Wednesday, 10 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : Visa apa yang sesuai?

Ramai juga yang teringin dan bercita-cita untuk migrate rupanya. Saban hari aku terima mesej impian diorang untuk tinggal di luar negara. Migrate ini bukan mudah. Memerlukan banyak pengorbanan. Setiap yang manis ada pahitnya. Bukan semua indah belaka. 


Apa kata kalau korang teringin nak migrate, korang study dulu jenis-jenis visa yang ada di negara pilihan. Ada visa finder di website. Masukkan kriteria korang dan tools tu akan paparkan jenis visa yang possible sesuai dengan background korang. Website immi negara tersebut pasti ada visa estimate cost calculator. Lepas masukkan kriteria application korang, tools tu akan beritahu berapa cost untuk application visa. Agak-agak dan rasa mampu sediakan modal, korang boleh proceed. Kalau tak mampu, cuba buat kiraan bajet dengan garis masa journey korang. Setiap cita-cita pasti ada jalannya.

Visa finder. Korang main la dengan tool ni. Ini Australia punya website.

Setiap orang tak sama. Ada yang dah berumur. Ada yang muda lagi. Ada yang berkeluarga. Ada yang bujang. Semua faktor tu akan mempengaruhi harga visa. Lagi satu, insuran. Kos ni agak sakit bagi yang bekeluarga. Jika masih bujang, beruntung lah sikit sebab kos lebih murah. Aku paling sakit dekat kos insuran 3 beranak yang menelan RM12,000.

Bila korang dah tau visa apa yang korang leh apply, tau berapa kos, tau proses flow macam mana, then korang boleh la pergi amik IELTS test siap-siap. Lepas sattle semua ni, korang just follow the flow and submit jer document. Sattle. Kalau taknak ambil IETLS, boleh cuba ambil PTE. Kebanyakan universiti dan results IELTS band 6.5. Tapi kalau korang pilih kolej yang murah macam aku ni, ada kolej yang tak memerlukan results IELTS pun. Terpulang korang nak macam mana. Macam aku, aku ambil jer IELTS siap-siap. Sebab utama ialah aku nak guna results IELTS untuk work skill visa actually jika results dapat band 7 ke atas. Tapi disebabkan tak lepas, aku tukar plan ke student visa. Sebab kedua ialah, kalau ada results IELTS lagi senang, kalau terpaksa tukar kolej lain ke atau ada apa-apa kes tertentu, senang dah ada results IELTS. In case lah. Kalau korang tak mampu, carilah kolej yang murah yang tak perlu results IELTS. 

Aku jumpa ramai yang nak berhijrah. Tapi aku belum jumpa orang yang tekad. Mental kena kental. Hati kena kuat. Aku dah laluinya. Aku tau macam mana rasa.

FAQ :

Kau pakai visa apa?
student visa

Berapa lama visa kau?
Depends pada course. Aku punya course setahun.

Habis tu, kau nak buat apa lepas habis visa?
Tengoklah nanti macam mana. Kalau rasa nak stay lagi, sambung lagi course.


Honestly, aku tak kisah pun course apa aku ambil. Asalkan aku dapat offer letter dari kolej dah rasa secure. Tugas aku, pergi jer kelas dan buat asignment. Aku tak kisah juga berapa lama. Syukur jugak course ni setahun. Kalau dua tahun, mati aku nak kena bayar insuran. Kalau kau tak beli insuran, kau tak boleh apply visa. Kalau course kau 2 tahun, bayangkan berapa mahal insuran kau kena beli. Insuran di Malaysia pun kita jenuh bayar bulan-bulan. Aku bukan berhijrah sorang-sorang, dengan suami dan anak. Kos insuran lagi berganda.

