak tengok pulak.

Hajat tercapai
Untuk masuk Albany Wind Farm, tiada bayaran dikenakan. Hati-hati berjalan risau ada binatang berbisa. Kami menikmati pemandangan dan mengambil gambar kawasan sekitar. Sampai ke check point kedua, lautan luas terbentang di depan mata. Ada orang main parasailing. Seronok jer dia terbang dibuai angin. Kami masing-masing layan pemandangan di sini sambil dibuai angin. Indahnya dunia. Bagaimana pula nanti di syurga. Kat dunia ni pun dah ada tempat indah macam ni.

Geng ronggeng
Kami menuju pula ke The Gap and Natural Bridge. Bayaran parking dikenakan. Kat sini kita boleh tengok jambatan semulajadi yang terbentuk daripada hakisan ombak pantai yang menghempas batu.

Cantik Australia ni
Natural Bridge

The Gap
Selesai kedua-dua lawatan ini, kami mengisi minyak dan mula menuju pulang ke Perth CBD. Pemanduan lebih kurang lagi 5 jam. Tapi sebelum itu, kami singgah The Lily. Panas yang amat. Singgah untuk ambil gambar dan regangkan badan jer.
The Lily Dutch Windmill
Ini pun dekat The Lily
Dalam perjalanan pulang, ikut perancangan, kami ingin ke Pink Lake. Tapi tak jumpa pulak. Memang susah nak jumpa dalam waze. Kami cuba jer kalau-kalau terjumpa. Tapi disebabkan baru-baru ni beberapa kawasan banjir, jadi mungkin nak jumpa pink lake tu susah. Akhirnya kami berjumpa Pekan Katanning. Kami singgah solat dan makan bekalan di sini.

Masjid Katanning
Kami di sapa barangkali imam di masjid ni. Berbahasa melayu berbunyi indonesia. Beberapa orang muslim lagi datang ke masjid untuk menunaikan fardhu asar. Ada sorang ni siap ajak datang ke rumah minum teh. Tapi kami menolak kerana kesuntukan masa.

Masjid Katanning ni sungguh istimewa kerana dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981. Hiasan dalaman masjid ini, dari perabot hingga ke tandas masih mengekalkan kemelayuannya. Papan pengumuman juga ditulis dalam bahasa melayu.

Semasa kami menyambung perjalanan semula untuk ke Perth , kami ditahan oleh polis untuk buat pemeriksaan alkohol. Terkejut kerana ditegur dalam bahasa melayu. Polis tersebut siap pesan supaya berhati-hati takut terlanggar kangaroo.

Setibanya di Perth CBD kami terus ke gudang Megababes, Mirrabooka seperti yang dijanjikan melalui whatsapp. Owner Megababes ni punya lah ramah. Melayan kami sampai nak tutup kedai lah. Sampai lambai-lambai di luar masa nak balik.

Kami bermalam di Irdina Homestay. Pemilik homestay ini adalah orang Malaysia, sanggup tunggu kami sampai malam. Kami check in agak lewat. Dalam pukul 9 malam jugak lah. Perjalanan yang cukup panjang dan meletihkan. Kami makan Mc Donald yang di tapau. Satu-satunya Mc Donald halal di sini, Mirrabooka.

Cuti-cuti Perth : Day 2 : Cape Leeuwin Lighthouse and Albany

Di hari kedua ni kami kemas-kemas barang nak check out Baywatch Manor Augusta dan menuju ke Cape Leeuwin Lighthouse. Cuaca kejap mendung kejap sunshine. Jalan menuju ke Cape Leeuwin dipenuhi kabus. Sejuk. Tiupan angin laut lagi. Kami siap bawa bekal untuk berhenti makan di mana-mana. Australia ni banyak meja dan park disediakan untuk berpicnic.

Kami tiba di Cape Leeuwin Lighthouse awal pagi. Pagar pun belum dibuka. Tak ramai orang. Bayaran dikenakan sebanyak AUD15 seorang dan kami diberikan audio untuk guide kami dan memberi info tentang Cape Leeuwin Lighthouse.

