Saturday, 28 March 2020

Pengalaman Ambil Exam PTE di Sydney

Assalamualaikum readers,

Sebelum ni aku dah dua kali ambil IELTS. First time aku ambil di Penang semasa persediaan untuk mengorak langkah ke negara orang. Kali kedua aku ambil di Sydney untuk melepasi requirement permohonan PR. Keputusan tetap sama kurang memuaskan. Of course aku down. Rasa letih. Rasa macam memang takde harapan untuk aku stay permanently.

Aku biarkan masa berlalu macam tu jer. Melayan rasa give up aku ni. Masa tu, visa kami hampir tamat, kalau nak ambil IELTS lagi sekali dan go through assesment kemudian EOI memang tak sempat. Aku dan suami sebulat suara untuk panjangkan student visa lagi.

Wollongong Breakwater Lighthouse
Biasalah. Semangat ni ada turun naiknya. Sekali lagi aku didatangi rasa mahu mencuba. Tapi aku taknak ambil IELTS lagi dah. Test ni aku rasa high level sangat dan tak sejiwa dengan aku. Aku cuba PTE pula.

Dalam waktu aku uruskan visa baru, sambil tu aku buat persediaan PTE. Aku pergi kelas PTE selama sebulan dengan bayaran $300. Ya. Aku rasa PTE kena sangat dengan ability aku. Aku suka PTE lagi compare dengan IELTS.

Lepas tamat kelas persediaan PTE, tengok-tengok visa baru aku masih belum diberi jawapan. Kalau aku booking exam date PTE, kena keluarkan duit. Aku ada rasa risau kalau-kalau visa tak dapat, kami kena balik dengan wang simpanan yang tipis. Jadi, aku rasa ada baiknya kalau aku book exam PTE selepas dapat visa.

Kelas persediaan
Tunggu punya tunggu, punyalah lama. Visa tamat December. Aku mohon visa baru pada hujung November. Alih-alih visa baru dapat pada February. Hurm.. gitulah kalau urusan di hujung tahun mesti akan lambat proses sebab diorang cuti panjang. Cuti krismas, new year dan Australia Day. Memang kena allocate lebih masa kalau urusan melibatkan pada hujung tahun. Diorang memang kasi bridging siap-siap masa aku lodge pada November tu. Bridging automatik diaktifkan bila visa dah tamat dan bridging dimatikan apabila keputusan visa baru dikeluarkan.

Bila visa dah granted pada February, aku pun mula booking exam date pada March 2020. Exam PTE berharga $380. Sebelum tu aku ada beli mock test juga di Pearson website. 3 set test berharga $130. Hah kira balik berapa banyak wang aku laburkan untuk English requirement sahaja. Gitulah nasib orang yang biasher biasher ni. Kalau orang yang English tu memang makanan dia, takde lah sebanyak ni. Aku ni gitulah, jalan aku panjang. Lambat sungguh nak capai.

Exam PTE aku betul-betul sebelum pandemic Covid-19. Masa aku ambil exam tu dah memang kena social distancing, pakai hand sanitizer dan bilik exam disembur spray anti bacteria. Selepas aku exam PTE memang exam center tutup sebab Covid-19.

My exam day
Aku ambil exam di Sydney city. Naik train dan jalan kaki. Naik lif ke tingkat atas. Kemudian kena ambil gambar. Masuk bag dalam locker. Kena thumbprint. Kemudian aku diberikan laminate paper dan pen mata halus whiteboard marker untuk buat conteng. Sebelum masuk exam room kena thumbprint lagi. Satu room tu dalam 10 orang. Aku nervous kat microphone. Risau dibuatnya tak ok ke. Memang sebelum exam tu aku kalut skit headphone set aku tu. Asyik kacau pengawas peperiksaan tanya ok ke microphone aku tu.

Orang lain dah mula. Cakap pompang pompang punya lah bising. Aku pun kalut mulakan exam. 3 jam weh. Tumpo. Sebelum tu aku memang dah buat mock test 3 kali di rumah. Writing aku memang memuaskan. Aku risau kat speaking. Masa mock test speaking aku rendah. Aku fikir mungkin microphone kat rumah tu problem.

PTE exam ni start dengan Speaking, kemudian Writing, then Reading and last sekali Listening. Lepas habis writing, ada break time. Boleh keluar kalau nak ke tandas. Aku taknak ke tandas. Aku nak duduk diam-diam jer depan komputer. Sambil pejam mata. Rasa letih otak. Letih mata. Tak lama lepas tu pengawas peperiksaan masuk dan tegur aku suruh mula Reading. Rupanya, hanya boleh stop kalau nak ke tandas jer. Other than that, tak boleh duduk diam saja depan komputer. Kena teruskan juga. Hok aloh.

Bilik exam tu dikelilingi CCTV. Candidate semua mengadap dinding. Pengawas peperiksaan di belakang candidate with all the cctv.

Orang lain semua dah sattle dan keluar dari bilik exam. Aku rasa terganggu. Tu yang aku menyampah exam-exam ni. Thats why aku study kat sini takde exam. Buat assignment jer.

Last sekali Listening. Alhamdulillah aku dapat jawab semua.Takde pun yang tinggal. Dalam english ni aku suka listening jer. Lain-lain aku tak suka. Haha. Rezeki aku, part writing aku dapat satu soalan essay jer. Aku risau kalau dua soalan essay, aku cepat drain. Bagi aku, kebolehan aku tak boleh diuji dalam masa 3 jam. Haha. Banyak cantik muka kau. Ikut pale sendiri jer yer.

Lepas habis exam aku rasa merdeka betul. Lapang dada. Lagi 5 hari results akan keluar. Lepas habis exam tu dapat mesej dan email kena jawab survey ape semua tu. Keesokan paginya aku dapat mesej yang aku dah boleh check results. Hawau. Cepatnya. Kata 5 hari. Ini takdan sehari dah keluar results. Aku pun check lah result.

Tengok-tengok,
hurm... results aku macam tangga. Writing punyalah mencanak tinggi. Dalam dok rendah kat IELTS. Tapi dalam PTE, writing aku punya lah tinggi markah. Kemudian Listening, then Reading, results macam tangga. Yang paling corot ialah Speaking. Hurm. Aku dah agak dah. So, inilah jawapannya. Tak mungkin microphone di rumah tu rosak. Sebab real exam pun speaking rendah.

ini requirement from skill assessor aku iaitu Engineer Australia. Aku mula target nak 50 jer sebab nak kasi sattle EA ni. Tapi tak lepas jugak sebab speaking dapat 49. Yang lain lepas dah.