Student visa bagi aku yang ada high chance to give you experienced living abroad. Dalam masa setahun yang aku dapat ni, aku akan cari peluang lain to stay longer. Maybe lepas ni husband aku pulak yang study. Mungkin jugak aku amik course lain pula. Sambil tu, dalam masa setahun ni lah aku kumpul duit. Study another option visa yang ada. Looking at another opportunity especially for a job that allow me to live permanently. Tengoklah nanti macam mana.

Lain orang, lain cara. Lain orang, lain perspective. Asalkan kita masuk secara sah dan tak buat hal. InshaaAllah aku akan gunakan peluang ini sebaiknya untuk memanfaatkan diri aku dan juga untuk korang semua.

Tuesday, 9 October 2018

Menggapai Impian Berhijrah ke Luar Negara

Dari kecil lagi memang aku teringin nak duduk di luar negara. Nak tengok bagaimana kehidupan di luar sana. Apa-apa tentang di luar sana memang buat aku teruja. Bukan tanda aku tak patriotik. Cuma rasa ingin tahu. Nak kembangkan pemerhatian aku.

Teruja aku lihat sepupu aku belajar di luar negara. Aku kurang pendedahan. Belajar pun tak pandai. Sepatutnya aku mengorak langkah di zaman remaja, tapi aku silap. Lalai dan leka. Aku sia-siakan zaman muda. Dapat sambung ijazah tapi aku tak study betul-betul. Sepatutnya aku dah boleh amik master kat UK.

Dulu, aku teringin belajar kat luar negara. Tapi sekarang bila dah kahwin dan ada anak, aku teringin nak duduk di luar negara. Not really in deep to study.

Building kolej aku

Masa diploma dulu, aku pernah apply Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik Luar Negara Australia / New Zealand. Aku berjaya dapat sampai ke temuduga. Aku tak tau macam mana aku jumpa application ni. Aku dulu memang gunakan internet sebaiknya. Search macam-macam dan jumpa banyak peluang. Apabila aku masuk sesi temuduga, interviewer tanya aku macam mana aku boleh dapat panggilan temuduga sebab aku masih sem akhir diploma, belum tamat pengajian. Mana lah aku tau. Dah panggil, aku datang. Aku down dan rasa memang tak dapat.

Lepas diploma, aku kerja di Intel. Sambil tu sibuk juga cari course untuk sambung degree di luar negara. Tapi bila baca requirement nak sambung ke luar negara kena amik IELTS, mati terus niat. MUET pun dapat band 3, macam mana nak ambil IELTS and further study oversea. Akhirnya aku sambung degree di UTHM Johor.

Banyak kesilapan yang aku buat semasa pengajian degree di Johor. Aku terlampau bergantung harap pada seorang insan bernama manusia. Aku tak belajar berdikari. Apabila aku hilang tempat bergantung, aku tak tentu arah. Hilang fokus pada pelajaran. Tak serious belajar. Sesekali aku menyesal amik degree. Baik aku sambung kerja di Intel. Not really in passion to study. Tak minat dan tak ada goal.

Bila tamat pengajian dan praktikal, aku terus dapat kerja di TS Solartech. Aku dihantar ke Germany untuk training. Semangat aku naik balik. Aku buat yang terbaik. Masuk tahun ke 3 aku bekerja, aku mula search lagi universiti di UK. Aku nak sangat sambung master di UK sebab aku nak duduk luar negara. Lagi sekali aku down kerana IELTS. Aku rasa terbeban dan leceh. IELTS selalu matikan semangat aku. Aku tak peduli, aku apply jugak. Aku dapat 5 tawaran universiti di UK course Renewable Energy (photovoltaic). Sesuai dengan work experience. Tapi kalau sambung kat UK, course master hanya setahun. Aku nak duduk lama.

Even aku dapat 5 tawaran universiti, tapi semuanya bersyarat. Kekangan aku ialah IELTS dan yuran. Aku nak cari mana duit yuran. Aku apply MARA dan Chevening. Aku tak puas hati cara MARA buat interview session. Style panggil 10 orang masuk dalam satu sesi. Macam pasar malam. Aku kecewa. Sekali lagi terkubur semangat aku. Pengalaman memohon MARA memang sucks aku rasa. Daripada  Ujian Personaliti online yang server asyik down tu sampai la tunggu results. All sucks.