Persekitaran Cape Leeuwin Lighthouse sangat cantik dan mendamaikan
Gambar ini dari pagar tempat membeli tiket. Kena menapak sampai ke sana
Tempat ini menarik dan wajib pergi. Di sinilah terletaknya pertemuan di antara dua lautan iaitu Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan. Seronok tengok kebesaran Yang Maha Esa. Cantik dan tak puas di pandang. Kami tak naik ke atas lighthouse. Tak larat pulak nak memanjat tangga.

Audio tu nanti akan play point ke 13
Selesai lawatan ke lighthouse, kami pekena kopi sebelum meneruskan perjalanan ke Albany, satu daerah lain yang memakan masa 5 jam untuk sampai dari Augusta. Sekali lagi kami melintasi beberapa pekan kecil dan pemandangan yang menarik. Apabila perut terasa lapar, kami berhenti di satu kampung kecil bernama Walpole. Turun jer kereta tak sangka betapa damai dan tenang lepak kat sini sambil makan. Angin kuat dan suhu sejuk berbanding Perth CBD ketika itu.

merentasi Pemberton
Sampai di pekan Pemberton.
kenyamanan Walpole
Berkelah di Walpole yang sejuk dan windy

Cuba menjenguk kawasan sekitar
Merentasi Denmark
Tepat pukul 6 petang kami tiba di Park Avenue Holiday Inn, Albany. Berkocak perasaan aku apabila tiba di bandar Albany. Sangat cantik, tersusun, bersih dan nyaman. Aku jatuh cinta dengan Albany. Apa yang aku nampak di sini tiada satu pun traffic light. Semua simpang dihubungkan dengan roundabout. Tiada kesesakan jalan raya. Aman dan tenanglah kalau duduk sini. Persekitaran pun cantik.

Lovely place to stay
Selesai check in, kami solat jamak takhir dan keluar sebentar membeli groceries di IGA. Lewat tutup nampaknya. Di sini kami terserempak dengan beberapa orang muslim dari pelbagai negara. Ada yang dari Malaysia, Indonesia, Yaman. Ada la sembang-sembang sikit. Untungnya diorang dapat duduk di bandar Albany ni.

Terserempak dengan muslim di IGA
Malam tu kami rehat, makan dan masak untuk bekalan hari esok. Begitulah perjalanan kami di hari kedua ini. Sungguh jauh suami aku drive. Sekarang ni aku rasa bersalah. Sian ahli trip aku jalan jauh-jauh duduk dalam kereta lama-lama. Aku tak buat macam ni lagi dah. Sian kat orang. Pengajaran sungguh!

Tuesday, 11 September 2018

Cuti-cuti Perth : Day 1 : Arrival Perth, Freemantle Market dan Busselton Jetty

Percutian kami ke Perth ini sebenarnya adalah pada tahun lepas, 24 February 2017 bersama keluarga. Blog ini dilahirkan semula kerana blog aku yang dulu berkisar takdepekdah. Jadi, suka untuk aku kumpulkan kesemua travelog aku yang dulu-dulu. Percutian ke Perth ni amat bermakna bagi aku. Ianya sebenarnya dimulakan dengan rasa mustahil untuk ke bumi kangaroo kerana tiada bajet yang besar untuk ke negara orang putih. Tapi rupanya aku dapat capai juga angan-angan tu. Tak sangka. Lawatan ke Perth ini juga telah membuka kembali cita-cita aku yang dulu untuk migrate.

Busselton Jetty
Flight kami dari KLIA2 ke Perth amat meletihkan. Anak aku meragam nangis jer most of the time. Tak tau macam mana lagi nak tenangkan dia. Nak touch down baru dia syok lena. Jenuh aku dukung dan beratur untuk masuk border. Kami dipanggil untuk ke express lane. Lega rasanya. Kalau tak, kami kena beratur panjang-panjang sama dengan yang lain.

Arrival form perlu diisi dengan betul. Pengalaman kami, ada beberapa perkara yang ditegaskan oleh pegawai untuk diisi dengan lengkap. Aku sangkut kat arrival card anak. Email dan nombor telefon aku biarkan kosong. Rupanya kena isi. Kami melepasi imigresen dengan pantas dan lancar.

Lepas ambil bag, kami terus ke surau. Agak hujung waktu jugaklah. Haih.

