Monday, 13 August 2018

Khao Yai Trip : Day 3 : From Rongkluea Market, Aranyaphratet to Khao Yai

Selagi ada masa di sini memang aku peruntukkan sehabis baik. Bangun awal, tapi kedai belum bukak. Haha. Kami makan siap-siap. Sarapan roti. Terus bergegas keluar hotel naik motor ke Rongkluea Market lagi. Anak aku suka lah meronda naik motor. Pagi sejuk pulak tu.

Holiday in Thailand is not bad
Aku utamakan suami aku dulu untuk beli seluar jeans dan kasut dia. Kami pusing dalam ni adakalanya sesat. Buang masa dah sikit. Besar sangat oi! Lepas puas pusing, aku rasa macam nak balik hotel. Kemas barang dan check out.

Cubaan mengini minyak tak menjadi. Tak reti. Rupanya minyak still penuh. Tak luak
Lepas check out, barang semua masuk dalam kereta. Aku gi makan dengan anak aku dekat kedai Pattani tu lagi. Tapi aku suruh husband aku pusing lagi Rongkluea Market tu cari kasut dia pulak. Selagi ada waktu. Haha. Memang aku dah limit masa, by right, pukul 2 ptg mesti kena bertolak ke Khao Yai dah. Sebab perjalanan agak jauh. 4 jam lagi.
Tu sebab better naik motor. Senang cilok
Kalau pandai mencari, akan jumpa harta karun
Last minit, husband aku dapat rembat beberapa pasang kasut yang telah buat dia geram. Haha. Haa.. baru dia tau syiok nya datang sini. Ralat la tu tak cukup waktu. Hehe. Lepas get ready semua, tepat pukul 2 petang, kami bertolak ke Khao Yai. Bermulalah pengembaraan kami ke satu daerah baru. Aku tak tidur dalam kereta. Sebab aku nak lihat pemandangan bumi Thailand ni.

Yang kelakar nya. Masa nak isi minyak dalam perjalanan dari Aranyaprathet ke Khao Yai tu, kami agak kekok. Pump attendant tu pulak tak pandai bahasa inggeris. Guna bahasa isyarat gak la. Ini merupakan kali pertama kami isi minyak di Thailand. Bagi aku, agak mahal jugak la. Bagi yang datang dengan kawan-kawan, ini merupakan bonus untuk ada. Boleh share-share bayar petrol. Aku belanjakan RM170 untuk 3 hari setengah menyewa kereta. Kami punya jarak perjalanan agak jauh-jauh. Mungkin korang lain sikit.

Kira-kira 1 jam 35minit perjalanan, kami sempat singgah di The Verona in Tubland. Ini merupakan bonus bagi kami kerana memilih route dari Aranyaprathet untuk ke Khao Yai. Kalau korang sengaja nak sampai ke The Verona ni memang jauh la. Berlagu nak sampai. The Verona ni macam taman yang memberi kita aura seperti berada di European Countries. Untuk lepak santai berlari-lari dengan anak-anak memang sesuai. Persekitaran yang bersih. Tandas pun cantik.Ada pelbagai aktiviti di sini. Makan aiskrim, tunggang kuda. Tapi anak aku tidur lah pulak. Lagipun kami kejar masa untuk sampai ke Khao Yai sebelum gelap malam.

Di belakang
Di hadapan
Baru lepas hujan
Bagi aku, perjalanan dari Aranyaprathet ke Khao Yai sangat mengagumkan. Tak sangka aku Thailand ni cantik rupanya. Kami menempuh jalan berliku di tepian tasik. Tasik tu ada pedestrian, ada track kayuh basikal. Menurut kajian aku di google, rupanya tasik tu bernama "Lam Phra Phloeng Dam". Aku cuba ambil gambar dari dalam kereta tapi goyang-goyang. Jadi aku ambil gambar dari google ya. Jangan marah. Hehe.

Lam Phra Phloeng Dam
ni dari kamera aku
Di jalan yang sama, menghala ke Khao Yai, kami sempat singgah ke Flora Park, kira-kira sejam dari The Verona in Tublan. Tapi hari dah gelap. Flora Park pun dah tutup. Aku ambil gambar google jer la ek. Mana tau kalau korang boleh singgah ke kan.