Pemarkahan PTE lain dengan IELTS. IELTS ada band 6, 7, 8, 9. Manakala PTE pula ada 50, 60,70,80 camtu. Untuk aku layak apply assesment dengan Engineer Australia, aku kena dapat PTE minimum sekurang-kurangnya 50 each module. Guess what, Speaking aku dalam PTE ialah 49. Hampeh betul. Satu markah jer lagi. Kalau tak, aku dah boleh buat Engineer Australia. Ikutkan aku nak skor 80 untuk dapat point tinggi untuk apply PR. Tapi kalau aku tak mampu, tak apa. Sebab aku boleh buat lagi. Actually, aku harap lepas 50 each module jer sebab nak sattlekan Engineer Australia, kemudian ambil lagi untuk skor tinggi for PR, itu lah plan aku. Tapi ni assesment dengan Engineer Australia pun tak lepas sebab kantoi kat speaking dapat 49.

Aku nak book lagi exam tapi memandangkan exam center tutup sebab Covid. Plan aku tergendala. Masa dah banyak terbazir. Mula-mula terbazir sebab tunggu visa. Kali ni nak tunggu Covid reda pulak untuk aku book exam date. Macam-macam hal lah.

Aku kira lagi garis waktu. Memang tak sempat untuk aku sattlekan semua ni before umur aku meningkat to 33 this September. Aku sebenarnya buat kalut dari awal tu sebab aku risau umur aku menjangkau 33. Sebab, bila umur langkah ke 33, aku akan kekurangan 5 point untuk apply PR.

Kalau umur aku dah cecah 33, aku kekurangan 5 point. Ini point criteria to get invitation.

Dan, aku reda. Biarlah umur aku 33 sekalipun, memang tak sempat sebab semua proses ni kena tunggu dapat invitation juga kot mana pun.

Aku reda. Tak mengapalah. Aku buat jer mana yang aku mampu. Macam-macam plan aku dah aturkan untuk terus tinggal di sini. Tengoklah mana rezki dan nasib kami. Aku juga tak henti-henti mohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Jika rezeki kami tertulis di sini, permudahkanlah. Jika rezki kami di tanah air sendiri, dorongkanlah. Aku dah tak kisah mana-mana. Sebab aku dah capai apa yang aku nak. Aku dah merasa pengalaman tinggal di negara orang. Untuk balik pun tak ada masalah.

Kalau english aku Superior, tengok, aku boleh dapat 20 point.

Jauh lagi perjalanan aku. Aku baru berada di cabaran pertama.

Superior English. Tu target aku untuk dapat 20 point. Means PTE aku kena dapat 79+


Berbalik pada PTE tu tadi. Kalau korang rasa IELTS tu susah dan tak sebati dengan ability korang, try lah ambil PTE. PTE ni format dia banyak. Mula-mula kena familiarize dulu bentuk soalan. Macam-macam.

Speaking
Read aloud
Repeat sentence
Describe image
Retell lecture

Writing
Summarize Written Text
Essay

Reading
Fill in the blank
Reorder paragraph

Listening
Summarize spoken text 
Fill in the blank
Highlight incorrect words
Write from dictation


Honestly, aku mula-mula muak banyak sangat format. Percayalah, bila practise selalu, mesti tak jadi masalah dah. Yang aku list atas ni yang penting.

Aku refer trainer aku, apa masalah speaking aku ni. Rupanya sebab speaking tu aku beria berintonasi. Actually, tak perlu pun. Kena cakap mendatar, flat. PTE ni just kena pandai tackle algorithm, pasti boleh skor.

Harga IELTS dan PTE di Australia sama jer, $380. Tapi kalau kat Malaysia, harga PTE lagi murah dari IELTS. So, better korang ambil PTE jer. But depends pada  requirement institusi tu jugak. Kalau dia nak IELTS jer, tak terima PTE, so korang kena ambil IELTS jer lah. Australia memang terima PTE. Kalau nak ke Australia, korang ambil lah PTE.

Kalau korang rasa tak terer kat Writing, better ambil PTE. Pasti boleh skor punya. Korang jangan mai mintak kat aku buku pulak. PTE ni berkomputer. Aku buat latihan semua di website. Website yang korang boleh pratise ialah :


Aku guna yang ni jer selalu. Pastu aku beli mock test $130 kat website Pearson. Aku beli pun sebab dalam dollar, aku rasa murah. Kalau guna RM agak terbeban jugak aku rasa. Sebab nak beli tu dalam USD. Lepas ni, aku akan make sure speaking aku tak berirama, mock test aku tinggi semua module, baru aku book exam date. Selagi tak lepas mock test, aku taknak book exam date.

Mock test tu macam real exam. Dia akan bagitau results kesuluruhan kita berapa. Honestly, memang tally dengan real exam punya results. Aku dah berpengalaman hal ni. Thats why aku taknak bazirkan lagi $380 untuk book exam selagi mock test aku tak lepas.

Aku ingat, aku nak share tentang setiap satu format soalan PTE tu lah. Aku share di post lain ok.

Thanks for reading. See you in the next post.


Monday, 2 March 2020

Pesanan Buat Mereka Yang Ada Niat Berhijrah ke Luar Negara

Assalamualaikum.

Kita tak boleh simply nak berhijrah ke luar negara apabila sedang menghadapi sesuatu masalah di Malaysia. Ianya seolah-olah nak lari dari masalah. Kehidupan di luar negara bukan mudah. Jika kita lari dari masalah, datang pula ke tempat baru yang semestinya bukanlah dari kebiasaan kita, semestinya ia menambahkan lagi beban untuk dipikul.

Jika boleh, selesaikan komitmen di Malaysia kemudian barulah ke luar negara. Jika rasa mustahil untuk selesaikan, set kan timeline, bila komitmen tersebut akan selesai jika kita sudah menetap di luar negara. This is in terms of money commitment.

When it turns to relationship conflict, please do not go straight decide to migrate. Hati terluka belum diubati. Bertambah berat beban di dada apabila datang ke tempat baru untuk adapt new life dan menanggung kecewa. 