Kami menyewa kereta dengan Avis Car rental. Masa aku booking kereta ni, aku ada email diorang tanya boleh bayar cash ke? Tapi bila sampai sana, dia kata mustahil. Hanya kad kredit sahaja. Tak puas hati pulak aku. Jadi, kami pun akur. Sebelah kaunter Avis ni, kami beli simkad siap-siap.

Tiba di Perth International Airport
Kami dapatkan kereta sewa dan terus menuju ke Blue Boat House. Gila. Aku rasa menyesal gila. Kenapalah aku atur itinerary macam ni. Sungguh tak profession. Sebenarnya ini antara tempat terawal aku kumpul pengalaman travel. Selepas trip Perth ni memang aku susun itinerary dengan lebih selesa perjalanan.

Kami tercari-cari Blue Boat House menggunakan waze. Dari dalam kereta (van sebenarnya), kami dah nampak dari kejauhan. Jalan agak sibuk dan kami tercari-cari mana tempat untuk berhenti. Akhirnya kami terlajak hingga ke hujung jalan. Masa tu kakak ipar aku drive sebab husband aku letih sangat anak aku cranky. Ingatkan dapatlah suami aku lelapkan mata sekejap di dalam kereta. Memang time tu aku macam plan nak ubah itinerary. Tapi aku dah book and bayar semua accomodation. Apabila kami terlajak dan terlepas ke Blue Boat House, di hujung jalan ada roundabout, aku tak pasti macam mana insiden boleh berlaku. Ada kereta lain menghentam belah kanan van kami. Pang! Terkejut kami semua. Kaget! Lepas tu kami terkial-kial nak berhenti ke taknak sebab jalan tu memang sesak. Takde tempat untuk berhenti.

Terus kami ikut saja jalan yang ada membawa kami masuk ke area city. Kakak ipar aku driver perlahan-lahan kalau-kalau ada kereta tu nak patah balik cari kami. Tak ada. Dengan pengalaman yang tak seberapa, tak pasti tindakan apa yang perlu diambil. Masing-masing diam seribu bahasa. Van terus menuju ke Freemantle Market dan mencari parking. Kami tidak berkesempatan ke Blue Boat House. Umpama night mare. Tiba di kawasan parking untuk ke Freemantle Market, kami tercari-cari coin untuk bayar parking. Kami kan baru sahaja sampai. Duit semua besar-besar lagi. Nasib baik ada local yang baik hati kat situ belanja parking kami. Dalam masa yang sama, kami meratapi kesan kemalangan tadi. Kemek dan tercabut some part of body van tu.

Nak bayar parking
Masing-masing cuba melupakan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Kami terus enjoy dan explore Freemantle Market. Semua excited jumpa buah-buahan yang segar dan besar-besar. Murah pulak tu. Kakak aku macam taknak balik. Nak repeat lagi. Tapi kami tak punya masa yang panjang. Memang aku selalu diselubungi rasa bersalah sebab susun itinerary macam ni. Ni semua pengalaman semasa aku baru nak travel. Even aku sebelum ni dah ke Jakarta, Bali dan Bandung, tapi itu semua supir yang bawakkan. Kerja aku masa tu mudah. Cari supir jer.

presentation coffee shop ini menarik
Freemantle Market ditinggalkan dengan seribu harapan agar dapat kembali lagi. Kami mula mencari kedai makan. Pada mulanya, ikut iti aku ni nak ke Kailis Fish & Chip. Tapi ada local kat situ tak sarankan untuk kami makan di situ kerana tiada pengesahan halal. Mak aku pun berat rasa nak pergi. Akhirnya kami makan kebab di deretan kedai berhadapan dengan Freemantle Market. Not bad. Portion agak besar. Rehatlah kami di situ dengan kenyang.

Just in case kalau korang lapar sangat boleh ke Ali kebab berhampiran Freemantle

Peramah betul dia ni
Perjalanan diteruskan ke Augusta. ohMakAi! Baru turun flight dah terus drive ke Augusta. Rasa bersalahnya aku. Minta maaf ya semua ahli group. Maaf atas ketidaktahuan aku dalam hal ini. Tapi kami singgah di Busselton Jetty dulu. Sampai di jetty, dia punya hangatlah. Tak tahan aku. Kami lepak kat tempat orang naik train tu jer. Pastu kami makan aiskrim dan masuk ke kereta semula. Kami singgal di Woolworth Busselton Jetty untuk shopping groceries.