Flora Park, Wang Nam Keow
Kami teruskan perjalanan kami ke Khao Yai yang masih berbaki 1 jam setengah sahaja lagi. Perjalanan seperti di Cameron Highland. Terdapat ladang strawberry. Bunga-bunga sedang berkembang mekar di perkarangan rumah masyarakat tempatan. Aku teka mesti sejuk. Kami cuba membuka tingkap kereta dan rasai suhu luar. Ya! memang sejuk. Aku hairan. Sini memang tanah tinggi ke apa?

Kami singgah di stesen minyak untuk ke tandas. Ya. Memang sejuk. Menggigil aku. Macam berada di luar negara. Air paip macam ais batu. Haha.

Hari dah gelap. Kami tak sempat tiba di Khao Yai lebih awal. Setibanya di Khao Yai, suami aku tertarik dengan satu tempat ni. Di tepi jalan. Kami berhenti untuk tengok lampu-lampu. Nampak menarik. rupanya Toscana Valley. Dah gelap. Tak dapat nak ambil gambar cantik-cantik.

Toscano Valley version aku
Jadi, aku pun ambil gambar dari google. Sesiapa yang berkesempatan boleh singgah. Lebih kurang 20minit dari Khao Yai.

Toscano Valley dari google
7.30pm kami tiba The Goodville Cottage dan bermalam di sini. Melepasi Khao Yai. Cottage ini terletak di daerah Pak Chong. 15minit jarak antara Pak Chong dan Khao Yai. Owner The Goodville Cottage ni sangat ramah. Dia bagitau kami tempat-tempat menarik untuk dilawati. Sebenarnya aku agak kecewa sebab tarikh kami pergi ni penghujung bunga matahari. Aku rasa macam dah takde harapan nak tengok sunflower blooming. Tapi owner cottage ni suggest kami pergi melawat Maneeson Sunflower Farm. Masih ada lagi bunga matahari di sini. Hati aku berbunga riang. Tak sangka boleh jumpa.

I love it
Jadi, kami set untuk pergi melawat Maneeson Sunflower Farm. Aku kena adjust itinerary aku. Malam tu, sebelum tidur, kami sempat lagi ke Tesco Lotus di Pak Chong dan singgah di 7E dalam perjalanan pulang semula ke cottage. Saja nak tengok local sini punya tempat shopping. Kami cari bekalan makanan sikit seperti roti, tuna, minuman.

Keseluruhan harini memang memenatkan. Berjam - jam drive dari Aranyaprathet ke Khao Yai. Tapi terbayar dengan pengalaman pemanduan dan dihidangi pemandangan yang menarik di negara Thailand.

Wednesday, 8 August 2018

Khao Yai Trip : Day 2 : Bangkok to Rongkluea Market, Aranyaphratet

Pagi tu selepas check out, kami panggil Uber untuk bawa kami ke Avis Office Car Rental yang terletak di Downtown. Dalam perjalanan, kami dapat nikmati kesibukan kota Bangkok di waktu pagi. Sebelah bangunan Avis, terdapat 7Eleven. Best!. At least kami tak perlu harung kesesakan untuk mencari bekalan roti atau minuman.

Meninggalkan bandar Bangkok untuk ke Aranyaphratet
Office Avis di Bangkok. Bukan di airport yer
Waktu pick up kereta adalah pada jam 8am. Setibanya aku di sana, aku masuk ke office, sebab aku yang booking dan menggunakan kad kredit aku. Aku pun sign beberapa dokumen dah verify insuran yang dibeli. Memadai lesen memandu Malaysia untuk menyewa kereta di Thailand. Seingat aku, aku book kereta kecik, Toyota Yaris. Tapi aku dapat Suzuki saiz sedan. Layan~ Lagi lah selesa, kan?

tengok-tengok dapat kereta besar. Best lah
Tepat 9am seperti dijadualkan di dalam itinerary, kami gerak ke Aranyaprathet. Penting ya untuk kita patuh pada itinerary. Supaya timing tak lari. Jika bergerak dalam bilangan kecil, senang nak bergerak. Kalau ramai, kena peruntukkan masa lebih sedikit. Perjalanan mengambil masa 4 jam memandu. Kami hanya menggunakan waze.