When it turns to kids education, you are seeking for better education in another country, kita kena consider yuran persekolahan anak. Kalau dah permanent resident, mudah, yuran percuma. Tapi kalau student visa? Macam mana nak bayar yuran sekolah anak? Yuran bukan murah. Untuk tadika di NSW sahaja dah $10, 000 per year. Kalau migrate ke UK, sekolah anak free. Tapi berapa lama jer boleh stay di UK? Kalau hanya student visa mungkin hanya setahun hingga lima tahun sahaja boleh stay. Akan jadi masalah kat anak bila terpaksa balik ke Malaysia apabila visa sudah tamat. Untuk migrate ke Australia, ada peluang untuk apply permanent resident jika dibandingkan dengan UK. Tapi jika menggunakan student visa, yuran sekolah di Australia sangat mahal. Kalau nak yuran sekolah percuma, kita kena sambung PHD di Australia. Faham tak beza dua negara ni? Perbezaan UK dan Australia in terms of yuran sekolah dan visa kita.

View from Bald Hill Lookout

Tak semua orang sesuai untuk berhijrah ke luar negara. Boleh baca post yang ini. Langkah pertama jika hendak berhijrah, kena ada ilmu tentang visa. Tak perlu tanya susah atau senang untuk dapatkan visa. Kita semua berbeza latarbelakang. Ada yang kerja profesional di Malaysia. Ada juga yang hanya lepasan SPM. Ada juga yang sudah berusia. Setiap latarbelakang inilah menentukan susah atau senang proses permohonan visa.

Ada beberapa perkara kita kena consider kalau hendak berhijrah :


1. Visa

Check immigration website negara yang kita inginkan. Gunakan visa finder dan semak visa apa yang sesuai untuk kita mohon. Dipendekkan cerita, student visa jer yang mudah untuk kita mohon. Student visa ada working right, boleh stay legal dan boleh lead to permanent residency. Sebenarnya malas nak kupas tentang visa kerja. Orang sentiasa ingat visa kerja di luar negara seperti di Malaysia, simply apply permit. Semestinya tidak! Untuk mohon visa kerja di Australia, korang perlu ada IELTS atau PTE, korang perlu ada skill experience. Kalau dapat sponsor dari majikan, you are lucky. Tapi peluang ini satu dalam sejuta. Kalau tiada pekerjaan, boleh apply visa terlebih dahulu. Tapi pastikan korang memang ada profesional experience di Malaysia. Boleh guna independant work skill visa. Visa ini ialah Permanent Residency. Argh! rumit lah nak cerita. Sebenarnya tak boleh cerita pun. Korang kena baca sendiri di website. Tu sebab aku kata, pendek cerita, student visa jer lah jalannya. Kalau dapat jodoh dengan Australian, itu lain cerita.


2. Modal

Bila dah tahu tentang visa, korang boleh rangkakan modal untuk go through proses tersebut. Kalau apply student visa, kena bayar harga visa, insuran, medical check up, yuran kolej atau universiti, kena bayar yuran sekolah anak. Kalau korang apply visa kerja, harga visa tu mahal. Yer lah, visa kerja di Australia boleh stay permanently. (work skill independant visa yer, bukan sponsor work visa atau working holiday visa). Tak lupa juga modal untuk permulaan hidup. Modal simpanan emergency. Modal awal-awal nak hidup. Modal tiket penerbangan. Modal untuk sewa rumah.


3.  Umur

Payah juga kalau nak sembang bab umur. Ramai yang dapat kesedaran untuk berhijrah apabila umur semakin menginjak matang. Masa kita muda, kita tak rasa nak berhijrah. Bila sudah bertahun hidup di Malaysia, kerja, kawin, ada anak, akan ada rasa nak berhijrah tapi sayang, umur sudah terlewat. Itu yang saya selalu tekankan, anak muda, berhijrahlah. Cuba lihat dunia luar. Luaskan pandangan. Manfaatkan masa muda. Bagi yang sudah berumur, apa kata anda galakkan anak belajar di luar negara. Dengan cara ini, anda dapat merasai pengalaman tinggal di luar negara. Untuk mohon visa, ada limit umur mengikut range tertentu.


4. Restu

Jika ada niat nak berhijrah, tanya semula pada diri, sudahkah mendapat restu dari kedua ibu bapa, dari pasangan? Ada yang ibu bapa menghalang. Ada yang pasangan tidak berminat. Sejujurnya, restu dari ibu bapa dan pasangan akan memudahkan lagi proses berhijrah.


5. Keberanian

Segalanya tak akan jadi kalau tiada keberanian. Dulu aku tak pernah terfikir pula takut atau berani. Dulu aku fikir nak nak dan nak sahaja. Keberanian hanyalah penghalang pada emosi sahaja. Diri kita akan bekerja sejajar dengan halangan yang ditempuhi. Apabila kita berjaya tempuh sesuatu halangan, barulah kita tahu bahawa kita boleh sebenarnya. Ketakutan hanyalah mainan perasaan yang mengganggu minda.


6. Kental

Sebelum berhijrah, kena semat dalam fikiran, tak semua yang di luar negara itu indah belaka. Anda akan lalui fasa homesick, rindu keluarga, kampung halaman, sawah padi, suasana sarapan pagi di kampung halaman. Homesick ni tak boleh dibuat main. Ianya datang sesuka hati dan pergi pun sesuka hati. Masa di Malaysia, kita nampak luar negara indah belaka. Bila kita berada di luar negara, kita akan nampak segalanya indah jika berada di Malaysia. Di sinilah berbalik pada tujuan. Jika tujuan jelas, kita akan kental semangat. Anda akan melalui fasa merudum emosi dalam fasa awal penghijrahan. That's why kita kena persiapkan mental dan emosi jika hendak berhijrah.


7. Mohon petunjuk

Sentiasa mohon petunjuk pada Yang Maha Esa. Adakah ini betul keputusan yang terbaik buat masa depan kita. Hanya Allah yang tahu sebaik-baik kesudahan dan pengakhiran kita. Boleh jadi berhijrah ke luar negara tidak baik buat kita. Boleh jadi ianya baik untuk kita. Mohon petunjuk pada Allah, jika tertulis suratannya sebegini, mohon permudahkan. Jika bukan begini, mohon kuasa Allah berikan perkara lain yang lebih baik dari ini.


8. Rajin membaca.

Cita-cita nak berhijrah tu dah besar impian. Tapi kenapa masih pegang lagi tabiat malas membaca. Macam mana nak jelajah dunia luar kalau malas membaca? Kena sentiasa rajin membuat kajian tentang visa, persediaan, proses dan langkah-langkah. Takkan nak harap lagi orang lain sogokkan segala benda. Blog ini lain dari yang lain. Sudah aku ceritakan tentang bagaimana perjalananku bermula. Baca saja. Untuk berhijrah bukan kena rajin baca sehari dua. Kena sentiasa ulang membaca sampai faham. Aku dulu amik masa bertahun korek segala maklumat. Memang akan ada ketika kita akan down. Tapi bila semangat tu datang, catat segala maklumat yang kita faham. Buka website negara yang kita mahu duduki. Baca ulang kali sampai faham. Basically semuanya lebih kurang.