Groceris shopping di Woolies
Telur, minyak, mineral water, semua kami beli di Woolworth. Seronok pengalaman shopping groceries di sini. Rasa macam ambil banyak, tapi bayar sikit. Kemudian kami terus ke penginapan pertama kami, Baywatch Manor Augusta. Turun jer dari van, angin sejuk mencengkam jiwa. Rupanya suhu ke bawah Western Australia makin sejuk. Terletak di tepi laut pulak tu.

Augusta terletak lebih kurang 5 jam dari Perth CBD. Kami dihidangkan dengan pemandangan menarik sepanjang perjalanan. Terdapat banyak ladang-ladang wine, cow farm dan kampung-kampung kecil yang menarik perhatian kami.

Baywatch Manor, Augusta adalah satu penginapan yang menarik, dekat dengan Cape Leeuwin Lighthouse. Owner sangat ramah. Isterinya merupakan warga Thailand. Beliau ada tanam pokok cili kalau kita rasa nak makan pedas, petik jer. Penginapan ini jenis dorm. Ada dorm untuk family. Tandas shared dan terletak di luar. Berkaki ayam lah kami yang mana tak da bawa selipar tu. Nak ke kitchen pun kena keluar dari bilik. Sungguhpun begitu, kami feeling ok. Mungkin sebab owner dia friendly kot.

Baywatch Manor Augusta berkonsepkan hostel
Masa makan di dining area, kami dipertemukan dengan seorang lelaki chinese malaysian yang migrate sebagai chef di sini. Orang Kuantan. Petang tu kami dah sembang dengan dia. Dia minum kopi di taman. Malam tu masa kami makan pun terjumpa dia lagi. Dia menginap sama penginapan dengan kami. Suami aku banyak topik sembang dengan dia. Lebih kepada pertanyaan macam mana dia boleh pergi sejauh tu sampai ke bumi Australia  ni. Nampaknya memang menarik minat suami aku.

Selesai makan, kami berehat santai di living room dengan owner ni. Sembang-sembang. Sambil tunggu kakak aku iron tudung. Oh ya. Kitchen kat sini dah lengkap semua. Minyak, garam, gula, periuk belanga. Kami menggunakan sabun thaharah untuk basuh semua perkakas. Malam tu kami siap-siap masak nasi impit untuk bawa bekalan esok pagi.

Masing-masing masuk tidur selepas makan dan berehat di living room. Masalah juga bila tandas di luar. Jadi kes macam mak aku, takut nak keluar ke tandas tengah malam. Habis dia kejutkan besan dia ajak teman ke tandas. Dahla takde selipar tandas. Lawak betul. Masa book accomodation ni, aku kurang peka soal-soal ni. Bila dah jadi macam ni, memang aku dapat belajar sesuatu dari pengalaman trip ni.


Cuti-cuti Perth : Tips & Recommendation


The Lily
Aku nak share beberapa tips untuk ke Perth :
  1. Bila dah ada target untuk bercuti ke Perth, korang kena decide nak roadtrip sampai ke Albany atau layan Pertch CBD jer.
  2. Kalau layan Perth CBD jer, 5 hari cukup dah.
  3. Kalau nak roadtrip sampai ke Albany dan sampai ke Lancelin Sand Dunes tu, better korang spend 7 atau 8 hari.
  4. Kalau layan roadtrip, better korang pergi in a group supaya kita dapat share duit petrol, sewa keta, accomodation, groceries.
  5. Kalau layan Perth CBD jer memadai naik public transport.
  6. Tak perlu IDP (International Driving Permit) untuk sewa kereta. Memadai pakai lesen kita sahaja.
  7. Beli insuran kereta betul-betul. Memandu kat sana high risk terlanggar kangaroo.
  8. Kalau musim panas, better pakai face mask sebab lalat suka hurung. Lalat hinggap ke muka sebab kita bercakap dan merembeskan air liur, tu yang lalat mari.
  9. Shopping souvenir wajib kat Megababes. Owner orang Singapore. Friendly and nice person.
  10. Freemantle Market dibuka pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad sahaja. Rancang dan beli tiket flight sebaiknya. Seronok beli buah-buahan kat sini.
  11. Albany sangat cantik, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke bandar Albany.
  12. Elak memandu di waktu malam. 
  13. Berhati-hati jika drive ke Blue Boat House. Jalan agak sibuk. 
  14. Banyak Malaysian restaurant di Perth. Tak usah risau nak mencari makanan halal.
  15. Join group Tips Cuti Cuti Perth. Banyak info dikongsikan.
  16. Perth Airport ada surau di pintu arrival. Berhampiran kaunter car rental.
  17. Beli simkad di airport siap-siap.
  18. Wajib cuba Dare Coffee. Sedap. Pasti nak lagi.