Selepas menempuh jalan sesak di Kota Bangkok, kami menuju ke sebelah Timur Thailand, iaitu Aranyaprathet. Syurga bundle. Bundle Heaven. Begitulah gelaran-gelaran tauke-tauke bundle dan peminat-peminat barangan bundle. Aranyaprathet terletak di sempadan Thailand - Cambodea. Memang boleh sangat lah jika aku nak kan cop Cambodea, boleh jer nak menapak. Tapi aku tak amik pusing pun berapa negara dah ku pergi, yang penting ada pengisian di setiap negara yang aku lawati.

Selama tempoh 4 jam ini. Kami singgah di petrol station. Rupanya R&R di sini semestinya di station minyak. Menurut pengalaman aku merentas beberapa daerah di Thailand ini, jalan raya sangat luas dan selesa. Permukaan jalan juga rata. Highway di sini bukan seperti di Malaysia. Di sini tiada tol. Tol dikenakan seingat aku sekali sahaja itupun dalam 3ringgit.

Bayar tol
Jalan menuju ke Aranyaphratet

Ya. Seperti yang ku jangkakan. Tepat pukul 1 petang memang kami tiba di Aranyaprathet.Kami terus ke urusan check in Hitz Hotel. Interior design hotel ini sangat menarik. Penuh barangan antik, sesuai dengan lokasi nya yang terletak bersebelahan dengan pelbagai jenis jualan barangan bundle, Rongkluea Market. Hotel ini menyediakan skuter / motor untuk disewa. Adalah menjadi satu keperluan untuk menaiki motor sahaja untuk meronda ke kawasan ini. Alternatif lain adalah menggunakan buggy car. Tapi buggy car tak boleh nak cilok di celah-celah kedai.

Receptionist. Diorang tak pandai english
Tangga untuk naik ke tingkat atas
toilet
Bilik hotel. Agak sempit

Berhampiran dengan hotel ini terdapat kedai makan orang Pattani. Kami makan petang dan malam di sini. Mereka boleh bercakap melayu dengan dialek Kelantan. Tak susah untuk mencari makanan halal di kawasan ini.


Makan di kedai Pattani
Kami bertiga melihat kawasan Rongkluea Market menaiki skuter pink terlebih dahulu untuk identify lorong mana yang menjual kasut, seluar jeans, tshirt dan juga bag. Seriously, 2 hari pun belum cukup untuk cover semua tempat. Aku mula rasa menyesal sebab stay sini 2 hari 1 malam jer. Tak cukup!

Jadi aku recommend korang berada di sini sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam jika anda bukan peniaga. Macam aku, aku ke sini lebih kepada ingin mencari barang keperluan jer. Bukan untuk menjual. Kami teruja bila terjumpa barang-barang branded yang murah dan masih berkualiti.

Sambil jemur sambil jual
Kami sewa motor untuk mencilok
Ada juga di dalam kedai
Handmade in US
Selesai meronda, suami aku hantar aku dan anak ke hotel untuk makan. Suami aku jer yang berkeliaran meronda dan beli barang-barang yang dia nak. Excited betul dia. Bila orang dah tutup kedai baru dia balik hotel. Macam-macam cerita dia bawak balik. Terjumpa orang itu la. Ini la. Jumpa kedai murah lah. Aku tau, dia kesal sebab tak cukup hari stay sini. Hahaha. Aku dah cakap awal-awal, tak cukup. Taknak caya. Haha.


Kerja-kerja mencuci kasut
Menurut orang sini, Aranyaprathet lebih sejuk semasa hujung tahun. Masa ni lah sesuai untuk shopping bundle. Macam kami pergi ni, Ya Allah. Panas. Bercerau ketibas. Satu hari nanti kami nak ke sini lagi. Serious tak puas.

