Saturday 18 January 2020

Mentaliti orang kita terhadap Child Car Seat

Rasa sedih baca komen orang kita apabila Malaysia mengenakan peraturan mewajibkan penggunaan baby car seat apabila menaiki kereta. Apabila dikenakan saman, dikatakan Malaysia buat duit.

Apa lah sangat peraturan mudah macam tu.

Australia ni lagi ketat peraturan di jalan raya. Setakat baby car seat tu memang lama dah wajib. Di Australia, pemandu tak boleh pegang handphone. Orang sebelah tak boleh main handphone. Pemandu tak boleh hon kawan jika berselisih di jalan raya. Tak boleh memandu laju. Tak boleh memandu perlahan. Kena ikut kelajuan yang ditetapkan. Slow sangat pun kena saman! Keluar tangan ikut tingkap pun tak boleh. Kereta kotor sangat pun kena saman.

Setakat peraturan pemakaian child car seat tu pun korang dah panas hati. Cuba tengok kat sini pula macam mana.

Kalau nak kata Malaysia buat duit, Australia ni, kutip kerang lebih 50 biji pun kena saman.

Menaiki bas dua tingkat. Jalan ini hanya untuk bas sahaja.
Fikir rasional lah kawan-kawan.

Peraturan ini demi kebaikan nyawa anak kalian juga. Cuba fikir secara waras dan ilmiah. Bukan dengan perasaan benci yang meluap luap.

Zaman semakin maju, tapi mentaliti kita masih mundur. Malu!

Itu baru suruh pakai child seat dah marah-marah. Inikan pula kalau wajib semua beli insuran. Tak tau lah bagaimana.

Rata-rata yang marah sebab mempunyai anak yang ramai, tak muat kereta. Kalau di luar negara seperti Australia, kebanyakan daripada mereka mempunyai anak seramai dua atau tiga orang. Kalau anak ramai, kereta mesti besar. Kebanyakan mereka juga menggunakan kenderaan awam.

Budaya kita mempunyai anak ramai dan servis kenderaan awam masih belum di tahap yang membanggakan.

Pendapat aku, takkan nak tunggu penambaikan pada public transport baru nak mewajibkan penggunaan child seat? Takkan nak tunggu purata bilangan anak menjadi dua atau tiga baru nak mewajibkan penggunaan child seat?

Peraturan traffic light di sini ada sedikit perbezaan.

Cuba terima dengan hati terbuka. Pembaharuan dan kemajuan bukan boleh dilakukan serta merta. Ianya mengambil masa. Sedikit demi sedikit kemajuan jika diterima, lambat laun negara kita boleh jadi lebih maju. Macam mana nak maju kalau setiap isu kita cepat melatah. Sentiasa negatif.

Sepatutnya kita patut ada kemampuan berfikir dari awal lagi. Sebelum kerajaan mengenakan peraturan child seat lagi. Sepatutnya kita perlu cuba praktikkan lebih awal. Itukan demi keselamatan anak-anak.

Dalam kita sibuk memangkah kebaikan, apa kata kita munasabah diri kita. Kita ni ke arah mencari kebaikan atau ke arah yang cepat melatah?

Bangun Malaysiaku! Bangun!


1 comment:

  1. Hmmmmm.... Sekarang dah kerajaan baru.. Da xwajibkan car seat... Sedih sgt.. Org Malaysia esp org Melayu family planning ke laut.. Anak ramai kan rezeki kta diorg tapi parents kelaut dalam nk provide basic needs

    ReplyDelete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...