Wollongong Breakwater Lighthouse

Setakat ni, ini sahaja yang berada di fikiran. Kalau ada point lagi nanti kemudian tambah. Post ini bukan go further detail. Post ini baru intro kalau dah ada niat, consider dulu beberapa point di atas. Bila semua point dah pass, baru go through modal dan proses application visa.

Till then, bye.

Assalamualaikum.

Friday, 28 February 2020

Selepas Setahun Berhijrah ke Sydney, Australia.

Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan kami di sini.

So, macam mana sekarang?

Dah setahun berlalu.

Circle yang rapat dah sedia tahu bahawa visa kami tamat December lalu. Pengajian aku tamat pada October 2019. Visa memang diberi extra 2 - 3 months selepas tamat pengajian.

Lepas ni macam mana?

Korang balik Malaysia ke?

Korang stay lagi ke?

Rata-rata semua kawan-kawan tanya macam tu.

Soalan-soalan tu pun aku tanya diri aku balik. Aku tanya suami. So, next? Ke mana hala tuju kita?



Actually, dalam masa setahun kami stay with visa pertama kami, aku nak ambil IELTS sehingga dapat skor yang tinggi dengan harapan untuk apply independent work skill visa. Visa ni boleh stay permanently. Tapi cubaan kali kedua IELTS tak memuaskan.

 *kali pertama aku ambil IELTS di Malaysia. Kali kedua ambil IELTS di Sydney

Aku give up. Aku cakap nak balik jer. Tak nak stay dah. Cukuplah setahun pengalaman. Itu jer target aku. Nak pengalaman. Tapi husband aku tak mudah mengalah. Semangat dia kental. Dia masih belum puas lagi untuk terus balik.

As time goes by, bulan berganti bulan, aku terasa macam nak cuba lagi. Hilang sekejap rasa give up tu. Aku ambil PTE kali ni. Since aku macam tak sesuai jer untuk ambil IELTS. By the time aku nak ambil PTE, aku dah kesuntukan masa untuk apply work skill visa tersebut. Sebab visa ni kena lepas beberapa stage iaitu PTE, Engineer Australia dan EOI. Setiap stage ni ada waiting period dan mengambil masa.

Kalau aku dapat skor PTE pun, aku dah tak sempat untuk proceed assesment dengan Engineer Australia. It is all about time. Mulalah aku rasa menyesal. Bazir masa macam tu jer. Aku tewas dengan perasaan give up. Sekarang, nak buat apa pun dah tak sempat. Jadi, aku bincang dengan husband. Nak balik ke tak nak. For sure husband aku taknak balik lagi. Dia seronok duduk di sini.

After bincang dengan husband, ambil kira kos, ambil kira time consuming, kami sebulat suara untuk apply student visa lagi. Ulang lagi proses yang sama. Aku apply course lain pulak. Suami aku kumpulkan duit insuran, dan visa. Kami masing-masing take part masing-masing. Aku uruskan visa. Suami aku cari duit. Memang struggle time ni. Suami aku dah macam ape dah keje siang malam. Celik mata jer gi keje. Bukan sikit duit untuk apply visa semua ni.



Sepanjang kami stay di sini memang selalu tertanya tanya ke mana hala tuju selepas ni. Orang selalu tanya. Aku ni lagi lah tanya diri sendiri. Aku pun takde jawapan. Aku masih mencari lagi. Explore segala option. Sampai naik muak baca segala jenis visa. Ada juga cari visa negara lain. Tapi aku rasa Australia lagi senang. Gaji minima pun mahal. Sara hidup pun balance dengan income.

Sampai satu tahap, aku rasa give up. Letih weh nak pikir duit, visa, balik, tak balik, stay, tak stay.

Fikir juga nak balik. Tapi kalau balik Malaysia pun kena ada modal juga. Mana boleh balik dengan tangan kosong. Duduk Australia boleh survive takde kereta. Kalau balik Malaysia, sah-sah dah kena beli kereta. Kami dah tak nak ada hutang monthly melainkan ianya untuk rumah. Kalau balik Malaysia pun biar beli kereta cash. Second hand pun takpe. Taknak dah hutang-hutang. Money matter. Balik Malaysia kena ada duit. Duduk Australia kena keluar duit untuk visa. Student visa pun kena ada banyak duit. Visa untuk permanent resident pun kena ada duit. Jadi stuck. Mati kutu kat situ. Serba salah serba tak kena. Mana ada siapa boleh tolong kita buat keputusan.



Aku doa banyak-banyak. Mohon diberi petunjuk. Jika rezeki kami tertulis di sini, permudahkanlah. Jika hala tuju kami balik ke Malaysia, tunjukkanlah. Masa berlalu, kami melalui segala step yang sama untuk apply visa dan akhirnya visa kami granted untuk stay lagi. Inilah takdirnya. Rezeki kami masih di sini lagi untuk mencari, menjelajah, dan menimba pengalaman.

That's why December lalu aku ada pegi medical check up di Sydney. Sebab itu adalah untuk permohonan visa baru. That's why aku enrol Wafiya ke sekolah lebih awal demi memenuhi syarat immigration. Actually, let say masa mula-mula aku berhijrah dulu visa aku 2 tahun (contoh), aku mungkin tak akan enrol Wafiya awal-awal. Yuran bukan murah. Bukanlah awal sebenarnya. Enrolment Wafiya tu dikira minimum umur anak-anak ke sekolah. Disebabkan bertembung dengan application visa yang baru, maka aku ambil tindakan awal untuk uruskan persekolahan Wafiya sebelum jadi apa-apa kat application visa yang baru.

Enrolment Wafiya ke sekolah
Ada juga kawan aku yang permohonan visa delay seketika kerana immigration minta confirmation anak kita ke sekolah. Macam aku, aku baca dan gali maklumat tentang umur minima layak ke sekolah di NSW then aku enrol siap-siap. Immunisation pun lengkap. Aku buat awal lagi. Standby untuk permudah urusan di kemudian hari. Ternyata betul tindakan aku. Alhamdulillah dipermudahkan. Cuma yuran jer berat nak bayar. Mahal ooo.

Aku lodge visa baru pada hujung November dan granted pada February next year nyer. Bayangkan. Berapa bulan delay. That's why aku lambat belikan baju sekolah uniform Wafiya. Sebenarnya sebab nak tunggu visa betul-betul granted. And that's why aku tak ambil PTE awal-awal sebab nak tunggu visa betul-betul granted dan nak kurangkan pengeluaran wang kat benda yang tak pasti.