Tuesday, 7 August 2018

Khao Yai Trip : Day 1 : From Penang fly to Bangkok

Setelah insiden passport rosak berlaku seminggu sebelum fly, kami akhirnya berjaya sampai ke Bangkok. Penat jerih menyelesaikan passport daddy and wafiya. Gara-gara terkena minyak dari biskut wafiya yang ditinggalkan dalam bag daddy masa pergi Perth dulu.

Pelbagai drama jugak lah nak kena harung. Pucat , gelabah mak enon semua dah rasa. Ini semua pengajaran buat kami. Kami dah check awal, tapi kami ambil mudah, husnudzon tak bertempat. Kerana risau kalau jadi apa-apa, maka kami buat jugak passport baru supaya nanti tak kan terjadi adegan menyesal tak sudah.

Jam 2.15ptg flight kami dari Penang ke Bangkok. Kami menaiki uber dari Bukit Mertajam ke Penang Airport dengan harga RM16 sahaja. Dari awal lagi aku pesan kat Wafiya yang kita akan bercuti ke Bangkok. Nampak jer Aeroplane, dia mesti mention nak pegi Bangkok. Kami hanya ambil luggage sahaja.

Sebaik touch down di Don Mueang Airport, kami terus ambil bagasi dan bergegas keluar. Tiada pemeriksaan yang rapi. Mudah dan pantas. Kami mulakan dengan membeli simkad terlebih dahulu. Kemudian kami bercadang untuk ke hotel menaiki bas. Dah la kami ada si kecil Wafiya ni, bag luggage lagi. Heret semuanya naik bas. Nak merasa orang kata. Wafiya pun ok jer.

Kami menaiki bas ke Pratunam. Selepas turun bas, kami menapak ke Cubic Pratunam Hotel. Hotel kecil, kemas, bersih dan selesa untuk kami bertiga. Terletak berhampiran dengan Pratunam Night market, menjadikan suasana malam begitu rancak di sini.

Menaiki bas ke Pratunam
Suasana dalam bas
Kami berehat di hotel sesudah check in. Selesai Maghrib, kami menaiki Tuk Tuk yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke jalan utama. Kemudian kami mengambil uber dan bercadang untuk ke MBK Mall. Berlaku insiden yang mengecewakan di mana uber kami tak sampai-sampai. Kami menunggu di tepi jalan punya lama. Dah la anjing lalu-lalang sekali-sekala. Risau aku. Agak bebal jugak la husband aku menunggu Uber. Kalau kami cancel, dikenakan denda pula. Kami pun terus menunggu. Hampir sejam. Ada ketika yang kereta uber tu tak bergerak langsung. Tension dah kami masa tu. Percaturan yang salah kiranya.

Setibanya kami di MBK Mall, kami lihat macam ada festival makan-makan pulak di pintu masuk. Cadang kami sebenarnya nak makan di Yana Restaurant tingkat 5. Tapi baru sampai bawah kami dah tergoda makanan yang dijual. Terdapat beberapa gerai Halal. Kami yang kelaparan dan bebal menunggu uber tadi terus order makanan halal kat situ. Sedar-sedar time nak bayar tu, kami tepuk dahi. Total kami belanja untuk makan malam tu lebih kurang RM100. Baru makan nasi goreng dan udang. Dah bayar baru nak rasa geram. Silap kami tak tanya betul-betul harga makanan. Pengajaran lagi buat kami. Ape lah yang bebal sangat tah malam ni.

Gerai yang kami makan malam tu
Menarik betul presentation diorang
Festival makanan thai di perkarangan MBK Mall
Kemudian kami meronda ke dalam shopping mall. Banyak kedai nak tutup. Ni semua uber tu punya pasal. Kami dah tak cukup masa meronda malam ni. Kami pulang menaiki tuk tuk dengan tawar menawar sehabis baik. Dah makan mahal. Tambang balik nak murah giler - giler. Hahaha.

Cubic Pratunam Hotel
So, malam tu Wafiya is very happy dapat naik tuk tuk. Teruja sangat lah dia. Lepas tu baru dia kenal erti tuk tuk tu apa dan, it is very fun bagi dia. Kami pun rehat malam tu dan lena awal untuk perjalanan yang panjang keesokan hari. Sebelum tidur, menjadi satu tabiat aku untuk review balik belanja yang telah dikeluarkan pada hari ini dan buat final planning untuk keesokan hari.

