Monday, 22 October 2018

Apa yang perlu dibuat setelah tiba di Australia

Setibanya di Airport Sydney, kami mencari grab untuk ke rumah sewa. Kami bertiga struggle menolak trolley dengan 4 luggage dan dua lg handcarry  ditambah pula dengan anak kecil. Angin meniup kencang. Agak sukar bergerak.

Tiba di Sydney Airport
Grab sampai, tapi apabila dia nampak Wafiya dia tak boleh bawa kami sebab Wafiya perlu duduk di car seat. Hanya taxi 13cab yang boleh bawa Wafiya tanpa car seat.

Kami pun berpatah balik dengan segala luggage menunggu taxi. Letih.

Tambang sebanyak $50 untuk sampai ke rumah. Agak mahal. Jaraknya dekat. Tuan rumah(uncle Philip) sudah menunggu kedatangan kami.

Setelah sampai ke rumah sewa, borak-borak dengan tuan rumah, dia bawa kami pergi beli simkad dan Opal Card.

Kami pilih simkad Optus sebagai telco provider. Sedikit kekeliruan untuk membeli simkad. Tiada nombor tertera di kad. Beli starter pack, set up di phone dan boleh pilih number phone yang disukai di dalam telefon.

Kemudian kami ke bank berhampiran untuk membuka akaun. Bukan boleh terjah jer sebenarnya. Kena set appointment. Kami set appointment untuk buka akaun keesokan harinya. Bank di sini tidak menggunakan sistem angka giliran. Semua urusan yang mengambil masa yang lama memerlukan untuk kita set appointment. Urusan yang kecil-kecil hanya beratur untuk ke kaunter.

Hiasan dalaman bank di sini sangat menarik. Tak rasa macam berada di dalam bank pun. Ada disediakan chocolate untuk pengunjung bank. Machine ATM pun tak banyak. Ada satu jer. Mostly berurusan secara online.

Bank pun cantik
Kami pulang ke rumah. Mandi dan berehat. Menanti hari esok untuk ke bank buka akaun.

Malam itu kami dinner dengan tuan rumah kami di restoran Korea halal.

...

Keesokan harinya, kami suami isteri membuka akaun dengan seorang staff India barangkali. Wafiya menunggu dengan sopan. Menyedari bahawa Wafiya sangat behave, pegawai bank tersebut memberi Wafiya sekeping kertas lukisan dan pencil warna serta tabung Helicopter. Kagum dia melihat Wafiya yang tak banyak ragam. *masa tu jer la* haha.

Buat pertama kalinya kami menggunakan Opal card menaiki bas ke city. Aku perlu daftarkan diri ke kolej. Wafiya dan suamiku turut serta.

Setelah mendaftarkan diri, kami ke pejabat agent. Buat pertama kali berjumpa dengan agent. Selama ni cakap dalam phone jer. Harini baru dapat berbual panjang.

Kami lunch di Shalom restaurant Indonesia. Terkejut makan kt Aussie ni, memang harganya mahal. Pada lah dengan dia punya portion. Portion besar. Satu meal boleh share dua orang.

Kenyang makan di Shalom kami pun menuju ke mercu tanda Sydney, Australia untuk mengambil angin dan melihat sekitar apa yang ada di sini. Cuaca dingin dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa.

Seperti mendapat nafas baru, apabila merenung ke arah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House, hati ini meruntun pilu. Tinggallah seluruh ahli keluarga di Malaysia. Selamat tinggal zon selesa. Selamat tinggal kerjayaku. Selamat tinggal rumah yang baruku beli. Selamat tinggal negaraku. Di sini, kami mulakan hidup baru. Inilah yang kami usahakan sekian lama. Inilah perkara yang mustahil aku rasakan satu ketika dulu. Merantau dan berhijrah ke negara orang. Dengan hikmah, kami meneroka.

Terselit rasa sayu

Moga Allah memberkati penghijrahan kami sekeluarga..



Sunday, 21 October 2018

Hijrah To Sydney : The Day My Visa was Granted

Minggu pertama aku counting days. Masuk minggu kedua aku tak counting days dah sebab aku fikir visa aku mesti ambil masa sebulan. Ini baru minggu kedua. Aku pergi kerja macam biasa. Petang hari Khamis aku check email tengok takde apa pun berlaku kat inbox aku. Aku pun tutup laptop dan ke surau seperti biasa siap-siap nak balik.


