Friday 31 January 2020

Yuran Sekolah di Australia

Ramai yang concern tentang yuran sekolah di Australia kan. Boleh baca post aku yang lepas tentang proses dan yuran. Tapi ingat, pengalaman aku ialah di New South Wales, state yang aku diami sekarang ini.

Corak pemerintahan Australia berbeza mengikut state. Jadi, untuk sekolah anak, ikut arahan state education masing-masing. Kalau di Melbourne, ikut state education Victoria. Kalau di Sydney, ikut state education New South Wales. Kalau di Perth, ikut state education di Western Australia. Kalau di Brisbane, ikut state education di Queensland.

Rules and regulation, term break, yuran sekolah semuanya berbeza mengikut state education. Malah, antara sekolah dengan sekolah pun berbeza uniform. Begitulah sekolah di Australia ni.


Jadi, bagi yang berniat untuk berhijrah dan mempunyai anak yang bersekolah, sila rujuk website di state education masing-masing. Jangan risau, maklumat di website adalah terkini dan reliable. 

Perihal sekolah anak, yuran adalah menjadi point utama. Pertama sekali, yuran adalah berbeza mengikut state education. Kedua, yuran sekolah anak berbeza mengikut jenis visa.

Langkah pertama ialah semasa kita membuat permohonan penempatan sekolah, maklumat visa perlu dinyatakan dengan jelas. Kemudian pihak state education akan menentukan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar. Semakin meningkat level/grade/umur sekolah anak, semakin tinggi yuran mereka. 

Had umur minimum persekolahan juga berbeza mengikut state education. Sebagai contoh, di New South Wales menerima anak yang akan melangkah umur 5 tahun pada tahun tersebut dan yang lahir sebelum 31 July. Aduh, boleh faham ke ayat ni? hehe. Kalau anak itu berumur 5 tahun pada tahun tersebut tapi lahir pada Oktober, makanya, anak itu akan memulakan tadika pada tahun berikutnya. Kalau lahir sebelum 31 July, kiranya awal setahun lah dia. Kalau lahir after 31 July, anak itu akan lewat setahun sekolah. Itu kalau di New South Wales. Kalau di Western Australia, cut off nya pada bulan Mei.

Macam Wafiya, dia lahir sebelum 31 July, jadi dia dapat ke sekolah awal. Nanti kalau dia masih bersekolah di sini, umur 6 tahun dia dah masuk year 1. 

Istilah tadika tu pun berbeza mengikut state. Di New South Wales, flow nya begini : Pre-school >> Kindergarten >> Year 1. Manakala di Victoria ialah: Kindergarten >> Preschool >> Year 1. Aku dapat detect hal ini apabila brainstorming dengan rakan-rakan dari berlainan state.

Aku pernah buka beberapa website state education di Australia. Secara kasar, yuran bagi kindy atau sebelum masuk Year 1 bagi pemegang student visa ialah begini:


Ini ialah yuran bagi setahun persekolahan mengikut state. Of course ini bukan tepat. Harga akan berubah mengikut jenis visa. Aku cuma nak beri anggaran kasar yang korang boleh buat untuk persediaan berhijrah. 

Student visa pun depends juga pada sector apa. Kalau parents student PHD biasanya yuran persekolahan anak akan dapat waived. Jadi, yuran sekolah anak tak perlu dibayar. Peringkat master pula berbeza mengikut state. Kalau di New South Wales, parents yang buat master by research sahaja dapat waived yuran sekolah anak. 

*betulkan maklumat di ruang komen jika ada saya silap.

Kalau anak berumur 12 tahun contohnya, jadi, yuran anak lebih mahal dari state yang saya senaraikan di atas ni.

Sekali lagi aku ingatkan. Ini bukanlah tepat. Pihak education state yang akan decide exactly harga yuran. Ini secara kasar bagi pemegang student visa.

Ok. Aku rasa sattle dah semua aku cerita tentang urusan persekolahan. Lepas ni nak cerita pengalaman sekolah anak dan sistem persekolahan pulak.

Terima kasih korang kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku.

5 comments:

  1. Hi awak. Saye jumpe blog awak smlm tak sabar nak bace more. How do I pm u. Plan to do the same

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan. Saya juga ada impian untuk berhujrah kesana. Tetapi nak tahu juga cara-caranya. Seronok baca blog puan.

    Boleh saya tahu, kenapa puan memilih sydney berbanding perth. Perth ramai orang Malaysia. Adakah cost of living dan education lebih mahal di Western Aussie atau bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah ceritakan dalam post https://stanzafelice.blogspot.com/2018/10/menggapai-impian-berhijrah-ke-luar.html . Saya sgt obses utk dptkan experience living abroad sejak kecil lg. Dulu sy impikan nak ke UK sbb UK byk universiti to further study. Sy fikir, further study adlh cara utk sy dptkan pengalaman tinggal di luar negara. Tp sy tak berjaya dptkan any scholarship. Jd, suami suggest ke Australia sbb Australia byk kolej murah2 yg menggalakkan international student dtg ke sini dan mampu self funding. Tak perlu further study pun utk ke Australia. Ambil saja kolej mana2 yg berkenan.Jd, sy pilih byk kolej dari Perth, Melbourne, Adelaide dan Sydney. Finally, kolej di Sydney jer yg accept sy. Jd, sy ke Sydney lah hehehe.. Berbalik kpd tujuan asal, sy tak kisah mana2 negara, mana2 city. Sy sgt nak mengejar impian dan sy tak menghalang mana2 pintu city or country utk sy capai impian sy.

      Delete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...