Saturday, 29 September 2018

Hatyai Trip : Singgah ke Coco One Beach Resort di Sakom Beach

Selalu orang nak ke Hatyai, dari Bukit Kayu Hitam terus terjah ke Hatyai kan? Sama lah dengan trip kami sebelum ni. Trip kedua kami buat rare sikit. Kami masuk ikut Ban Prakob dan singgah dulu di Sakom Beach kemudian baru ke Hatyai.

Ada apa di Sakom Beach ni?

Pintu utama masuk ke resort
Berhadapan dengan parking area
Antara port cantik untuk mengabadikan kenangan

Damainya di sini
Kami pergi weekdays. Tak ramai orang

Cantik kan?
Kami hanya nak bergambar santai di Coco One Beach Resort. Banyak props untuk para pengunjung mengambil gambar. Perjalanan mengambil masa sejam dari Ban Prakob border. Terdapat surau dan cafe. Kami makan juga di cafe ni. Sedap. Harganya agak mahal sedikit. Yerlah dah resort kan.

Makanan paling pedas yang aku pernah makan di Thailand.
Untuk ke Hatyai pula, tambah lagi 50 minit perjalanan. Atau boleh juga menginap dan bermalam di Coco One Beach Resort.

Ini dari Ban Prakob border terus ke Coco One Beach Resort
Dari Coco One Beach resort ke Hatyai 50 minit drive

Alhamdulillah dapat memenuhi hasrat ibu mertuaku. Dia yang teringin untuk ke sini. Tapi kami tak berkesempatan untuk bermalam di sini sebab bilik full. Kalau tak, boleh makan seafood kat area sini.


Hatyai Trip : Ban Prakob Border Thailand

Selain Bukit Kayu Hitam, korang boleh masuk Thailand melalui Ban Prakob Border. Untuk ke sini, korang boleh lalu dari Kuala Nerang.

Kali kedua aku ke Hatyai, aku masuk ikut Ban Prakob ni dan kami menuju ke Coco One Beach Resort yang terletak di Sakom Beach. Kami just makan dan ambil gambar di sini. Menarik untuk ambil gambar dan berehat santai kena angin laut.

Coco One Beach Resort di Sakom Beach
Dari ban Prakob menuju ke Coco One Beach selama sejam memandu
Di sepanjang jalan selepas Kuala Nerang tu pun banyak kedai jual insuran. Kami singgah di stesen minyak Buraqoil di Durian Burung. Boleh beli insuran, tukar wang dan beli simkad di sini.

Kami singgah di sini untuk beli insuran kereta, tukar wang dan beli simkad
Sangat selesa berurusan masuk ke Thailand kat border ni. Korang boleh try masuk ikut sini untuk mengelakkan beratur panjang. Tapi kalau masuk ikut sini, korang takleh singgah Danok dah la. Jangan risau. Hatyai ni akan selalu buat korang rasa nak pergi lagi.

Border ni pun ada surau dan tandas memudahkan korang.



Hatyai trip : Sempadan Bukit Kayu Hitam

Biasanya orang ramai nak masuk ke Thailand menggunakan kereta sendiri melalui Bukit Kayu Hitam. Ada satu lagi cara, boleh masuk ikut Ban Prakob melalui Kuala Nerang. Aku ceritakan di next post ya.

Hatyai sekarang jadi trending. Sana sini orang Malaysia bercerita tentang keenakan makanan di Hatyai. Ada yang tak boleh move on. Ada yang terigau-igau dan termimpi-mimpi. Aktiviti food hunting boleh terlaksana jika ke Hatyai. Makanan semua sedap-sedap belaka. Tidak memerlukan belanja yang besar pun, anda boleh melancong ke luar negara. Hehe.

Daging Bakar Harimau Menangis di Kaitod decha. Kalau tak cukup, mesti akan menangis.
Kami ke Hatyai menaiki kereta sendiri. Dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, kami singgah di kedai tepi jalan untuk membeli insuran kenderaan dan simkad serta tukar wang.

Banyak kedai beli insuran kereta di tepi jalan
Tak susah pun. Di sepanjang jalan ke Bukit Kayu Hitam, terdapat banyak kedai menjual insuran kenderaan.

Kalau korang masuk ke Thailand di hari cuti, memang akan beratur panjang. Berjam-jam korang boleh merampuih dalam kereta. Tu aku suka ikut Ban Prakob dan aku elakkan pergi bercuti di musim cuti sekolah. Cuti sekolah, aku mereput. Sejak dok Ostolia ni idak la mereput. Everyday is travelling day.