Aku kahwin bulan Mei sebab ingat nak masuk intake September. Cadang nak sambung master sambil ditemani suami. Tapi bila dapat tau aku tak dapat MARA, aku merajuk. Seminggu aku muram. Satu petang, suami aku bawak makan laksa di warung chinese mualaf. Baca surat khabar, aku nampak iklan taman perumahan dekat Bandar Perda akan dibuka untuk jualan keesokan harinya. Terus kami decide nak beli rumah untuk merawat hati.

I've going through day by day. Repeat routine life same everyday. Masa tu company tempat aku bekerja banyak nak setup line baru. Aku lupa seketika niat nak duduk luar negara. Tapi lama kelamaan business makin slow. Tapi, lagi slow lagi aku rajin pergi travel sebab kami nak cari kekuatan diri kami. Aku dan suami jadi tepu. Stress sebab pergi kerja, tapi tak ada kerja. Semua ini membuatkan aku jadi mandom. Tak bersemangat. Kurang daya ketahanan diri. Berada di zon terlalu selesa. Aku risau pada inner spirit aku. Kalau selesa sangat, nanti kalau jadi apa-apa, susah nak survive. Aku tak nak jadi macam dulu masa aku ambil degree.

Tahun 2017, aku sekeluarga bercuti ke Perth. Kami jumpa ramai orang Malaysia berhijrah ke Australia. Baik chinese dan juga melayu. Balik dari travel, terus suami aku suarakan keinginan untuk berhijrah. Aku lega. Mudah kerja aku bila kedua-dua antara kami setuju dan tekad untuk berhijrah. Setahun kami ambil masa untuk research dan follow orang-orang yang dah berhijrah. Dengar pengalaman dari orang lain. Minta nasihat dan pandangan.

"Tekad. Kami ingin migrate juga. No matter what."

July 2017 kami kena duduk rumah baru yang kami beli. Aku tak beli perabot. TV, wardrobe, katil, kitchen kabinet, semua tak ada. Masuk rumah baru dengan seadanya. Lampu, kipas dan grill sahaja yang diutamakan.

Dalam aku mengejar impian, aku tak lari juga dari manusia-manusia yang negatif. Aku pernah moral down dan give up in between. Ada yang suggest suruh aku atau suami yang masuk dulu, kemudian baru bawa pasangan datang dengan anak. I disagree! Selagi boleh elak berjauhan memang aku elak. Aku fikir satu, kalau orang lain boleh berhijrah bersama keluarga, tak kan aku tak boleh. Kalau orang lain tak buat, aku akan buat. Tak semestinya aku kena follow orang. Dahlah aku kena pisahkan anak aku dengan pengasuh, nak jauhkan pula dengan daddy dia. Totally tersasar niat dan tujuan untuk migrate. Migrate is seeking better life. Biar berkorban harta benda tak apa. Kalau anak yang terkorban, better stay di Malaysia tiga-tiga.

Sebulan juga aku diam tiada progress. Aku haramkan berhubung dengan orang negatif. Tak membantu pun. Tapi aku duduk takuk yang sama juga. Kemuncak fasa down, aku fikir, baik aku redah. Buat sampai jadi. Bila kita going through satu-satu proses, baru kita tahu. Immigration rule pun always change. Aku taknak bazir masa dah. Dapat visa atau tak, belakang kira. Aku pegang prinsip, belum cuba, belum tahu. Asyik dengar cakap orang, kita tak ke mana. Tersangkut di takuk yang sama.