Jadi, kami akan menaiki Uber untuk ke Avis office esok untuk pick up kereta sewa. Dokumen-dokumen telah disediakan. Kemas bag awal-awal supaya tak kelam kabut masa check out esok. Perjalanan bersama kereta sewa esok akan memakan masa selama 4 jam dari kota Bangkok ke Aranyaprathet.

Wednesday, 1 August 2018

Khao Yai Trip : Perbelanjaan Trip

Sekali lagi aku tekankan bahawa trip ni cover beberapa daerah di Thailand iaitu Bangkok , Aranyaprathet dan Khao Yai. Trip selama 9 hari 8 malam ni terdiri daripada aku, suami dan anak kecil berusia 3 tahun. Pelbagai kenderaan kami cuba naiki antaranya kapal terbang, bas, tuk-tuk, teksi, uber, kereta sewa dan keretapi. Memang kami all out untuk trip ni lebih kepada ingin merasai dan menikmati pengalaman yang berbeza.

Jadi aku listkan perbelanjaan yang dah aku keluarkan semasa trip ini.

Nilai matawang January 2018, 100baht = RM12.45


Uber dari rumah ke Penang airport : RM16
Flight tix Penang - Bangkok one way : RM481 for 3 person
Luggage 20kg : RM57
Family Travel insurance : RM97
Bus from DMK to Cubic Pratunam : RM12.50
Car rental : RM380 for 3 and half days
Sewa motor : RM30 for 1 day
Petrol : RM170 for 3 and half days
1 x night Cubic Pratunam Hotel : RM90.83
1 x night Hitz Hotel : RM84.50
2 x nights The Goodville Cottage : RM217.48
3 x nights Baan Mina Bangkok : RM291
Train Hua Lamphong to  Padang Besar : RM228 for 2 person
Train KTM from Padang Besar to Bukit Mertajam : RM25 for 2 person
Uber from KTM Bukit Mertajam ke rumah : RM3
Tuktuk + uber + taxi : RM160
Pelbagai Entrance : RM70
Simkad : RM37

Maneesorn Sunflower Farm, Khao Yai

Kalau aku kira ikut atas ni total RM2450. Aku sebenarnya malas nak kira per person berapa sebab aku berkeluarga, kau bagpackers. Makan pun aku tak include dalam ni sebab, rasa nak makan, aku makan. Rasa nak tidur, aku tak makan. Ikut perut masing-masing dan selera masing-masing. Thailand ni bagi aku destinasi yang belanja murah. Sesiapa yang beginner traveller, elok masukkan Thailand ada satu destinasi wajib untuk anda ramp up.

Senang citer, RM3000 jugak la untuk kami bertiga selama 9 hari. Aku rasa kalau bagpackers around RM1000 jer sebab petrol, kereta sewa semua boleh share. Masa aku nak pergi trip ni, aku tak da modal segedabak pun. Tapi bila dah niat tu nak gi travel kan, ada jer rezki sampai. Ada ja ruang-ruang sempit yang dilapangkan. Pulak tu, bulan March adalah trip aku ke Jeju pulak kan. Ingatkan tak jadi dah. Perancangan Allah tu hebat. Jika rezki, maka jadilah.

Aku pesan lagi sekali kat korang, monthly komitmen perlulah dikurangkan agar korang dapat exlore dunia. Selagi kita hidup dan sihat cuba cari jalan keluar untuk lihat bumi Allah ini. Niat. InshaaAllah, anda pasti akan sampai. Percayalah!