Nak cop di border, korang kena turun kereta untuk pihak immi ambil gambar korang. Selesai cop, korang kena drop form dekat sini. Parking kereta dan beratur di kaunter untuk declare.

Kat sini untuk declare form bawa masuk kereta atau motosikal
Pastu korang boleh lah ke Hatyai. Dalam sejam dah sampai. Boleh singgah terus ke Khlong Hae Floating Market atau Masjid Songkhla. Hari tertentu, boleh singgah ke pasar jualan barang bundle di celah-celah pohon getah.

perjalanan sejam memandu dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai

Dalam perjalanan balik masuk ikut Bukit Kayu Hitam semula, oleh kerana beratur panjang dan terlalu lama, kami risau terlepas waktu solat. Rupanya ada surau dan tandas disediakan di sini. Cumanya, nak ambil wudhu tu kawasan agak terdedah. Korang pandai2 jagalah aurat semasa emngambil wudhu yer.



Friday, 28 September 2018

Hatyai Trip

Tahun 2018 merupakan tahun yang banyak kali aku ke Thailand. Aku hanya sempat update catatan perjalanan aku dari Penang ke Bangkok, Aranyaprathet dan ke Khao Yai. Tahun ni saja aku ke Hatyai dua kali. Hal ini telah menimbulkan fitnah. Rakan lamaku telah memfitnah aku kerap travel ke Thailand kerana pergi mencari bomoh siam untuk mandremkan dia.

Nauzubillah...

Aku kalau travel mesti akan travel dengan family. Aku bukan jenis tinggalkan anak dan suami di rumah untuk pergi travel. Bagi aku, susah dan senang kena lalui bersama. Begitu juga dengan travel. Kalau nak travel, travel sama-sama. Kalau takde duit, kita kumpul bagi cukup. Tahan dan sabar.

Aku bukan saja travel dengan suami dan anak semata. Aku travel dengan mak mertua, kak ipar, dengan mak aku sekali. Kau bayangkanlah, kalau aku nak cari bomoh siam takkan aku nak heret semua ahli keluarga aku yang join trip dengan masing-masing punya OOTD. Takde keje. Mudah sungguh kerja memfitnah. Aku bersengkang mata buat itinerary dan bajet perjalanan. Mudah-mudah kau fitnah. Macam orang tak beriman. Ada lagi yang percaya bomoh bomoh ni dari ketentuan tuhan.

Dah la ada satu trip aku ke Hatyai tu di sponsor oleh ibu mertua dan kakak ipar aku. Pergi dengan bapa mertua aku sekali. Fikir pakai otak dan iman di dada lah kalau nak fitnah orang. Tak pasal - pasal aku jadi mangsa fitnah even aku travel kongsi segala benda di ig story, blog, travel dengan family plak tu. Kau tak tahu lagi kot doa mangsa fitnah Allah angkat tinggi mana. Kalau aku doa kau hidup tak selamat di dunia ni macam mana? Merangkak lah kau cari aku di Padang Mahsyar nanti.

"Dan FITNAH itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh" (Al-Baqarah : 217)

Eh, buang masa pulak cerita pasal mangkuk sorang ni.

Berbalik cerita aku ke Thailand.

Trip aku ke Khao Yai tak disangka mendapat perhatian ramai. Sekaligus viral di media social pada awal tahun 2018. Di bulan September pula viral lagi sekali post aku ke Pruksa Park yang terletak di Hatyai. Aku bukan gila glamer ke apa. Bukan aku yang viral kan. Malaysian yang viral. Aku cuba nak ketengahkan tempat yang aku pergi dan aku nak kongsikan kepada korang. Supaya korang dapat manfaat dari perjalanan aku ke negara orang, ke tempat orang. Aku rasa aku dah beri sumbangan yang baik untuk masyarakat dengan berkongsi tempat-tempat menarik. Jadi korang dengan keluarga atau rakan-rakan boleh pergi bercuti sama-sama. Itukan dapat mengeratkan silaturrahim.

Viral post ke Khao Yai
Viral post ke Pruksa Park
Aku nak dedahkan, travel ni adalah satu hobi dan aktiviti yang sihat. Dapat membuka minda korang. Dapat mengenyangkan korang. Dapat meluaskan pemandangan korang. Dari korang mereput di rumah, sedih tak tentu pasal, rasa loser sengsorang pastu nak menyalahkan orang lain, ada baiknya korang pergi travel. Toksah bagi alasan takde duit. Habiskan kat McD tiap minggu, karaoke, wayang tu boleh pulak. Aku banyak kali cakap, ianya cuma kena bijak kawal perbelanjaan.