Keesokan paginya, aku sampai ke tempat kerja seperti biasa. Selesai meeting dengan team process,  aku masuk ke office dan aku labuhkan punggung ke kerusi pusing. Suis dihidupkan. Kemudian aku on suis laptop Dell. Menyala dan terpampang gambar company yang berdiri gah. Aku biarkan dengan jiwa kosong. Jari kusyuk melihat handphone. Aku buka email dan aku biar. Terpampang dan tiada siapa memandang.

Asyrafi rakan sebelah meja masuk dan duduk di mejanya. Aku tersedar dan kembali dunia nyata. Terlupa yang tadi aku buka laptop tapi sibuk main handphone. Tersedar ada email masuk. Aku baca. Sekerat! Aku menjerit.. Ya Allah... aku dapat visa, Asyrafi!!.. Asyrafi turut raikan dan baca email tersebut. Ya Allah gembiranya hati aku ini Ya Allah. Aku bersyukur Ya Allah.

Tak akan aku siakan peluang ini dan aku berjanji akan sebarkan kebaikan moga yang lain dapat manfaat dari perjalanan pengalamanku ini.

Aku dah tak sabar untuk kejar suami aku di mesin Printer. Aku perlu berlari mendapatkan suamiku. Elok jer aku bangun dari kerusi kebetulan manager aku (Head of Operation) masuk ke office dan tertanya kenapa aku begitu gembira. Aku tak beritahu. Dia hampir ke meja aku dan aku tutup laptop. Hehe. Main-main pulak. Rasa bersalah buat macam tu tapi aku janji I will get to u back. Aku kena cepat beritahu suami aku.

Aku pun berlari mendapatkan suami aku. Mungkin Line 2. Aku ada simpan rakaman aku berlari -lari dalam production untuk beritahu suami aku dengan perasaan riang gembira. Kebetulan suami aku dikelilingi oleh technician dia. Aku jerit panggil suami aku dari jauh. Bayangkan dalam slo-mo.
Suami aku kata, "dah dapat visa lah tu". Aku bagitau..."kita dah dapat visa.. "..sebak.. Semua yang ada di situ semua melonjak keriangan atas kejayaan kami.. "woahh......" ramai-ramai bersorak.

Aku tinggalkan mereka dan kemudian menghubungi mak ayahku dan keluarga mertua. Seronok nya perasaan aku tak terkira. Dengan saat genting macam ni di sana sini berita visa Australia susah nak dapat, tapi aku berjaya dapatkannya. Rezki Allah kurniakan kepada sesiapa yang berusaha dan have strong determination. Aku tak akan lupa saat ini. Segala perngorbanan dan usaha yang aku harung selama ni berlegar-legar di kepala aku satu persatu bagai ada rentak slo mo sedang menari mengiringi perasaanku ini.

Aku bersyukur ya Allah. Tak sangka aku dapat meniti ini semua. Manisnya pengorbanan dan usaha. Allah saja yang mengerti perasaanku ini. Aku tak akan lupa. Saat itu....

Hijrah to Sydney : Biometric

Cara nak buat Biometric ni pulak, kena buat appointment dulu. Kalau medical check up, kita buat appointment by call the clinic. Tapi kalau biometric, kena buat appointment kat website. Selepas bayar visa tu, kita dapat dokumen berkaitan untuk buat medical check up and biometric kan, tu semua kena bawa sekali dan maklumat kita ada di situ. Ok. Buat appointment kat website untuk biometric.

Biometric ni ingat ya. Bear in mind it is in KL only. Pejabat nya satu bangunan dengan bangunan MCA dekat KLCC tu. Tunjuk IC dekat kaunter di bawah sebelum lift tu untuk nombor giliran. Bangunan ni dikawal rapi dan untuk ke pejabat VFS Global ni sangat lah ketat kawalannya.

KLCC menjadi saksi betapa tinggi harapanku
Masuk jer office, kita tunggu nombor giliran dipanggil. Kemudian buat bayaran dulu di kaunter.
Lepas bayar, duduk duduk dulu tunggu sampai giliran untuk masuk ke bilik biometric.

Biliknya sangat kecil dan sempit. Kena ambil gambar. Buka cermin mata dan kita dikehendaki finger print setiap jari sepuluh ini ku susun untukmu. Lepas tu siap! Boleh balik.

VFS Global di bangunan MCA
Bermakna, hari ini hari pertama visa diproses. Visa akan mula diproses apabila kedua-dua urusan medical check up dan biometric selesai. Ada tempoh untuk kita selesaikan biometric ni iaitu 2 minggu selepas tarikh kita bayar visa. Jadi, siap sedia masa dan wang ringgit untuk selesaikan medical check up dan biometric. Aku apply annual leave masa nak sattlekan ni. Kebetulan aku ada training di KL so sekali harung buat biometric.