Aku mulakan research kat website immi. Aku buka macam-macam negara. Germany, New Zealand, dan UK. Aku catat kos dan list comparison. Akhirnya aku stick Australia. Kemudian aku approach orang-orang yang berada di Australia. Sehinggalah aku jumpa agent Studynet. Consultation free. Service free. Aku mulakan process in the early 2018. While I'm looking for visa, my husband put an effort jual rumah. Segala urusan jual beli rumah, husband aku uruskan.

Bezanya sekarang, aku tak bersemangat nak study master macam cita-cita dulu. Aku lebih kepada nak living abroad, nak besarkan anak dengan suasana baru. Aku try looking at Work Skill Visa. Kesimpulannya, aku kena ambil IELTS dan dapatkan sampai band 7 untuk cukupkan point. Kena dapatkan skill assesment dengan Engineer Australia yang makan modal juga. Kalau dapat visa tu, boleh tinggal permanently dan harganya sangat mahal. Tambah pula bawa husband dan anak. Modal berganda. Jadi, aku try another option seperti yang disarankan pada website immigration. I jumped to student visa. Aku dah la pernah kecewa dulu apply macam-macam scholar tapi tak dapat. Nak self funding memang tak mampu. Aku kena jaga anak aku. Aku tak mau heavy study like master yang ada thesis, exam semua tu. Masa degree dulu pun aku tak minat, macam mana nak bawa master.

Aku berkenalan dengan sorang agent. Aku rasa lapang, jumpa jalan. Aku boleh apply kolej yang yurannya murah dan mampu self funding. Kelas pun seminggu sehari atau dua hari. Selebihnya boleh kerja. Tapi aku tak kerja sebab jaga anak di rumah. Suami aku yang akan kerja sara kami. Aku mulakan step dengan apply kolej. Semasa menguruskan permohonan kolej, aku terasa nak ambil IELTS. Untung-untung kalau results bagus, boleh pakai results tu untuk apply work skill visa. Kalau tak ok, takpe lah. Pakai untuk student visa jer. Aku ambil juga IELTS dan tepis segala tanggapan negatif. Aku akur sebab aku nampak kesan kalau tak ambil IELTS. Ada juga niat kalau IELTS results aku bagus, aku nak teruskan Work Skill Visa. Kalau results so so, aku proceed je student visa. Tiga minggu urusan migration tergendala sebab aku buat preparation. RM845 aku laburkan mencuba nasib pada IELTS. Kolej require band 5.5. Aku yakin mesti lepas dan tak perlu ambil banyak kali. Boleh baca balik pengalaman aku amik test ni macam mana. Results IELTS akan dikeluarkan tepat 2 minggu selepas exam. Tapi berlaku satu kes di mana results aku berjalan jauh dengan kurier. Tambah pula lagi 4 hari tergendala progress aku nak migrate.

Results IELTS di tangan, terus aku submit all document for college application. Lagi sekali, setelah di reject oleh kolej Centerburry. Dalam pada tu sebenarnya aku dah dapat satu tawaran kolej, kolej yang aku belajar sekarang ni, ACBI. Aku simpan sebab aku tunggu tawaran dari course travel and tourism. Tapi agent aku advice, lebih baik ambil course yang berkaitan dengan background study and work experience untuk memudahkan permohonan visa. Aku pun terima kolej ACBI dan bayar yuran.

"Proses aku bermula dengan rancak serta semangat dan harapan yang tinggi untuk berhijrah ke luar negara. Aku hampir terlupa yang aku akan tinggalkan ibu bapa, mertua, dan adik beradik. Apabila semua urusan migrate selesai, baru aku dapat rasa kesedihan untuk tinggalkan diorang. Aku tak sangka it was so hard. Aku diselubungi rasa sebak dan hiba di hari terakhir aku di Malaysia."

Aku akan ceritakan satu persatu step yang aku lalui buat panduan kalian semua. Juga catatan ini buat diri aku nilai balik apa yang telah aku lakukan dan korbankan. Aku rasa adalah perlu untuk aku catat kembali pengalaman ni. Since ramai juga yang bertanya.