"Having a strong determination will bring you to another place"

Back to the topic. So, dua kali dah aku ke Hatyai. Aku pun tak tau macam mana nak susun post. Aku rasa aku akan kongsikan mengikut attraction place. Satu attraction place, satu post. Aku takde itinerary ke Hatyai sebab first trip tu di sponsor oleh kak ipar dan ibu mertuaku. Masa tu kak ipar aku dah berpengalaman ke Hatyai. Jadi aku ikut saja. Syok juga jadi follower trip.

Trip kedua tu paling best sebab kami ke Coco One Beach Resort yang terletak di Sakom Beach dan juga kami lajak ke atas Hatyai untuk melihat water lily di Phattalung. Kami masuk ke Hatyai melalui Ban Prakob. Bukan Bukit Kayu Hitam. Tak sesak. Tak ramai. Smooth jer.

Trip sampai dua kali ke Hatyai ni tak dirancang pun. First trip tu sebenarnya aku taknak join sebab duit tak mandang. Pastu family in law aku datang ke rumah aku di Penang untuk gi kenduri rumah abang Sopi di Kulim kemudian kami lajak ke Hatyai. All expenses memang under family in law aku. Memang segan sebenarnya. Disebabkan ajakan pertama tu aku dah tolak. Diorang gi sendiri. Kali kedua tak sampai hati pulak nak tolak. Mengenangkan kami should spend some time for family before migrate (that time) so kami pergi jugak. Dengan ibu bapa mertuaku juga kak ipar aku.

Trip kedua tu sebab kak ipar aku suka mengusik dan cabar cabar kat ig. "Ada bran".. gitu. Aku pulak kenot move on dengan makanan di Hatyai. Kami pulak nak buat rare ke Phattalung dan Sakom Beach. Maka tanpa dirancang, lagi sekali, tanpa itinerary, kami ke Hatyai lagi sekali. Coco One Beach tu nak memenuhi hasrat ibu mertuaku manakala Phattalung pulak memenuhi hasrat kak ipar aku.

Coco One Beach Resort terletak di Sakom Beach. 1 jam drive dari ban Prakob
Water lily di Phattalung. 2 jam drive dari Hatyai
Songkhla Mosque.
Thanks to my husband. Supportive and drive all along mengikut hasrat kami masing-masing. 

Jadi, secara keseluruhan aku simpulkan kalau korang ke Hatyai korang boleh consider tempat-tempat ni :

  • Selain Bukit Kayu Hitam yang ramai dan beratur panjang, korang boleh try masuk Thailand ikut Ban Prakob melalui Kota Putra, Durian Burung, Kuala Nerang, Kedah.
  • Alang-alang dah masuk ikut Ban Prakob, korang boleh cuba singgah di Sakom Beach. Boleh lepak di Coco One Beach Resort untuk bergambar. Cantik.
  • Makan di Floating Market
  • Makan udang di area Lee Garden Plaza
  • Makan di Kaitod decha
  • Drive 2 jam ke atas Hatyai untuk menaiki boat melihat water lily di Phattalung
  • Shopping di Asean Nigh Market dan Greenway Market
  • Feeding animal di Pruksa Park
  • Menziarah masjid Songkhla yang bagaikan Taj Mahal.

Setakat ni, tempat ni jer yang aku pernah pergi. InshaaAllah aku akan repeat lagi dengan ahli keluarga untuk ke sunflower farm di Hatyai. Aku tak pergi shopping pun sebab masa tu aku dah nak migrate ke Australia. Jadi target aku hanya untuk makan-makan dan bergambar jer.

Aku cadangkan korang menginap di Grand Plaza Hotel sebab hotel ni tak mahal sangat, ada car park dan berhadapan dengan gerai makan udang besar-besar tu. Car Park tu penting sebab kebanyakan hotel takde car park yang selamat. Bila ada car park, senang korang nak jenjalan Hatyai menaiki tuktuk. Korang leh simpan jer kereta kat hotel. Lokasi strategic, jadi korang leh makan berulang kali udang tu sampai tengah malam haha.

Grand Plaza Hotel bersebelahan Lee Garden Plaza dan berhadapan dengan gerai udang besar
Grand Plaza Hotel
Terbaru family in law aku ke Hatyai lagi semasa aku berada di Australia. Diorang stay di Grand Pink Hotel. Boleh lah korang cuba consider hotel-hotel ni. Hotel lain pun boleh juga, cuma aku suggest hotel yang selesa, lokasi strategic dan tak mahal sangat, dan memudahkan korang untuk simpan kereta.