Tuesday, 4 September 2018

Cuti-cuti Perth : Perbelanjaan Trip

Biasanya orang pergi Perth ni ada dua style. Style pusing Perth CBD only with public transport atau sampai tawaf satu Western Australia.

Aku jenis style kedua. Dah la ada 5 hari jer. Gedik nak pusing satu Western Australia. Kesudahannya, tak puas. Rasa nak pergi lagi.

Destinasi pertama kami
Berikut merupakan perbelanjaan kami ke Perth dan sampai lah ke Albany.

Rate masa ni, February 2017 ialah

1AUD = RM3.45

sekarang, September 2018 ialah 1aud = RM3. Canggehh...

Tiket flight from KLIA2 to Perth
Tiket flight from Perth to KLIA2
perbelanjaan trip kami yang terdiri daripada 6 dewasa dan seorang kanak-kanak

Kalau korang travel style kedua tadi tu, better korang pergi in a group supaya korang boleh kongsi bayar kereta sewa, dan petrol.

Cuti-cuti Perth : Itinerary

Disclaimer!
Sesungguhnya aku amat menyesal kerana beli tiket flight 5 hari sahaja ke Perth! Hukhukhuk!
 
Ahli kumpulan, termasuk tukang ambil gambar :)
Sebenarnya aku tak study pun Perth ni ada apa dan tak tau pulak distance ni semua jauh-jauh. Masa promo Airasia Free Seat haritu aku main beli jer sebab murah. Tapi lepas beli tiket flight tu, aku study dan rupanya tempat yang aku teringin sangat nak pergi tu jauh-jauh. So itinerary aku macam ni. Pack dan letih. Lunyai semua. Pastu aku menyesal. Mintak maaf yer semua ahli kumpulan. Ini semua buat pengajaran untuk aku lebih peka dalam membuat itinerary di masa hadapan. Buktinya, selepas trip ke Perth ni, aku wat trip ke Bangkok dan Jeju lama-lama sikit. So sempat cover banyak tempat dan ada satu hari tu untuk chill-chill jer.

Ini kisah percutian kami ke Western Australia tahun lalu. Sesiapa yang ada perancangan untuk ke Perth di masa akan datang, aku suggest untuk apply visa dulu. Dapat visa baru lah beli tiket flight. Beli lama sikit. 7 hari ke. Kalau tempoh pendek macam aku ni, sebenarnya better cover Perth CBD jer. 


Day 1 . Friday 24 February 2017 .
6am touch down Perth Airport.
7am pick up car. Avis Car Rental.
8am Blue Boat House
9am Freemantle Market
Makan di Ali Kebab
11.30am Off to Busselton Jetty
16:00pm Shopping Groceries di Woolworth Busselton
18:30pm Check in Baywatch Manor Augusta


Day 2 . Saturday25 February 2017 . Perjalanan dari Augusta ke Albany
Gerak ke Cape Leeuwin Lighthouse.
12:30pm gerak ke Albany.
Singgah di Walpole untuk makan berkelah.
18:00pm Check in Park Avenue Holiday Inn
19:45pm Shopping Groceries di IGA, Albany


Day 3 . Sunday26 February 2017 . Perjalanan dari Albany ke Perth
Gerak ke Albany Wind Farm
Gerak ke The Gap & Natural Bridge
Gerak balik ke Perth.
Singgah di The Lily
Singgah di Katanning Mosque
20:00pm Shopping souvenir di Megababes stores
22:00pm Check in Irdina Homestay
Beli McDonald Halal di Mirrabooka