Kalau hujung tahun apply visa, processing time memang ambil masa sebab bertembung dengan cuti Christmas, New Year, Australian Day. Banyak public holiday hujung tahun dan awal tahun. Terkena pulak time tu aku period, tak boleh buat medical check up, delay lagi 2 minggu untuk visa start proses. *kalau period tak boleh buat medical check up, kena tunggu after 5 hari. Selepas kita tekan button submit permohonan visa, bukannya ia terus diproses. Kita kena lengkapkan medical check up dan biometric jika ada. *Kalau apply onshore (apply dari Australia) dah tak perlu biometric. Tapi kalau apply offshore(dari Malaysia) wajib buat biometric. Lepas lengkap biometric dan medical check up barulah visa mula diproses. Aku terkena haritu time period, delay 2 minggu duduk menunggu saja. So, apa yang aku nak buat pun segalanya tergendala sebab menunggu status visa. Uniform sekolah mahal. Exam PTE pun mahal. Aku hold dua perkara ni sebab tunggu visa sebab taknak keluar duit lebih banyak. Bila dah dapat visa, memang lega. Tapi ada terselit rasa, terlambat lagi. Huhu. Kita hanya mampu merancang. Tuhan jua yang menentukan. That's why kalau nak mengandung pun kena planning. Masa mengandung tak boleh buat medical check up part Xray tu.

Medical check up

Kalau apply visa dari Malaysia, memang kena tunggu bersalin baru buat medical check up dan sangat lama untuk visa mula diproses. Kalau apply visa dari Australia, dan kalau visa lama dah nak expired, bridging A akan diaktifkan. Bridging A tu diberi automatik selepas kita tekan submit masa buat permohonan visa baru. Faham ke korang ni? Aku tercerita panjang pula kat sini. Aku banyak kali cerita dah kat instagram tentang ni. Tak tau korang perasan ke tak. Apa yang aku cakap ni semua proses teknikal.

*Bridging A tu adalah visa sementara. Visa yang digunapakai selepas visa lama tamat dan visa baru masih dalam proses menunggu keputusan immigration. Bridging A ni adalah pass sementara menunggu visa baru diproses. Validity Bridging A ni bergantung kepada pihak immigration. Kalau dia beri visa baru kita dengan cepat, maka sekejap jer lah guna bridging. Kalau lama, lamalah pakai bridging visa ni. Kalau dapat visa baru, bridging A deactivate dan visa baru digunakan. Kalau visa baru di reject, makanya kena terus balik ke Malaysia dalam masa 30 hari dan bridging tamat. 

Bridge tu jambatan. Jambatan antara belah sini dengan belah sana. Tu ler maksudnya bridging visa. Kita berada di ats jambatan

Sepanjang setahun pertama tinggal di sini, honestly tak banyak duit dapat dikumpulkan. Tiga hingga empat bulan pertama tu baru nak set up new life. Kemudian tempuh fasa kestabilan. Elok dah nak adapt, visa pun dah nak habis. Apa pun tak sempat. Jadi, buat pembaca blog ini yang ada niat nak berhijrah, bare in mind setahun pertama tu pejam celik tak nampak apa. Mungkin juga sebab kami berkeluarga bawa anak sekali. Buat yang bujang pasti lebih mudah dan menjimatkan. Komitmen kurang.

Lepas aku dapat visa tu, aku terus book exam PTE pada March. Boleh baca next entry pengalaman aku ambil PTE dan comparison dengan IELTS. Untuk pengalaman ambil medical check up di Australia boleh baca di sini. Mana tahu kalau kalau korang asal dari visitor visa nak apply student visa, boleh lah baca pengalaman medical check up kat Australia. Untuk pengalaman menyekolahkan anak di New South Wales, boleh baca di sini.

Friday, 7 February 2020

Hari Pertama Persekolahan Wafiya di Australia

Kindygarten bermula seminggu selepas sesi persekolahan New South Wales dibuka iaitu pada 5 February bagi sekolah Wafiya. Wafiya tidur awal malam sebelum tu. Aku tanya siap-siap nak lunchbox apa. Banyak sungguh dia request. Macam la habis makan tu. Dia yang bersemangat, aku turutkan ajer.

 

Sesi persekolahan bermula agak lewat. Masa ni, Facebook aku penuh segala cerita ragam sekolah di Malaysia. Aku perati jer sebab Australia masih cuti sekolah. Ini kerana Australia memulakan cuti persekolahan agak lewat kerana diorang sambut Christmas sekali dengan cuti New Year. Jadi, sekolah pun mula lewat bila cuti pun lewat.

Sesi persekolahan dan term break berbeza di setiap negeri di Australia. Walaupun di bawah satu naungan negara yang sama, tetapi sistem berbeza mengikut negeri. Jadi, cuti sekolah tak sama antara negeri.

Cuba bayangkan kalau Kedah, Perak dan Perlis cuti sekolah lain-lain tarikh. Haha.

Memandangkan husband tak bekerja ikut office hour, jadi ini adalah peluang untuk aku dan suami sama-sama menghantar Wafiya ke sekolah. Nanti jadi kenangan buat kami. In future entah-entah suami aku bekerja ikut office hour kat anak yang lain. Mana tahu kan. Jadi, kesempatan sekarang ni kena ambil peluang. Suami aku ok ajer.


Hari pertama sekolah, aku siapkan uniform malam sebelumnya. Pagi pula siapkan lunchbox. Kemudian bangunkan Wafiya pukul 7.30pagi. Sesi persekolahannya bermula pada pukul 9pagi. Agak menarik bagi aku. Aku suka sekolah start lambat. Jadi aku tak akan tergopoh-gapah siapkan lunchbox pagi-pagi. Wafiya pun dapat bangun lewat sedikit.

Jarak sekolah Wafiya dengan rumah hanya 800meter. Aku dan suami berjalan kaki dengan Wafiya. Hantar dia ke sekolah. As a parents, kami pun excited juga. Maklumlah, pengalaman pertama hantar anak ke sekolah. Sekolah yang lain dari tanah air sendiri pulak tu.

Bag Wiggles tu special from Philip for Wafiya
Sampai di sekolah, semua murid berbaris di assembly area mengikut kelas masing-masing. Tak lama. Tak sampai 5 minit pun kemudian yang lain masuk kelas kecuali kindygarten yang baru mula sekolah harini.