So, aku akan post kan satu-satu tempat menarik semasa trip aku Hatyai. Cekidaut!

Friday, 14 September 2018

Hari Pertama hingga Terakhir di TS Solartech


Harini merupakan hari terakhir aku bekerja di TS Solartech. Aku mula berkhidmat di sini pada 3 Oktober 2011. Hampir 7 tahun pengalaman aku sebagai Process Engineer dalam bidang solar cell manufacturing. Bertugas di sini merupakan pengalaman yang amat penting dalam diri aku. Kini, semuanya tinggal sejarah.

Di hari terakhir bekerja
TS Solartech merupakan company pertama aku bekerja setelah menghabiskan study degree di UTHM, Batu Pahat, Johor. Belum pun sempat majlis graduasi, aku telah diterima bekerja di sini. Alhamdulillah, aku tak melalui fasa mencari kerja dalam suatu tempoh yang lama. Tak sempat jugak untuk menanam anggur di rumah. (typical quote "menganggur").

Selepas tamat Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, aku sambung diploma di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pulak. Ipoh ni juga penting bagi aku kerana aku telah banyak lalui pengalaman pahit getir di sana. Zaman-zaman kejatuhan aku banyak di sini. Dari semua perasaan kecewa dan pahit getir itu lah aku mula menanam azam. Belum sempat aku menghabiskan peperiksaan akhir sem 6 di politeknik, aku diterima bekerja di Intel, Penang. Waktu ini aku berhadapan dengan kawan-kawan yang lebih pandai dari aku yang aku rasa diorang lebih layak untuk dapat tawaran pekerjaan. Tapi apakan daya, agak sukar untuk membaca fikiran orang lain. Diorang taknak, aku nak. Lebih baik aku rebut peluang. Diorang yakin yang diorang akan terus menerima tawaran universiti. Kesudahannya, rata-rata graduan politeknik ketika itu sukar mendapat tempat di universiti kerana bersaing dengan pelajar lepasan matriks dan STPM. Aku juga tak berjaya sambung degree lagi masa tu. Sekurang-kurangnya aku tak duduk di rumah. Aku terus bekerja, mempunyai pendapatan dan meraih pengalaman. Intel bukan calang-calang company. Amat bagus untuk dapatkan pengalaman dan build network. Apa yang aku dapat hasil bekerja di sini ialah pendapatan yang cukup bagus sebab aku pulun buat kerja overtime. Bayaran sangat memuaskan. Aku pun dapat perbaiki skill presentation dan lebih berani untuk bercakap di hadapan orang. Sekali lagi, aku tak merasa perasaan stress mencari kerja. Selepas aku habis last paper exam diploma, terus aku ke Penang untuk kerja di Intel.

Aku menjalani latihan praktikal di Flextronics, selepas habis exam sem akhir degree. Aku mula mencari kerja sebenarnya sejak dari sem akhir lagi. Masa pulun mencari tempat praktikal, aku pun cari kerja jugak. Rasa terluang jer mesti aku buka jobstreet. Cuti Sabtu Ahad masa praktikal dulu, memang aku duduk dalam bilik jer. Cari kerja. Berhenti mengadap laptop untuk mandi, makan, tidur, solat jer. Lain-lain semua aku cari kerja. Dalam dok sibuk preparation presentation praktikal, aku dah menerima tawaran bekerja di TS Solartech. Paling mengejutkan aku adalah aku akan dihantar ke German untuk menghadiri solar cell process training dengan Schmid.

Aku rasa lega sebab aku belajar pun tak pandai, results hampeh. Cita-cita hangat-hangat tahik ayam. Tapi aku dah sampai ke German di mana yang lain masih mencari kerja. Ada juga kawan-kawan kondem aku kata tak ke mana pun dengan pointer macam ni. Aku banyak buat silap, tu yang pointer aku macam ni. Aku menyesal kerana sia-siakan zaman belajar aku dulu. Aku taknak dah repeat sem untuk perbaiki pointer aku sebab aku perlu keluar juga dari environment ni. Aku perlu menjadi seorang yang baru. Baru dari segi pemikiran, motivasi, semangat. Aku nak tinggalkan kehidupan tu cepat-cepat. Aku consider diri aku gagal semasa kehidupan aku sebagai pelajar ijazah di UTHM, Johor. Ada juga rasa modul-modul pembelajaran aku tak effective. Bukan melahirkan graduan yang berkualiti. Tapi aku tak nak ulas banyak, sebab aku lebih mengakui kesilapan-kesilapan aku sejak dari semester pertama lagi. Kadang rasa macam menyesal tinggalkan Intel demi segulung ijazah.