-


Hari berganti hari, satu persatu step aku lalui dapat diselesaikan dengan baik. Aku dan suami ambil keputusan untuk hantar surat resign selepas kami dapat visa. Nak dijadikan cerita, dalam aku sibuk uruskan hal migrate, company yang aku kerja diisytiharkan akan tutup. Aku rasa bersyukur sangat. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ya Allah. Engkau atur elok untuk aku sekeluarga. It is not happy ending for others but as for me, this is a bonus. Bersama duit pampasan, kami dapat mulakan kehidupan baru di Australia. Nikmat apa lagi perlu didustakan.

Tiba masanya aku perlu tandatangan surat perjanjian jual beli rumah dengan buyer baru. Allah saja yang tahu perasaan aku. Berat. Aku sedih untuk melepaskan rumah yang baru saja aku beli. Walau baru duduk, tapi banyak nilai sentimental. Aku perlu lakukan pengorbanan. Aku sign satu persatu muka surat perjanjian dengan hati yang berat. Rumah aku telah sah dijual. Tapi kami masih duduk rumah ni hingga ke saat akhir berangkat ke Australia. Since belum dapat payment lagi dan buyer baru pun setuju untuk kami stay jer.

Saat terakhir berada di rumah sendiri.

Moment dapat visa tu yang seronok. Perasaan yang paling aku tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Berlari aku dalam kilang dapatkan suami aku untuk khabarkan berita yang visa kami granted. Dalam aku tengah melonjak, datang pula Manager aku tanya kenapa. Aku tetap rahsiakan sebab aku tunggu duit pampasan. Aku terus beli tiket flight. Aku pilih AirAsia dan kami beli tiket dulu without luggage sebab tak tau nak agak bawa berapa banyak.

Tugas suami aku ialah cari rumah sewa. Betapa sukar nak dapatkan rumah sewa jika kita browse dari Malaysia. All contact info semua di hidden kan untuk elak scammer. Akhirnya kami dapat rumah sewa melalui kenalan di fb.

Setelah semua urusan selesai, kolej dah dapat, visa dah granted, rumah sewa pun dah dapat, tiba masa aku packing dan pindah barang ke rumah mak dan juga rumah mertua. Nasib baik tak beli banyak perabot. Yang macam ini pun banyak juga nak kena angkut.

"Bila semua urusan selesai, aku boleh summarize kan, perkara yang paling susah nak hadap ialah saat meninggalkan apa yang aku ada. Moment tu. Saat menjual rumah, saat menjual kereta, saat mengosongkan rumah, saat memisahkan Wafiya dengan pengasuh, semua ini bagi aku adalah situasi yang paling sukar"

Seminggu terakhir berada di Malaysia, aku busy packing barang. Perasaan sedih kian hilang selari dengan keserabutan packing barang. Sedih tu tak terasa bila badan penat. Apabila seluruh ahli keluarga hantar kami di airport, datang semula perasaan sebak dan sayu. Bukan mudah rupanya. Sebelum ni aku busy prepare all documents, aku redah dan harung all requirement. Tak sangka rupanya ni adalah saat paling berat untuk dilalui.

Flight kami ke Sydney  pukul 11.45malam. Sepanjang perjalanan, kami 3 beranak tidur jer. Memang letih. Sampai di airport kami terus ke rumah sewa. Tuan rumah sambut dengan baik. Selepas letak barang, terus kami menuju beli simkad dan buat appointment dengan bank untuk buka akaun.

Akhirnya, kami sampai dan bertapak di Sydney.
Ramai yang tanya aku, why Sydney? It is the most expensive city.

