Tuesday, 29 October 2019

Jalan - jalan Sydney : Camel Ride at Anna Bay, New South Wales

"Unta padang pasir pun tak malas macam ante lah~"

Dialog terkenal dalam drama P.Ramlee.

Ya. Kat sini pun ada unta padang pasir. Tapi kena memandu jauh sikit lah. 3 jam ke atas dari Sydney CBD.

Camel ride

Ini adalah tempat paling teratas yang aku pernah travel sepanjang duduk di Sydney. Selalu aku layan di bawah jer. Paling jauh ke Mt. Perisher bermain salji. Kadang aku rasa macam pergi melancong jer duduk sini. Tapi tak balik balik lah. Haha.

Dalam perjalanan tu adalah singgah taman untuk makan. Best betul dapat culture macam ni. Bukan susah pun untuk cari tempat berhenti berkelah dan makan. Kat mana-mana pun ada tersedia tempat untuk berkelah dengan kemudahan dan kelengkapan lengkap.

Berhenti berkelah

Ada jugak kami terjumpa ladang buah-buahan. Ada limau, lemon, strawberry. Ada stall untuk beli buah. Duit bayaran hanya tinggal kan di dalam bekas yang disediakan. Jujur!

Buah oren

Buah lemon

Sebelum sampai kita akan tempuh University New Castle. Bolehlah tengok kawasan university dan macam mana student life kat sini. Sangat tenang.

Tak sedar pun yang ini rupanya universiti

Nak jumpa si unta padang pasir ni boleh pergi ke Anna Bay yang terletak di Port Stephen masih di dalam state New South Wales. Kalau memandu ke atas lagi boleh sampai ke Port Macquarie sehinggalah ke Gold Coast.





Sampai jer di perkarangan parking dari dalam kereta tengok luar rasa macam panas terik. Tapi bila turun kereta, sejuk dan angin kuat.

Selain menunggang unta, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan. Siap duit jer! Boleh naik 4WD. Boleh sandboarding.

Harga untuk camel rides

Sandboarding ni best and fun. Selalu orang main kt Lancelin di Perth.

Tapi kami satu apa pun tak try. Unta tu busuk! Hahaha. Kami just ambil gambar. Menikmati pemandangan. Layan angin tepi pantai. Singgah ke toilet.

Trip ringkas ni special untuk mertua ku yang nak pulang ke Malaysia setelah menetap dengan kami selama 3 bulan. Kami balik hari jer.

It is long journey. Jadi kami dapat spend masa bersama berbual-bual sambil menikmati pemandangan indah jauh dari kotaraya Sydney.

Sebelum pulang, kami singgah ke masjid Sultan Fatih yang terletak di New Castle. Bagi kami, amat selesa. Tandas yang bersih. Telekung disediakan. Tempat ambil wuduk wanita pun ada. Wafiya kami biarkan bermain bersama anak-anak penjaga masjid ni. Kediaman mereka di dalam perkarangan masjid ni juga.

Masjid Sultan Fatih

Nice. Aku hidup kat sini memang tak ada cash. Semua jadi mudah bila menderma pun hanya tap Kad

Kami difahamkan ada masjid baru yang terletak di New Castle. Tapi kami tak pasti di mana.

Selain aktiviti camel ride di Anna Bay, boleh juga mencuba aktiviti Toboggan di Toboggan Hill. Yang itu korang sendiri google lah di mana.

Wednesday, 2 October 2019

10 Tempat Membeli-belah Wajib di Sydney, Australia.


1. Chemist Warehouse

Orang Malaysia kalau sebut Chemist Warehouse pasti naik gila. Mana tidaknya, di sinilah lubuk shopping perfume dan supplement murah. Kalau datang kena pada masa sale, habislah kaum lelaki, baik pergi mengopi jer lah. Aku suka kedai ni. Susun atur kemas. Sentiasa memaparkan harga sale dengan baik. Siap ada tarikh sale sampai bila. Yang kuning tu harga sale. Yang merah tu harga biasa. Kaunter bayaran sentiasa laju kalau ramai orang beratur pun.

2. Kmart

Terdapat pelbagai barangan yang cute dan berkonsepkan Scandinavi di sini. Para ibu yang mempunyai anak kecil pasti suka beli pakaian anak-anak. Boleh dapat tshirt kanak-kanak berharga $3 sehelai dengan kualiti kain cotton yang sangat bagus. Toys yang diperbuat daripada kayu amat digemari oleh rakyat Malaysia. Stationary comel-comel juga boleh dibeli untuk dibawa pulang.