Dalam umur aku macam ni, dengan melalui pelbagai kekecewaan di zaman study, mana mungkin aku punya banyak wang untuk ke negara luar. TS Solartech telah menghantar aku ke German adalah satu rezki terpijak orang kata. Aku bersyukur sangat-sangat sebab memang ngam timing untuk aku bina kehidupan baru. Aku dapat semangat baru. Aku berazam untuk menjadi orang yang bermanfaat. Aku nak gunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Sewaktu kakiku berpijak ke bumi German, menitik jua air mata aku. Dalam hati, aku berazam untuk menguasai kursus training solar cell ni, aku berazam taknak lagi buang masa dan membodohkan diri sendiri dengan perkara tak berfaedah. Aku nak enjoy betul-betul berada di German. Aku nak lupakan segala apa yang telah berlaku dan segala pahit yang telah aku lalui. Aku bina diri aku yang baru.

Perjalanan ke German sangat panjang. Aku bersama bos, Process Manager dan rakan Process Engineer yang lain bersama-sama ke German. Dari Penang Airport ke Changi Airport, kemudian sama-sama mengharung flight berjam-jam untuk turun ke Frankfurt. Trip ini sangat mencabar sebab jalan-jalan dengan bos. Bos aku tu ialah owner TS Solartech ni lah. Dia lah tauke kilang ni. Kami saling kenal mengenali antara satu sama lain masa trip ke German ni. Sampai di Frankfurt, Schmid dah siap tunggu kami dan bawa kami naik van untuk ke Freudenstadt. Jetlag. Flight berlapis-lapis. Naik van pulak 3 jam lagi untuk ke Freudenstadt.

Kami menginap di Hotel Schwanen, Freudenstadt. Sorang satu dapat bilik masing-masing. Selesa. Nikmatnya terasa berada di German. Aku menghirup nafas baru di sini. Setiap pagi kami akan turun ke cafe bawah untuk sarapan dan bersiap-siap naik shuttle untuk pergi training di Schmid. Suasana training di German bukan biasa-biasa seperti di Malaysia. Training di sini lebih kepada suasana santai. Tak stress. Aku duduk depan sekali. Makanan dan minuman yang disediakan mewah-mewah belaka. Boleh confuse, datang makan jamuan ke datang training.

Pioneer team bersama ahli majlis tertinggi haha

Ada juga hari yang kami kena travel jauh sebab machine yang kami nak belajar tu tak ada kat Freudenstadt so kami kena naik bas yang disediakan untuk ke daerah lain seperti Niedereschah, Duningen dan Karlstein. Seronok naik bas dalam perjalanan yang panjang sebab aku berpeluang tengok negara orang. Hari minggu, bos bawak kami naik train dan shopping di Stuttgart. Confuse lagi. Pergi jalan-jalan ke pergi training ni. Masa ni aku tak pandai lagi untuk travel ni. Kalau aku tau, aku lajak jer pergi Switzerland. Terlepas pula peluang nak ke Switzerland.


Di hari-hari terakhir kami di German, salji mula turun. Sedih aku nak tinggalkan German. Entah bila lagi boleh aku sampai. Tengok, sekarang ni pun aku tak sampai sampai lagi ke sana. Seronok dapat pengalaman luar negara dalam usia yang masih lagi mentah. Mentah apanya umur dah 24 masa tu.
Schmid ialah company yang buat machine solar cell untuk kilang aku. Selepas seminggu aku bekerja dengan TS Solartech, aku terus ke German untuk training. Risau juga kalau aku tak sempat untuk majlis konvokesyen. Nasib menyebelahi aku. Elok jer aku sampai Malaysia, terus aku dan keluarga ke Johor untuk majlis graduasi. Agak kelam kabut juga. "Kawan-kawanlah" yang tolong uruskan segala bayaran dan persiapan untuk majlis konvokesyen.

Sebenarnya, masa aku terima tawaran bekerja di TS Solartech, aku cari kat google map, tak jumpa pun kat mana kilang ni. Rupanya kilang ni belum siap lagi. Kami menumpang office di Tek Seng Holding yang merupakan mother company. Hampir 6 bulan juga kami kat bangunan Tek Seng. Tumpang office, tumpang machine. Aku berpengalaman dalam process hiring staff seperti technician, facility, maintenance sebab aku dan 5 lagi rakan merupakan batch pertama yang bekerja di TS Solartech. Number badge aku ialah 0001. Kau ado? haha.