Kalau korang follow perjalanan aku, korang akan faham. I don't care which country or any city. Aku nak bertapak di negara asing secara sah. Itu yang penting. Once aku berjaya enter, aku akan pandai-pandai cari peluang lain. Mungkin cari sponsored visa, mungkin buat bisnes. Tiada siapa tahu, what it may bring. Itu semua kerja Allah. Tugas aku, once dah sampai sini, aku akan gunakan peluang dengan sebaiknya untuk cari peluang.

Macam tak percaya. Banyak yang aku lalui. Banyak aku tempuh untuk datang ke sini. Banyak ragam orang yang aku jumpa. Sampai juga aku ke sini bersama anak dan suami. Ini bukan pengakhiran perjalanan aku. Ini adalah permulaan. Ramai yang kasi feedback betapa gembiranya diorang melihat aku berjaya ke sini. Semua mendoakan kami.  

"Terima kasih semua, tak henti-henti wish dan menaruh harapan buat kami sekeluarga. Terharu."

Aku juga bersyukur kedua-dua pihak keluarga sangat baik dan memahami. They all very supportive. Ramai yang share impian diorang berhijrah dengan aku tapi mendapat tentangan dari suami dan juga ibu bapa. Bukan senang nak brainwash orang. Mungkin kena beri pendedahan baru diorang akan nampak. 

Totally kami start from zero. Build up new life. Ramai juga yang tanya, buat apa aku cari penyakit. Banyak sebab. Sebab-sebab tu semua aku akan ceritakan satu persatu dari masa ke semasa. Tak cukup dengan hanya satu ruangan komen atau satu perjumpaan untuk menerangkan sebab musabab kenapa aku ingin berhijrah. Aku berada di zon selesa semasa di Malaysia. Aku takut aku kurang daya ketahanan diri. Aku taknak jadi macam dulu lagi. Aku nak anak aku experienced better education. Aku taknak anak aku jadi macam aku. I am seeking better life environment. Human right. Aku nak something challenging supaya aku dapat self development.

Yang pasti, sebabnya adalah bukan aku benci Malaysia. Aku tak amik port pun sape yang memerintah. Issue ni bagai tiada penghujung. Baik aku kisahkan diri aku, suami dan juga anak. Aku dan suami perlu something yang positif untuk build balik self esteem. Anak aku perlu merasai different education experience.













Ramai yang tanya, berapa lama aku akan stay. Aku pun tak pasti. Aku akan sentiasa cari peluang. Aku cuba. Gagal atau berjaya aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku cuba. Sekurang-kurangnya aku dapat raih pengalaman tinggal di luar negara.

Buat yang bertanya korang ada peluang tak untuk berhijrah, better korang study dulu apa yang ada di website immi. Gunakan tools yang disediakan. Kalau korang ada niat, ada duit, ada results IELTS, korang boleh sampai. Mungkin lagi better dari aku punya cara. Cuba lah merantau. Kita lihat perbezaan dan bagaimana rupa kehidupan di luar sana. Kita keluar dari zon selesa. Kita cabar diri kita mampu buat atau tidak bila hadapi cabaran.

Terima kasih buat semua yang wish dan doakan kami. Post ini aku tulis laju dan unedited. Sejuk woi. Jenuh nak sampai feeling untuk menulis. Keep follow next post for the detail step. Aku akan kongsikan, InshaaAllah.


Central Station
Spring like a winter,
Diyana,
Kingsford.
14 Oct 2018
11:38am

Saturday, 29 September 2018

Hatyai Trip : Jangan lupa beli ni jika ke Hatyai atau mana-mana 7E di Thailand

Aku pernah beritahu yang 7E di Thailand ni berhantu. Jom tengok apa yang biasa aku beli jika ke Thailand. Serious berhantu beb 7E dia.

Arabus Coffee
Variety.. in mini pack.
Kalau kita berbelanja di 7E, pasti akan dapat kupon ni, so boleh guna for next purchase
Teapot tube
Ni sedap giler



Hatyai Trip : Trip ke Phattalung

Dalam banyak - banyak kali aku ke Hatyai, trip kali ni paling best sebab kami memandu 2 jam ke Phattalung dari Hatyai. Satu pengalaman baru demi mencari satu pemandangan yang luarbiasa.