Day 4 . Monday27 February 2017 . Focus on Perth CBD
Caversham Wildlife Park
Chemist Warehouse
Watertown Brand Outlet
Inaloo supermarket, shopping buah
Balik Irdina Homestay


Day 5 . Tuesday28 February 2017 . Fly back to Malaysia
09:00am Repeat shopping souvenir di Megababes
Off to Airport
23:00pm sampai KLIA2

Monday, 3 September 2018

Japanese Village dan Tropicale Colmar, Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Lepas pergi Genting Highland tempoh hari, kami singgah ke Berjaya Hills plak. Dah lama teringin nak pergi. Nak try test tengok apa yang ada. Dari Penang nak ke KL semata-mata nak jalan-jalan Berjaya Hills ni memang tak lah kan. Lepas puas browse apa yang menarik di KL, akhirnya kami decide untuk ke Tropicale Colmar dan Japanese Village.

Bayaran dikenakan di pintu masuk Berjaya Hills sebanyak RM14 seorang dewasa. Boleh dapat refund kalau kita bermalam di resort ni. Kemudian kami menuju terus ke Tropicale Colmar ala-ala Little France ni. Colmar ni adalah sempena mengambil nama suatu tempat di Alsace, France. Di water fountain Tropicale Colmar tu pun ada state yang tempat ni diambil tema dari Alsace, France ni.

Bangunan berwarna-warni. Memang sesuai untuk bergambar. Boleh lepak makan aiskrim, beli souvenir, makan makanan western. Tropicale Colmar ni merupakan sebuah resort. Kita boleh book penginapan di sini. Sesuai untuk berehat santai short getaway ongkata kan.

Tiket ni boleh dibeli di pondok masuk Berjaya Hills ok
Aku dengan anganku ke Europe
Cafe di sekitar kawasan
Water fountain
Menuju jalan pulang
Editing dari seorang yang angankan ke Europe
Cuaca tak lah sejuk sebenarnya. Sebelum berpeluh dengan lebih dasyat, kami masuk kereta cepat-cepat menuju ke Japanese Village. Sini baru rasa sejuk. Dulu aku ingatkan, nak ke Japanese Village ni kena naik jeep ke ape benda tah. Rupanya takyah pun. Kita leh drive naik ke atas. Kami bawa kereta sampai ke kawasan parking.

Untuk ke Japanese Village, kita kena menapak, 88 tangga dan berjalan pulak lagi. Agak bercerau la peluh sebab menapak tu jalannya mendaki. Mengah jugak lah. Tapi cuaca sejuk sebab dalam hutan, kan. Setibanya di Japanese Village, kami menyewa kimono yang buat pertama kali pakai. Maklumlah, tak pernah ke Jepun. Siapa pergi Jepun mesti dah cuba kimono sana.

Kena mendaki tangga
Plus, menapak pula lagi dalam keadaan mendaki
Cas bayaran kimono RM20 untuk 20minit. Ada staff di situ yang jaga kimono ni. Mula-mula aku tak nampak warna kimono ni sebab pilih di bawah cahaya lampu kuning. Terus aku jadi terpinga-pinga warna apa cantik. Saiz pun takde untuk aku. Jadi aku amik saiz kanak-kanak. Hurm. Murung.

Masa aku sampai kat point ni, ada lelaki merokok tanpa segan silu biarkan kami hidu asap. Spesies ni mohon mati cepat.
Nice approach like japanese village
Kimono adik aku lawa la pulak
Selesai bergambar, kami pun pulangkan baju kimono ni balik kat staff tu. Staff tu rajin lah jugak ambil gambar kami di dalam rumah taman tema jepun tu. Rasanya diorang tak kira pun berapa minit. Kami menapak turun dan masuk ke kereta untuk pulang terus ke Perak dan Penang. Sekian saja coretan perjalanan hari Isnin ni. Dapat juga aku melihat-lihat segelintir ruang di Malaysia ini sebelum fly ke Sydney.

Kenapa susah sangat nak feel buat blog ek? 


Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...