3. Target

Seperti Kmart, Target juga banyak wooden toys yang pelbagai. Barang mainan yang dijual di sini kebanyakannya berkualiti tinggi dan anak-anak boleh merasai pengalaman sebenar melalui permainan mereka. Ada item yang aku suka beli di Kmart. Ada item yang aku suka beli di Target.


4. BigW

BigW menjadi pilihan sebagai pusat membeli-belah pelbagai jenis coklat. Jangan risau, banyak coklat yang diperakui halal. Penggemar set pinggan mangkuk Corelle atau Pyrex boleh juga shopping di sini. Berbaloi juga kalau ada sale. Big W juga selalu buat sale. Dengar kata Big W akan ditutup nanti.


5. Bonds

Amat mustahil jika ibu-ibu di Malaysia tak kenal brand Bonds, originally Australian Brands. Menjadi pakaian harian bagi anak-anak di Australia kerana harga yang murah. Semestinya murah dengan menggunakan Australia dollar. Sehelai wondersuit boleh didapati dengan harga $7. Kalau kat Malaysia, Bonds ni lambang kekayaan. Tapi kat Australia, Bonds ni pakaian harian buat rakyat marhaen juga.



6. DFO Homebush

Syurga barangan berjenama terletak di sini. Antara barangan yang boleh didapati ialah pakaian, handbag dan kasut. Naik gila jika shopping masa sale. Boleh dapat sehelai seluar jeans Levis berharga $10. Tapi limited saiz lah.



7. Darling Harbour

Selain shopping, di sini juga mempunyai pelbagai cafe jika letih membeli-belah. Di sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney. Terdapat pelbagai pakaian berjenama seperti Cotton On, Rubi, Bondi Beach. Kat sini selalu orang lepak minum kopi jugak. Dan sangat dekat dengan attraction place yang lain.


8. Coles

Jika di Malaysia terkenal dengan Tesco, Mydin dan Giant, di Australia pula Coles menjadi pilihan rakyat di sini untuk membeli-belah groceries. Ada beberapa item yang menarik untuk dibeli seperti Cookies Chocolates, Barista Bros, dan Lamington bars.



9. Paddy's Market

Souvenir, barangan kraft tempatan, pakaian, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh didapati di sini. Perlu diingatkan Paddy's Market ditutup pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, rancang itinerary anda dengan baik. Anda boleh dapatkan keychain koala dan kangaroo sebagai cenderamata dengan harga yang berpatutan.


10. Best & Less

Baju kanak-kanak dengan harga yang murah dan kain berkualiti dijual di sini. Sehelai tshirt dan legging berharga serendah $2 material cotton sangat selesa untuk anak-anak. Ibu-ibu pasti borong sakan. Kalau masuk musim sejuk, kedai ni jadi pilihan aku.



Ada lagi tempat lain yang menarik untuk membeli-belah. Saya kongsi yang ini dulu buat masa ni. Simpan siap-siap post ini buat rujukan di masa akan datang.

Sunday, 22 September 2019

Jalan - jalan Sydney : Selwyn Snow Resort

Buat entah ke berapa kali tahun ini kami bermain salji. Tahun ni jer 3 kali turun ke snow resort. Cemuih dah.

Kali ni nakkan kelainan, taknak ke Mt. Perisher dah. Kami try usha apa yg patut kat Mt. Selwyn pulak.








Antara dua snow resort ni, best lg Mt. Perisher. Kat sini line internet pun takde. Tapi fee dikenakan kalau nak main ski di Selwyn lebih murah. Yerlah, kurang tumpuan pelancong di Mt. Selwyn ni. Kalau nak dikira jarak dari Sydney CBD tu lebih kurang lah kalau nak ke Perisher pun. Kalau firt timer better pergi Mt. Perisher.

Tak boleh main toboggan sebarangan kalau kat sini. Mt. Perisher boleh. Kena bayar dan main kat kawasan yang disediakan. Nak try tubing tapi close pulak.

Kami sampai ke sini di awal musim bunga. Salji masih ada tapi tak banyak. Cukup2 untuk buat bergambar jer. Nak kasi bapa mertua merasa salji.





Selepas usha-usha apa yang patut kat Selwyn ni, kami naik lagi sejam ke atas untuk menjejakkan kaki ke Highest Town in Australia iaitu Cabramurra.


Friday, 20 September 2019

Jalan - jalan Sydney : Floriade Tulip Festival at Canberra

Satu lagi benda baru bagi aku. Ingatkan kat Turki or Netherland jer boleh tengok Tulip. Rupanya kat Australia pun ada. Kalau nak pergi event besar gini, kalau dari Sydney 3 jam memandu.