Sewaktu kilang masih dalam pembinaan
Selepas hire staff, aku berpengalaman menurunkan segala machine dari kontena dibawa khas dari Germany. Kesemua machine ditumpangkan di kilang Tek Seng. Masa tu memang hitam lah aku. Turunkan machine panas-panas tu. Kayuh basikal lagi, untuk semak balik machine-machine yang diturunkan. Check. Process Engineer pun buat kerja-kerja macam ni. Yerlah. Sebab kilang pun belum siap lagi.

Bangunan kilang TS Solartech siap sekitar bulan March 2012. Kami beramai-ramai mencuci bangunan kilang. Macam nak masuk rumah baru, mesti kita bawa segala penyapu dan mop untuk cuci. Aku pergi kerja pun masa tu pakai track suit jer untuk membersihkan kilang. Pernah masa earthquake berlaku, kami turun mencicit lari ke bawah dengan penyapu masing-masing. Pengalaman sungguh.
mencuci kilang setelah siap dibina
Selepas seminggu cuci kilang, company aku hire mover untuk move kan machine dari Tek Seng ke Solartech. Segala macam orang German turun TS Solartech untuk pasang machine. Aku pun dapat jumpa la balik kawan-kawan masa training kat German. Banyak main jer. Sambil teman orang-orang German ni pasang machine, sambil tu dapat kawan-kawan baru di negara sana.

Ketika machine baru sampai

Dah siap pasang machine, training lagi. On job training. Terus belajar macam mana nak run machine. Machine aku yang paling last, aku tengok jer lah machine orang lain run dulu. Menyibuk sikit-sikit. Machine aku Cell Sorter, first run masa birthday aku. 13 September 2012. Selepas siap semua machine dipasang, orang-orang German yang pasang machine aku semua sorang demi sorang balik ke negara diorang. Sempat lah ambil contact diorang  dan sebahagiannya kami masih keep in touch di facebook.

Dari tahun ke tahun aku bersama kilang ni. Makin lama kami makin maju. Tahun 2014 dan 2015 paling rancak sekali. Banyak order. Push production to the max. Dari 1 line, kami berkembang sampai 4 line. Kami di dalam process team masing-masing buat experiment untuk naikkan efficiency solar cell. Sehinggalah tahun 2016 sekitar bulan August, production dah start slow. Kurang order. Hal ini berlaku kerana US mengenakan tax yang tinggi terhadap pengeluar solar cell dari China, Malaysia dan Taiwan. Tahun 2017 sekali lagi kami berada dalam keadaan tenat kerana China dah stop installation solar panel dan tiada lagi permintaan pembuatan solar cell dari negara luar. Kilang aku turut terkesan akan hal ni. Tapi ada jugak pihak yang mengatakan hal ini kerana SST, GST, Najib, Tun M. Aku tak senang dengan komen-komen tersebut. Siapa yang bekerja dalam bidang ni sekarang sebenarnya? Kilang ni start slow dari tahun 2016 lagi. Tiada kaitan dengan pemerintahan Malaysia sekarang.

Solar panel sendiri buat punyaa












Kini 2018, kilang aku tak lagi boleh bertahan. Aku pun dah tak tahan pergi kerja tapi takde kerja. Tak tau dah apa aku nak buat kat sini. Aku rasa low motivated. Selesa teramat sangat. Lemau sehingga menjadikan diri aku malas. Aku suka kerja di sini. Suasana harmoni, aman damai. Tiada tekanan sosial. Berada dalam keadaan ni lah aku gigih berusaha mencari jalan untuk berhijrah ke luar negara. Aku rancang untuk terus bertahan dengan TS Solartech sehinggalah aku berpeluang berhijrah ke mana-mana negara. Dalam tempoh menunggu visa aku granted, seluruh warga TS Solartech digemparkan dengan notis penutupan kilang pada 15 September 2018. Semestinya, para pekerja semua diberi wang pampasan.