Kami bertolak setelah subuh. Seeloknya ialah bermalam di Phattalung dan menikmati sunrise dari atas boat. Cuaca pun sejuk. Disebabkan kami bertolak agak lewat, kami siap sedia akan berpanasan dari atas boat.

Kami tiba di jetty pada pukul 9pagi. Misi kami ialah untuk melihat bunga water lily yang melatari tasik Thale Noi. Satu boat boleh memenuhi 7 orang dewasa. Sewa sebanyak 450baht untuk satu boat dikenakan.

Water lily di Tasik Thale Noi
Kami diberi sorang satu topi koboi mungkin untuk elak panas mentari dan kami juga diberikan baju pelampung demi keselamatan. Aku dalam kepala ni fikir kamera jer. Hahaha.

Mula-mula kami dibawa melihat ke water lily di pelusuk tasik. Pemandu boat akan berhenti di tengah tasik dekat port yang penuh water lily. Petik sekuntum dua water lily buat kenangan. Panjang sungguh tangkainya.

Pemandangan sini sangat mengagumkan. Benar lah orang kata Thailand mempunyai daya tarikan pelancongan yang menarik dan lain dari yang lain. Mungkin jika kami berkunjung ketika matahari terbit pasti lagi menarik.

Kemudian kami dibawa ke tempat kerbau berkubang. Mengelilingi seekor kerbau yang sedang mandi. Juga terdapat beberapa ekor kerbau di daratan.

Kerbau pun mandi bunga
Kawan kawan kerbau yang dah sudah mandi
Setelah itu, kami merentasi bawah jambatan. Pada mulanya kami tiada idea ke mana dia bawa kami pergi. Rupa-rupanya dia bawa kami ke satu tempat yang menarik. Ada satu kawasan permukaan rumput yang mendatar di tengah -tengah tasik. Mungkin pada asalnya dia ingin membawa kami melihat burung-burung yang berhijrah tetapi bukan pada musim nya. Jadi dia bawa kami ke satu daratan tersebut.

Membawa kami merentasi jambatan
Sukar digambarkan perasaan tersebut. Pemandangan di sini buat aku teruja. Terasa berbaloi memandu sehingga dua jam ke sini. Menarik. Cukup menarik. Nasib baik lah kami semua gigih mengikut idea kakak ipar ku ini. Berbaloi datang ke mari. Cantik.

Daratan sejemput di tengah tasik
Kemudian pemandu boat membawa kami pulang dengan selamat. Merentasi sekali lagi water lily tersebut. 

Sebelum kami memulakan perjalanan pulang, kami sempat berkunjung sebentar ke kedai kraftangan berhampiran. Ibu mertuaku membeli tikar mengkuang. Terdapat juga gerai - gerai menjual barangan laut seperti ikan masin, ikan bilis.

Kami tidak pulang terus ke Hatyai. Kami singgah ke satu kedai kopi di tepi jalan. Sebenarnya kedai ini terletak di sebelah kiri jalan semasa menuju ke Thale Noi. Apa lagi, sebelum kami pulang ke Hatyai, kami pun membuat pusingan Uturn untuk ke kedai itu semula.

Minum kopi, bergambar dan makan kek untuk sejukkan badan. Kedai kopi ini terkenal bagi rider motosikal. Beberapa rakyat Malaysia juga berkunjung ke sini. Mungkin mereka ingin meneruskan perjalanan ke Krabi.

Sangat menarik untuk mengambil gambar di sini.

Route 41, Cowboy Town Phattalung
Perkampungan cowboy boleh bergambar

Kami pun pulang semula ke Hatyai. Di dalam perjalanan pulang, kami berhenti seketika di gerai buah buahan tepi jalan. Pada mulanya kami underestimated buah buahan di sini. Tak sangka buah nenas sangat manis. Sedap sungguh buah - buahan di Thailand ni. Menyesal pulak beli sedikit.