Aku pun keep waiting dengan harapan dan doa setelah perit jerih berusaha untuk sampai ke tahap ini. Aku tak sangka yang dulunya hanya mimpi. Pelbagai cabaran aku tempuh  dan pelbagai negatif aku lawan untuk sampai step ni. Pada tuhan aku berserah.

I keep positive and waiting.


Saturday, 20 October 2018

Hijrah to Sydney : Medical Check Up

Sebenarnya tak kisah nak buat Medical Check Up dulu atau Biometric dulu. Terpulang. Aku mulakan medical check up dulu sebab timing aku cantik macam tu.

Medical check up ni bukan boleh dibuat di mana-mana klinik atau private hospital. Pihak immigration dah beri maklumat  klinik panel untuk buat medical check up.

Yang aku tau, ada di Kuala Lumpur dan Penang. Nasib baik la aku dekat dengan Adventist Penang hospital panel yang boleh buat medical check up.


Cara nak buat medical check up, first sekali kena call hospital berkenaan dan mohon untuk buat temujanji. So, appointment being set by phone call. Staff hospital akan mintak kita punya referral number and other detail like passport number and full name.

Masa untuk buat medical check up telah tiba.

Walau dah buat temujanji, tapi masih tetap kena tunggu. Tapi disebabkan staff di Adventist sangat baik dan mesra layanan, mood aku jadi baik.

Perkara pertama, kami kena isi borang, dan staff akan panggil untuk check berat, tinggi, dan check mata. Kemudian kami diberi botol untuk buat sampling air kecil. Untuk budak-budak tak perlu. Untuk aku dan suami, kena buat ujian air kecing. Kemudian aku dan suami kena buat Xray. Kena buat bayaran dulu di kaunter. Pastu buat Xray. Part ni kalau yang pregnant tak boleh lah buat Xray. So, kalau korang nak migrate or study oversea, bajet-bajet la timing mengandung ok sebab procedure nak apply visa memerlukan Xray. Kalau pregnant biasanya kita dapat bridging visa kalau kita apply student visa secara offshore. Until kita dah selamat bersalin, baru sambung Xray dan submit visa.

Kemudian kami menunggu giliran untuk masuk ke office doctor. Doctor akan check kesihatan dan isi laporan medical check up depan-depan kita. Selepas kita tengok laporan tersebut, doctor akan submit laporan ke pihak immigration on the spot. Semua yang doctor click tu depan mata kita.

Aku dan suami tak boleh masuk sekali ke office doctor. Kami masuk berasingan kecuali Wafiya, dia masuk sama aku.

Selesai dah. Tinggal last step, aku kena ke KL untuk buat Biometric. Biometric ni baru jer dikenakan. Sebelum ni tak kena pun. Kebetulan aku ada training di KL, so aku schedule kan buat Biometric around that date. Bila selesai Biometric baru la permohonan visa kita lengkap dan akan diproses. Kalau tak, dok kat takuk tu jer lah.

See ya!


Friday, 19 October 2018

Hijrah to Sydney : Student Visa Application

Selepas beli insuran, aku sambung semula visa application yang tergendala. Dalam application ni ada dia minta results IELTS. Menurut pengetahuan aku tahun sebelum ni tak ada pun kena isi results IELTS. Maka, beringatlah. Nak duduk di luar negara, ambil IELTS siap-siap.


Lagi sekali aku slow masa isi detail. Aku stuck kat page yang minta kita state kan purpose kenapa nak stay sini. Kena buat karangan lah. Part ini aku memerlukan bantuan agent. Purpose kena strong moga visa kita granted dengan jayanya.

Ada page yang nak kita masukkan nama ibu bapa, ibu dan bapa mertua serta adik beradik. Isikan nama dan tarikh lahir. Mungkin untuk rekod sekiranya diorang datang visit kot.

Masa ni juga kita kena lampirkan segala dokumen yang dikehendaki. Actually ini part yang agak susah juga sebab nak provide financial statement kita. Dokumen-dokumen yang perlu ialah seperti passport, marriage certificate, financial statement. Itu penting dari awal kena translate dokumen siap-siap. At least kat step ni kita tak sangkut dah. 

Selesai isi detail dengan hati-hati, kini tiba masanya untuk submit application. Macam-macam perasaan masa nak submit. Ketar tangan. Fuh! sampai step ini dah aku.