Kindygarten masih menunggu di assembly area. Nama murid dipanggil mengikut kelas. Baru aku tahu kelas Wafiya yang mana. Tak ramai anak-anak yang menangis. Ada sorang dua jer. Selesai nama Wafiya dipanggil, dia berbaris dan menunggu semuanya dipanggil dan terus guru kelas Wafiya bawa diorang masuk ke kelas. Eh eh... macam tu jer? Tak sempat aku nak pesan apa-apa kat Wafiya.

Harap dia ok lah. Risau juga aku. Fikir macam mana dia buka lunchbox nanti. Fikir macam mana dia ke tandas nanti.

Dah tiba-tiba terus masuk ke kelas tanpa sempat pesan apa-apa, termangu juga aku. Eh mudah. Macam tu jer.

Aku dan suami jalan kaki balik rumah. Tak de apa pun nak cerita. Macam tu saja pengalaman hantar anak ke sekolah pada hari pertama. Kami hanya dapat melihat suasana persekolahan. Pukul berapa Wafiya rehat pun kami tak tau.

Sampai rumah, terasa sunyi pula. Kalau kat Malaysia ni, aku dan suami pasti boleh lepak warung makan roti canai. Sedih pula dan teringat Malaysia tanah air ku. Di sini, bosan jer pagi-pagi punya menu.

Wafiya tamat sesi persekolahan pada jam 3 petang. Aku rasa macam waktu cepat sungguh berlalu. Siap masak tengah hari, solat, dah kena bersiap ambil dia di sekolah. Suami aku pun lepak jer di rumah, tak keluar bekerja sebab nak tunggu kepulangan puteri kesayangan balik sekolah.

Sekali lagi kami suami isteri berjalan kaki ke sekolah untuk ambil Wafiya. Jam 2.40petang tu kami dah keluar menapak berjalan kaki. Sampai di sekolah, cikgu beri pengumuman bahawa parents kena jumpa guru kelas baru boleh ambil anak balik. Kira kena greet teacher dulu lah.

Tengok murid-murid kindy semua pakai crown kertas. "My first day at kindygarten" . Wafiya nampak happy sangat. Takde adegan nangis-nangis. Mudah mommy daddy. Wafiya seronok pegi sekolah dengan cara tu, dia dapat mengisi masa lapang dan bersosial. Di rumah, dia sorang jer. Kawan dengan mommy daddy.

So, balik dari sekolah, dia cerita nama kawan dia Katalia. Kawan dia teman dia ke tandas. Macam biasa, calit tissue. Luar negara macam ni mana ada water pipe. Seminggu sebelum mula sekolah, memang aku ada ajar Wafiya cara guna tissue. Aku beli toilet tissue untuk Wafiya pakai di rumah. Practise sebelum ke sekolah.

Lunchbox nya tak habis. Mula-mula jer berangan nak macam-macam. Tapi bila dah jumpa kawan, seronok main. Sapa nak tunggu kalau makan lambat.

Lunchbox first day Wafiya. Banyakkan. Ni semua kehendak dia.
Overall, camtu jer lah pengalaman hari pertama sekolah buat kami sekeluarga. Kalau di Malaysia, aku tengok ibu bapa boleh teman sampai habis waktu. Boleh teman di kantin sampai takde tempat duduk. Kat sini, tak dapek lah gitu. Aku pun tak tau Wafiya rehat berapa kali dan pukul berapa. Betul-betul hantar, dan ambil anak jer di hari pertama.



Esoknya aku tanya cikgu kelas Wafiya. Rupanya diorang rehat 3 kali. Amboi. Pegi sekolah rehat banyak kali dan lama pulak tu. Rehat kedua tu 45 minit hanya untuk main sahaja. Rehat pertama crunch and sip tu wajib makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Wafiya in kindygarten hanya makan lunchbox di dalam kelas bersama kawan-kawan. Lagipun kantin diorang ni mana ada meja dan kerusi. Murid yang besar-besar, diorang makan di perkarangan sekolah dengan kawan-kawan. Ada meja dan bangku di bawah pokok untuk murid-murid lepak.Interesting! Budaya ni boleh sampai ke besar bawa lunchbox.

Alhamdulillah, selesai urusan persekolahan Wafiya. Daripada nak enrol dia sehingga beli uniform dan masuk ke sekolah, dipermudahkan. Syukur. Bermulalah rutin baruku. Menyiapkan anak ke sekolah setiap hari. Aku ingat nak bekerja semasa di di sekolah. Tapi bila tengok balik banyak kerja aku tergendala di rumah, aku simpan dulu hasrat untuk bekerja.

Salah satunya ialah PTE. Ya, aku struggle for PTE exam. Dulu aku ambil IELTS, tapi tak lepas. Jadi kali ni aku nak ambil PTE pula. PTE nampak lagi sesuai dengan aku. IELTS dan PTE ni ialah peperiksaan for english language. Peperiksaan ni penting untuk migrate ke luar negara, untuk study ataupun penduduk tetap. Aku kena sattle yang ni dulu baru boleh fikir untuk bekerja. Lagipun aku rasa masa tu berlalu sekejap sangat. Pukul 9.30pagi sampai rumah. Pukul 2.30petang dah keluar ambil Wafiya. Masa yang ada tu aku basuh baju, kemas rumah, memasak, beli barang dapur. Habis gitu jer masanya.

Oklah. Itu jer nak cerita. Sudi-sudikanlah subscribe youtube channel Wafiya. Aku buat video ni sebagai kenangan buat dia nanti bahwa dia pernah bersekolah di sini. Sesuatu yang amat berharga dalam sejarah kami.

Till then. Thanks for reading!


Friday, 31 January 2020

Yuran Sekolah di Australia

Ramai yang concern tentang yuran sekolah di Australia kan. Boleh baca post aku yang lepas tentang proses dan yuran. Tapi ingat, pengalaman aku ialah di New South Wales, state yang aku diami sekarang ini.

Corak pemerintahan Australia berbeza mengikut state. Jadi, untuk sekolah anak, ikut arahan state education masing-masing. Kalau di Melbourne, ikut state education Victoria. Kalau di Sydney, ikut state education New South Wales. Kalau di Perth, ikut state education di Western Australia. Kalau di Brisbane, ikut state education di Queensland.

Rules and regulation, term break, yuran sekolah semuanya berbeza mengikut state education. Malah, antara sekolah dengan sekolah pun berbeza uniform. Begitulah sekolah di Australia ni.


Jadi, bagi yang berniat untuk berhijrah dan mempunyai anak yang bersekolah, sila rujuk website di state education masing-masing. Jangan risau, maklumat di website adalah terkini dan reliable. 