TS Solartech memberi nafas baru untuk diri aku meninggalkan kisah pahit yang telah aku lalui zaman belajar dulu. Peluang bekerja di sini merupakan rezki untuk aku mulakan kehidupan baru. Kini ianya menjadi pengalaman bersejarah. Hari terakhir aku bertugas di sini ialah pada 14 September 2018 iaitu hari Jumaat. Pelbagai ilmu aku dapat tentang solar cell manufacturing. Aku ada di setiap perkembangan company ni. Dari bangunan tak siap, sehinggalah naik bangunan sebelah. Dari takde meja / cubical sampai lah ada. Dari takde laptop, sampai dapat laptop sorang satu. Dari takde kantin, sampailah ada kantin. Dari efficiency 16.2% sampailah 18.7%. Dari slurry wafer sampailah ke dws wafer. Dari 1 line, berkembang hingga ke 3 line. Kat sini aku dapat menikmati makna "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Aku sangkakan aku dan suami akan hantar surat resign. Rupanya tak, sebab masa aku tunggu visa, company terlebih dahulu beri notis penutupan kilang. Yeah, it is happy ending for me, but not others. While others struggling for looking another job, I was busy for migrate preparation. Aku dan suami bekerja di company yang sama dalam department yang sama. Rehat pun sama-sama. Cubical office pun sebelah ajer.

Mungkin ini adalah perkara yang rare. Alhamdulillah, rezki aku. Allah susun cantik. Kena dengan timing. Sedih memang sedih. Sedih sebab meninggalkan pengalaman yang sungguh bermakna kat sini. Dapat ramai kenalan. Pulak tu, semua orang baik-baik. We can mix all level. Takde makcik bawang, no social pressure. Takde rasa menyampah kat rakan setugas. Akhirnya, semua orang akan meninggalkan TS Solartech bersama-sama. Akulah yang pertama, aku jua yang terakhir. Hari terakhir di sini penuh dengan aktiviti mengambil gambar buat kenangan, bersalam salaman. Tawa, riang, air mata. Semua berlaku dalam satu hari. Tak lupa juga, hari terakhir ni kami semua sign surat MSS. Pampasan untuk kami kerana diberhentikan kerja.

Terima kasih TS Solartech kerana memberi aku peluang, membuka pintu ruang untuk aku insan kerdil ini, memberi ilham untuk aku berhijrah dan keluar dari zon selesa. Keselesaan berada di sini membuka ruang untuk aku menilai tujuan hidup dan apa long term planning aku dan suami. Aku akui ada juga kekurangan, "but the grass is not always greener", mana-mana company pun ada juga kekurangan dari segi benefit, working environment. Semua itu aku anggap ianya adalah satu cabaran. Mana tahu satu hari nanti aku dapat yang lebih baik dalam perjalanan career aku, kan. Buat semua rakan - rakan, semoga berjaya. Semoga kalian dapat kerja yang lebih baik dan terus maju ke hadapan di masa akan datang.

Bersama rakan di saat akhir

Selamat tinggal, TS Solartech.
Kini hanya tinggal kenangan.

Wednesday, 12 September 2018

Cuti-cuti Perth : Day 5 : Megababes and Fly back to Malaysia

Saat meninggalkan Perth
 Di hari terakhir berada di Perth, kami mengemas barang dan rumah. Clear kan semua yang ada. Buang sampah dan bersihkan peralatan dapur terutamanya. Irdina Homestay sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Besar dan banyak ruang untuk bersantai.

Irdina Homestay
Wang AUD masih lagi berbaki. Ibu mertuaku request nak repeat shopping lagi di Megababes. Aku cuba menghubungi owner Megababes melalui whatsapp. Mujur dia boleh buka kedai awal pagi. Kami pun siap check out dan menuju ke Megababes sekali lagi.

Flight kami pukul 4.50pm. Kami siap-siap untuk ke airport pulak. Drop kereta. Datang balik rasa susah hati sebab van kami accident haritu. Masa drop off kereta, kami buat laporan dan lakaran bagaimana kemalangan berlaku. Staff situ meyakinkan kami bahawa ianya ditanggung oleh pihak insuran, tak perlu risau.

Kemalangan yang menimpa kami
Tapi sebaik pulang jer di Malaysia, aku check kad kredit aku yang pihak Avis charge kad kredit aku sebanyak lebih kurang AUD500. Adoi. Aku tak tau kat mana yang lack. Aku cuba hubungi diorang, tapi hampeh jer jawapan semua tak memuaskan hati. Last nya kami bayar juga sebab kot mana pun kad kredit aku ni kena bayar jugak sebelum payment date.

Lepas drop kereta tu, kami jalan masuk ke airport. Cari gate, tak jumpa. Rupanya kami berada di domestic terminal. Kami pun naiklah shuttle ke terminal international. Baru lah betul jumpa gate kami. Jadi, pastikan korang berada di terminal yang betul ya. Ni nasib baik kami sampai awal ke airport. Kalau last minit, tak ke parah kejar masa.