Ok. Aku pun submit dengan penuh harapan. Bila tekan jer button submit, dia minta kau bayar duit visa tu. Bayar total sekali dengan dependant iaitu suami dan anak. Berikut adalah harga semasa tahun 2018.


Visa aku, student visa $575
Visa suami, dependant $430
Visa anak, dependant $140


Selesai bayaran, automatik kita dapat notis apa yang perlu dibuat selepas itu. Segala aktiviti kita ada di dalam akaun serta notification dekat email.

Next, kena buat Biometric dan Medical Check up. Biometric ni syarat baru jugak. Duit lagi kena keluarkan. Boleh buat mana-mana dulu sama ada Biometric dulu atau medical check up. Korang akan dapat referal letter untuk buat dua benda lagi ni. Referal letter ni diperlukan untuk korang buat appointment untuk biometric dan  medical check up nanti.

Korang ada masa lebih kurang dalam 2 minggu untuk selesaikan dua perkara last ni. Sekarang, visa masih belum diproses. Visa mula diproses apabila selesai kedua-dua step last ni.


Wednesday, 17 October 2018

Hijrah to Sydney : Oversea Student Health Coverage (OSHC)

Yuran kolej dah bayar. COE dah dapat. Sekarang dah boleh buka website immigresen untuk isi detail permohonan student visa.

Agent beri pilihan kat aku sama ada nak dia isikan dan apply atau aku nak isi sendiri?

Aku pilih untuk isi sendiri sambil dipantau oleh pihak agent.


mulakannya di sini

First time log in tu agent ajar macam mana nak register akaun. Kami menggunakan Team Viewer untuk remote from Sydney to my dekstop. Agent aku di Sydney. Sedikit sebanyak aku merasai pengalaman untuk isi detail application visa. Baru lah aku tau apa sebab dokumen-dokumen tu perlu submit.

Total page ada dalam 18 pages kot kena isi. Satu persatu aku isi pelan-pelan. Mana yang aku tak pasti tu aku tinggalkan dulu nanti agent akan check. Mujur aku ambil IELTS awal-awal. Rupa-rupanya dalam permohonan visa ada ruang English Requirement yang perlu di isi.

Menurut agent, permohonan visa pun sentiasa berubah-ubah form nya. Tahun sebelum tu tak minta IELTS. Kali ni minta pula IELTS. Sama macam rules immi. Sentiasa berubah-ubah.

Sampai ke satu page 14 tak silap, aku stuck di situ. Visa application nak kan policy insuran number. Masa tu belum beli insuran. Jadi, permohonan visa aku tergantung seketika kerana insuran. Aku perlu beli insuran dengan segera untuk teruskan next page.

Untuk beli insuran, tak perlu cari agent insuran. Di Australia, tiada agent insuran. Cari saja di internet. Beli secara online. Buka laman web OSHC.

isi detail berapa adults dan tarikh polisi

Isi maklumat berapa adults and children. Kau kena tambahkan tiga bulan dari tempoh visa kau tamat. Selesai isi, click quote then akan keluar macam ni.

Ini untuk aku, suami dan anak

Sesiapa yang single tu beruntunglah. Murah sikit harganya.

Yang single ni boleh bajet dah berapa korang kena ada duit standby

Aku beli insuran ni melalui agent jugak. Dapat murah sikit. Beli melalui education agent. Dalam beberapa hari selepas tu dapat polisi dan aku meneruskan page yang perlu diisi melengkapkan permohonan visa.

Ada jer perkara yang melengahkan masa kan?. Bertahan. Sedikit saja lagi akan sampai.
Harga insuran untuk aku, suami dan anak selama setahun pengajian adalah sebanyak $4164. Aku bayar guna Telegraphic Transfer from CIMB. Ambil masa 3 hari bekerja juga. Harga insuran berbeza ikut berapa lama tahun pengajian dan single atau family. Kalau contoh harga untuk single $900. Tapi kalau harga family boleh jadi $4000. Dia bukan ganda tau. Bukan boleh harga single tu kau gandakan dengan 3 ahli keluarga sebagai contoh. Tak, dia tak macam tu. Harga single lain. Harga family lain.


**Sedikit tambahan, bila aku sampai saja di Sydney, aku call Bupa Insurance yang aku beli tu, update detail dan diorang send kad insuran ke alamat rumah.

Selesai.


Tuesday, 16 October 2018

Hijrah to Sydney : Confirmation of Enrolment (COE)

Selesai college application, biasanya masa menunggu tak lama. Seminggu kemudian mesti dapat jawapan kita diterima belajar di kolej itu atau tidak. Kadang ada requirement yang kolej nak lagi sebelum kita dapat official offer letter.