Perihal sekolah anak, yuran adalah menjadi point utama. Pertama sekali, yuran adalah berbeza mengikut state education. Kedua, yuran sekolah anak berbeza mengikut jenis visa.

Langkah pertama ialah semasa kita membuat permohonan penempatan sekolah, maklumat visa perlu dinyatakan dengan jelas. Kemudian pihak state education akan menentukan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar. Semakin meningkat level/grade/umur sekolah anak, semakin tinggi yuran mereka. 

Had umur minimum persekolahan juga berbeza mengikut state education. Sebagai contoh, di New South Wales menerima anak yang akan melangkah umur 5 tahun pada tahun tersebut dan yang lahir sebelum 31 July. Aduh, boleh faham ke ayat ni? hehe. Kalau anak itu berumur 5 tahun pada tahun tersebut tapi lahir pada Oktober, makanya, anak itu akan memulakan tadika pada tahun berikutnya. Kalau lahir sebelum 31 July, kiranya awal setahun lah dia. Kalau lahir after 31 July, anak itu akan lewat setahun sekolah. Itu kalau di New South Wales. Kalau di Western Australia, cut off nya pada bulan Mei.

Macam Wafiya, dia lahir sebelum 31 July, jadi dia dapat ke sekolah awal. Nanti kalau dia masih bersekolah di sini, umur 6 tahun dia dah masuk year 1. 

Istilah tadika tu pun berbeza mengikut state. Di New South Wales, flow nya begini : Pre-school >> Kindergarten >> Year 1. Manakala di Victoria ialah: Kindergarten >> Preschool >> Year 1. Aku dapat detect hal ini apabila brainstorming dengan rakan-rakan dari berlainan state.

Aku pernah buka beberapa website state education di Australia. Secara kasar, yuran bagi kindy atau sebelum masuk Year 1 bagi pemegang student visa ialah begini:


Ini ialah yuran bagi setahun persekolahan mengikut state. Of course ini bukan tepat. Harga akan berubah mengikut jenis visa. Aku cuma nak beri anggaran kasar yang korang boleh buat untuk persediaan berhijrah. 

Student visa pun depends juga pada sector apa. Kalau parents student PHD biasanya yuran persekolahan anak akan dapat waived. Jadi, yuran sekolah anak tak perlu dibayar. Peringkat master pula berbeza mengikut state. Kalau di New South Wales, parents yang buat master by research sahaja dapat waived yuran sekolah anak. 

*betulkan maklumat di ruang komen jika ada saya silap.

Kalau anak berumur 12 tahun contohnya, jadi, yuran anak lebih mahal dari state yang saya senaraikan di atas ni.

Sekali lagi aku ingatkan. Ini bukanlah tepat. Pihak education state yang akan decide exactly harga yuran. Ini secara kasar bagi pemegang student visa.

Ok. Aku rasa sattle dah semua aku cerita tentang urusan persekolahan. Lepas ni nak cerita pengalaman sekolah anak dan sistem persekolahan pulak.

Terima kasih korang kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku.

Thursday, 30 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 4 : Uniform Sekolah

Masa pergi pejabat enrol Wafiya, kan aku dapat satu fail penuh khazanah maklumat tu kan. Dalam tu siap ada maklumat kat mana boleh beli uniform sekolah. Setiap sekolah, berlainan uniform. Nak tukar sekolah kena fikir banyak kali juga sebab bertukar uniform.

Antara sekolah pun tak sama uniform. Kesemua uniform ini dijual di satu warehouse. Pihak sekolah dah beri maklumat lengkap. Contoh pemakaian dan ada senarai harga uniform. Maklumat masih relevant dan harga masih sama seperti yang tertera.

Aku tunggu duit cukup baru pergi beli uniform Wafiya. Lagipun, menunggu visa untuk tahun yang baru pun sama. Masa ni kami masih bridging menanti student visa yang baru. Rugi pulak kalau beli uniform siap-siap sebelum dapat tahu confirmation status renewal visa.

Tetapi, pada akhir bulan January masih belum dapat jawapan status visa. Sekolah nak bermula lagi seminggu. Maka aku decide untuk beli juga uniform Wafiya. Tapi beli yang penting jer dulu.

Setiap musim berlainan uniform. Oleh kerana sekarang baru musim panas, aku jimat-jimat beli uniform musim panas dulu. Selebihnya aku tunggu status visa baru beli uniform musim sejuk.

Aku dan Wafiya berjalan kaki ke perhentian bas. Kami menaiki bas dan turun 300 meter dari warehouse yang dituju.

Tu gudangnya berwarna biru
Apabila masuk ke warehouse tersebut, agak terkejut begitu banyak uniform dari pelbagai sekolah. Aku disambut mesra oleh staff. Tanpa melengahkan masa dia tanya sekolah mana dan dia suggest saiz yang bersesuaian dengan Wafiya.

Terus dia masukkan dalam cart dan menghantar kami ke fitting room. Wafiya so excited. Tersenyum aku melihatnya.

fitting room

Anak aku dah besar rupanya. Teringat aku masa kecil. Emak membelikan uniform sekolah untuk aku. Kini giliran aku pula membesarkan anak dengan tangan sendiri. Hakikatnya, anak kecil tidak tahu bahawa mereka melangkah ke alam persekolahan bertahun lamanya. Kira-kira 13 tahun.

Satu persatu uniform kami cuba. Tak de masalah. Memang saiz tu jer pun yang ada. Bagi kanak-kanak kindygarten.

Apabila setuju, aku membayar harga uniform. Total $260. Agak tercekik juga. Nasib baik baru anak sorang. Kalau anak berendet. Baru faham struggle nya mencari duit kalau anak ramai.

Kami terus berjalan kaki keluar menunggu bas untuk pulang.

Honestly aku agak terkial-kial dalam menyiapkan persekolahan Wafiya. Kalau di Malaysia kita dah tahu uniform nya macam mana. Aku tak tahu rule kat sini macam mana. Stokin yang macam mana. Kasut yang macam mana. Kasut sukan yang macam mana. Mujur sempat aku ambil nombor telefon kenalan Indonesia yang merupakan penduduk tetap di sini. Sedikit sebanyak dapatlah ganggu beliau dengan soalan-soalan simple tapi buat aku celaru.


Katanya, kasut sekolah boleh beli jenama Mary Jane. Satu hari aku ke Aldi cadangnya nak beli alat tulis sekolah Wafiya. Tapi ternampak ruang kasut sekolah Mary Jane dijual. Aku ambil sepasang.