Tapi ni bukan dalam state New South Wales tau. Kena keluar dari NSW. Floriade Tulip Festival ni diadakan di Commonwealth Park, Canberra. Canberra ni dalam Australian Capital Territory. Korang tengoklah map lagi afdhal.

Ada juga tulip yang dekat sikit dengan Sydney. Dalam 2 jam memandu. Itu kena google sendiri lah. Aku pun lupa panama tempat dia tak tau. Yang tu ada entrance fee sikit lah.




Sebab trip ni dengan family. Dari Sydney kami menuju ke Mt. Selwyn main snow, so alang-alang tu kami singgah la tengok tulip ni.

Festival ni free entrance! Diadakan hanya pada musim bunga bermula 14 September hingga 13 Oktober setiap tahun. Bayaran parking dikenakan selepas 2 jam. Kiranya 2 jam pertama tu free parking ok.


Terdapat pelbagai booth jualan makanan, kudapan, souvenir dan pakaian. Ada juga pertunjukan muzik dan nyanyian di pentas tengah park bagi menghiburkan para pengunjung. Tandas disediakan. Boleh juga bawa makanan sendiri berkelah dalam ni. Gerai halal pun ada. Gozleme boleh dimakan ya. Kalau korang datang Australia kalau ada nampak Gozleme tu boleh makan. Halal.

Hari yang aku pergi tu cloudy. Suram-suram jer aku rasa langit tu. Tak cantik bergambar. Takda jiwa nak bergambar pun. Next time, pergi tulip lain pulak. 




Wednesday, 18 September 2019

Drama Sweet Dreams : Ben Amir dan Mira Filzah : Qash Adam dan Puteri


Sweet Dreams
.
Mimpi yang menyatukan kau dan aku.
.
Qash Assyraf ❤️ Puteri Diyana

Ala ala gitu..

Ni gara-gara terpengaruh dengan drama Sweet Dreams. Nak tunggu cerita ni sanggup tidur lewat sebab time zone Malaysia dengan Sydney. 

Payung tu jenuh gak cari dekat kedai-kedai Korea kat Sydney ni. Bag tu memang ada dah, lama dah aku pakai. Family in law pun semua sporting. Mak mertua teman cari skirt mirapiljah. Kak ipar tolong ikat tudung kot belakang. Suami pun memang kebetulan berambut panjang sejak kami berhijrah ke sini, dia tak pernah potong rambut. Mahal katanya. $30 untuk potong rambut. Alamat tunggu musim panas, setahun sekali lah potong rambut. Selalu aku bising dia rambut panjang. Nak amik aura Ben Amir nyer pasal, aku izinkan.

Sempat lah shoot ala-ala Sweet Dreams sekejap. Tu pun Wafiya kacau gak mula-mula. Nak bergambar sama-sama. Tapi nasib baik kak ipar tarik dia ajak makan aiskrim. Terus aman damai seharian berjalan di Tulip Festival yang terletak di Commonwealth Park, Canberra.

Saturday, 7 September 2019

Best ke duduk luar negara?

Antara soalan yang orang suka tanya apabila memulakan perbualan.

Well.

Terpulang pada lifestyle individu.

Kalau jenis hidup sebatang kara, tiada apa-apa, bagai musafir hina mesti lah dia rasa tak de apa nak diratapi di Malaysia. Of course bagi dia hidup di luar negara lagi best. Tapi ade ke macam tu?

Ada best, ada yang tak best. Itu jawapan nya. Ibarat ada kiri dan kanan. Ada baik dan ada buruk. Mana ada 100 peratus tu menang kat rasa tinggal di luar negara itu best. Mustahil.

Ikut situasi dan apa yang kita hadap.

Sydney Opera House dari Sydney Harbour Bridge.

Best bila,

  • best bila membeli, terasa murah. Banyak benda dan barangan boleh dinikmati dengan hanya $50. Kalau tak suka barangan yang dibeli, boleh return.
  • best bila pergi travel dalam Australia terasa kos nya sangat rendah. Sewa kereta sehari $40 termasuk insuran. Petrol pun murah. Lebih kurang $1.40 seliter.
  • best bila dapat menikmati pengangkutan awam dengan efisyen dan murah.
  • best bila dapat pergi perpustakaan, pusat komuniti dan nikmati segala kemudahan yang ada.
  • best bila gaji dibayar mingguan. Tak sempat merasa kesempitan hujung bulan.