Tuesday, 24 July 2018

Khao Yai Trip : Tips ke Khao Yai


Thames Valley, Khao Yai
 Kat sini aku nak share beberapa perkara yang korang patut tahu kalau korang plan nak ke Khao Yai :
  1. Aku cadangkan korang sewa kereta dari Bangkok kalau nak explore Khao Yai.
  2. Kalau drive kereta dari Bangkok untuk ke Khao Yai makan masa selama 2 jam.
  3. Jalan raya dan pemanduan sangat selesa dan selamat.
  4. Tidak perlu International Driving Permit (IDP) jika sewa kereta di sana.
  5. Ada jugak yang naik train dari Bangkok untuk ke Khao Yai. Boleh turun di station Pak Chong. Perjalanan menaiki train makan masa selama 5 jam.
  6. Boleh sewa motor untuk explore Khao Yai. Biasanya sewa motor disediakan oleh pihak hotel. Tapi hotel tertentu jer yang ada.
  7. Masa yang ideal untuk ke Khao Yai adalah pada hujung November hingga awal January sebab masa ni bunga matahari blooming. Suhu pun sejuk. Sejuk - sejuk aircond gitu.
  8. Ada beberapa kedai makan halal yang boleh kita makan di Khao Yai. Walaupun tak banyak pilihan, tapi ini pun dah memadai.
  9. Disarankan spend 3 hari (full), 2 malam di Khao Yai. Sebenarnya 3 hari pun tak cukup. Tapi 3 hari ni cukup untuk sesiapa yang rush dan tak banyak cuti tahunan, untuk explore tempat wajib di Khao Yai.
  10. Kalau nak ke Chok Chai Farm, kena spend separuh hari di sana. Ada farm show. 
  11. Sesuai bawa kanak-kanak. Tiada aktiviti yang terlalu adventure.
  12. Very instagram worthy. Cas power bank penuh - penuh. Gambar mesti banyak. Pastikan memory banyak. Hehehe. 
  13. Sesiapa nak bergambar di Sunflower Farm, boleh pegi kat Maneesorn Sunflower Farm, sebelah Panther Creek Resort tu jer.
  14. Banyak hotel / hostel murah juga di Pak Chong. Ada gerai makan halal di hadapan Halal Mart.
  15. Khao Yai terlalu banyak tempat tarikan. Ada yang berbaloi pergi, ada yang krik krik. Study dan tanya orang untuk jimatkan masa percutian tu nanti supaya percutian anda lebih berbaloi.

Thursday, 19 July 2018

Khao Yai Trip : Itinerary

Kalau ada yang terperasan post aku yang viral, so here it is post penuh tentang Khao Yai.

Aku namakan itinerary ni Itinerary Khao Yai sebab tujuan utama kami ke negara Thailand adalah untuk ke Khao Yai sebenarnya. Bangkok adalah bandar di mana kami perlu mulakan perjalanan. Aranyaphratet adalah hadiah untuk suami sempena birthday dia. Dia suka sangat pergi syurga bundle ni. Hehehe. Pemandangan sepanjang perjalanan dari Aranyaphratet ke Khao Yai merupakan satu bonus. Jom check aku punya itinerary. It might not applicable to you but you can take as a rough idea for your trip.

Day 1 . Sunday 8 January 2018 . Perjalanan dari Penang ke Bangkok.
2.15pm flight Penang to Bangkok
Naik bas ke Cubic Pratunam
Check in Cubic Pratunam
Rehat.
Lepas Maghrib, naik tuk tuk dan uber ke MBK mall
Makan di MBK mall. Yana restaurant level 5(halal)


Day 2 . Monday9 January 2018 . Perjalanan dari Bangkok ke Aranyaphratet.
8am Naik uber dari hotel ke Avis office Downtown untuk pick up car.
9am drive to Aranyapratet. Perjalanan amik masa 4 jam drive.
1pm sampai Aranyaphratet dan check in di Hitz Hotel.
Sewa motor (hotel sediakan) utk ronda shopping bundle di Rongkluea Market.
Makan di kedai Pattani.


Day 3 . Tuesday . 10 January 2018 . Perjalanan dari Aranyaphratet ke Khao Yai.
Shopping lagi di Rongkluea Market
12pm check out Hitz Hotel
Sambung shopping lagi di Rongkluea Market
1pm makan di kedai Pattani
2pm drive to Khao Yai
Singgah di The Verona in Tubland untuk mengambil gambar.
Singgah di Flora Park (dah tutup)
Singgah di Toscana Valley untuk ambil gambar tapi dah malam.
7.30pm check in The Goodville Cottage
Beli makanan di Tesco Lotus Pak Chong
Singgah 7E kat Pak Chong