Selepas ke Aldi, aku meronda pula ke Target. Aku terjumpa lagi kasut Mary Jane. Tapi yang ini lebih selesa. Lagi sedap dipijak. Aku beli juga. Kasut yang aku beli di Aldi tu aku pulangkan dan dapat refund. Bagitulah. Tak salah terlajak membeli. Tak suka, boleh pulangkan. Tak perlu berjalan kaki berulang kali untuk pegi beli balik.Yang mana jumpa rembat terus. Sebab ni pengalaman pertama aku.

Yg kanan tu Mary Jane beli di Aldi. Aku return yg tu sebab macam keras dan tak selesa.

Aku cari juga kasut sukan. Tak jumpa yang berkenan. Jadi aku hold dulu tunggu betul-betul apabila sekolah bagitau kanak-kanak kindy memulakan sport day diorang baru aku beli. Dapat juga berjimat dan beli yang mana penting dulu.

Suami aku semedang suruh beli jer semua. Untuk puteri kesayangan dia. Tugas aku menyukat dan mengukur kewangan. Tau bajet, rangka timeline untuk membelanjakan wang. Hidup sekarang dah tak seperti dulu. Dulu mewah dan senang. Sekarang sukat duit setiap minggu.

Apapun, syukur dengan pengalaman yang baru. Aku lebih menghargai apa yang ada.

Wafiya akan memulakan sesi persekolahannya. Tak ku sangka dia akan bersekolah di sini. Aku sangka kan mungkin kami akan kembali ke Malaysia sebelum dia menjengah umur wajib ke sekolah. Due to some circumstance, Wafiya dah kena ke sekolah.

Gembira dia dapat menyarung uniform dress. Dengan sepatu hitam. Syukur Alhamdulillah. Rezki Allah Taala bagi di bumi asing ini. Terima kasih daddy, mencari rezki buat kami.

Sedikit panduan harga uniform sekolah anak-anak di sini. Ni pakaian sekolah rendah di public school.






Wednesday, 29 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 3 : Yuran Sekolah

Sambung cerita lepas hantar borang ke NSW Education Department. Kali ini cerita tentang proses teknikal untuk sekolahkan Wafiya.



Selepas NSW Education Department terima borang kami, kami di cas sebanyak $110 untuk processing fee. Kemudian pihak mereka akan proses permohonan "Authority to Enrol". Diorang akan tengok jenis visa parents untuk menentukan berapa yuran yang dikenakan.

Part ni paling berdebar dan kena belajar terima hakikat. 😭 Yuran Wafiya adalah sebanyak $9800 per year untuk kindergarten. Itu adalah kos yuran yang perlu dibayar kepada NSW Education Department. 

Seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini, umur Wafiya dah kena ke kindergarten. Oleh kerana Wafiya akan berumur 5 tahun pada tahun 2020, dan Wafiya dilahirkan sebelum 31 July, makanya Wafiya dah kena ke sekolah walaupun umur dia baru 4 tahun beberapa bulan. 

Kalau lahir selepas 31 July, boleh bersekolah mengikut tahun seperti di Malaysia iaitu 6 tahun tadika, darjah 1 ketika berusia 7 tahun. 

Tapi sebab Wafiya lahir sebelum 31 July, makanya Wafiya sekolah awal setahun. Bermakna Wafiya akan masuk Year 1 pada umur 6 tahun. 

Aku mungkin boleh tak sekolahkan Wafiya lagi buat masa ini JIKA visa kami masih ada. Disebabkan visa tamat December dan kami decide nak stay lagi, jadi untuk apply visa baru, makanya aku kena enrol kan Wafiya ke sekolah menurut syarat immigration.

Ini yuran di sekolah kerajaan. Primary School. Wafiya bersekolah kindergarten di public school. Sekolah rendah bersama murid year 1, year 2 and so on.. gitu.

Aku dikategorikan dalam VET sector, so yuran Wafiya $9800 untuk 1 year Kindergarten

Untuk lihat anak kita entitle fee waived atau tak. Aku dalam kategori subclass 500 Vocational and Training sector.

Kami diberi pilihan untuk bayar sekali langsam $9800 ataupun secara dua kali bayaran. Aku pilih dua kali bayaran. So, aku bayar $4900 untuk setengah tahun (satu sem).

Pihak NSW Education department akan mengeluarkan surat COP (Confirmation of Placement) yang menyatakan Wafiya berjaya didaftarkan di bawah state education dan confirmation sekolah pilihan. Antara kita dengan pihak sekolah, hanya perlu bayar school levy sebanyak $80. Uniform kena beli sendiri. Lain sekolah, lain uniform ya. Tak sama seperti di Malaysia.

"Pesanan buat sesiapa yang berhajat untuk berhijrah, yang mempunyai anak bersekolah, dokumen COP diperlukan oleh pihak immigration. Umur wajib anak ke sekolah pun berlainan dengan Malaysia. So, kena siapkan duit yuran anak sebelum submit visa application".

Ramai yang ingin berhijrah tapi mempunyai kekangan kewangan tambah lagi yang mempunyai anak 2 atau 3 orang. Impian terkubur begitu sahaja. Ini kami baru ada Wafiya seorang. Selain yuran, kos insuran juga perlu disediakan. Tiada insuran, tak lengkap lah permohonan visa dan tak boleh submit.

NSW Education Department adalah state education kami kerana kami tinggal di New South Wales. Berlainan state, berlainan harga yuran. Difahamkan yuran untuk Western Australia lebih mahal. Tetapi depends pada jenis visa parents. Di New South Wales, parents yang study Phd diberi fee exemption for child school.
 
Semua maklumat boleh didapati di website state education masing-masing. Aku akan rumuskan fee exemption condition mengikut jenis visa pada post akan datang. Harga yuran mengikut berlainan state. Bermaksud, kalau tinggal di Sydney, state education ialah New South Wales. Kalau tinggal di Melbourne, state education ialah Victoria. Kalau tinggal di Perth, state education ialah Western Australia. Dan aku nak ingatkan, antara ke semua state ini ialah berlainan cara, proses dan harga yuran. Tak sama. Sydney, Melbourne dan Perth tak sama harganya.

Harap maklumat di atas sedikit sebanyak membantu bakal penghijrah untuk membuat persediaan di masa akan datang.

"Berhijrah dengan menggunakan student visa sangat memerlukan komitmen yang banyak tambahan lagi jika bawa anak bersama."

Di sebalik kegirangan Wafiya menyarungkan uniform sekolah, terselit bayangan seorang daddy yang rajin bekerja untuk membayar yuran puteri kesayangannya 😢

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...