Nenas tu manis woi
Apa pun , memang berbaloi ke Phattalung.

Hatyai Trip : Samila Beach

Pada trip yang pertama kali kami mencuci mata di Samila Beach. Takde plan aktiviti apa pun, cuma nak pergi ukur jalan. Haha.

Tak lah jauh mana dengan Hatyai. Since kami bawa kereta sendiri dan tak terikat dengan jadual itinerary, jadi kami memandu santai ke Samila Beach. Cuaca panas sama seperti di Malaysia.

Mesti korang akan bergambar di sini kan

Melihat statue ikan duyung yang famous tu dan statue kucing di tepi pantai. Bagi aku, kawasan persekitaran di sini agak bersih. Boleh sewa tikar untuk berkhelah dan bersantai di tepian pantai. Ada orang main muzik, ada pelukis yang boleh lukis gambar kita, ada jualan layang-layang. Pemandangan biasa di tepi pantai. Kami hanya jalan-jalan tengok apa yang ada.
Oh ya, boleh juga sewa untuk menunggang kuda dan bergambar bersama. Macam Batu Feringgi.

Kerana ini merupakan destinasi terakhir sebelum kami bergerak pulang ke Bukit Kayu Hitam, kami pun terjah ke 7E berdekatan untuk menghabiskan duit Baht.

Kami terjah 7E di situ
Kawasan parking
Pernah keluar berita ada kes bom kat sini
sewa kuda
borong di 7E

Hatyai Trip : Stay di Grand Plaza Hotel

Setakat ni, kami stay di Grand Plaza Hotel di kedua-dua trip kami ke Hatyai.

Sebab apa kami memilih hotel ni?

Di waktu pagi
Di waktu malam
  • Bersebelahan dengan Lee Garden Plaza
  • Harga berpatutan
  • Family friendly, ada pintu connecting door antara dua bilik
  • Ada parking kereta yang InshaaAllah selamat
  • Lokasi strategic, berhadapan dengan gerai udang besar, sebelah 7E, sebelah money changer, massage, semua boleh diakses dengan berjalan kaki.

Ada hotel yang tiada parking kereta basement. Hanya parking di tepi jalan. Kami risaukan keselamatan kereta juga. Risiko atas diri kita.

Ada hotel yang lagi murah, tapi berjauhan dengan attraction place.

Bersebelahan dengan 7E memang menjadi kriteria penting kerana 7E di Thailand bukan beshe beshe. Kena masuk. Wajib masuk. Nescaya banyak nur anda akan jumpa.

Not too bad
Family friendly. Ada connecting door

Hatyai Trip : Shopping di Asean Night Market dan Greenview Night Market

Di sebelah malam pula, sementara menunggu gerai-gerai udang besar dibuka, anda boleh berkunjung ke Asean Night Market atau Greenview Night Market terlebih dahulu. Kami menaiki tuk tuk dari Grand Plaza Hotel.

Kami ke Asean Night Market pada pertama kali kunjungan kami ke Hatyai. Pada trip kedua pula, kami cuba melihat apa perbezaan di Greenview Night Market pula. Kedua-duanya bagi saya sama. Tiada nafsu untuk membeli - belah. Haha. Ini kerana kedua-dua trip ke Hatyai merupakan trip sebelum saya berhijrah ke Sydney. Selain untuk menjimatkan wang, saya mengambil langkah untuk mengurangkan barang.

Asean Night Market lebih famous berbanding Greenview Night Market dan lebih banyak barangan yang dijual.

Pelbagai barang jualan di Asean Night Market
Typical spot bergambar
Ada surau
Greenview Night marketlebih baru.

Boleh dikatakan kawasan baru
Kena beli kupon makanan terlebih dahulu

di pintu masuk market



Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...