Day 4 . Wednesday . 11 January 2018 . Seharian di Khao Yai.
Pergi Maneesorn Sunflower Farm. Beli kuaci.
Singgah Panther Creek. Sebelah sunflower farm.
Primo Piazza. Feeding alpaca, merino dan donkey.
Makan di restoran halal Salasa Hill.
Palio Khao Yai. Bergambar.
Baan Suan Noi ( The Hobit House )


Day 5 . Thursday . 12 January 2018 . Perjalanan dari Khao Yai ke Bangkok semula.
Midwinter Green. Ambil gambar di luar jer.
Thames Valley. Minum hot chocolate.
Makan di restoran halal Salasa Hill
The Chocolate Factory mencuci mata. Ada playground untuk kanak2.
Singgah di Farm Chok Chai. Bergambar dan feeding sheep.
4pm drive balik ke Bangkok.
6pm check in Baan Mina Hotel, Bangkok
7pm gerak ke Avis office Downtown
8pm sampai office Avis and drop off car
Walk to nearest MRT station, Lumphini Park
Turun di station Chatuchak Park
Layan JJ Green Vintage night market. Jalan kaki jer. Sebelah Chatuchak Market.
Naik taxi balik ke Baan Mina Hotel.


Day 6Friday13 January 2018 . Seharian di Bangkok
Naik uber pergi Chatuchak market
Makan di gerai halal Kah Jak section 18 noi 25/8 boleh makan goreng-goreng.
Sambung shopping
Naik uber balik Baan Mina. Rehat.
Naik uber pergi Rot Fai Train Night Market.
Makan di Rot Fai Night Market. Ada stall halal. Burger, nasi campur, satay.
Naik uber balik ke Baan Mina Hotel.


Day 7 . Saturday . 14 January 2018 . Seharian di Chatuchak Market
Naik uber pergi Chatuchak market
Makan di Kah Jak lagi. Haha.
Sambung shopping
Lepak di Chatuchak Park. Anak tidur. Sewa tikar 20baht dan baring di park. Gilir2 dgn husband shopping di Chatuchak
Pergi JJ Green Vintage Night Market lagi.jalan kaki jer. dekat.. haha
Makan di stall yg sama. Burger, nasi campur, satay.


Day 8 . Sunday . 15 January 2018 . Perjalanan pulang ke Padang Besar.
Naik uber pergi station Hua Lamphong.
Beli makanan di 7E.
Naik SRT train 45 platform 3 pd pukul 3.10pm.


Day 9 . Monday16 January 2018. Perjanalan pulang dari Padang Besar ke Bukit Mertajam
sampai Pdg Besar pukul 9.17am.
Cop passport dan beli tiket KTM ke Bukit Mertajam.
Isi perut dulu di Padang Besar.
Naik ktm train 12.25pm balik ke Bkt Mertajam.
Sampai di rumah.


Keseluruhan perjalanan amat memuaskan. Naik kapal terbang, memandu ke Aranyaphratet , Khao Yai dan ke Bangkok semula, naik MRT, naik teksi, uber, tuk tuk dan naik train ke Padang Besar adalah satu pengalaman yang cukup menarik. Anak aku umur 3 tahun dok ulang tu jer lah cakap. Nampak aeroplane, dia mesti cakap aeroplane Bangkok.Cerita habis kat semua orang yang dia naik Tuk Tuk. Jeju dan Perth tak pulak dia nak ingat. Haha. Nora kasi 5 bintang . High Five!

Thursday, 12 July 2018

Merancang Percutian ke Khao Yai

Hati mana yang tenteram dan aman jika hari berlalu seperti biasa , takde hala tuju. Aku jadi libang libu. Gedik jer tangan nak bukak website AirAsia. Selepas balik dari Perth, aku ada gol lain, tapi masa tu lambat lagi nak capai, aku kena simpan duit untuk capai gol tu. Gejolak hati ni mana nak boleh lawan. Dalam flight ke Perth dulu, Wafiya sangat cranky. Habis bising satu kapal terbang. Aku jadi fobia nak fly dah. Tapi aku dah lama tak travel, bajet pun tak banyak. Jadi, aku merancang mana-mana percutian dari Penang Airport dengan bajet hanya RM600 jer untuk tiket flight.