Di dalam shuttle
Kesimpulannya, kami seronok ke negara orang putih yang murah. Rasa menyesal kerana hanya mempunyai 5 hari jer di bumi Western Australia. Pusing sampai ke Albany dalam masa yang singkat. Tak puas. InshaaAllah nanti kami akan repeat lagi ke Perth. Aku pun tak lama lagi akan migrate juga ke Australia. Post ini adalah throwback. Selepas ni aku akan post segala cerita tentang proses aku migrate ke Australia. Moga bermanfaat dan membuka mata kalian semua untuk pergi merantau dan berhijrah.

Selepas ini aku akan berhijrah ke Sydney pula

Cuti-cuti Perth : Day 4 : Caversham Wildlife Park, Chemist Warehouse and Watertown Brand Outlet

Hari ke empat ni kami keluar tanpa membawa bekalan makanan. Cadangnya nak makan di Chicken Charcoal Daniella yang orang kata sedap sangat tu. Pagi ni kami menuju ke Caversham Wildlife Park. Juga pintu pagar pun belum dibuka. Dari pagar nak ke entrance ticket tu jauh rupanya kalau menapak. Mujur kami naik kereta, terus drive ke parking.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak AUD28 bagi dewasa. Inilah kali pertama anak aku pergi ke tempat yang macam zoo tapi tak berapa nak zoo sangat. Caversham Wildlife Park ni sesuai untuk kita spend dari pagi sampai ke tengah hari. Ada jadual waktu tayangan yang telah ditetapkan. Jadi, seeoloknya kita rancang untuk berada di sini half day sama ada dari pagi hingga ke tengah hari atau dari tengah hari sampai ke petang.

Caversham Wildlife Park mempunyai pelbagai jenis haiwan iaitu kangaroo, koala, wombat, mammals, pelbagai jenis burung. Kangaroo berada di open area. Bila-bila masa jer boleh hand feed kangaroo. Wombat dan koala pula ada time untuk kita visit dan kita kena beratur untuk ambil giliran bergambar. Ada hand sanitizer disediakan.

Masa ni Wafiya berani feeding animal. Lepas trip ni, dia feeding kat Khao Yai dah tak berani.
Yang paling menarik perhatian kami adalah farm show. Pertunjukan ini mendapat sambutan ramai. Kisah kerja-kerja sebagai farmers, menyusukan kambing, cukur bulu kambing, dan cara-cara diorang handle binatang ternakan.

Farm show ni menarik
Selesai semua lawatan melihat binatang-binatang kat Caversham ni, kami lapar dan menuju ke Chicken Charcoal, Daniella. Halal restaurant. Sedap. Memang orang Malaysia meletakkan restaurant ni wajib dikunjungi. Sekali lagi kami rasa ralat sebab ada 5 hari jer lawatan kami ke Perth. Tak puas. Rasa nak datang lagi.

Hidangan di Chicken Charcoal, Daniella. Wajib datang. Sedap!
Bila dah kenyang masing-masing rasa mengantoklah. Kami menuju ke Chemist Warehouse. Shopping time. Memang murah supplement dan perfume kat sini. Kedai ni takda jual produk OEM atau timbang kilo ya. Dijamin semua selamat. Memang naik hantu kalau ke Chemist Warehouse ni.


Rajin adik ni layan kami try perfume
Sambung pula shopping di Watertown Brand Outlet. Masa ni tak tau pulak orang gila Bonds. Tapi aku tak beli pun sebab anak pun dah membesar. Aku tengok jer lah. Beli selipar sepasang dua. Jalan-jalan beli kebab dan tengok harga barang-barang di sini.

Masa yang masih lagi berbaki ni kami ke supermarket Spudshed di Innaloo bagi memenuhi permintaan keluarga sebab geram tak dapat spend lama di Freemantle Market untuk beli buah buahan. Difahamkan supermarket ni banyak jual buah-buahan dan dibuka 24 jam.



Kemain suka mak aku ke sini

Pelbagai minuman
Selesai pusing-pusing Perth CBD, kami pun pulang ke homestay menunaikan solat. Bila dah balik rumah, memang malas dah nak keluar. Cadang nak ke Kings Park, tapi letih rasa. Kami lepak kat rumah jer siap-siap kemas barang untuk pulang keesokan hari.

Di hadapan salah satu Irdina Homestay

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...