Tak best bila, 

  • Tak best bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas sangat. Bila cuaca sejuk sangat atau terlalu panas sehingga mencecah 40 darjah, rasa tak bebas untuk melakukan rutin harian.
  • Tak best bila bil elektrik mahal. Sebulan bil elektrik mencecah $280 takde tv, takde aircond.
  • Tak best bila apa-apa yang berlaku di Malaysia, tak dapat join. Seperti kenduri atau makan-makan dengan keluarga. Keluarga aku selalu buat makan-makan. Tu yang aku jeles tu.
  • Tak best bila tak dilimpahi makanan Malaysia. Makanan kat sini so boring.
  • Tak best bila kompleks membeli-belah tutup pukul 5 petang.

Sengaja aku bagi sama banyak poin, tak lah dikira mana lagi best atau tidak. Kesimpulannya, perasaan itu bergantung pada kau punya gaya hidup dan apa yang kau suka dalam hidup. Bahagia itu kita yang rasa. Kita yang cipta. Bukan apa yang kau ada. Gitu...

Sunday, 1 September 2019

Ragam Musim-musim di Sydney, Australia.

Secara rasminya, musim sejuk telah berakhir semalam. Hari ini adalah hari pertama musim bunga di Australia.

Di awal penghijrahan ku dahulu, kami sekeluarga tiba pada musim bunga. Bermaksud, lengkaplah pengalamanku tentang keempat-empat musim di rantauan.

Musim bunga di Sydney sangat terkenal dengan bunga Jacaranda. Selain Jacaranda, kita boleh berkunjung ke Tulip Festival di Canberra iaitu 3 jam memandu dari Sydney. Cherry Blossom pun boleh didapati di Auburn Botanical Garden. Pada bulan Oktober akan bermulanya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan 1 jam lewat bagi menyambut kedatangan musim panas.

Musim panas adalah musim yang di nanti-nanti kan. Pelbagai aktiviti diatur bagi memanfaatkan siang yang panjang dan suhu yang membenarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Pada musim ini ramai yang berkunjung ke pantai tambahan pula Sydney mempunyai ratusan pantai yang sesuai untuk surfing, mandi-manda, berkhemah dan berkelah.

Pemandangan musim panas dan juga musim bunga

Musim luruh terkenal dengan warna-warna daun yang sangat cantik terutama sekali di kawasan luar bandar. Orang kata, musim luruh adalah "second spring". Untuk mendapat impak musim luruh yang lebih cantik, boleh berkunjung ke Breenhold Garden, Mt Wilson. Musim ini menamatkan siang yang panjang kerana berakhirnya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan satu jam awal.

Pemandangan di musim luruh. Dedaunan yang meranum.


Musim sejuk adalah musim di mana malamnya panjang. Aktiviti terhad kerana cuaca sejuk yang ekstrim dan siangnya pendek. Biasanya kami akan menuju ke Mt Perisher atau Thredbo untuk bermain salji. Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan di musim sejuk melainkan bergiat dalam aktiviti hibernisasi. Kedai-kedai mula menjual pelbagai jenis heater dan pakaian yang sesuai bagi menampung kesejukan.

Pemandangan di musim sejuk apabila sunny. *sinar kehidupan*

Pemandangan di musim sejuk apabila cloudy. *kemurungan*

Semasa peralihan musim, biasanya hujan silih berganti dengan angin yang kencang. Hujan di sini "showering" dan sekejap-sekejap sahaja. Ditambah pula dengan angin yang kuat menyukarkan pejalan kaki dan pengayuh basikal. Hujan batu kerap berlaku di musim panas. Aku pernah merasai beberapa kali hujan batu di sini.

Setiap musim mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Di musim panas, siangnya panjang, kain jemuran cepat kering, tetapi makanan cepat basi. Di musim sejuk, makanan lambat basi, tetapi siangnya pendek dan kain di ampaian lambat kering. Musim yang aku rasa hebat tamparannya ialah musim sejuk. Lemas dan tak bebas untuk melakukan aktiviti harian seperti mandi, ambil wudu', menaip, memasak dan membasuh pinggan. Musim sejuk juga perbelanjaan agak tinggi kerana bil elektrik yang melambung gara-gara penggunaan heater. Digalakkan untuk mengambil Flu Shot untuk mengelak terkena selsema.

Begitulah pengalaman keempat-empat musim dan hari ini, kitaran itu berulang kembali. Moga aku lebih bertahan dan steady di musim sejuk akan datang. Orang bilang, seronoknya musim sejuk. Keseronokan itu cuma beberapa hari. Kalau berbulan, percayalah, hati akan memberontak.

Membilang hari,
Untuk bebas berlari.

Sekian laporan kaji cuaca,
Diyana Farhana Sahariman
Sydney, New South Wales.

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...