Aku taknak fly dari KLIA2, penat. Fobia kisah dulu. Aku pun survey mana-mana destinasi dari Penang Airport dan aku pilih BANGKOK untuk destinasi percutian kami yang terkejut dan bajet kecil. Short getaway lah konon nya sebelum capai gol utama tu. *eh tadi kata nak simpan duit untuk capai gol* Bangkok murah sikit compare ngan Singapore :P


Bunga matahari boleh dijumpai pada bulan November hingga January
Aku bukan dari background keluarga kaya. Kerja pun tak hebat mana. Tapi dalam masa setahun ini banyak hutang yang dah aku langsaikan. Aku jadi lapang dan selesa apabila monthly komitmen semakin bulan semakin berkurangan. Pesanan aku, kalau nak travel, jangan pakai kereta mahal-mahal, jangan berhutang atau mempunyai high komitmen, kalau ada hutang macam PTPTN semua tu, langsaikan cepat, cuba cari jalan untuk selesaikan yang utama ni dulu.

Lifestyle aku, kat rumah takde TV, ada internet dengan komputer jer, tak makan mcd dah 3 tahun, tak tengok wayang dah, boling ke karaoke ke... semua tu aku tak pegi. Takde masalah pun bagi aku. Ok jer. Leh hidup aman sentosa. Mungkin faktor usia kot yang mempengaruhi lifestyle aku. Kalau aku nak tengok movie, suami aku download kan. Kalau melekat depan tv ni payah. Laki bini nganga depan tv, sape nak uruskan rumah dan anak.

Berbalik ke topik asal, sebenarnya ada terselit keinginan kecil untuk ke Khao Yai. Aku tertarik dengan Khao Yai sebab ada tempat - tempat macam di Europe. Aku kan rasa macam pegi Europe tu mimpi jer. Tak mampu lagi untuk ke sana. So, aku rasa kalau ke Khao Yai ni dapatlah satu dose kecil untuk mengubat keinginan aku ke Europe. Kira cover balik lah. Untuk ke Khao Yai, airport paling dekat ialah di Bangkok. Turun di Don Mueang boleh atau Suvarnabhumi pun boleh. Mana-mana pun takpa.

Tujuan utama ke Khao Yai
Aku dan suami juga peminat bundle. Ada dia cerita tentang Aranyaphratet atau lebih dikenali sebagai "Syurga Bundle" / "Bundle Heaven". Tauke - tauke dan otai - otai bundle di Malaysia mesti tau lubuk bundle di Aranyaphratet ni. Mula - mula aku rasa macam mustahil untuk masukkan Aran ke dalam itinerary aku, tapi aku cuba study distance dulu. Lagipun aku tak terikat berapa hari untuk berada di Thailand sebab aku takde tiket penerbangan balik. Aku beli one way jer. Penang to Don Mueang.

Aran - syurga bundle
Selepas menelaah semua bagai menyiapkan tugasan pensyarah bagi (dulu assignment aku tiru jer.. tapi bila buat itinerary totally original from me), kami sepakat untuk bergerak dari Penang ke Bangkok drive ke Aranyaphratet dulu dan lanjutkan ke Khao Yai kemudian balik ke Bangkok dan Penang. Haaa... gitu.. Kami sewa kereta untuk ke semua daerah tu. Aku letak bajet tak lebih RM100 sehari untuk sewa kereta. Dalam Bangkok pulak kami plan untuk naik tuk tuk jer atau uber dan teksi. Tiba - tiba aku rasa misi ni adalah misi besar yang perlu dirancang rapi sebab tak ramai share pengalaman ke sini. Mungkin tak ramai ke sana kot.

Jadi, ini route aku :

Penang > Bangkok > Aranyaphratet > Khao Yai > Bangkok > Penang

selama 9 hari

dengan bajet RM3000

terdiri daripada aku, suami dan anak perempuan berusia 3 tahun

route perjalanan kami

So, sekarang aku nak cerita satu persatu catatan perjalanan kami pada awal Januari yang lalu.

Till then. Bye!

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...