Biasanya pihak kolej akan beritahu sekali dengan offer letter.

Ada dua jenis offer letter.

Conditional offer letter dan unconditional offer letter.



Conditional offer letter 
means kita dapat tawaran tersebut tapi ada beberapa dokumen yang pihak kolej nak kita submit kat diorang. Biasanya IELTS atau deposit yuran.


Unconditional offer letter 
ialah tawaran tiada bersyarat means official offer letter yang kita dapat tu lah.


Masa aku apply university di UK dulu memang banyak la dapat unconditional offer letter sebabnya, diorang nak IELTS. Dulu kan aku degil taknak ambil IELTS. Tak yakin dan takut. Mahal pulak tu.

Selepas kes aku di reject oleh kolej Canterbury, aku apply kolej banyak-banyak. Bayaran sebanyak $150 sahaja untuk semua application. Kalau tak pakai agent, kau kena bayar $150 bagi setiap application. So, pendapat aku better guna agent lah.

Tak lama lepas tu, aku dapat jawapan dari kolej ACBI. Aku simpan dulu surat tawaran tu dengan harapan aku dapat kolej lain jurusan Travel & Tourism.

Ya. Aku minat jurusan tu. Bercita-cita nak berkecimpung dalam bidang tourism la cadangnya. Saban hari aku tungu. Tak juga dapat jawapan.

Agent nasihatkan aku supaya terima tawaran ni sebab berkaitan dengan study background and experience aku. Jadi, tak risaulah akan ketulenan visa student nak mohon nanti. Bukan apa. Risau student visa pun immi refuse. Maka, aku pun terima saja tawaran tu dengan jurusan Project Management.

Pihak kolej ada tanya aku nak intake bila. Intake ni setiap bulan pun ada. Kolej lebih flexible. Aku pun pilih intake October 2018 menurut kiraan tabung aku akan cukup untuk berhijrah dalam bulan October 2018. Masa tu aku pun tak tau lagi yang kilang tempat aku bekerja akan tutup. Aku congak saja yang aku nak berhijrah pada bulan October sambil nak selesaikan urusan jual rumah. Sampai sekarang pun duit rumah aku masih belum dapat.

Untuk terima tawaran, kau kena bayar deposit yuran kolej tersebut. Kemudian kolej akan keluarkan COE (Confirmation of Enrolment). Kalau dapat universiti dan kalau dapat tajaan, boleh kemukakan surat tajaan kemudian dapat COE.

COE ni lah penting untuk apply visa student tu nanti. Kalau kau takde COE, kau tak boleh apply student visa. Kalau kau tak bayar yuran kolej, kau tak akan dapat COE. Ok. Faham kan? Simple.

Deposit yuran kolej yang kena bayar ialah sebanyak $1650. Apa yang sampai $1650  ni?
Sini, aku terangkan.

Yuran satu term $1400.
Application fee $150.
Material fee $100.

Satu term bersamaan dengan 3 bulan. Bermaksud, untuk deposit kita dah bayar siap-siap yuran untuk satu term. So, kau boleh kerja sambil belajar masa sampai Australia nanti dan kumpul duit untuk bayar yuran term ke dua. Application fee tu pulak dah tak perlu bayar. Kan kita dah bayar masa apply kolej awal-awal tu kan (commitment fee bayar dekat agent masa mula-mula tu). So, bayar material fee dan yuran satu term. Material fee ni pihak kolej yang kenakan pada kita.

Aku bayar yuran pakai Telegraphic Transfer CIMB ke akaun kolej. Bukan akaun agent yer. Akaun kolej ACBI tempat aku belajar nanti. Selesai bayar yuran, hantar bukti pembayaran kepada agent. Selang sehari jer, aku dah berjaya dapatkan COE.

Macam surat sakti masa dapat COE tu. Semangat kian berkobar. Dah boleh mula buka website immigresen dan isi permohonan visa. Banyak juga detail kena isi. Isi pelan-pelan.

Masa ni, duit aku habis dah korek untuk bayar yuran. Pecah pala mana nak cari duit pulak untuk visa dan insuran. Keep calm and be cool. Layan jer setiap step tu dengan tenang.

Percayalah kataku, kalau korang tunggu duit berkepuk RM20,000 dalam tangan pun belum tentu korang akan berhijrah jugak. Better mulakan jer langkah demi langkah ni sambil otak bergerak nak cari duit kat mana.

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...